i-Sinar KWSP: Duit Untuk 10 Dekorasi Rumah Hari Raya Ini!

·9-min read

Disebabkan wabak COVID-19 yang melanda dunia sejak tahun lepas, ramai antara kita yang hilang sumber pendapatan.

Jadi, kerajaan mengambil inisiatif dengan membenarkan pengeluaran caruman duit kita yang disimpan dalam Kumpulan Wang Simpana Pekerja.

Bermula Mac 2021, ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun dan ada baki dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM150 boleh memohon.

Anda boleh mohon di portal i-Sinar ni dan permohonan akan diproses dalam tempoh 5 hari bekerja je. Lepas tu, tunggulah kelulusan dan tarikh bayaran dimasukkan ke dalam akaun anda.

Tapi, kena mohon cepat-cepat sebab permohonan baru akan ditutup pada 30 Jun 2021 ni!

Berapa Banyak Duit Boleh Keluarkan Dari i-Sinar?

Jumlah pengeluaran bergantung kepada jumlah baki caruman dalam Akaun 1 KWSP anda sama ada kurang atau lebih RM100,000.

i-sinar kwsp, i-sinar akaun 1, cara memohon i-sinar, i-sinar syarat, hari raya aidilfitri, cat rumah, perabot murah, kedai perabot murah, kedai perabot terpakai
i-sinar kwsp, i-sinar akaun 1, cara memohon i-sinar, i-sinar syarat, hari raya aidilfitri, cat rumah, perabot murah, kedai perabot murah, kedai perabot terpakai

Jom tengok jadual ni nak tahu berapa banyak boleh keluarkan.

Baki Akaun Simpan 1- RM100,000 ke bawah

Baki Akaun Simpan 1- Lebih RM100,000

Pengeluaran RM10,000 maksimum

Pengeluaran maksimum RM60,000

Bayaran bulan pertama maksimum RM5,000

Bayaran bulan pertama maksimum RM10,000

Baki selebihnya adalah minimum RM1,000 sebulan

Bayaran selebihnya minimum RM1,000 sebulan

Tempoh bayaran 6 bulan

Tempoh bayaran 6 bulan

Jadi, kalau anda memang layak keluarkan dan buat belanja untuk keperluan hidup dan masih ada baki, apa kata laburkan juga untuk keperluan rumah sendiri.

Beli barang dapat rangsang ekonomi negara kan? Asalkan pandai bajet dan tak menyusahkan diri sendiri.

Memandangkan Aidilifitri tak lama lagi, apa kata belanja juga untuk barang rumah yang anda boleh pakai untuk beraya dan selepas tu. Taklah rugi kan....

10 Barang Rumah Boleh Beli Guna i-Sinar KWSP!

Zaman berjimat cermat ni memang semua kita perlu berjimat cermat. Tapi, Hari Raya adalah hari kemenangan, walaupun tak boleh balik kampung, kena raikan juga.

Dekorasi rumah antara cara terbaik anda boleh pastikan kemeriahan tu ada. Guna duit i-Sinar KWSP mungkin tak terasa sangat kan? Tapi pastikan ada bajet!

Yang pasti, tak rugi pun melabur untuk cantikkan rumah sempena Hari Raya Aidilfitri dan boleh pakai lama. Jadi, jom tengok apa 10 barang tak rugi beli ni...

1. Perabot Raya

i-sinar kwsp, i-sinar akaun 1, cara memohon i-sinar, i-sinar syarat, hari raya aidilfitri, cat rumah, perabot murah, kedai perabot murah, kedai perabot terpakai
i-sinar kwsp, i-sinar akaun 1, cara memohon i-sinar, i-sinar syarat, hari raya aidilfitri, cat rumah, perabot murah, kedai perabot murah, kedai perabot terpakai

Umumnya, perabot kayu memang menjadi pilihan utama untuk dekorasi rumah bagi rakyat Malaysia kerana mempunyai kualiti tersendiri.

