Advertisement

REIT Di Malaysia: Kenali 8 Jenis Amanah Hartanah Yang Ada!

Click here for English version

Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) adalah satu bentuk pelaburan unik yang direka untuk anda menjana keuntungan melalui sektor hartanah.

Cara REIT di Malaysia beroperasi adalah dengan mengumpulkan modal dari beberapa pelabur untuk mewujudkan dana pelaburan tunggal. Ia kemudiannya digunakan untuk membeli, menjual atau apa saja kaedah jana pendapatan dalam pasaran harta tanah.

Secara ringkasnya, ia adalah kaedah pelaburan kolektif bagi mengumpul dana dan meningkatkan akses peluang pelaburan yang lebih baik, khas untuk hartanah.

Jangan bimbang, pelaburan ni juga disenaraikan di Bursa Malaysia, menjadikannya mudah diakses dan selamat untuk pelabur di Malaysia.

REIT di Malaysia membolehkan individu dan organisasi untuk melabur dalam pasaran harta tanah yang menguntungkan, tanpa perlu membeli, memiliki, atau mengurus hartanah secara langsung atau secara individu.

Sedar tak sedar, anda sebenarnya berada di dalam hartanah REIT! Sebilangan besar pusat membeli-belah di seluruh Malaysia sebenarnya dimiliki oleh amanah pelaburan harta tanah.

Persoalannya, sudahkah anda bersedia untuk mencuba pelaburan REIT di Malaysia, dan patutkah anda kasi cuba satu kali? Jadi, kami rumuskan apa yang wajar anda tahu tentang REIT.

reits, reit, amanah hartanah, pelaburan hartanah, cara main saham, cara beli saham, cara melabur saham
reits, reit, amanah hartanah, pelaburan hartanah, cara main saham, cara beli saham, cara melabur saham

Sejarah dan Manfaat REIT di Malaysia

Memandangkan REIT adalah dana pelaburan, anda boleh tarik nafas lega sebab ia dikawal ketat undang-undang dan peraturan kewangan.

Ia bermaksud ia wajib mematuhi Garis Panduan Amanah Pelaburan Harta Tanah Tersenarai, seperti yang ditetapkan oleh Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, untuk disenaraikan di Bursa Malaysia. Jadi, tak perlu risau...

Lagipun, mana-mana REIT yang akan disenaraikan di Bursa Malaysia juga memerlukan kelulusan Suruhanjaya Sekuriti.

Kalau nak tahu, REIT pertama kali diwujudkan di AS, sejak 1960 lagi, dan mula memasuki Malaysia pada 2004, apabila AXIS REIT dilancarkan sebagai dana hartanah pertama di Malaysia.

REIT Malaysia membolehkan pelabur menikmati faedah pelaburan harta tanah tanpa perlu mengeluarkan sepenuhnya modal untuk memiliki hartanah tersebut.

Ia menawarkan kaedah berpatutan untuk pemilikan hartanah, kerana pelaburan yang dikeluarkan hanyalah sebahagian kecil daripada harga hartanah tu, maksudnya anda tak perlu beli keseluruhan unit/hartanah.

Siapa ada duit nak beli kompleks beli belah macam Suria KLCC tu kan....

reits, reit, amanah hartanah, pelaburan hartanah, cara main saham, cara beli saham, cara melabur saham
reits, reit, amanah hartanah, pelaburan hartanah, cara main saham, cara beli saham, cara melabur saham

Memandangkan ia adalah sebuah dana pelaburan, ia juga didagangkan lebih mudah berbanding hartanah. Tak ada tinjauan / penawaran / penjualan yang terlibat, hanya transaksi pasaran yang mudah.

Tidak seperti portfolio tunggal hartanah, amanah hartanah ini membolehkan anda mempelbagaikan portfolio pelaburan. Anda tak terikat kepada hanya satu hartanah, sebaliknya pelaburan anda diserakkan pada jumlah tertentu untuk hartanah berbeza.

Ada pelabur yang berpendapat kepelbagaian portfolio ini menawarkan risiko lebih rendah berbanding pelaburan hartanah tunggal.

Pengamal pelaburan REIT di Malaysia juga menyukai kaedah ini kerana pelaburan hartanah menawarkan aliran tunai yang stabil melalui pulangan kutipan sewaan.

Walaupun REIT menawarkan perolehan wang dari jual beli hartanah, selalunya sewa adalah sumber keuntungan utama dana ini.

Semua manfaat ini terhasil daripada pihak pengurusan hartanah profesional yang mengendalikan semua urusan harian dengan harapan ia akan menjana keuntungan.

