Sinki Tersumbat: 12 Cara Baiki & Cegah Yang Berkesan!

·8-min read

Siapa yang sinki dapur atau saliran air tersumbat selalu sangat tersumbat? Pasti anda rasa panik dan bengang kan. Bayangkan sedang seronok masak juadah untuk keluarga tercinta, tiba-tiba sinki pula buat hal.

Memang potong mood nak masak lah jawabnya. Sinki adalah salah satu pusat kerja yang terpenting di dapur kerana di situ lah tempat nak basuh ikan, ayam, sayur serta pinggan mangkuk setiap hari.

Bukan setakat sinki di dapur je, sinki dalam bilik air pun sama. Susah lah nak cuci muka atau berus gigi bila sinki dah tersumbat ni. Bila sinki dah tersumbat, memang serabut lah nampaknya hari-hari anda.

Sinki tersumbat memang boleh buat sakit kepala. Dah lah kotor, susah nak buat kerja dan paling penting kalau nak baiki memang agak mahal.

Tapi, tau tak yang kebanyakan punca sinki tersumbat tak lah sangat serius dan boleh diselesaikan dengan cepat tanpa perlu upah tukang paip.

Sebabnya, selalu sangat sinki tersumbat berpunca daripada cebisan sisa makanan, minyak, lemak mahupun rambut yang tersangkut di dalamnya. Nak selesaikan mudah je, anda hanya perlu menggunakan bahan yang tersedia di rumah sahaja.

Jom baca untuk tahu cara baiki sinki tersumbat dengan mudah tanpa perlu keluarkan modal yang banyak.

sinki, sinki tersumbat, sinki dapur, paip sinki, sinki bilik air
sinki, sinki tersumbat, sinki dapur, paip sinki, sinki bilik air

6 Cara Baiki Sinki Tersumbat

Bila sinki tersumbat, pasti rasa macam nak betulkan sekarang juga. Mana taknya, habis tergendala kerja dapur jika sinki tersumbat.

Kalau sebelum ini anda hanya cuma curahkan air panas ke dalam saluran air sinki, tetapi kali ini kami akan kongsikan cara lain yang lebih berkesan!

Tak perlu panggil tukang paip pun, anda boleh cuba sendiri beberapa langkah ni yang sangat mudah dan jimat. Bak kata orang, buat apa membazir jika boleh DIY je!

1. Baking Soda & Cuka

sinki, sinki tersumbat, sinki dapur, paip sinki, sinki bilik air
sinki, sinki tersumbat, sinki dapur, paip sinki, sinki bilik air

Untuk baiki sinki tersumbat, anda hanya perlukan baking soda dan cuka. Campurkan lebih kurang 1/3 cawan baking soda dan 1/3 cawan cuka ke dalam sebuah bekas.

Sebaik saja campuran ini berbuih, dengan pantas tuangkan ia ke dalam saluran sinki yang tersumbat.

Anda perlu biarkan sekejap dalam 10 minit untuk berlaku tindak balas, kemudian curah air panas dalam sinki untuk bilas campuran tu.

2. Garam Kasar

sinki, sinki tersumbat, sinki dapur, paip sinki, sinki bilik air
sinki, sinki tersumbat, sinki dapur, paip sinki, sinki bilik air

Cara ini paling mudah untuk dilakukan kerana hanya guna garam yang memang dah ada di rumah. Tak kan tak ada kan?

Lebih elok kalau guna garam kasar untuk hasil lebih mantap. Tabur je garam kasar ke dalam sinki tersumbat tu. Lepas tu, jangan lupa curah air panas.

Dengan cara ini, sisa makanan dan kotoran akan terlarut dan sinki anda akan berfungsi seperti biasa dengan sekelip mata.

3. Garam & Baking Soda

sinki, sinki tersumbat, sinki dapur, paip sinki, sinki bilik air
sinki, sinki tersumbat, sinki dapur, paip sinki, sinki bilik air

Kombinasi kedua-dua bahan ini juga mampu untuk membaiki sinki anda yang tersumbat. Anda hanya perlu campurkan ¼ cawan baking soda dan juga ¼ cawan garam.

