Rebut Peluang Di Program Rumah Idaman Rakyat Selangor Ini!

·4-min read

Siapa tak nak ada rumah sendiri, kan? Memang ramai yang mengeluh susah nak beli rumah, apatah lagi nak dapatkan rumah idamanku.

Kepada mereka yang tinggal di Selangor, anda boleh melonjak kegembiraan sekarang kerana kerajaan negeri ada satu lagi skim perumahan khas untuk anda.

Skim yang dinamakan Rumah Idaman Rakyat Selangor ni adalah untuk mereka yang belum pernah ada hartanah.

Bayangkan perasaan bila anda dapat melaungkan “oh rumah idamanku” setelah sekian lama menanti.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang skim ni, kena lah teruskan membaca. Kami akan perkenalkan Rumah Idaman Rakyat Selangor dengan lebih dekat lagi.

 

Apa Rumah Idaman Rakyat Selangor Ni? Bila Mula?

Pernah tak tentang Rumah Selangorku? Skim perumahan ni khas dari kerajaan Selangor untuk orang Selangor, yang mana ia menyediakan perumahan mampu milik kepada mereka yang layak.

Haaaaa, kalau nak tahu, Rumah Idaman Rakyat Selangor pun lebih kurang macam tu lah.

rumah idamanku, Rumah Idaman Rakyat Selangor, Rumah Selangorku
rumah idamanku, Rumah Idaman Rakyat Selangor, Rumah Selangorku

Secara terperincinya, skim terbaru ni adalah Rumah Selangor yang telah dinaiktaraf dengan spesifikasi dan kelengkapan dalaman kediaman.

Maknanya, Rumah Idaman Rakyat Selangor ditawarkan siap-siap dengan jubin, perabot dan pelbagai lagi, tunggu pindah masuk je!

Semua ni adalah untuk golongan B40 dan M40 yang belum memiliki kediaman.

Sekitar tahun 2019, dua projek perintis Rumah Idaman Rakyat Selangor yang diterajui oleh Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) telah diluluskan kerajaan negeri.

Ini adalah usaha untuk mempelbagaikan penyediaan dan pilihan rumah mampu milik di Selangor.

Pada 28 Ogos 2020 pula, Mesyuarat Jawatankuasa Induk Rumah Selangorku meluluskan pembinaan hampir 42,100 unit Rumah Idaman di beberapa lokasi di Selangor.

Namun, ia masih perlu dibincangkan dengan lebih lanjut sebelum keputusan dimuktamadkan.

rumah idamanku, Rumah Idaman Rakyat Selangor, Rumah Selangorku
rumah idamanku, Rumah Idaman Rakyat Selangor, Rumah Selangorku

Apabila permohonan tersebut mendapat persetujuan semua, barulah ia boleh dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk pertimbangan.

Bagi yang berminat untuk memohon Rumah Idaman Rakyat Selangor ni kena lah rajin-rajin semak laman web ni untuk berita terkini ya.

 

Dekat Mana Ada Rumah Idaman Ni?

Buat masa ni, ada 2,059 unit Rumah Idaman Rakyat Selangor yang telah siap 80%. Memang tak lama saja lagi untuk siap sepenuhnya.

Untuk maklumat lanjut tentang lokasi dan sebagainya, anda perlu berdaftar dulu dengan laman rasmi yang kami akan terangkan di bawah.

 

Siapa Yang Layak Dan Macam Mana Nak Mohon?

Kalau ikut Soalan Lazim di Portal Rasmi Dewan Negeri Selangor, syarat kelayakan dan kriteria pemilikan Rumah Idaman Rakyat Selangor adalah sama seperti syarat Rumah Selangorku.

Syarat-syaratnya adalah:

  • Warganegara Malaysia

  • Umur 18 tahun ke atas

  • Pendapatan isi rumah tak lebih daripada RM10,000 sebulan

  • Pemohon dan pasangan tak mempunyai apa-apa jenis rumah kediaman di Selangor

  • Permohonan pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dengan kebenaran pihak berkuasa negeri

  • Pemohon perlu berdaftar di laman web Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)

Di laman web tersebut, pergi ke butang “Daftar” dan klik “Daftar Pengguna Baru”.

rumah idamanku, Rumah Idaman Rakyat Selangor, Rumah Selangorku
rumah idamanku, Rumah Idaman Rakyat Selangor, Rumah Selangorku

Selepas tu, anda perlu mengisi maklumat pendaftaran seperti di bawah:

rumah idamanku, Rumah Idaman Rakyat Selangor, Rumah Selangorku
rumah idamanku, Rumah Idaman Rakyat Selangor, Rumah Selangorku

Bila dah mendaftar, barulah anda boleh membuat permohonan.

Sebelum tu, pastikan anda membaca setiap garis panduan yang telah disediakan oleh LPHS dengan teliti. Antaranya adalah:

  • Pemohon kena lepas syarat kelayakan permohonan

  • Kemas kini dan lengkap profil peribadi selepas mendaftar

  • Buat pilihan projek berdasarkan pilihan jenis hartanah, daerah dan mukim

  • Pemohonan LENGKAP saja yang boleh dihantar untuk disemak dan diproses oleh pihak LPHS

  • Jika pemohon DITAWARKAN RUMAH, kena muat naik semua dokumen yang berkaitan dan diperlukan, termasuklah:

    • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan,

    • Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan,

    • Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah jika bekerja sendiri (pemohon yang belum berkahwin),

    • Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah jika bekerja sendiri,

    • Surat akuan bersumpah daripada Pesuruhjaya Sumpah jika pasangan tak bekerja,

    • Penyata KWSP (jika ada); dan

    • Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS.

Tetapi anda kena ingat yang setiap permohonan ada tempoh sah laku selama 2 tahun.

Selepat tamat 2 tahun, data permohonan yang berstatus SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem. Pemohon kena buat permohonon baru jika masih berminat.

Itu saja setakat ini yang kami dapat kongsikan dengan anda tentang program Rumah Idaman Rakyat Selangor ni. Kalau ada perkembangan lanjut, kami akan beritahu!

rumah idamanku, Rumah Idaman Rakyat Selangor, Rumah Selangorku
rumah idamanku, Rumah Idaman Rakyat Selangor, Rumah Selangorku

Kami harap dengan skim bantuan seperti ini dapat memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idamanku.

Kalau anda rasa skim ini bukan untuk anda, atau mungkin kriterianya tak menepati, boleh juga ke panduan ni untuk lebih banyak skim yang lain.

Bolehlah tengok-tengok, mana tahu ada yang boleh anda mohon. Selamat mencari rumah idamanku!

Proses beli rumah idamanku boleh merumitkan kalau anda tak tahu banyak perkara. Baca dulu panduan kami tentang 24 Istilah Lazim Pinjaman Hartanah dan Bergaji Kecil Tapi Mahu Beli Rumah ini!