Ruma Puteh Dan 15 Kafe Terbaik Di Selangor Dan KL 2021!
Bila kali terakhir anda ke kafe untuk lepak-lepak jumpa kawan? Ramai antara kita rasanya dah setahun tak buat begitu.
Memandangkan sekarang PKP dah banyak kelonggaran dan aktiviti ekonomi termasuk kafe dah dibenar beroperasi, seronok juga kalau keluar lepak-lepak kan? Tapi, jangan lupa patuhi SOP ditetapkan! Kalau tak melayang RM10,000…
Jadi, kami senaraikan kafe di Kuala Lumpur dan Selangor yang anda boleh kunjungi sekarang berserta projek hartanah yang berada di sekitarnya.
Sebabnya beberapa kawasan yang kami senaraikan ni berdasarkan kajian Property Market Index kami memang harga permintaan menurun ketika musim COVID-19 ni.
Jadi, jom tengok! Sambil lepak makan-makan mana tahu ternampak hartanah berkenan di hati.
1) Ruma Puteh, Titiwangsa
Kredit: eatdrinkkl.blogspot.com
Ruma Puteh ni antara kafe yang semakin jadi tumpuan ramai. Dahulunya kediaman tapi kini menjadi kafe lawa, deco hiasan dalamannya memang ‘instagramable’. Siap ada taman lagi untuk tenangkan fikiran.
Sesuai dengan namanya, putih jadi warna dominan di kafe ni. Perabotnya pula diwarnakan dengan warna terang seperti merah, hijau, biru dan unsur tembaga. Memang terbaik untuk lepak-lepak lepas setahun berkurung dalam rumah.
Menu pilihan | |
Waktu operasi | |
Alamat |
2) Core by The Mechanics, Cheras
Deco kafe ni tak ubah seperti dalam majalah! Dengan konsep minimalis serba ringkas dan warna putih, kelabu dan hitam memenuhi ruang, memang mendamaikan.
Paling unik, kemasan luaran Core by The Mechanics ni pun memang minimalis sungguh. Dengan hanya simen konkrit dan tanda nama yang sangat ringkas.
Menu pilihan | |
Waktu operasi | |
Alamat |
3) Lisette’s Cafe and Bakery, Bangsar
Di Bangsar dan kawasan sekitarnya, memang terdapat banyak kafe menarik yang jadi tumpuan ramai. Setiap satunya ada kelebihan tersendiri, tetapi menariknya di Lisette’s Café and Bakery ni adalah ruang masuknya yang seperti taman dalam bandar, teduh dan sejuk je mata memandang.
Dinding mereka juga berbunga-bunga, yang berubah ikut tema tertentu. Manalah tahu sempena 2021 ni mereka nak “all out” sebab orang ramai dah mula keluar balik, bolehlah bergambar habis-habisan.
Menu pilihan | |
Waktu operasi | |
Alamat |
4) What’s on Tap, Mont Kiara
Jika anda penggemar kopi tapi tak berapa suka sangat kek dan manisan, bolehlah berkunjung ke What’s on Tap di Beverly’s Hills Malaysia ni. Pilihan kopi yang ada memang pelbagai.
Hiasan dalamannya pula minimalis industri warna putih yang menggambarkan ketelitian dan keseriusan mereka dalam proses menyeduh kopi.
Menu pilihan | |
Waktu operasi | |
Alamat |
5) Kita Dining, Bukit Damansara
Kredit pic: eatdrinkkl.blogspot.com
Gabungan warna pastel tapi tak membosankan dengan dekorasi moden dan makanan sentuhan tradisi di sini memang mengasyikkan. Terletak di kawasan tumpuan di ibu kota, Kita Dining menjanjikan pengalaman berharga untuk pelanggannya.
Menu pilihan | |
Waktu operasi | |
Alamat |
6) POKOK, KL
Keunikan POKOK KL ni adalah ia terletak dalam kawasan asrama pelajar! Kalau pertama kali datang, memang was-was nak masuk dan park dalam kawasan asrama tu.
Tapi, sebaik saja anda memasuki kawasan restoran, ia berubah sama sekali. Kafe ini terletak dalam rumah kaca, duduk dalam pun nampak rimbunan hijau diluar. Tak terasa berada di kafe tengah Kuala Lumpur.
Menu pilihan | |
Waktu operasi | |
Alamat |
7) Dou Dou Bake, Petaling Jaya
Kredit pic: malaymail
Kafe ni viral sebab orang beratur sejak jam 7 pagi nak beli roti dan pastrinya. Bukan mudah nak buat, apatah lagi sekarang orang tak berapa gemar keluar rumah.