Memang tak akan ada jaminan dalam pelaburan, tetapi REIT dilihat sebagai satu pelaburan yang baik, selamat dan bernilai tinggi oleh banyak pihak.

reits, reit, amanah hartanah, pelaburan hartanah, cara main saham, cara beli saham, cara melabur saham
reits, reit, amanah hartanah, pelaburan hartanah, cara main saham, cara beli saham, cara melabur saham

Cukai Dan REIT

Salah satu elemen profil pelaburan REIT yang sangat menarik perhatian adalah status cukai khas yang dinikmati pelaburan jenis ini.

Seandainya semua kriteria dipenuhi, sebahagian besar pendapatan pelaburan REIT boleh dikecualikan cukai pendapatan. Betul ni!

PropertyGuru Tip

Jika 90% atau lebih jumlah pendapatannya diagihkan kepada pemegang unit, amanah pelaburan hartanah di Malaysia akan dikecualikan daripada cukai pendapatan. Jika tidak, jumlah pendapatan REIT akan dikenakan cukai mengikut kadar pendapatan yang sesuai. Pengecualian ini hanya terpakai untuk dana tersenarai di Bursa Malaysia.

Dek kerana pemilikan REIT yang kompleks sebab melibatkan pelabur individu sehingga pemilikan perniagaan, pihak berkuasa cukai Malaysia mengenakan ‘Cukai Pegangan’.

Ini adalah cukai yang dikenakan kepada pembayar cukai dan bukannya penerima. Untuk REIT di Malaysia, 10% dikenakan untuk individu.

Bukan itu saja! Satu lagi manfaat besar untuk REIT adalah ia dikecualikan daripada cukai pemindahan harta tak alih, tak seperti aset harta fizikal yang dimiliki secara individu.

Dana pelaburan ini tak perlu membayar duti setem 3% pada harga pembelian. Ia juga tak perlu membayar Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT/RPGT), yang boleh mencecah 30% untuk beberapa kategori dalam keadaan tertentu.

PGMY_No_1
PGMY_No_1

Risiko Dalam REIT

Dalam dunia pelaburan, memang tiada sebarang jaminan. Risiko mestilah ada, itu hakikatnya. Seperti yang kita tahu, REIT bergantung sepenuhnya kepada pendapatan sewa hartanah.

Sekiranya syarikat besar mengalami kesukaran untuk membayar sewa, ini mungkin akan memberi kesan kepada pulangan REIT. Dalam apa keadaan sekalipun, jaminan “pasti untung” itu tidak ada, jadi anda sendiri perlu memahami semua risiko sebelum membuat sebarang keputusan.

Pendek kata, sekiranya mana-mana dana yang anda labur tak menjana pendapatan mencukupi, anda tak akan mendapat pulangan baik yang dijanjikan.

Perlu juga diingat yang tak seperti kaedah beli hartanah secara tradisional- anda beli, anda dapat hartanah- dalam konteks REIT, anda tak ada kuasa ke atas keputusan penjualan / pembelian / penyewaan dana tersebut.

Anda hanyalah seorang pelabur yang memberikan kepercayaan penuh kepada pengurus dana untuk membuat keputusan tepat menguruskan wang anda.

Walau bagaimanapun, jangan juga lupa yang anda boleh memantau sendiri prestasi pelaburan, jadi anda benar-benar tahu prestasi REIT (bagus atau buruk) terutama yang tersenarai di Bursa Malaysia.

reits, reit, amanah hartanah, pelaburan hartanah, cara main saham, cara beli saham, cara melabur saham
reits, reit, amanah hartanah, pelaburan hartanah, cara main saham, cara beli saham, cara melabur saham

Bagaimana Untuk Melabur Dalam REIT?

Anda tak perlu jadi ahli kelab pelaburan rahsia hanya untuk melabur dalam REIT. Buat masa sekarang, terdapat 18 amanah pelaburan harta tanah yang disenaraikan di Bursa Malaysia.

REIT yang disenaraikan ini boleh dibeli dan dijual, sama seperti saham biasa, ia juga disertakan dengan laporan telus dan prestasi yang dapat dinilai. Anda hanya perlu guna khidmat broker saham untuk beli dana pelaburan ini.

Malaysia juga ada REIT yang tak tersenarai di Bursa Malaysia, tapi untuk rakyat marhaen macam kita, memang agak rumit proses pelaburannya.

