Semuanya Tentang Bingkai Gambar Untuk Deko Rumah Anda!

·10-min read

Bila dah beli atau sewa rumah, dinding memang antara benda pertama kita tengok. Nak cat balik atau nak tampal wallpaper atau nak biarkan warna asal begitu.

Ada juga satu lagi pilihan iaitu menghiasnya dengan bingkai gambar dipenuhi gambar keluarga atau poster seni cantik-cantik.

Barulah naik seri sikit dinding rumah tu kan? Tak kosong je! Nak lalu lalang tiap hari pun seronok, tetamu datang rumah pun tertarik.

Tahu tak yang bingkai gambar ni dah ada sejak Tamadun Mesir lagi, ia ditemui dalam sebuah makam yang dianggarkan dibina pada tahun 50-70 Masihi. Jadi hiasan bingkai gambar ni memang tak lapuk ditelan zaman lah orang kata!

Tapi, sebelum nak guna bingkai gambar tu, jom kita tengok dulu cara nak ukur saiz bingkai gambar yang sesuai, barulah tak nampak janggal!

Cara Ukur Bingkai Gambar

Bingkai gambar atau foto datang dalam pelbagai saiz, biasanya diukur dalam inci, membolehkan anda mengukur dan mencari bingkai paling sesuai untuk gambar anda.

frame gambar, frame, hiasan dinding, border frame cantik, bingkai gambar, frame bunga, saiz frame, pelekat dinding
frame gambar, frame, hiasan dinding, border frame cantik, bingkai gambar, frame bunga, saiz frame, pelekat dinding

Saiz biasa adalah 8 x 10 inci dan 11 x 14 inci. Walau bagaimanapun terdapat banyak lagi saiz yang perlu diambil kira kerana ia berbeza bergantung kepada apa yang anda ingin bingkaikan.

1. Bingkai gambar saiz kecil

frame gambar, frame, hiasan dinding, border frame cantik, bingkai gambar, frame bunga, saiz frame, pelekat dinding
frame gambar, frame, hiasan dinding, border frame cantik, bingkai gambar, frame bunga, saiz frame, pelekat dinding

Untuk gambar kecil, terdapat beberapa pilihan yang ada. Saiz khusus bingkai dalam julat ini termasuklah 3 x 3 inci (8 x 8 cm), 3 x 5 inci (8 x 13 cm), dan 3.5 x 5 inci (9 x 13 cm). Foto untuk bingkai ini adalah saiz yang biasa dalam fotografi.

2. Bingkai gambar saiz sederhana

frame gambar, frame, hiasan dinding, border frame cantik, bingkai gambar, frame bunga, saiz frame, pelekat dinding
frame gambar, frame, hiasan dinding, border frame cantik, bingkai gambar, frame bunga, saiz frame, pelekat dinding

Saiz sederhana adalah saiz standard. Bingkai ini termasuklah dalam ukuran 4 x 6 inci (10 x 15 cm), 5 x 7 inci (13 x 18 cm), dan 6 x 8 inci (15 x 21 cm).

3. Bingkai gambar saiz besar

frame gambar, frame, hiasan dinding, border frame cantik, bingkai gambar, frame bunga, saiz frame, pelekat dinding
frame gambar, frame, hiasan dinding, border frame cantik, bingkai gambar, frame bunga, saiz frame, pelekat dinding

Bingkai besar biasanya digunakan untuk gambar bersaiz potret. Bingkai ini terdiri daripada saiz 8 x 10 inci (20 x 25 cm), 8 x 12 inci (20 x 30 cm), 8.5 x 11 inci (21 x 28 cm), dan 9 x 12 inci (22 x 30 cm).

4. Bingkai gambar saiz besar XL

frame gambar, frame, hiasan dinding, border frame cantik, bingkai gambar, frame bunga, saiz frame, pelekat dinding
frame gambar, frame, hiasan dinding, border frame cantik, bingkai gambar, frame bunga, saiz frame, pelekat dinding

Bingkai tambahan ini lebih besar dan boleh digunakan untuk gambar atau hasil seni bercetak. Saiznya termasuklah 10 x 13 inci (25 x 33 cm), 11 x 14 inci (28 x 35 cm), 11 x 17 inci (28 x 40 cm), 12 x 16 inci (30 x 40 cm), dan 12 x 18 inci (30 x 45 cm).