Kredit pic: eatdrink.my
Susun atur dalaman Dou Dou Bake bercirikan industri dengan sentuhan konkrit, kayu dan besi ja. Persekitarannya pula berkonsepkan “kasar dan gasar”, sekali tengok macam padang pasir tak terjaga. Tapi, kebijakan mengadunkan sentuhan membuatkannya unik. Bolehlah cuba!
Menu pilihan | |
Waktu operasi | |
Alamat |
8) White Sand Café, Empire Damansara
Kafe yang menyifatkan dirinya sebagai tempat seni dan gaya hidup ni terletak di kawasan komersial Empire Damansara.
Deco White Sand Café ni bak gaya Kepulauan Santorini di Greece, dengan gabungan batu-bata merah, warna putih dan biru, memang sesuai untuk berposing sakan.
Menu pilihan | |
Waktu operasi | |
Alamat |
9) Cake Jalan Tiung, Shah Alam
Penggemar kek memang akan kenal nama Cake Jalan Tiung ni. Tempat pilihan ramai untuk sesiapa yang mengidam mahu makan kek yang sedap dan harga pun berbaloi.
Buat masa sekarang, ada dua cawangan di Shah Alam iaitu di Seksyen 4 dan Seksyen 9. Susun atur dan rekaan dalamannya tenang seperti dalam rumah saja, memang beri fokus untuk pencinta kek lepak-lepak dengan kawan dan keluarga.
Menu pilihan | |
Waktu operasi | |
Alamat |
10) Cartel Coffeeshop, Bangi
Keunikan Cartel Coffeeshop, selain guna kontena sebagai ruang makannya, ia juga terletak di tepi padang. Sambil-sambil makan tu boleh tengok orang bersenam kan. Ironi…
Rekaan dalamannya cukup maskulin dengan deco bertemakan “godfather”. Ruangan bawah kafe dibina daripada kontena dan ada ruangan terbuka di tingkat atasnya. Memang menarik untuk lepak-lepak malam hari hirup udara Bangi yang segar.
Menu pilihan | |
Waktu operasi | |
Alamat |
11) New Chapters by The Owl, Subang
Terletak di One Space, nak lebih mudah cari The Square, New Chapters by The Owl ni terletak berhampiran dengannya.
Hiasan dalamannya ringkas dengan siling tinggi dan tingkap kaca besar membuatkan ruangnya nampak lebih luas dengan cukup cahaya masuk. Meja marmar dan rona kuning lembut memang comel je kafe ni.
Menu pilihan | |
Waktu operasi | |
Alamat |
12)The Botanist Garden, Cyberjaya
Sesiapa yang sukakan kehijauan memang The Botanist Garden ni mesti dikunjungi. Kafe dua tingkat dengan hiasan dalamannya menggunakan unsur kayu memang sejuk je mata memandang.
Menu pilihan | |
Waktu operasi | |
Alamat |
13) Bukku Cafe, Klang
Kredit pic: thefoodbunny.com
Dengan rekaan minimalis gaya Jepun, Bukku Café ni seperti namanya dilengkapi dengan hiasan buku dan rak buku dipenuhi dengan jar berisi kopi. Bau buku dan kopi? Memang asyik!
Kredit pic: thefoodbunny.com
Menu pilihan | |
Waktu operasi | |
Alamat |
14) Ra-ft Café, Sungai Buloh
Kafe ni anda bukan je boleh datang minum kopi, tapi juga boleh beli biji kopi dari Colombia, El Salvador, Brazil dan Indonesia yang dipanggang sendiri. Menarik kan?
Ra-ft Café juga menawarkan masakan Barat dan Itali dengan sentuhan pengaruh Asia. Ia juga mempunyai beberapa cawangan lain di Ampang dan Mont Kiara.
Menu pilihan | |
Waktu operasi | |
Alamat |
15) Little Salty Café, Ampang
Kafe unik terletak di Bukit Ampang ni menawarkan sesuatu yang tak banyak kafe lain boleh tawarkan iaitu pemandangan seluruh Kuala Lumpur yang membolehkan anda melihat keseluruhan suasana pencakar langit ibu kota termasuklah Menara Berkembar Petronas dan Menara KL.
Jadi, kalau nak minum-minum romantik sambil tengok langit malam Kuala Lumpur, Little Salty Café ni pilihan terbaik!
Menu pilihan | |
Waktu operasi | |
Alamat |
Panduan Relevan