Ia dikategorikan sebagai unit amanah, dan boleh dibeli atau dijual melalui ejen sah atau syarikat pengurusan berdaftar.

8 Jenis REIT Yang Wujud Di Malaysia

Semua REIT berkaitan dengan hartanah, tetapi jenis dan struktur hartanahnya berbeza. Sama tapi tak serupa.

Umumnya ia wujud dalam beberapa sektor utama hartanah, jadi kami rumuskan untuk memudahkan anda dalam jadual di bawah.

reits, reit, amanah hartanah, pelaburan hartanah, cara main saham, cara beli saham, cara melabur saham
reits, reit, amanah hartanah, pelaburan hartanah, cara main saham, cara beli saham, cara melabur saham

Ingat, keuntungan boleh diperolehi menerusi kaedah beli dan jual, tapi punca keuntungan utama adalah sewa!

1. Peruncitan

Kedai, pusat membeli-belah, premis runcit komersial

2. Hotel

Hotel, penginapan

3. Perindustrian

Tanah dan bangunan industri, kilang, dll

4. Pejabat

Bangunan pejabat, ruang pejabat

5. Penjagaan kesihatan

Hospital, klinik, kemudahan kesihatan

6. Gudang

Kemudahan gudang, penyimpanan dan logistik

7. Ruang tempat letak kereta

Infrastruktur letak kereta, tempat letak kereta

8. Kediaman

Hartanah kediaman, harta sewaan, hartanah unit besar

Dana REIT disenaraikan dalam Bursa Malaysia kini tidak eksklusif untuk satu sektor sahaja. Ada yang beroperasi dalam pelbagai sektor. Namun, kebanyakan dana tertumpu pada satu atau dua bidang pelaburan.

6 Soalan Lazim REIT

1. Adakah saya dapat mengawal cara dana digunakan?

Tidak, anda melaburkan wang anda dan mempercayai orang lain untuk membina portfolio pelaburan yang berjaya. Anda tidak boleh tiba-tiba datang dan minta dekorasi semula pusat membeli-belah dibuat semata-mata nak naikkan pulangan sewa.

2. Adakah REIT bebas cukai?

Tidak. Sekiranya 90% atau lebih dari jumlah pendapatannya diagihkan kepada pemegang unit, amanah pelaburan harta tanah di Malaysia dikecualikan daripada cukai pendapatan. Walau bagaimanapun, dana tersebut masih akan dikenakan Cukai Pegangan sebanyak 10%.

3. Adakah saya perlu membayar CHKT untuk REIT.

Tidak. Cukai keuntungan hartanah tidak dikenakan untuk transaksi harta tanah REIT.

4. Adakah terdapat sebarang kos ‘tersembunyi’?

Taklah tak tahu langsung, cumanya anda harus sedar yang anda perlu bayar upah kepada broker saham untuk melakukan transaksi anda. Pendek kata, ia adalah yuran perkhidmatan untuk broker saham yang melakukan transaksi bagi pihak anda.

reits, reit, amanah hartanah, pelaburan hartanah, cara main saham, cara beli saham, cara melabur saham
reits, reit, amanah hartanah, pelaburan hartanah, cara main saham, cara beli saham, cara melabur saham

5. Apakah berbezaan antara REITS dibandingkan dengan saham?

Sekiranya anda memperolehi pegangan dalam dana yang kukuh dan stabil, ada kemungkinan anda mampu menikmati pertumbuhan perlahan tapi stabil.

Sekiranya anda memperolehi pegangan dana yang tak stabil tetapi berpotensi tinggi, anda sebenarnya melabur dengan risiko lebih besar untuk mendapat ganjaran dengan potensi lebih tinggi.

REIT mungkin diperdagangkan di pasaran seperti saham, tapi yang jelas tak ada pilihan pasti untung untuk ada. Biasalah, pelaburan kan?

6. Bagaimana pula perbandingan REIT dengan pelaburan sewa?

Sekiranya anda ada duit untuk beli hartanah, adakah anda akan beli dengan tujuan pelaburan beli untuk sewa? Ya, pulangan purata pelaburan sewa di Malaysia adalah sekitar 4%.

Jarang sangat REIT memberikan pulangan 6%-7%, tapi semuanya bergantung pada prestasi, sekali lagi, tiada jaminan!

Setiap kali anda membuat pelaburan, ingatlah yang memang tidak ada kepastian atau jaminan keuntungan. Sebab tu, sebelum nak buat keputusan melabur, rajin-rajinlah berhubung dengan profesional kewangan dahulu.

Selamat melabur!

Panduan Relevan