SIDANG MEDIA BERKAITAN PERLUASAN SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI (SKSPS) KEPADA 19 SEKTOR INFORMAL

HAIZATULZETY JAAFAR
Dimaklumkan bahawa PERKESO akan mengadakan sidang media berkaitan Perluasan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) kepada 19 sektor informal yang disampaikan oleh YBhg. Dato' Sri Dr. Mohammed Azman, Ketua Eksekutif PERKESO seperti ketetapan berikut: Hari/Tarikh: Jumaat 3 Januari 2020 Masa: 9.30 pagi - 11.00 pagi Tempat: Dewan Intan, Tingkat 8, Menara PERKESO, Jalan Ampang, Kuala Lumpur Sidang media ini diadakan bertujuan untuk menghebahkan perluasan SKSPS kepada orang awam terutamanya pekerja yang bekerja sendiri dalam 19 sektor informal yang terlibat. Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sidang media tersebut. SUMBER: Pertubuhan Keselamatan Sosial UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: Nama: Pn. Azura Zainal Ratin Tel: +60 17-596 7746 --BERNAMA