Samsung Galaxy Note Edge boleh didapati di Malaysia

Samsung Galaxy Note Edge boleh didapati di Malaysia

3 Dis- Bagi peminat telefon pintar Samsung, ini peluang anda untuk mendapatkan Samsung Galaxy Note Edge di Malaysia dengan harga RM2,988.

Memetik laporan daripada mobile 88, telefon pintar ini dilancarkan bersama-sama Samsung Galaxy Note 4 pada September lalu tetapi tidak memasuki pasaran Malaysia secara rasmi.

Tetapi itu tidak menjadi halangan untuk anda mendapatkan telefon pintar tersebut, kerana anda boleh mendapatkannya melalui pengedar telefon bimbit terkemuka DirectD.

Galaxy Note Edge yang ditawarkan di DirectD adalah versi 32GB dan mempunyai jaminan selama 24 bulan.

Telefon pintar ini adalah sama seperti Galaxy Note 4 tetapi berbeza dari skrin paparannya dimana Note Edge mempunyai skrin di bahagian sisi yang membolehkan anda menerima notifikasi mesej, panggilan dan banyak lagi tanpa menganggu aktiviti anda pada skrin utama.

Dari segi spesifikasinya, Galaxy Note Edge ini mempunyai dua pilihan pemproses iaitu Snapdragon 805 atau Exynos 5443, Android KitKat, kamera 16 MP OIS, S-Pen dan 3GB RAM.

Kapasiti bateri untuk Note Edge sedikit kecil iaitu 3,000mAh jika dibandingkan dengan Galaxy Note 4, 3220mAh.

Samsung Galaxy Edge dijangka akan dilancarkan pada penghujung tahun ini tetapi tidak dapat dipastikan sama ada akan memasuki pasaran Malaysia atau tidak.

[Sumber Foto: dailytech]