Rugilah kalau tak manfaatkan peluang ini untuk mendeko rumah masing-masing. Antara perabot kayu yang menjadi tumpuan seperti jati,merbau dan cengal serta rotan!

Bergantung kepada cita rasa anda untuk memilih perabot yang sesuai untuk digayakan pada hari raya nanti.

Kalau nak beli perabot terpakai pun okay juga kerana ianya sudah dibaik pulih ke bentuk asal dan dijual dengan harga yang sangat berpatutan. Dengan cara ini anda boleh membeli tambahan dekorasi lain untuk menyerikan lagi rumah anda.

i-sinar kwsp, i-sinar akaun 1, cara memohon i-sinar, i-sinar syarat, hari raya aidilfitri, cat rumah, perabot murah, kedai perabot murah, kedai perabot terpakai
i-sinar kwsp, i-sinar akaun 1, cara memohon i-sinar, i-sinar syarat, hari raya aidilfitri, cat rumah, perabot murah, kedai perabot murah, kedai perabot terpakai

Selain daripada membeli perabot baru untuk mendapatkan ‘kesegaran’, anda juga boleh mengatur semula perabot di ruangan rumah tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal.

Kalau anda mempunyai ruang tamu yang luas, cuba untuk atur semula posisi sofa, meja mahupun almari. Asyik memandang perabot dengan posisi yang sama je, sesekali mata ni nak juga rasa kelainan bila memandang ruang tamu tu kan?

2. Meja Makan Raya

i-sinar kwsp, i-sinar akaun 1, cara memohon i-sinar, i-sinar syarat, hari raya aidilfitri, cat rumah, perabot murah, kedai perabot murah, kedai perabot terpakai
i-sinar kwsp, i-sinar akaun 1, cara memohon i-sinar, i-sinar syarat, hari raya aidilfitri, cat rumah, perabot murah, kedai perabot murah, kedai perabot terpakai

Meja makan memang tempat semua orang waktu Hari Raya. Yerlah, dah sebulan tak boleh makan siang sebab berpuasa, memang dari bangun pagi sampai ke malam meja makan jadi tumpuan.

Dapat pula masakan sedap-sedap, memang tak pergi tempat lain la. Tetamu yang datang berkunjung pun memang dijamu makan.

Jadi apa kata, kalau ada duit lebih i-sinar KWSP, bolehlah beli meja makan yang memang anda idamkan selama ni!

Jangan lupa dapatkan sekali alas plastik supaya anda tak menangis tengok alas meja lawa tu kotor!

3. Langsir Raya

i-sinar kwsp, i-sinar akaun 1, cara memohon i-sinar, i-sinar syarat, hari raya aidilfitri, cat rumah, perabot murah, kedai perabot murah, kedai perabot terpakai
i-sinar kwsp, i-sinar akaun 1, cara memohon i-sinar, i-sinar syarat, hari raya aidilfitri, cat rumah, perabot murah, kedai perabot murah, kedai perabot terpakai

Antara dekorasi penting untuk menyambut syawal adalah langsir. Jangan lupa untuk tukarkan langsir lama di rumah anda dengan yang baru, kalau mampu.

Apa yang penting, anda perlu bijak menyesuaikan warna langsir dan juga dinding. Tak boleh main beli je, sudahnya ruang tersebut akan terlihat suram dan gelap nanti.

Jika anda mahukan kesan yang feminin dan minimalis, cukup sekadar langsir yang berwarna putih lutsinar ataupun warna-warna pastel.

Berkenaan dengan material pula, Polyester adalah yang paling sesuai kerana ianya mudah untuk dibasuh dan dibersihkan.

Elak untuk membasuhnya dengan mesin, cuma rendam dan sidai tanpa perlu menyental dengan kuat.

