Semuanya Tentang Langsir Rumah Anda Patut Tahu!

Bila masuk rumah, pernah tak terfikir kenapa perlunya pasang langsir? Tak boleh ke biarkan tingkap kosong macam tu je? Kalau nak elak panas pun boleh guna tingkap bertinted.

Langsir rumah ni sebenarnya adalah satu kemestian dan pelengkap hiasan dalaman rumah. Ia berperanan bagi menaikkan lagi seri rumah itu sendiri.

Sebab itu pentingnya untuk anda pilih konsep, fabrik dan juga warna yang tepat. Jika salah pilih boleh mencacatkan ruang rumah anda, kan diri sendiri dah rugi.

Apa Fungsi Langsir Rumah?

Selain mencantikkan hiasan dalam rumah, langsir ni pun ada fungsi dan peranannya tersendiri yang mungkin anda tak tahu. Kami beri tiga yang paling utama.

1. Halang perabot pudar

Langsir dapat mengawal sinaran matahari yang masuk ke rumah anda. Ini penting sebab haba matahari ni mampu memudarkan perabot kesayangan anda.

2. Halang habuk

Selalunya kita di Malaysia ni akan buka tingkap untuk peredaran udara yang segar. Tapi bukan udara segara je masuk, semua habuk, serpihan halus dan serangga pun masuk rumah sekali! Jadi dengan adanya langsir mampu menghalang bahan pencemar ini masuk ke dalam rumah.

langsir rumah, langsir rumah moden, langsir ikea, langsir kaison, jenis langsir, langsir tingkap, langsir murah, langsir terkini
langsir rumah, langsir rumah moden, langsir ikea, langsir kaison, jenis langsir, langsir tingkap, langsir murah, langsir terkini

3. Wujudkan privasi

Langsir ini mampu menghalang orang luar dari melihat ke dalam rumah anda. Ia sebagai perantara untuk tutup segala rahsia dalam rumah kita tu termasuklah aurat isi rumah.

Jadi, langsir adalah cara yang paling mudah dan popular bagi memastikan anda dapat jalani kehidupan peribadi tanpa gangguan.

Dah tahu fungsi langsir yang selama ni kita mungkin tak tahu, sekarang kita tengok pula jenis fabrik yang sesuai dibuat langsir.

3 Fabrik Langsir Terkini

Setiap jenis langsir berbeza mengikut pemilihan tempat, konsep dan citarasa pengguna. Ada yang nak letak pada tingkap ruang tamu, tingkap bilik tidur, tingkap dapur, sliding door, pintu utama dan macam-macam lagi.

Sudah pasti di pasaran mempunyai kesemua ciri ini. Tinggal nak pilih langsir yang bersesuaian dengan bajet yang ada. Di sini kami tampilkan tiga jenis langsir iaitu fabrik ringan, fabrik separa ringan, dan juga fabrik blackout.

1. Fabrik ringan

langsir rumah, langsir rumah moden, langsir ikea, langsir kaison, jenis langsir, langsir tingkap, langsir murah, langsir terkini
langsir rumah, langsir rumah moden, langsir ikea, langsir kaison, jenis langsir, langsir tingkap, langsir murah, langsir terkini

Fabrik ringan atau jarang ini adalah seperti sheer, organza dan juga voiles. Kain jenis ini menjadi penapis yang mampu menyaring kemasukan cahaya dalam ruang rumah dan mencipta suasana yang lembut dan tenang.

Jadi ia amat sesuai dijadikan langsir siang kerana ia membenarkan aliran cahaya masuk dan membantu anda melakukan aktiviti seharian dengan tenang. Dalam masa yang sama, privasi anda juga masih terpelihara.

Fabrik ini juga sesuai jika rumah anda dikelilingi dengan rumah lain kerana pasti keadaan rumah anda akan suram walaupun waktu siang. Jadi pilihan ini adalah yang terbaik.

Anda tak perlu risau kerana fabrik ini juga mudah dijaga dan tahan lama disebabkan oleh bahan polimer yang ada.

2. Fabrik separa ringan

langsir rumah, langsir rumah moden, langsir ikea, langsir kaison, jenis langsir, langsir tingkap, langsir murah, langsir terkini
langsir rumah, langsir rumah moden, langsir ikea, langsir kaison, jenis langsir, langsir tingkap, langsir murah, langsir terkini

Fabrik separa ringan ni selalunya mengandungi cetakan flora, bertekstur, polos dan juga jacquard.

