VIABTC MENAIK TARAF DOMAIN VIAWALLET

HAIZATULZETY JAAFAR
Diskaun Besar dalam Kadar Hash Kontrak Awan untuk Tahun Baru! SINGAPURA, 2 Jan (Bernama) -- Pada 1 Januari, 2020, ViaBTC, perlombongan mata wang kripto yang terkemuka di dunia, telah mengumumkan satu peningkatan secara keseluruhan di dalam produk ViaWallet mereka dan penerimaan sebuah domain baharu: Viawallet.com, sebagai pengganti kepada wallet.viabtc.com yang asal. Dilaporkan bahawa ViaWallet yang serba boleh itu menyediakan perkhidmatan pengurusan sehenti untuk pelbagai rantaian dan mata wang kripto, sekali gus membolehkan pengguna untuk menyimpan kunci dan aset peribadi di bawah kendalian mereka sendiri. Token-token aliran utama seperti BTC, BCH, ETH, ETC, BSV, LTC, ATOM dan DOGE telah dilancarkan di ViaWallet. Ia juga mengintegrasikan sebuah model Staking baharu bagi memenuhi permintaan pengguna untuk pendapatan daripada mata wang kripto yang dipegang. Pada masa ini pengguna boleh mempertaruhkan CET dan ATOM di ViaWallet. "Pelancaran bagi domain baharu itu bermakna ViaWallet kini mempunyai logo mereka yang eksklusif sebagai sebuah jenama; apa yang lebih penting, ia mewakili kesungguhan ViaBTC untuk berkembang di dalam industri blok rantaian dan komitmen mereka terhadap produk, perkhidmatan, imej, dan reputasi perniagaan," yang dicadangkan oleh Xu Haoyang, Pengasas bersama ViaBTC. Masa Terhad Sahaja: Diskaun Tahun Baru untuk kontrak Perlombongan Awan ViaBTC telah melancarkan promosi "Diskaun Tahun Baru untuk kontrak Perlombongan Awan", semua pengguna yang membeli Kontrak Perlombongan Awan adalah layak untuk menikmati diskaun itu. Butiran itu adalah seperti berikut: Tempoh: Dari 16:00 31 Disember, 2019 (UTC) hingga 16:00 13 Januari,2020 (UTC) Jenis kontrak: BTC-360 Peraturan: Semua pengguna layak untuk menikmati diskaun dan setiap pengguna boleh menikmati diskaun ini berkali-kali Diskaun: Kod Kupon ViaBTCr9du untuk pembelian tunggal $100 DITOLAK $3 Kod Kupon ViaBTC3os7 untuk pembelian tunggal $200 DITOLAK $8 Kod Kupon ViaBTCeox6 untuk pembelian tunggal $1000 DITOLAK $50 Untuk butiran, Klik di sini!» ViaBTC ditubuhkan pada tahun 2016, dan “Kontrak Perlombongan Awan” mereka telah dilancarkan pada tahun yang sama. Dalam tempoh tiga tahun yang lalu, ia telah mencipta keuntungan banyak yang mencecah berjuta-juta untuk pengguna di seluruh dunia, dan telah diterima dengan baik di dalam industri itu kerana prestasinya yang cemerlang di dalam yuran urus niaga, kadar hasil dan keselamatan kredit. Sebagai sebuah perlombongan mata wang digital yang komprehensif yang memberi perkhidmatan kepada pengguna di seluruh dunia, ViaBTC telah disokong secara kewangan oleh Bitmain. Sejak pelancaran mereka, perlombongan itu telah beroperasi secara normal untuk 99.99% daripada masa itu, dengan kadar blok orphan yang paling rendah. Prestasi hebat seperti itu telah menjadikan ViaBTC sebagai satu daripada 5 perlombongan utama di dunia. Ikuti ViaBTC di Twitter , untuk maklumat terkini Maklumat mengenai ViaWallet Maklumat mengenai ViaBTC Hubungi Phneos Peng Jabatan Perhubungan Awam ViaBTC pengweijie@viabtc.com Sumber : ViaBTC Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. --BERNAMA