4. Lampu Gantung

i-sinar kwsp, i-sinar akaun 1, cara memohon i-sinar, i-sinar syarat, hari raya aidilfitri, cat rumah, perabot murah, kedai perabot murah, kedai perabot terpakai
i-sinar kwsp, i-sinar akaun 1, cara memohon i-sinar, i-sinar syarat, hari raya aidilfitri, cat rumah, perabot murah, kedai perabot murah, kedai perabot terpakai

Tambahkan koleksi lampu gantung untuk tampil dengan sentuhan kontemporari. Ianya sangat sesuai digunakan untuk ruang tamu kerana reka bentuknya yang unik. Sudah tentu raya anda akan lebih meriah dengan dekorasi tambahan seperti ini.

Bukan tu je, ia juga mempunyai pelbagai bentuk dan saiz yang boleh dipilih untuk memberikan kelainan kepada ruang tamu anda. Yang penting anda perlu cari sinaran lampu yang tidak terlampau berkilau.

Pastikan ianya digantung pada ketinggian yang sesuai untuk mengelakkan tetamu terganggu dengan sinaran lampu itu. Barulah tetamu selesa untuk beraya di rumah anda nanti.

5. Sofa Dan Bantal

i-sinar kwsp, i-sinar akaun 1, cara memohon i-sinar, i-sinar syarat, hari raya aidilfitri, cat rumah, perabot murah, kedai perabot murah, kedai perabot terpakai
i-sinar kwsp, i-sinar akaun 1, cara memohon i-sinar, i-sinar syarat, hari raya aidilfitri, cat rumah, perabot murah, kedai perabot murah, kedai perabot terpakai

Sofa menjadi antara elemen terpenting untuk ruang tamu sesebuah rumah. Di sinilah tempat anda melayan tetamu dan juga menjadi ruangan santai untuk anda dan keluarga menonton TV.

Jadi, pemilihan sofa amat penting dan perlu bersesuaian dengan ruang yang ada. Jika anda mempunyai bajet yang lebih serta ruang yang besar, boleh untuk menggabungkan 2 jenis sofa supaya ruang tamu nampak lebih menyinar.

PGMY_No_1
PGMY_No_1

Anda boleh memilih jenis yang berbeza untuk memberikan nafas baru dan keunikan pada ruang tamu. Kalau nak lagi menarik, boleh untuk meletakkan bantal sofa tambahan yang kontra dengan warna sofa.

Anda boleh dapatkan bantal yang cantik dan comel di Shopee ataupun Lazada dengan harga mampu beli.

6. Pokok Hiasan Penyeri Ruang

i-sinar kwsp, i-sinar akaun 1, cara memohon i-sinar, i-sinar syarat, hari raya aidilfitri, cat rumah, perabot murah, kedai perabot murah, kedai perabot terpakai
i-sinar kwsp, i-sinar akaun 1, cara memohon i-sinar, i-sinar syarat, hari raya aidilfitri, cat rumah, perabot murah, kedai perabot murah, kedai perabot terpakai

Tidak lengkaplah dekorasi rumah tanpa adanya pokok hiasan. Menjadi trend kebanyakkan pemilik kediaman untuk menyerikan keindahan ruang rumah dengan pokok hiasan, terutamanya pokok hiasan hijau.

Pokok hiasan hijau sangat sesuai untuk pelbagai sudut ruang rumah seperti ruang tamu, bilik tidur serta beberapa sudut tertentu.

Bagi anda yang menggemarkan potongan pokok yang tinggi, boleh cuba untuk gayakan dengan pokok pisang hiasan atau dikenali juga sebagai ‘sky bird’. Harganya pula ikut kemampuan, ada yang sampai RM300.00 sebatang tau!

Bagi yang mempunyai bajet lebih rendah, pokok jenis ‘fiddle leaf fig’ adalah antara pilihan yang terbaik.

7. Pewangi/Air Diffuser Rumah Hari Raya

i-sinar kwsp, i-sinar akaun 1, cara memohon i-sinar, i-sinar syarat, hari raya aidilfitri, cat rumah, perabot murah, kedai perabot murah, kedai perabot terpakai
i-sinar kwsp, i-sinar akaun 1, cara memohon i-sinar, i-sinar syarat, hari raya aidilfitri, cat rumah, perabot murah, kedai perabot murah, kedai perabot terpakai

Disebabkan Hari Raya Aidilfitri ni hari kebesaran selepas sebulan kita berpuasa bulan Ramadan, memang digalakkan kita memakai pakaian baru, indah dan wangi je.