Kemudian, tuangkan sahaja kedua-dua bahan ini ke dalam lubang sinki yang tersumbat.

Dalam masa yang sama jika anda mahu hilangkan bau busuk kesan daripada sinki yang tersumbat, anda hanya perlu tambahkan saja ½ cawan cuka atau air lemon.

4. Sabun Pencuci Pinggan Mangkuk

sinki, sinki tersumbat, sinki dapur, paip sinki, sinki bilik air
sinki, sinki tersumbat, sinki dapur, paip sinki, sinki bilik air

Cara seterusnya masih menggunakan bahan yang sememangnya ada di rumah iaitu sabun pencuci pinggan mangkuk.

Tak kiralah sabun jenama apa yang anda guna, yang pasti ia mampu untuk menyelesaikan masalah ini. Anda perlukan beberapa sudu sabun pencuci ini berserta dengan air panas sebanyak 2 liter.

Kebiasaannya, saluran air sinki dapur ini mudah terlekat dengan minyak dan juga gris sisa makanan.

Jadi, dengan andanya sabun pencuci ini ia boleh membantu untuk melarutkan sisa makanan dan minyak ini.

5. Pam/Pelocok

sinki, sinki tersumbat, sinki dapur, paip sinki, sinki bilik air
sinki, sinki tersumbat, sinki dapur, paip sinki, sinki bilik air

Salah satu cara yang boleh dikatakan agak biasa orang buat adalah menggunakan pam atau pelocok. Tapi....kena tahu cara yang betul tau!

Cara yang paling berkesan adalah anda perlu untuk menekan pam atau pelocok pada saluran tersumbat di dalam sinki yang berisi air.

Ini kerana akan ada tekanan daripada air yang membantu untuk menekan dan menarik cebisan halus sisa makanan dan minyak di dalam saluran tersebut.

6. Dawai/Drain Snake

sinki, sinki tersumbat, sinki dapur, paip sinki, sinki bilik air
sinki, sinki tersumbat, sinki dapur, paip sinki, sinki bilik air

Kalau nak ikutkan, orang dulu-dulu hanya gunakan penyangkut baju besi atau lidi penyapu saja untuk korek sisa dalam saluran sinki tersumbat.

Tapi jika anda nak cuba jalan yang lebih mudah, cara yang terakhir adalah dengan menggunakan dawai atau drain sanke ini.

Alatan ini kelihatan seperti tali yang diperbuat daripada logam atau plastik. Anda boleh dapatkannya di kedai hardware, kedai DIY ataupun boleh je beli dari Shopee atau Lazada.

Cara untuk menggunakannya adalah dengan masukkan hujung dawai ini ke dalam saluran sinki.

Apabila anda rasa ada sesuatu yang tersangkut, pusingkan ia beberapa kali supaya benda yang tersumbat itu dapat berkumpul.

Kemudian, tarik keluar perlahan-lahan dan bilaskan dengan air panas. Jika masih tersumbat, anda boleh cuba lagi beberapa kali. Sangat mudah kan?

7. Pencuci Kimia Sinki Tersumbat

sinki, sinki tersumbat, sinki dapur, paip sinki, sinki bilik air
sinki, sinki tersumbat, sinki dapur, paip sinki, sinki bilik air

Tapi, ada juga orang yang malas kan? Manalah ada masa nak sediakan semua benda ni. Ada ke pencuci yang dah siap untuk sinki tersumbat?

Jawapannya, mestilah ada! Anda boleh je beli pencuci sinki tersumbat jenama seperti Mr Muscle atau Tesco ni. Senang kan, tuang je!

Tapi, orang juga kata lebih baik mencegah daripada mengubati kan? Jadi, kami beri juga tips nak pilih dan jaga sinki supaya anda tak selalu kena masalah sinki tersumbat ni.

