Projek Ubah Suai Bajet RM2,000 Hingga RM50,000: Memang Boleh Buat!

·7-min read

Kita semua tentunya berhasrat mahu mengubah sesuatu ke arah yang lebih baik. Mungkin perkara besar seperti mengubah tabiat buruk, atau sekadar beli baju baru ikut trend terkini.

Semua perubahan baik ini mewujudkan rasa senang dan gembira dalam diri, walaupun duit boleh tahan banyak keluar, semuanya dilegakan dengan “biarlah, sesekali, apa salahnya”.

Ada betulnya, tetapi dalam situasi ekonomi tidak menentu sekarang, boleh jadi keburukan juga kalau berbelanja lebih daripada kemampuan. Biar berpada, daripada menyesal, kan?

 

Pecah Perintah, Bajet Dan Kajian

Berbanding projek hias semula rumah yang anda boleh gunakan tip RPJ (rancang, pilih, dan jimat) ni, projek ubah suai rumah juga mempunyai tip tersendiri yang dapat membantu. Kami namakan ia sebagai tip PPBK, bukan PKPB ya!

1) Pecah Perintah

Perkara pertama anda perlu lakukan adalah "pecah perintah" kawasan yang mahu diubah suai.

Tindakan ini penting bagi memudahkan anda mendapat gambaran keseluruhan projek ubah suai yang hendak dilakukan.

renovation rumah, renovate rumah, ubahsuai rumah, ubah suai rumah, ubahsuai, pengubahsuaian rumah, ubah suai
renovation rumah, renovate rumah, ubahsuai rumah, ubah suai rumah, ubahsuai, pengubahsuaian rumah, ubah suai

“Pecah” perancangan dan “Perintah” pelaksanaan ubah suai dapat menjimatkan masa dan memahamkan anda tentang keutamaan sebenar.

Bukan semua orang mampu melakukan projek ubah suai menyeluruh sekaligus. Ramai antara kita yang terpaksa melakukannya perlahan-lahan kerana pelbagai faktor.

Misalnya, kalau anda ubah suai seluruh rumah, hendak tidur di mana pula sementara menunggu kontraktor siapkan kerja?

Atau mungkin, wang simpanan tidak mencukupi lagi untuk melakukan ubah suai bagi mendapatkan ruang idaman. Maka, pecahkan kawasan rumah untuk ubah suai mengikut keutamaan anda.

Mungkin bilik tidur yang perlu ubah suai dahulu, nanti ada rezeki lebih ruang dapur pula dan begitulah seterusnya sehingga lengkap ubah suai seluruh rumah anda.

Memecahkan kawasan ubah suai juga membolehkan anda memantau kerja kontraktor dengan lebih teliti.

renovation rumah, renovate rumah, ubahsuai rumah, ubah suai rumah, ubahsuai, pengubahsuaian rumah, ubah suai
renovation rumah, renovate rumah, ubahsuai rumah, ubah suai rumah, ubahsuai, pengubahsuaian rumah, ubah suai

Ingat, kadang-kadang untuk satu projek bukan hanya satu kontraktor diperlukan, selalunya dua tiga kontraktor berbeza diperlukan untuk melakukan aspek kerja berbeza.

Jadi, pemecahan ruang khusus ubah suai dapat membantu anda menentukan hasil mutu kerja mereka berbaloi dengan bayaran yang diberikan.

Bukan hendak berkira, tetapi itu hak anda sebagai pelanggan dan dalam keadaan ekonomi sekarang, baiklah berhati-hati daripada menyesal terima hasil kerja tak memuaskan.

Pasangan suami isteri Asri Maris Anthony dan Siti Rohani membuktikan projek ubah suai rumah tak perlu dilakukan serentak, boleh sahaja dilakukan ikut prinsip pecah dan perintah ini.

Mereka mengubah suai rumah pusaka di kampung mengikut gaya kesukaan mereka, iaitu cottage English acuan Malaysia.

Projek ubah suai mengambil masa selama dua tahun, tetapi hasil akhir memang memenuhi kehendak mereka.

renovation rumah, renovate rumah, ubahsuai rumah, ubah suai rumah, ubahsuai, pengubahsuaian rumah, ubah suai
renovation rumah, renovate rumah, ubahsuai rumah, ubah suai rumah, ubahsuai, pengubahsuaian rumah, ubah suai

Keadaan depan rumah yang perlahan-lahan diubah suai.

renovation rumah, renovate rumah, ubahsuai rumah, ubah suai rumah, ubahsuai, pengubahsuaian rumah, ubah suai
renovation rumah, renovate rumah, ubahsuai rumah, ubah suai rumah, ubahsuai, pengubahsuaian rumah, ubah suai

Hasil akhir ubah suai terbaik walaupun ambil masa.

 

2) Bajet, Bajet, Bajet

Memandangkan anda mahu mengubah suai rumah dengan kos paling minima, bajet jadi keutamaan.

Ada banyak cara pastikan bajet sesuai dengan kemampuan anda. Salah satunya adalah letakkan jumlah maksimum dan minimum bajet yang anda boleh keluarkan, dan pastikan harga dikenakan kontraktor dalam ruang lingkup bajet anda.

