TOSHIBA LANCAR IC PEMACU MOTOR MIKRO-STEPPING YANG KOMPAK, BERKUASA RENDAH, BERESOLUSI TINGGI

NURIZZATI BT MOHD AWAL
TOKYO, 6 Feb (Bernama) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) telah melancarkan “TC78H670FTG,” penambahan terbaharu kepada barisan IC pemacu motor mikro-stepping mereka. IC baharu itu mempunyai penarafan maksimum 18V/2.0A[1] dan boleh memacukan motor dengan pelbagai julat bagi voltan pengendalian. Pengeluaran besar-besaran bermula hari ini. IC baharu itu boleh menggerakkan sebuah motor mikro-stepping 128 dengan bekalan kuasa di antara 2.5V sehingga 16V. Pelbagai penggunaannya yang luas termasuk peranti sistem 9-12V standard yang dikuasakan oleh USB, dikuasakan oleh bateri, dan ia juga boleh digunakan dengan sebuah antara muka 1.8V, yang membolehkan sambungan kepada pelbagai hos dan pengawal mikro. Proses DMOS terbaharu[2] Toshiba memastikan bahawa TC78H670FTG merealisasikan rintangan ON rendah angka merit yang sangat baik. Proses itu juga menyumbang kepada arus tunggu sedia ultra-rendah IC itu. IC itu ditempatkan di dalam sebuah pakej QFN16 yang padat dan menghapuskan penggunaan sebuah perintang rasa arus dengan menggabungkan bahagian pengesanan arus yang menyumbang kepada kos yang lebih rendah, sebuah jejak komponen yang lebih kecil, dan penjimatan ruang penghalaan PCB. Ciri-ciri Pakej kompak (QFN16 3.0mm × 3.0mm) Rintangan ON rendah (Ron=0.48Ω @VM=12V) Julat voltan rendah ke sederhana 2.5V hingga 16V dengan antara muka 1.8V hingga 5.0V Arus tunggu sedia ultra-rendah 0.1mA Mengendalikan motor dengan lancar dan senyap dan mengurangkan getaran; meningkatkan ketepatan sudut putaran[3] yang dicapai oleh kawalan mikro-stepping. Penggunaan Kamera, kamera keselamatan, pencetak mudah alih, pengimbas yang dipegang tangan, pico-projektor, dan telefon pintar Spesifikasi Utama Sila klik di sini: http://mrem.bernama.com/mrembm/pdf/[MALAY]%20Business%20Wire%2052168779%20Spesifikasi.pdf Nota: [1] Arus pemacu motor sebenar bergantung kepada persekitaran penggunaan dan faktor-faktor seperti suhu sekeliling dan voltan bekalan kuasa. [2] Setakat Februari 2020. [3] Berbanding dengan produk-produk sedia ada yang dikeluarkan oleh Toshiba. Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu itu, sila layari: https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TC78H670FTG *Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing. Pertanyaan Pelanggan: Jabatan Pemasaran Peranti Sistem II Tel: +81-3-3457-3332 https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu. Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD. Seramai 22,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan untuk menggalakkan penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 800 bilion yen (AS$7 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua. Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html Hubungi Pertanyaan Media: Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation Jabatan Pemasaran Digital Chiaki Nagasawa Tel: +81-3-3457-4963 semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. --BERNAMA