Kebanyakkan fabrik jenis ini memiliki saiz yang tebal dan juga berkualiti tinggi yang ia mampu menghalang pandangan luar ke dalam kediaman.

Secara amnya, ia berfungsi sebagai langsir yang mampu melindungi privasi anda terutama sekali untuk ruang seperti bilik tidur, ruang keluarga, ruang kerja dan juga ruang belajar.

Fabrik ini juga mempunyai pelbagai design terkini dan moden merangkumi pelbagai corak dan warna.

Pemilihan warna juga memainkan peranan yang penting dalam memilih langsir. Warna yang bersesuaian dapat memberi impak kepada ruang rumah anda.

Bercakap tentang warna, memang tiada warna khusus ikut trend kerana warna langsir ni sebenarnya bergantung pada warna keseluruhan dan konsep rumah itu sendiri.

Contohnya, jika rumah anda kecil, boleh gunakan warna langsir yang senada dengan dinding untuk tampilkan ruang agar kelihatan luas.

3. Fabrik blackout

langsir rumah, langsir rumah moden, langsir ikea, langsir kaison, jenis langsir, langsir tingkap, langsir murah, langsir terkini
langsir rumah, langsir rumah moden, langsir ikea, langsir kaison, jenis langsir, langsir tingkap, langsir murah, langsir terkini

Ada satu jenis langsir rumah moden yang memang tengah in trend sekarang. Rumah boleh nampak seperti hotel mewah kalau pasang langsir jenis ini. Wow, langsir apa tu? Semestinya langsir blackout ini memang sesuatu yang tak asing lagi.

Langsir yang diperbuat daripada fabrik jenis blackout di mana kainnya lebih berat daripada kain langsir biasa.

Ia membuatkan jatuhan kain nampak sangat elok dan kemas. Tidak lah kelihatan melayang-layang dan kembang jika ditiup angin seperti jenis kain langsir yang lain.

Teksturnya juga lembut dan beralun. Penggunaan langsir ini mampu menghalang cahaya, haba dan juga bunyi kerana ketebalan dan tekstur kainnya.

Baru lah rumah terasa nyaman kerana ia mampu menghalang haba panas luar menyerap masuk kedalam ruang kediaman.

Sebab itu ia sangat popular dan sering digunakan sebagai langsir atau tirai di hotel dan dewan besar.

Tapi tak bermaksud tidak sesuai digunakan di rumah. Ramai yang gunakan langsir ini untuk diletakkan di ruang tamu mahupun bilik tidur.

Yang paling penting kain ini mampu tahan lama, sesuai dengan harganya yang lebih mahal dari material kain biasa.

2 Jenis Cangkuk Langsir Popular!

Untuk cangkuk (hook) langsir pula jangan main hentam beli je. Mentang-mentanglah ada pelbagai jenis cangkuk yang dijual di pasaran sekarang. Anda perlu tahu yang setiap cangkuk ada jenis langsir yang sesuai untuknya.

Jadi anda perlu pastikan untuk membeli cangkuk yang tepat. Lebih bagus jika detailing lipatannya sesuai dan tepat dengan cangkuk yang dipilih.

langsir rumah, langsir rumah moden, langsir ikea, langsir kaison, jenis langsir, langsir tingkap, langsir murah, langsir terkini
langsir rumah, langsir rumah moden, langsir ikea, langsir kaison, jenis langsir, langsir tingkap, langsir murah, langsir terkini

Ini kerana bukan semua jahitan atas langsir sesuai untuk semua cangkuk. Setiap jenis memberi impak yang berbeza untuk ruangan rumah anda. Antara cangkuk langsir yang popular adalah cangkuk besi dan juga rod.

1. Cangkuk besi

langsir rumah, langsir rumah moden, langsir ikea, langsir kaison, jenis langsir, langsir tingkap, langsir murah, langsir terkini
langsir rumah, langsir rumah moden, langsir ikea, langsir kaison, jenis langsir, langsir tingkap, langsir murah, langsir terkini

Cangkuk ini boleh dikatakan cangkuk standard kerana ramai yang menggunakannya. Ia mempunyai dua jenis iaitu cangkuk lengkuk tengah dan juga cangkuk lengkuk bawah.

Bagi cangkuk lengkung tengah, ia adalah untuk pasang langsir yang railnya berada di dinding supaya kita dapat tutup batang rail bila pasang langsir nanti.

Manakala bagi cangkuk lengkung bawah pula adalah untuk pasang langsir yang railnya dipasang di siling.