Jadi, kalau tuan rumah wangi, rumah mestilah nak wangi juga kan? Apatah lagi dengan bau makanan yang boleh terperangkap dalam rumah tu. Apa kata keluarkan duit sikit untuk wangikan rumah anda dengan pelbagai jenis pewangi atau air diffuser yang dijual di pasaran.

Tu tak masuk lagi dengan kunjungan bapak-bapak yang suka merokok tu! Ha boleh beli pewangi rumah sembur je kat ruangan mereka melepak tu.

8. Frame Gambar

i-sinar kwsp, i-sinar akaun 1, cara memohon i-sinar, i-sinar syarat, hari raya aidilfitri, cat rumah, perabot murah, kedai perabot murah, kedai perabot terpakai
i-sinar kwsp, i-sinar akaun 1, cara memohon i-sinar, i-sinar syarat, hari raya aidilfitri, cat rumah, perabot murah, kedai perabot murah, kedai perabot terpakai

Dulu setiap Hari Raya, mesti ramai orang gantung kad-kad raya yang dapat. Tapi sekarang ni tak ramai dah orang hantar kad raya, semuanya WhatsApp je atau buat ucapan di Facebook.

Apa kata tahun ni serikan dinding rumah anda yang kosong tu dengan gantung frame atau bingkai dengan gambar keluarga atau karya seni pilihan anda.

Anda juga tak perlu turunkan balik lepas raya seperti gantungan kad raya tu. Senang dan ambil peluang untuk deko sempena Hari Raya ni.

9. Peralatan Dapur Raya

i-sinar kwsp, i-sinar akaun 1, cara memohon i-sinar, i-sinar syarat, hari raya aidilfitri, cat rumah, perabot murah, kedai perabot murah, kedai perabot terpakai
i-sinar kwsp, i-sinar akaun 1, cara memohon i-sinar, i-sinar syarat, hari raya aidilfitri, cat rumah, perabot murah, kedai perabot murah, kedai perabot terpakai

Alang-alang dah dapat duit i-sinar akaun 1 KWSP yang dah bertahun-tahun anda simpan tu, apa kata beli barang peralatan dapur yang memang anda atau pasangan mengidam selama ni.

Barang seperti air fryer, microwave atau kain lap yang berkualiti sikit. Bukan je boleh pakai pada Hari Raya!

10. Cat Dinding Rumah Hari Raya

Cat dinding rumah juga menjadi salah satu elemen penting yang menjadi pelengkap sesebuah kediaman. Warna dinding amat penting kerana ia mempengaruhi penampilan dan mood ruangan tersebut.

Di bawah ini kami sertakan beberapa warna serta cat yang sesuai untuk anda gayakan.

a. Tona Pastel

i-sinar kwsp, i-sinar akaun 1, cara memohon i-sinar, i-sinar syarat, hari raya aidilfitri, cat rumah, perabot murah, kedai perabot murah, kedai perabot terpakai
i-sinar kwsp, i-sinar akaun 1, cara memohon i-sinar, i-sinar syarat, hari raya aidilfitri, cat rumah, perabot murah, kedai perabot murah, kedai perabot terpakai

Warna-warna pastel dapat jadikan ruangan rumah anda menjadi lebih luas. Tak lupa juga warna seperti ini mampu berikan kenyamanan kepada penghuni. Warna ini mampu memberi semangat dan kesegaran pada ruang.

Warna-warna ini juga menjadi pilihan ramai kerana ia memberikan kesan yang lembut dan memiliki daya reflektif untuk ruangan terasa lebih sejuk.