5. Bingkai gambar saiz poster

frame gambar, frame, hiasan dinding, border frame cantik, bingkai gambar, frame bunga, saiz frame, pelekat dinding
frame gambar, frame, hiasan dinding, border frame cantik, bingkai gambar, frame bunga, saiz frame, pelekat dinding

Bingkai saiz poster adalah untuk poster dan lukisan. Saiznya selalu dalam ukuran 16 x 20 inci (40 x 50 cm), 22 x 28 inci (55 x 70 cm), anda juga boleh custom made bingkai ni ikut saiz poster atau lukisan yang anda mahu.

5 Tips Pilih Bingkai Gambar

Nak memilih bingkai gambar bukanlah sesuatu yang sukar. Asalkan anda ada keinginan untuk mencantik sesuatu ruang dan sudut.

Jadi di sini kami senaraikan beberapa tip yang boleh anda gunakan untuk menyusun bingkai pada ruang dekorasi anda.

1. Pemilihan lokasi

Perkara pertama perlu dipertimbangkan sudah tentu melibatkan lokasi yang boleh dijadikan wall of fame di kediaman anda seperti dinding ruang tamu, foyer atau koridor.

Sekiranya anda sudah mengenal pasti mana-mana sudut atau ruang, anda sudah boleh mula merancang untuk menggantungkan bingkai gambar anda. Tetapi ingat, jangan bersepah ikut suka hati.

2. Tentukan apa yang ingin dibingkaikan

Kedua adalah dengan menentukan apa yang ingin dibingkaikan, sama ada gambar, lukisan, hasil seni, poster atau apa-apa saja.

frame gambar, frame, hiasan dinding, border frame cantik, bingkai gambar, frame bunga, saiz frame, pelekat dinding
frame gambar, frame, hiasan dinding, border frame cantik, bingkai gambar, frame bunga, saiz frame, pelekat dinding

Ini yang akan menentukan bingkai apa yang sesuai. Sesudah anda tahu bingkai apa yang kena dengannya, mudahlah anda mencari lokasi yang tepat untuk bingkai tersebut.

3. Padankan dengan perabot/perhiasan lain

Sudah menjadi lumrah, bila nak menghias pastinya anda tertarik untuk mencampurkan dengan perhiasan atau perabot lain.

Memanglah tak salah, tapi anda perlu bijak mengimbangi ruang tersebut. Perlu fokus dan tahu apakah yang anda inginkan.

Lagi senang jika anda sudah ada tema dalam kepala, misalnya tema kontemporari, hitam-putih, vintaj dan sebagainya.

4. Tentukan warna dan material bingkai

Sebelum membeli frame gambar, anda perlu sedikit sebanyak mempelajari teknik permainan warna, agar mereka yang melihat boleh fokus kepada gambar atau lukisan di dalam bingkai.

Jika gambar yang dibingkai berwarna cerah, maka bingkai foto yang sesuai adalah berwarna lebih gelap (begitulah sebiliknya) agar ia lebih menonjol.

frame gambar, frame, hiasan dinding, border frame cantik, bingkai gambar, frame bunga, saiz frame, pelekat dinding
frame gambar, frame, hiasan dinding, border frame cantik, bingkai gambar, frame bunga, saiz frame, pelekat dinding

Kemudian, jika ruang anda bertemakan natural atau semulajadi, bingkai kayu adalah padanan yang sesuai.

Jika sudut anda berilhamkan moden dan kontemporari, maka bingkai gambar dari material metal atau aluminium lebih sesuai.

Anda juga boleh memilih bingkai gambar yang memiliki warna berlawanan dengan warna utama yang digunakan di ruang tersebut. Ini kerana warna bingkai yang kontra dapat menonjolkan ruangan itu.