Kedua-dua ini digunakan untuk langsir jenis jahit lurus yang menggunakan pita lubang supaya nampak bentuk kedutan yang ringkas. Ia juga dikenali sebagai langsir tradisional ataupun french pleat.

2. Rod

langsir rumah, langsir rumah moden, langsir ikea, langsir kaison, jenis langsir, langsir tingkap, langsir murah, langsir terkini
langsir rumah, langsir rumah moden, langsir ikea, langsir kaison, jenis langsir, langsir tingkap, langsir murah, langsir terkini

Bagi cangkuk langsir rod, ia menggunakan ring untuk menggantung langsir. Kalau anda perasan, antara pattern langsir yang popular sekarang ni ialah langsir eyelet.

Langsir eyelet ini mempunyai cincin besi yang besar pada kain bagi menggantungnya pada rod langsir dimana ia berbeza dengan langsir french pleat.

Reka bentuk langsir ini juga nampak lebih kemas, ringkas, moden dan elegan. Jimat masa nak tanggal dan pasang kerana anda tak perlu lagi nak pasang cangkuk. Anda hanya perlu masukkan rod dalam ring yang disediakan pada langsir tersebut.

Ada juga pattern langsir lain yang sesuai menggunakan rod seperti box pleat, pinch pleat, rod pocket, tailored pleat dan juga goblet.

Yang menarik mengenai rod ini juga adalah ia ada pelbagai pilihan seperti kayu, besi, berwarna hitam, emas, perak, polos dan juga berkerawang.

PGMY_No_1
PGMY_No_1

Jadi anda perlu bijak menyesuaikan jenis rod yang digunakan dengan jenis dan warna langsir pilihan anda.

Sebagai contoh, penggantung rod ini sesuai digunakan untuk langsir blackout memandangkan kainnya lebih berat dari yang lain.

Ini kerana rod mempunyai daya ketahanan yang lebih tinggi daripada cangkuk besi yang biasa.

Cara Mudah Ukur Langsir Rumah

Benda paling pening bila cakap tentang langsir ni tentunya ukuran langsir ni sendiri. Setakat nak ukur tinggi atau lebar tingkap dan pintu memang senang.

Tapi bila bab ukuran meter atau berapa keping kain yang diperlukan, fuh memang boleh poning kepalo.

Jangan risau, kami akan kongsikan cara kiraan bagi memudahkan anda.

1. Berapa panjang rail atau rod

Tidak kira lah untuk tingkap 2 panel, 3 panel, sliding door mahupun pintu. Anda perlu ukur dari hujung railing ke hujung railing.

langsir rumah, langsir rumah moden, langsir ikea, langsir kaison, jenis langsir, langsir tingkap, langsir murah, langsir terkini
langsir rumah, langsir rumah moden, langsir ikea, langsir kaison, jenis langsir, langsir tingkap, langsir murah, langsir terkini

Bagi lebar langsir pula anda perlu ingat ia berbeza untuk setiap jenis jahitan atau pleat yang kita mahukan. Anda boleh tentukan berapa gather yang diperlukan mengikut konsep langsir yang anda nak.

Contohnya langsir jenis eyelet mungkin memerlukan 2.5 kali kedut. Jadi, anda darabkan je ukuran hujung ke hujung railing tadi dengan berapa kali gather dan kemudian barulah anda akan dapat lebar kain langsir yang diperlukan. Mudah je kan?

Kemudian, panjang langsir juga mungkin berbeza-beza mengikut citarasa masing-masing.

Anda boleh ukur tinggi dari rail hingga ke labuh yang anda mahu. Kemudian campurkan dengan 8 inci tambahan di mana 1 inci untuk basi atas dan 7 inci basi bawah.

Ada orang suka ala skirt senteng, ada yang suka paras lutut, ada yang suka labuh ke lantai dan ada juga yang suka pasang langsir dari siling hingga ke lantai.

Yang penting, pilihan yang terbaik adalah labuhnya cukup di atas permukaan lantai. Maksudnya jangan sampai menyapu lantai ataupun terlampau senteng. Silap-silap orang kata kita pakai langsir pinjam pula.

Bila dah tahu panjang rail dan langsir, anda kena tahu pula berapa keping kain yang diperlukan, ah sudah macam mana pula tu?

langsir rumah, langsir rumah moden, langsir ikea, langsir kaison, jenis langsir, langsir tingkap, langsir murah, langsir terkini
langsir rumah, langsir rumah moden, langsir ikea, langsir kaison, jenis langsir, langsir tingkap, langsir murah, langsir terkini

2. Keping kain langsir

Caranya macam ni, lebar langsir yang anda sudah ukur tadi dibahagikan dengan lebar bidang langsir yang ingin anda beli.