PGMY_No_1
PGMY_No_1

Tips Pilih/Jaga Sinki

Bila cakap mengenai sinki tersumbat ni, alamatnya tak berasap lah dapur nanti sebab sinki tak boleh digunakan. Tambah pula dengan bau yang takmenyenangkan.

Jadi kami akan akan kongsikan kepada anda apa yang perlu dibuat untuk mengurangkan atau mengelakkan risiko sinki anda daripada tersumbat.

8. Pilih Sinki Yang Betul

sinki, sinki tersumbat, sinki dapur, paip sinki, sinki bilik air
sinki, sinki tersumbat, sinki dapur, paip sinki, sinki bilik air

Perkara pertama sekali yang anda perlu lakukan ialah untuk memilih sinki yang betul.

Antaranya anda boleh pilih untuk pasang ‘double sinki’ untuk mudahkan kerja di dapur. Bagi bentuk, keluasan atau keselesan sinki terpulang pada citarasa sendiri.

9. Penapis Sinki

sinki, sinki tersumbat, sinki dapur, paip sinki, sinki bilik air
sinki, sinki tersumbat, sinki dapur, paip sinki, sinki bilik air

Bagi mengelakkan sisa atau pepejal makanan daripada masuk ke dalam saluran air, anda boleh menggunakan sink strainer iaitu sejenis perangkap sisa makanan.

Ia juga memudahkan anda untuk membuang sisa selepas anda menggunakan sinki. Jadi sisa pun tak masuk ke dalam saluran yang akan membuatkan sinki anda tersumbat.

10. Pasang Paip Perangkap Sinki

sinki, sinki tersumbat, sinki dapur, paip sinki, sinki bilik air
sinki, sinki tersumbat, sinki dapur, paip sinki, sinki bilik air

Anda perlu pastikan paip perangkap sinki ini dipasang di bawah sinki anda.

Sebab ada juga tukang paip yang tak berpengalaman mengabaikan kepentingan perangkap paip ini ketika memasang sinki di rumah anda.

Sekali sekala anda boleh membuka bahagian perangkap ini dan lihat keadaannya.

Anda perlu pastikan ianya bebas daripada kotoran yang boleh menyebabkan sinki anda tersumbat nanti.

11. Jangan Buang Sisa Berminyak/Pepejal!

sinki, sinki tersumbat, sinki dapur, paip sinki, sinki bilik air
sinki, sinki tersumbat, sinki dapur, paip sinki, sinki bilik air

Jangan sesekali buang sisa berminyak, pepejal ataupun lemak-lemak ke dalam sinki!

Apa yang anda boleh buat adalah untuk mengambil plastik kecil dan letakkan sisa minyak ataupun minyak yang telah digunakan ke dalam plastik tersebut.

Anda juga boleh menggunakan botol plastik lama yang sudah tak digunakan lagi.

Kemudian terus sahaja buangkan ia ke dalam tong sampah atau hantar ke pusat kitar semula minyak.

12. Bersihkan Saluran Paip Sinki

sinki, sinki tersumbat, sinki dapur, paip sinki, sinki bilik air
sinki, sinki tersumbat, sinki dapur, paip sinki, sinki bilik air

Cara ini amat mudah dan penting untuk anda lakukan bagi mengelakkan sinki tersumbat.

Sekali-sekala, anda perlu tuangkan air panas ke dalam sinki. Tujuannya adalah untuk menghilangkan sisa atau kotoran degil yang melekat di dinding paip sinki anda.

Cara ini akan merendahkan lagi risiko untuk sinki anda daripada tersumbat.

Tapi, kalau dah jaga dan baiki sendiri pun sinki masih tersumbat, kena lah panggil tukang paip kan? Jom tengok purata harga upah baiki sinki tersumbat ni.

Berapa Harga Baiki Sinki Tersumbat Di Malaysia?

Tapi, kalau nak baiki sendiri sinki tersumbat, kena hati-hati tau! Takut masalah lain pula muncul.

Bukan je anda buang masa dan membazir, anda juga mungkin kena keluarkan duit lagi untuk betulkan balik masalah sebab buat DIY ni. Bertambah-tambah masalah!

