ROOSTERBIO BEKERJASAMA DENGAN SENTI BIOSCIENCES UNTUK MENTERJEMAHKAN TERAPI SEL LITAR GEN KE DALAM KLINIK DENGAN PANTAS

HAIZATULZETY JAAFAR
Kerjasama memanfaatkan sistem hMSC klinikal cGMP untuk mempercepat terapi sel diubah suai gen bagi tumor pejal. FREDERICK, Md., 19 Mac (Bernama) -- RoosterBio Inc. mengumumkan perjanjian kerjasama bekalan dan pengeluaran klinikal dengan syarikat litar gen peneraju Senti Biosciences, Inc. (Senti) untuk mempercepat terjemahan klinikal bagi terapi sel diubah suai gen Senti untuk kanser ovari dan penunjuk tumor pejal lain. Kerjasama ini akan memanfaatkan sistem bioproses sel induk/stroma mesenkima manusia (hMSC) RoosterBio, platform pembangunan produk dan proses yang pantas, serta pematuhan Amalan Pengeluaran Barangan (cGMP) semasa dan keupayaan pengeluaran berfokuskan hMSC. “Terapi sel diubah suai gen merupakan salah satu segmen dalam industri kami, dan kami berasa teruja untuk membantu Senti Biosciences mempercepat teknologinya ke dalam klinik,” kata Pengasas & Ketua Pegawai Produk RoosterBio Jon A. Rowley, PhD. “Kerjasama kami mencerminkan kepentingan platform kejuruteraan gen yang diletakkan pada kedudukan strategik yang direka bentuk untuk terjemahan klinikal pantas. Matlamat RoosterBio untuk meringkaskan pembangunan produk hMSC dengan ketara, pembangunan proses dan pembangunan klinikal sedang dimanfaatkan untuk memajukan medan sel terapi.” “Litar gen memiliki potensi untuk menerajui gelombang terapi sel dan gen yang seterusnya untuk menangani keperluan tinggi yang belum dipenuhi dalam kanser yang sukar dirawat, seperti kanser ovari,” kata Philip Lee, PhD, Ketua Pegawai Operasi dan Pengasas Senti. “Kami menanti-nantikan untuk meneruskan kerjasama kami dengan RoosterBio untuk mempercepat pembangunan klinikal terapi berdasarkan MSC litar gen novel untuk membantu dalam menyediakan terapi sedemikian kepada pesakit secekap dan secara selamat yang mungkin.” Di bawah terma perjanjian ini, Senti akan menggunakan teknologi litar gen novelnya pada hMSC yang dihasilkan oleh platform pengeluaran hMSC CliniControl™ yang cemerlang RoosterBio. Di samping itu, Senti akan menggunakan RoosterBio untuk pembangunan luaran bagi bekalan dan pengembangan hMSC, termasuklah penskalaan bioreaktor dan operasi unit pengeluaran berskala besar perindustrian. Proprietari RoosterBio, portfolio produk yang berkaitan secara klinikal diperkenalkan pada tahun 2017 di bawah jenama CliniControl dengan janji untuk meringkaskan langkah yang berbilang dalam pembangunan terapeutik secara ketara. CliniControl ialah produk hMSC pertama untuk dikomersialkan sebagai bank sel yang berfungsi dan sistem media bioproses yang dikomersialkan sebagai atas para, patuh cGMP. Rowley menambah, “Kami telah menunjukkan bahawa produk CliniControl kami secara unik boleh menyampaikan dan terus memacu kecekapan yang tiada bandingan dan ekonomi skala dalam pengeluaran hMSC klinikal dan komersial, membantu pelanggan kami mempercepat pembangunan produk terapi sel baharu yang menarik.” Perihal RoosterBio, Inc. RoosterBio, Inc. ialah syarikat swasta teknologi platform pengilangan sel yang memberikan tumpuan pada usaha mempercepatkan pembangunan industri Ubat Jana Semula yang mampan untuk satu demi satu pelanggan. Produk RoosterBio merupakan sel induk/stroma mesenkima manusia (hMSC) dewasa berkuantiti banyak, berpatutan dan berciri baik yang dipadankan dengan sistem media yang direka bentuk secara teliti. RoosterBio telah memudahkan dan menstandardkan cara sel hidup dibeli, dikembangkan dan digunakan dalam pembangunan, membantu pelanggan menjimatkan masa dan kos. Produk inovatif RoosterBio memulakan era baharu bagi produktiviti dan pemiawaian dalam bidang. Lawati www.roosterbio.com. Perihal Senti Biosciences Senti Biosciences ialah syarikat terapeutik generasi seterusnya yang membangunkan litar gen dan pemprograman sel untuk nilai terapeutik yang besar. Misi Senti adalah untuk mengakali penyakit kompleks dengan ubat lebih pintar yang akan mentransformasikan hidup orang. Dengan memprogramkan sel untuk memberikan respons, menyesuai dan membuat keputusan, Senti mencipta terapi lebih pintar dengan logik seperti komputer, kefungsian dipertingkatkan dan kawalan terapeutik yang lebih besar. Calon produk Senti menangani cabaran besar dalam rawatan kanser. Untuk menangani pengelakan imun kanser, Senti sedang membina terapi sel dilengkapi dengan litar sel tergabung untuk mendapatkan respons imun antitumor yang luas dan mampan. Senti juga sedang membangunkan terapi sel generasi seterusnya yang menyasarkan dan menghapuskan sel kanser dengan lebih tepat dan pada masa yang sama tidak menjejaskan tisu sihat. Senti Biosciences berpangkalan di San Francisco Selatan dan diasaskan pada tahun 2016 oleh Drs. Tim Lu, Philip Lee, Jim Collins dan Wilson Wong. Senti bangga untuk menyatakan NEA, 8VC, Amgen Ventures, Lux Capital, Menlo Ventures, Pear Ventures, Allen & Company, Nest.Bio, Omega Funds, Goodman Capital dan LifeForce Capital sebagai antara pelaburnya. Maklumat Hubungan: Carrie Zhang, Pengarah Pemasaran 858-336-6151 | czhang@roosterbio.com SUMBER: RoosterBio --BERNAMA