Sesuai untuk ruang yang selalu dipenuhi dengan penghuni seperti ruang tamu apabila raya nanti. Boleh dapatkan di Lazada dan juga Shopee.

b. Pink Lembut

i-sinar kwsp, i-sinar akaun 1, cara memohon i-sinar, i-sinar syarat, hari raya aidilfitri, cat rumah, perabot murah, kedai perabot murah, kedai perabot terpakai
i-sinar kwsp, i-sinar akaun 1, cara memohon i-sinar, i-sinar syarat, hari raya aidilfitri, cat rumah, perabot murah, kedai perabot murah, kedai perabot terpakai

Meskipun warna ini memiliki kesan yang girly, namun masih ramai juga yang minat dan suka akan warna ini. Boleh dikatakan pink ini warna jiwang dimana ia agak feminin dan memberikan kesan yang romantik kepada pemilik itu sendiri.

Jadi, warna ini memang sangat lah sesuai untuk pasangan yang baru berkahwin disamping ia dapat menimbulkan kesan yang lembut dan ceria.

Warna seperti ini boleh dikombinasikan dengan elemen dekorasi seperti sofa merah atau meja berwarna putih, mesti cantik. Pasti tetamu yang datang beraya ke rumah anda akan bertanya kod warna cat yang digunakan. Boleh dapatkan di Lazada dan juga Shopee.

c. Sefia Klasik

i-sinar kwsp, i-sinar akaun 1, cara memohon i-sinar, i-sinar syarat, hari raya aidilfitri, cat rumah, perabot murah, kedai perabot murah, kedai perabot terpakai
i-sinar kwsp, i-sinar akaun 1, cara memohon i-sinar, i-sinar syarat, hari raya aidilfitri, cat rumah, perabot murah, kedai perabot murah, kedai perabot terpakai

Sukakan sesuatu yang lebih klasik? Jangan risau masih ada warna yang mampu memenuhi citarasa anda. Tona warna sefia ini mungkin sesuai dan memenuhi cita rasa anda iaitu coklat gelap dan agak kemerahan.

Warna ini juga boleh memaksimumkan cahaya dalam ruangan bagi penampakan lebih klasik dan dramatik.

Kalau anda ada anak kecil yang suka menconteng dinding, cat ini sangat sesuai untuk ruangan rumah anda kerana ia mudah dibersihkan dengan air dan kain lap sahaja.

Tapi pastikan cat yang dipilih tak mempunyai bau yang kuat dan mesra alam. Sangat sesuai dengan keperluan anda untuk pastikan anak kecil tak terdedah kepada bahan kimia merbahaya. Boleh dapatkan di Shopee.

d. Putih

i-sinar kwsp, i-sinar akaun 1, cara memohon i-sinar, i-sinar syarat, hari raya aidilfitri, cat rumah, perabot murah, kedai perabot murah, kedai perabot terpakai
i-sinar kwsp, i-sinar akaun 1, cara memohon i-sinar, i-sinar syarat, hari raya aidilfitri, cat rumah, perabot murah, kedai perabot murah, kedai perabot terpakai

Warna putih memang tidak asing lagi bagi semua untuk mengayakan pada rumah masing-masing kan? Kerana warna ini mampu membuatkan ruang nampak lebih luas dan kemas.

Bukan itu saja, warna ini juga sangat mudah untuk dipadankan dengan kesemua warna yang ada dan begitu juga dengan perabot.

Maka, tiada masalah bagi anda semua untuk memilih warna putih sebagai pilihan. Senanglah nak pilih perabot baru dengan warna yang menarik dan reka bentuk yang unik.

Cat ini juga boleh dilap menggunakan air dan tidak akan luntur atau terkopek, jadi sesuailah jika anda ada anak kecil di rumah. Boleh dapatkan di Shopee.

Tak Rugi Dekorasi Cantikkan Rumah!

Walaupun i-sinar ni patutnya digunakan untuk tampung hidup, tapi jika ada lebih atau memang dah lama rancang nak deko rumah, apa salahnya guna kan?

Berbaloi sebab ia berikan rumah yang selesa, cantik dan puas hati. Nampak jugak duit i-sinar KWSP tu ke mana kan?

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menghias rumah anda, barulah terasa meriah suasana Hari Raya Aidilfitri!

Panduan Relevan