Rumah IKRAM KPKT: 5 Syarat Kelayakan & Cara Mohon!

·3-min read

Sejak pandemik melanda negara kita, ramai rakyat Malaysia yang terkesan dari segi pekerjaan dan kewangan. Sampai ada yang kena halau rumah sebab tak mampu nak membayar sewa bulanan.

Paling menyedihkan ada kes seperti ibu anak 10 yang dihalau pemilik rumah serta seorang ibu dan dua anak kecil terpaksa keluar rumah sehingga bermalam di sebuah pondok.

Menyedari kesusahan rakyat dalam mencari rumah mampu milik, kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan termasuk inisiatif perumahan untuk golongan B40 dan M40 di Malaysia.

Paling terbaru, sebagai usaha untuk membantu mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memperkenalkan program Rumah IKRAM KPKT.

Untuk memberikan anda gambaran lebih jelas tentang rumah IKRAM, panduan ini akan menerangkan apa sebenarnya inisiatif IKRAM termasuk cara dan kelayakan untuk memohon. Teruskan membaca!

Apa Itu Program Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia (Rumah IKRAM KPKT)?

Rumah IKRAM KPKT adalah inisiatif kerajaan dalam menyediakan kediaman sewa pada kadar minimum serendah RM124.00 / bulan bagi membantu keluarga yang terkesan dan kehilangan rumah disebabkan pandemik COVID-19.

rumah ikram kpkt, rumah ikram, penyewa, pprt, rumah mampu milik
rumah ikram kpkt, rumah ikram, penyewa, pprt, rumah mampu milik

Seperti yang dinyatakan di portal rasmi TEDUH KPKT, tujuan utama inisiatif ini adalah untuk:

  • Memberi perlindungan kepada rakyat yang kehilangan tempat tinggal akibat COVID-19 dengan penyediaan kediaman yang berdaya huni, selesa dan selamat; dan

  • Meyediakan kemudahan insentif melalui sewaan percuma selama 6 bulan untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung rakyat.

Rasanya memang tak dapat nak sewa sebuah rumah di luar dengan harga RM124 sebulan tu, bilik mungkin ada.

Kalau anda perasan harga sewa rumah IKRAM KPKT adalah sama dengan kadar sewa rumah Program Perumahan Rakyat (PPR).

Tak peliklah sebab kediaman sewa KPKT yang terpilih sebenarnya terletak di dalam kawasan projek PPR, yang mana berbeza dengan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) ya.

Apakah Ciri-Ciri PPR Yang Dipilih?

Setiap PPR yang terpilih bagi rumah IKRAM akan mempunyai kesemua ciri berikut untuk memastikan keselesaan setiap penyewa.

Ciri Rumah IKRAM KPKT

Siapa Yang Layak Memohon Rumah IKRAM KPKT?

Seperti semua program bantuan kerajaan yang lain, ada syarat kelayakan yang perlu dipenuhi bagi memohon rumah IKRAM. Selain terkesan akibat COVID-19, syarat permohonan lain adalah seperti berikut:

  • Pemohon dan pasangan warganegara Malaysia,

  • Pemohon berumur 18 tahun ke atas,

  • Belum memiliki rumah, rumah sedia ada telah dilelong, tempoh sewaan telah ditamatkan atau seumpamanya, dan

  • Pendapatan isi rumah tak lebih RM3,000 sebulan.

PGMY_PropSite_Guides_Banner_610x457px_BM (1)
PGMY_PropSite_Guides_Banner_610x457px_BM (1)

Bagaimana Nak Mohon Rumah IKRAM KPKT?

Permohonan bagi rumah IKRAM perlu dibuat secara online. Sekiranya berminat dan layak, anda boleh ikut langkah-langkah di bawah:

  1. Layari laman web TEDUH KPKT

  2. Pilih projek PPR yang diingini (pastikan ada logo RUMAH IKRAM KELUARGA MALAYSIA di gambar projek)

  3. Klik butang ‘MOHON DI SINI’

  4. Log Masuk atau Daftar Akaun jika belum ada

  5. Isi semua maklumat yang diperlukan

  6. Hantar permohonan

Di Mana Lokasi Rumah IKRAM KPKT?

Sebagai langkah permulaan, KPKT akan menyediakan 1,000 unit di kawasan PPR sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Kelantan dan Johor. Terdapat 8 projek PPR yang terlibat buat masa ni, iaitu:

Projek PPR

Jenis

Keluasan

PPR Sentul Murni, Kuala Lumpur

Pangsa Berbilang Tingkat

700 kps

PPR Lembah Subang 2, Selangor

Pangsa Berbilang Tingkat

700 kps

PPR Amanjaya, Kedah

Pangsa 5 Tingkat (Walkup Flat)

850 kps

PPR Kota Setar, Kedah

Pangsa Berbilang Tingkat

700 kps

PPR Sinar Intan 3, Kedah

Pangsa 5 Tingkat

750 kps

PPR Kota Bharu, Kelantan

Pangsa Berbilang Tingkat

700 kps

PPR Gua Musang, Kelantan

Pangsa 5 Tingkat (Walkup Flat)

700 kps

PPR Sg. Melana 2, Johor

Pangsa Berbilang Tingkat

700 kps

Kita boleh jangkakan rumah IKRAM diperluaskan juga ke negeri-negeri lain kerana Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata inisiatif ini akan menyediakan unit di seluruh negara.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai program IKRAM, boleh hubungi hotline JPN KPKT di 03-8891 4475 atau emel pro@kpkt.gov.my / unitkorporatjpn@kpkt.gov.my

Semoga Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia ini akan dapat membantu keluarga yang kurang atau hilang punca pendapatan akibat pandemik menyewa tempat berteduh yang selesa.

Selamat memohon!

Panduan Relevan

Our goal is to create a safe and engaging place for users to connect over interests and passions. In order to improve our community experience, we are temporarily suspending article commenting