Untuk memadankan dengan keseluruhan interior ruangan, disarankan untuk memilih warna yang sama dengan sofa atau warna yang senada dengan hiasan lain di sekitarnya.

Kami beri anda jadual untuk padanan bingkai gambar dengan gaya dekorasi rumah anda, barulah nampak tak janggal.

Emas

Dekorasi klasik, Inggeris atau moden kontemporari.

Perak

Dekorasi industrial, urban dan minimalis.

Coklat

Dekorasi desa, alam semulajadi atau natural.

Hitam

Dekorasi klasik, moden, misteri dan dramatis

Putih

Dekorasi klasik, Scandinavian atau natural.

5. Keseimbangan rekaan bingkai

Seperti yang diketahui, bingkai gambar ada pelbagai rekaan dan design. Dari rekaan standard sehinggalah bingkai dekorasi.

Belum lagi bercakap tentang bingkai berukir atau motif khas, atau bingkai dengan bentuk tertentu seperti hati, pokok dan lain-lain.

PGMY_No_1
PGMY_No_1

Anda boleh memilih bingkai dengan rekaan yang unik untuk dipadankan dengan ruang dalaman yang sedia ada. Namun, jangan lupakan faktor keseimbangan.

Khususnya jika anda sudah mempunyai tema yang ingin ditampilkan. Ingat, jangan sampai bingkai gambar terlalu menonjol dan menenggelamkan kisah yang ingin ditampilkan.

Jenis Bingkai Gambar & Teknik Dekorasi

Jadi bagaimana untuk mengenalpasti bingkai mana yang bersesuaian dengan idea dan konsep anda?

Namun sebelum itu, jom kita lihat jenis bingkai yang ada di pasaran Malaysia. Dah tahu, senanglah nanti untuk buat pilihan dan mencari ilham untuk menghias.

1. Bingkai standard

Bingkai standard yang minimalis ini adalah bingkai paling biasa boleh dijumpai di mana-mana kedai perhiasan rumah (laku keras di IKEA!).

Ia datang dalam bentuk segi empat atau bulat tanpa sebarang perincian lain. Bingkai seperti ini lebih sesuai digantung di rumah mahupun di pejabat. Dinding anda pasti tampak seperti sebuah galeri eksklusif.

Kebiasaannya bingkainya berwarna solid seperti hitam, putih, emas atau perak dan materialnya kayu atau besi. Ia juga seringkali menggunakan efek gambar-di dalam-gambar. Ini bagi menyerlahkan gambar yang ditonjolkan.

Teknik penggayaan: Cuba kumpulkan beberapa koleksi bingkai gambar dan susun ikut kreativiti anda. Jangan takut untuk gabung-dan-padan saiz dan warna bingkai yang berlainan. Ini bagi mencipta variasi dan impak visual pada dinding anda.

frame gambar, frame, hiasan dinding, border frame cantik, bingkai gambar, frame bunga, saiz frame, pelekat dinding
frame gambar, frame, hiasan dinding, border frame cantik, bingkai gambar, frame bunga, saiz frame, pelekat dinding

2. Bingkai terapung

Bingkai yang sempurna adalah karya yang ‘bercakap’ untuk dirinya sendiri. Untuk paparan moden yang anggun, anda boleh mempertimbangkan menggunakan bingkai yang dihasilkan dari plexiglass. Bingkai seperti ini boleh disesuaikan pelbagai saiz karya seni mahupun gambar.

Kesan terapung moden menambahkan gaya kontemporari pada dinding dengan skema warna menyerlahkan gambar karya seni/gambar menerusi kaca.

Walaupun sedikit rumit cara hiasnya berbanding bingkai tradisional, namun hasilnya memang cantik! Anda bukan saja boleh meletakkan gambar atau lukisan tetapi juga keratan surat khabar dan sijil peribadi anda.