Kena juga bertolak ansur, kalau bajet rendah janganlah harapkan kontraktor guna jubin import dari Itali atau lampu keluaran Perancis. Berpada-pada.

3) Buatlah Kajian

Tidak salah untuk dapatkan syor daripada rakan-rakan yang pernah buat ubah suai rumah, tetapi kena ingat yang setiap orang situasinya berbeza-beza.

Anda boleh dapatkan saranan daripada kenalan dan juga selidik sendiri pilihan yang ada. Kebanyakan kontraktor sekarang menawarkan rundingan dan sebut harga percuma untuk projek ubah suai.

Dapatkan beberapa sebut harga dan kenal pasti mana yang terbaik dengan bajet anda. Jangan malas buat kajian pulak!

Gabungan rajin buat kajian dan bajet ini sangat sesuai digunakan jika anda orang yang mahir bertukang.

Misalnya yang dibuat oleh Muhammad Hasif ini, beliau buat kajian barangan DIY dan memasangnya sendiri di rumah. Hasilnya puas hati dan bajet pun tidak robek dompet.

Beliau memasang sendiri kabinet, lampu dan sinki di rumahnya. Anggaran perbelanjaan kesemuanya sekitar RM3,000. Tak ke berbaloi tu?

renovation rumah, renovate rumah, ubahsuai rumah, ubah suai rumah, ubahsuai, pengubahsuaian rumah, ubah suai
renovation rumah, renovate rumah, ubahsuai rumah, ubah suai rumah, ubahsuai, pengubahsuaian rumah, ubah suai

Kabinet IKEA dipasang sendiri.

Selain ruangan dapur, beliau juga menggunakan kemahiran bertukang memasang “wainscotting” dan mengecat dinding ruang tamu. Anggaran perbelanjaan sekitar RM361.

renovation rumah, renovate rumah, ubahsuai rumah, ubah suai rumah, ubahsuai, pengubahsuaian rumah, ubah suai
renovation rumah, renovate rumah, ubahsuai rumah, ubah suai rumah, ubahsuai, pengubahsuaian rumah, ubah suai

DIY kemasan dinding rumah modal kurang RM400.

Kami juga senaraikan projek ubah suai mengikut pecahan bajet untuk rujukan anda, mana tahu ada yang berkenan, bolehlah mula merancang.

 

Projek DIY Bajet RM2,000 Saja

Nampak tak masuk akal kan dengan bajet RM2,000, boleh ke ni? Boleh, tetapi kerja-kerjanya banyak DIY dan tidak melibatkan perubahan struktur yang besar.

Seperti dibuktikan Mcyahh JoanJett ini, kerja ubah suai rumahnya banyak melibatkan pengecatan semula dinding dan memasukkan perabot dan barangan baharu.

Yang penting, beri tumpuan kepada kehendak anda, dan rajin buat kajian mencari barangan murah tetapi masih berkualiti.

renovation rumah, renovate rumah, ubahsuai rumah, ubah suai rumah, ubahsuai, pengubahsuaian rumah, ubah suai
renovation rumah, renovate rumah, ubahsuai rumah, ubah suai rumah, ubahsuai, pengubahsuaian rumah, ubah suai

Sebelum dan selepas ubah suai dengan hanya menggunakan kuasa cat dan baiki barangan lama.

Perubahan ketara juga terhasil apabila anda menyeimbangkan keperluan dan kehendak. Langsir putih IKEA berharga sekitar RM12, langsir kelabu IKEA berharga sekitar RM45, karpet ala IKEA berharga RM95, dan tikar getah untuk lantai segulung RM230 untuk seluruh rumah. Gabungan pelbagai barangan yang murah dan berkualiti dan masih dapat hasil terbaik.

renovation rumah, renovate rumah, ubahsuai rumah, ubah suai rumah, ubahsuai, pengubahsuaian rumah, ubah suai
renovation rumah, renovate rumah, ubahsuai rumah, ubah suai rumah, ubahsuai, pengubahsuaian rumah, ubah suai

Cat dinding dan susun atur semula ruangan dengan barangan yang murah tetapi nampak mahal.

renovation rumah, renovate rumah, ubahsuai rumah, ubah suai rumah, ubahsuai, pengubahsuaian rumah, ubah suai
renovation rumah, renovate rumah, ubahsuai rumah, ubah suai rumah, ubahsuai, pengubahsuaian rumah, ubah suai

Sebelum dan selepas ubah suai untuk ruangan makan.

Lihat bagaimana beliau menggunakan kuasa tips bajet dan kajian untuk mengubah suai rumahnya menjadi ruangan idaman. Kuasa ilmu dan kerja keras tak pernah mengecewakan.

 

Ubah Suai Selesa RM10,000

Sekiranya anda berkesempatan membeli rumah lelong atau rumah lama dengan harga rendah daripada pasaran, pastinya ubah suai wajib dilakukan kerana keadaannya yang sudah daif.

Ubah suai untuk menjadikan kediaman itu selesa sebenarnya boleh sahaja dibuat dengan bajet rendah, tetapi masih nampak cantik dan mahal.