Selalunya bidang yang dijual di kedai adalah bidang 54, 60 dan juga 110. Hasil bahagi ini akan menentukan berapa keping langsir yang diperlukan untuk cover tingkap atau pintu tersebut.

Untuk pengetahuan anda juga, helaian langsir sebenarnya boleh mengikut berapa panel tingkap atau pintu yang ada.

Kebanyakkan langsir siap yang dijual di pasaran sudah siap diukur dan sesuai digantungkan pada 1 panel tingkap atau pintu.

Jadi bilangan helai langsir yang anda perlu beli boleh ditentukan dengan berapa panel tingkap dan pintu sliding yang ada.

Harga Langsir Terkini!

Bila cakap pasal harga langsir pasti berbeza-beza kerana harganya tak sama bagi setiap jenis fabrik yang digunakan.

langsir rumah, langsir rumah moden, langsir ikea, langsir kaison, jenis langsir, langsir tingkap, langsir murah, langsir terkini
langsir rumah, langsir rumah moden, langsir ikea, langsir kaison, jenis langsir, langsir tingkap, langsir murah, langsir terkini

Banyak sebenarnya pilihan yang boleh dibuat untuk dapatkan langsir. Contohnya anda beli kain langsir elar dan jahit sendiri.

Ada yang nak buat sendiri kerana mereka suka mencuba dan buat aktivti macam ni. Bukan lah tujuan nak jimat semata-mata tapi untuk dapat kepuasan bila buat sendiri.

Pilihan yang kedua adalah anda tempah sahaja. Ini kerana kebanyakkan kedai ada menyediakan sekali perkhidmatan tempahan langsir. Tak perlu pening kepala dan bazir masa cari tukang jahit.

Paling mudah adalah anda beli yang dah siap jahit. Pilihan di pasaran pun banyak mengikut jenis, warna dan ukuran yang anda inginkan.

Jadi di bawah ini kami sediakan beberapa pilihan daripada langsir murah hingga yang mahal dengan kualiti terbaik mengikut jenis dan ukuran fabrik.

Tak perlu susah-susah nak keluar musim COVID-19 ni. Cuma order online dan tunggu langsir kegemaran sampai depan rumah. Kesemua pilihan langsir ini anda boleh cari secara online di Lazada dan juga Shopee.

*Harga ini boleh berubah mengikut pasaran

Harga langsir ringan

Dermyen Sheer

Alloet Voile

Romantika Organza

Harga langsir separa ringan

Alloet Semi Blackout

  • 100cm lebar x 200cm panjang

  • RM9.99

Napearl Jacquard

Sokano Semi Blackout

Harga langsir blackout

Dermyen Blackout

Alloet Blackout

Napearl Blackout

Rasa macam tak lengkap pula jika tiada pilihan langsir Ikea dan Kaison ni kan? Yelah boleh dikatakan dua jenama ini kegemaran ramai. Jangan risau kami juga ada menyediakan beberapa pilihan langsir daripada Ikea dan juga Kaison.

langsir rumah, langsir rumah moden, langsir ikea, langsir kaison, jenis langsir, langsir tingkap, langsir murah, langsir terkini
langsir rumah, langsir rumah moden, langsir ikea, langsir kaison, jenis langsir, langsir tingkap, langsir murah, langsir terkini

Langsir Ikea jenis blackout

  • Bengta

  • 210cm lebar x 250cm panjang

  • RM49.90

  • Hilleborg

  • 145cm lebar x 250cm panjang

  • RM129

  • Rosenmott

  • 145cm lebar x 250cm panjang

  • RM199

Langsir Ikea jenis penapis cahaya

  • Hilja

  • 145cm lebar x 250cm panjang

  • RM59

  • Kalkfly

  • 145cm lebar x 250cm panjang

  • RM179

  • Citrustrad

  • 145cm lebar x 250cm panjang

  • RM129

Langsir Ikea jenis jaring/voile

  • Lill

  • 280cm lebar x 250cm panjang

  • RM19.90

  • Teresia

  • 145cm lebar x 250cm panjang

  • RM29.90

  • Alvine Spets

  • 145cm lebar x 250cm panjang

  • RM29.90

Langsir Kaison

Semoga bermanfaat!Ha dah tahu jenis fabrik langsir rumah, cangkuk langsir, cara nak ukur dan beberapa harga langsir rumah terkini, bolehlah mencuba mana patut ya tak?

Panduan Relevan