Teknik penggayaan: Bingkai bersaiz 30 x 42" adalah ukuran biasa yang menjadi pilihan, boleh menukar dinding kosong menjadi seperti bilik pameran. Perlukan pemasangan yang rapi, jika tidak rapi, ia boleh tanggal dan rosak.

frame gambar, frame, hiasan dinding, border frame cantik, bingkai gambar, frame bunga, saiz frame, pelekat dinding
frame gambar, frame, hiasan dinding, border frame cantik, bingkai gambar, frame bunga, saiz frame, pelekat dinding

3. Bingkai kolaj

Bingkai kolaj ini lebih kepada teknik yang boleh anda gunakan untuk menghias dinding.

Menggunakan bingkai yang standard, anda boleh ‘menghimpun’ beberapa bingkai dan menyusunnya menjadi sebuah kolaj yang menawan.

Teknik susunan yang anda boleh cuba termasuklah bentuk lingkaran, menjajar, memanjang dan lain-lain.

Saiz bingkai juga boleh berlainan asalkan anda bijak menyusun aturnya. Anda juga boleh mencetak karya atau gambar yang besar dan membahagikan mengikut susunan bingkai.

Maka gambar tersebut dilihat saling berhubung dan memberitahu kisah menarik buat yang melihatnya.

Teknik penggayaan: Pastikan sudut atau ruang dinding di mana anda menggantung semua bingkai tidak berat dengan perhiasan lain yang boleh menganggu fokus. Ingat, less is more!

frame gambar, frame, hiasan dinding, border frame cantik, bingkai gambar, frame bunga, saiz frame, pelekat dinding
frame gambar, frame, hiasan dinding, border frame cantik, bingkai gambar, frame bunga, saiz frame, pelekat dinding

4. Bingkai dekorasi

Bingkai dekorasi adalah antara yang paling diminati ramai. Seperti namanya, bingkai ini bukan sekadar mempamerkan keindahan gambar namun perincian menarik bingkai luarnya.

Bingkai gambar ini adakala menampilkan elemen tambahan seperti ukiran, corak malah elemen 3D yang akan menyerlahkan setiap gambar yang digantung.

Hadir dengan pelbagai bentuk dan corak, anda boleh memilih bingkai yang anda suka dan padankan dengan ‘kisah’ setiap gambar. Sudut anda itu pastinya akan menjadi lebih menarik.

Teknik penggayaan: Anda boleh memilih untuk menggantung atau meletakkan bingkai tersebut di atas meja. Jangan memilih bingkai dengan elemen yang berlebihan, nanti akan over shadow gambar atau karya seni yang dibingkaikan.

frame gambar, frame, hiasan dinding, border frame cantik, bingkai gambar, frame bunga, saiz frame, pelekat dinding
frame gambar, frame, hiasan dinding, border frame cantik, bingkai gambar, frame bunga, saiz frame, pelekat dinding

5. Bingkai kotak bayangan

Anda nak pamer 'sesuatu' yang bukan lukisan atau gambar dalam bingkai? Bolehlah guna bingkai shadow box atau kotak bayangan.

Bingkai jenis ini berfungsi dalam memaparkan sebarang item dalam kaca tertutup yang dipersembahkan dengan gaya artistik untuk menonjolkan selera peribadi.

Bingkai jenis ini sesuai mempamerkan perhiasan seni, lencana, pin, pingat, bunga-bungaan kering dan lain-lain.

Teknik penggayaan: Pastikan anda memilih bingkai shadow box yang mempunyai kedalaman bersesuaian dengan inci item yang ingin anda pamerkan, supaya ia tak bersentuhan dengan kaca bingkai. Nanti kalau kaca retak, dah rugi.

frame gambar, frame, hiasan dinding, border frame cantik, bingkai gambar, frame bunga, saiz frame, pelekat dinding
frame gambar, frame, hiasan dinding, border frame cantik, bingkai gambar, frame bunga, saiz frame, pelekat dinding

6. Bingkai rak

Meja dan rak juga menjadi salah satu lokasi tumpuan yang boleh anda letakkan bingkai gambar anda.

Kebanyakan bingkai meja atau table top frames hadir dengan reka bentuk yang tak lapuk dek zaman dengan suntikan ciri moden yang unik.

Hanya sandarkan kaki bingkai logam mudah laras di belakangnya, dan letakkan di atas mana-mana meja sudut, rak atau mantel. Jangan letak di atas meja makan pula!