Seperti dibuktikan Azizul Azli Ahmad yang mengubah suai rumah lelong yang dibelinya dengan bajet sekitar RM10,000.

renovation rumah, renovate rumah, ubahsuai rumah, ubah suai rumah, ubahsuai, pengubahsuaian rumah, ubah suai
renovation rumah, renovate rumah, ubahsuai rumah, ubah suai rumah, ubahsuai, pengubahsuaian rumah, ubah suai

Keadaan rumah lelong memang teruk, perlukan ubah suai besar-besaran.

renovation rumah, renovate rumah, ubahsuai rumah, ubah suai rumah, ubahsuai, pengubahsuaian rumah, ubah suai
renovation rumah, renovate rumah, ubahsuai rumah, ubah suai rumah, ubahsuai, pengubahsuaian rumah, ubah suai

Semuanya perlu ditukar kepada yang baru.

Azizul membuktikan jika anda pecahkan projek ubah suai dengan bajet yang ditetapkan dan kajian, ia boleh dilakukan dengan kos yang munasabah.

renovation rumah, renovate rumah, ubahsuai rumah, ubah suai rumah, ubahsuai, pengubahsuaian rumah, ubah suai
renovation rumah, renovate rumah, ubahsuai rumah, ubah suai rumah, ubahsuai, pengubahsuaian rumah, ubah suai

Pecahkan kos ikut kawasan dan pastikan tak lebih bajet.

 

Ubah Suai Lengkap Bawah RM50,000

Jika anda mempunyai apartment atau kondominium, bajet ubah suai selalunya berada dalam lingkungan RM30,000 hingga RM70,000.

Sekali lagi, semuanya bergantung kepada rundingan dengan arkitek, kontraktor, jenis bahan dipilih dan reka bentuk yang dimahukan.

Misalnya, perkongsian dibuat arkitek Sophie Al-Yahya yang membuktikan kerja ubah suai untuk apartment berkeluasan 850 kaki memang boleh dilakukan dengan bajet rendah.

Beliau memberikan anggaran bajet untuk ubah suai keseluruhan termasuklah jeriji besi tingkap dan pintu untuk keselamatan sekitar RM3,800.

Manakala bajet untuk pemasangan kipas dan pendawaian elektrik bagi lampu pula sekitar RM2,080. Bajet untuk kabinet dapur termasuklah aksesori seperti sinki, paip dan dapur sekitar RM10,000.

renovation rumah, renovate rumah, ubahsuai rumah, ubah suai rumah, ubahsuai, pengubahsuaian rumah, ubah suai
renovation rumah, renovate rumah, ubahsuai rumah, ubah suai rumah, ubahsuai, pengubahsuaian rumah, ubah suai

Kos ubah suai dapur lengkap dengan kabinet dan aksesori dalam lingkungan RM10,000.

Bajet almari pakaian pula untuk satu bilik utama dan dua bilik kecil sekitar RM8,500. Manakala untuk rak TV yang ditempah khas mengikut saiz yang anda mahukan boleh berharga sekitar RM1,500 hingga RM3,000.

Ruangan terbuka di halaman pula selalunya ditutup untuk dijadikan dapur basah atau bilik dobi, penutupan ini selalunya menelan belanja sekitar RM2,000. Keseluruhan kos ubah suai asas ini boleh mencecah RM30,000 tanpa perabot.

renovation rumah, renovate rumah, ubahsuai rumah, ubah suai rumah, ubahsuai, pengubahsuaian rumah, ubah suai
renovation rumah, renovate rumah, ubahsuai rumah, ubah suai rumah, ubahsuai, pengubahsuaian rumah, ubah suai

Kos almari baju untuk 3 bilik boleh cecah RM8,500.

Bagi melengkapkan lagi kemasan lantai rumah, Sophie mencadangkan pemasangan lantai vinyl sekitar RM5,000 tidak termasuk bilik air.

Tambahan RM10,000 lagi untuk pemasangan plaster siling bentuk-L lengkap dengan lampu. Rumah baru juga memerlukan perabot asas seperti sofa, katil dan langsir yang boleh mencecah RM5,000.

Jadi, kos ubah suai rumah setingkat yang selesa memang berada dalam lingkungan RM30,000 dan boleh naik hingga RM100,000 jika anda memilih bahan atau reka bentuk yang berbeza daripada standard.

Contoh pecahan bajet yang kami senaraikan boleh dijadikan rujukan, tetapi ia membuktikan projek ubah suai boleh dibuat tanpa perlu rabakkan akaun bank anda.

Dalam keadaan ekonomi semasa, hidup perlu diteruskan dan ia perlu dilakukan dengan berhati-hati terutama yang melibatkan aspek kewangan.

Sebelum mulakan projek ubah suai, pastikan anda “pecah perintah” projek, pastikan “bajet” anda dalam kemampuan, dan buat “kajian” menyeluruh supaya tidak menyesal!

Amalkan tips PPBK supaya anda dapat rumah idaman dan tidak papa kedana kerana hendak bergaya!