Jadi, jika masalah sinki tersumbat asyik berulang walaupun dah guna semua petua kami ni, dah sampai masa kot panggil tukang paip. Sebab tukang paip ni ada kemahiran dan pengalaman selenggara paip dan sinki dengan tepat.

Tapi, sebelum panggil tukang paip, anda perlu tahu apakah faktor yang mempengaruhi upah dikenakan mereka.

Jangan nanti, anda pula terkejut besar lepas tengok bil! Jom tengok faktor yang perlu dipertimbangkan iaitu;

1. Jenis Bahan Ganti

sinki, sinki tersumbat, sinki dapur, paip sinki, sinki bilik air
sinki, sinki tersumbat, sinki dapur, paip sinki, sinki bilik air

Kebiasaannya, bahan yang bermutu tinggi akan lebih mahal kerana lebih tahan lama. Maka, untuk paip sinki, paip besi akan lebih mahal berbanding paip PVC.

Tapi, tukang paip selalunya akan bagi beberapa pilihan jenis dan harga untuk anda pilih sebelum dia pasang. Buatlah keputusan ikut keperluan dan bajet anda ya.

2. Kerumitan Baiki

sinki, sinki tersumbat, sinki dapur, paip sinki, sinki bilik air
sinki, sinki tersumbat, sinki dapur, paip sinki, sinki bilik air

Kerja baiki sinki tersumbat tak makan masa lama pun, ia juga tak susah mana kalau dibandingkan dengan masalah paip tersumbat atau pecah.

Jadi, mungkin upah baiki sinki tersumbat akan murah sikit.

3. Lokasi Kediaman

sinki, sinki tersumbat, sinki dapur, paip sinki, sinki bilik air
sinki, sinki tersumbat, sinki dapur, paip sinki, sinki bilik air

Kebiasaannya, jika tukang paip tinggal berhampiran anda, mungkin dia tak akan kenakan caj pengangkutan.

Tapi, jika rumahnya jauh dari rumah anda, tukang paip akan masukkan kos pengangkutan ke dalam bil dikenakan kepada anda.

4. Kos Upah

sinki, sinki tersumbat, sinki dapur, paip sinki, sinki bilik air
sinki, sinki tersumbat, sinki dapur, paip sinki, sinki bilik air

Harga upah akan bergantung kepada jenis baik pulih yang dilakukan oleh tukang paip.

Mengikut harga purata untuk perkhidmatan paip di KL dan Selangor, kerja pembaikian biasa akan dicaj serendah RM60.00 manakala pembaikian lebih susah mungkin melebihi RM200.00.

Kena tahu juga yang setiap aspek paip, caj lain-lain. Harga tak sama baiki paip sinki dengan paip isu air rendah misalnya. Campur lagi dengan faktor lain, harganya memang boleh cecah ratus-ratus.

Dan kalau ikut kadar ni, inilah kadar tukang paip di sekitar KL dan Selangor.

Kos baiki tandas/sinki tersumbat

RM50.00 – RM500.00

Kos baiki saliran tersumbat

RM60.00 – RM500.00

Kos baiki kebocoran air

RM50.00 – RM400.00

Pasang/Baiki pemanas air

RM50.00 – RM200.00

Isu tekanan air rendah

RM100.00 – RM500.00

Lakukan Sebulan Sekali!

Perkara paling penting dalam penyelenggaran rumah ni adalah ia perlu dibuat selalu. Jangan tunggu dah ada masalah besar, baru nak buat.

Jadi pastikan anda selalu buat petua yang kami bagi ni sebulan sekali misalnya. Selalu juga periksa bahagian bawah sinki untuk elakkan sisa makanan dan minyak terkumpul.

Benda-benda rutin ni kalau selalu buat, pastinya anda tak ada masalah sinki tersumbat dah.

Selamat mencuba!

Panduan Relevan

Our goal is to create a safe and engaging place for users to connect over interests and passions. In order to improve our community experience, we are temporarily suspending article commenting