Teknik penggayaan: Suntikkan elemen peribadi di mana anda boleh letakkan sedikit perhiasan lain bagi mengimbangi ruang tersebut. Tetapi ingat jangan berlebihan pula. Nanti sesak pula ruang tersebut.

frame gambar, frame, hiasan dinding, border frame cantik, bingkai gambar, frame bunga, saiz frame, pelekat dinding
frame gambar, frame, hiasan dinding, border frame cantik, bingkai gambar, frame bunga, saiz frame, pelekat dinding

7. Bingkai poster

Ada antara kita yang gemar mengumpul dan mempamerkan gambar dan lukisan yang bersaiz besar dari kebiasaan, seperti saiz poster iaitu 20x64.

Ada yang hanya menampalnya ke dinding dengan menggunakan gam atau pita pelekat, namun anda boleh menggunakan pendekatan lain seperti menggunakan bingkai biasa yang berukuran poster.

Menampal poster boleh merosakkan dinding, namun dengan meletakkannya di dalam bingkai bukan saja menjadikan poster anda kelihatan lebih cantik, berkualiti tinggi, terjaga dan eksklusif.

Teknik penggayaan: Memandangkan bingkai bersaiz poster agak besar dan memakan ruang, anda boleh selitkan perhiasan lain seperti pasu bunga viral, rak dan lain-lain bagi mengisi ruang tersebut. Menariknya, anda boleh memilih untuk menggantung atau menyandar di dinding.

frame gambar, frame, hiasan dinding, border frame cantik, bingkai gambar, frame bunga, saiz frame, pelekat dinding
frame gambar, frame, hiasan dinding, border frame cantik, bingkai gambar, frame bunga, saiz frame, pelekat dinding

8. Bingkai kanvas

Bagi anda yang mengemari lukisan yang dilakar di atas kanvas, terdapat bingkai tersendiri yang dicipta khas untuk menonjolkan karya itu.

Lukisan mahupun karya di atas kanvas menawarkan dimensi tersendiri, di mana kebiasannya terdapat sedikit ruang (slight float) yang memisahkan kanvas dan sudut dalam bingkai bagi menyerlahkan autentik dan perincian kanvas itu.

Yang pasti tujuan utama bingkai ini adalah memberikan perlindungan pada lukisan dan menyerlahkannya secantik mungkin.

Teknik penggayaan: Pilihan bingkai ini adalah subjektif dan harus mengambil pertimbangan berikut: Adakah ia untuk dijual atau untuk tatapan saja? Dan adakah ianya hanya untuk dilihat, dan bukan untuk disentuh.

frame gambar, frame, hiasan dinding, border frame cantik, bingkai gambar, frame bunga, saiz frame, pelekat dinding
frame gambar, frame, hiasan dinding, border frame cantik, bingkai gambar, frame bunga, saiz frame, pelekat dinding

9. Bingkai gambar DIY

Selepas anda mengenalpasti saiz bingkai gambar, anda boleh memiliki bingkai idaman dengan bajet rendah.

Dengan hanya membeli bingkai biasa di kedai, anda boleh mengecat semula mengikut warna pilihan, seperti perkongsian ini.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  1. Bingkai gambar

  2. Berus

  3. Cat warna emas

Langkah-langkah:

  1. Ambil bingkai dan mula warnakan bingkai dengan cat warna emas dengan menggunakan berus yang dibeli.

  2. Catkan bingkai, dan sebaik-baiknya catkan dalam beberapa lapisan agar warna tampak kemas dan cantik.

  3. Biarkan ia kering untuk seketika. Sedia untuk digantung.

Penggunaan bingkai gambar sememangnya disarankan dalam menghias kediaman. Namun, pastikan anda berhati-hati dalam pemilihan gambar, material serta saiz bingkai agar kediaman anda tersebut kelihatan rapi dan cantik.

Selamat mencuba!

Panduan Relevan

Our goal is to create a safe and engaging place for users to connect over interests and passions. In order to improve our community experience, we are temporarily suspending article commenting