PROGRAM PENYERAHAN SUMBANGAN PAKEJ JAHITAN KEPADA ASNAF FAKIR MISKIN DENGAN KERJASAMA TERAS

HAIZATULZETY JAAFAR
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan kerjasama TERAS akan menyerahkan Sumbangan Bantuan Pembelian Peralatan Menjahit Kepada Asnaf Fakir Miskin bagi membantu mereka keluar dari belenggu kemiskinan. Program ini juga merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) perbadanan ini yang akan diadakan seperti ketetapan berikut: Hari/Tarikh: Khamis 27 Februari 2020 Masa: 3.00 petang Tempat: Ibu Pejabat Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd Majlis berkenaan akan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Korporat PKNS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Wang Zakat PKNS, Puan Hajah Siti Zubaidah Binti Haji Abd Jabar dan turut dihadiri Pengurus Besar Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS), Encik Mohd Hasnul Redza Bin Abdul Rahim. Program 3.00 Petang: Ketibaan Tetamu Kehormat Ketibaan Ketua Pegawai Korporat PKNS, Puan Hajah Siti Zubaidah Binti Haji Abd Jabar 3.15 Petang: Ucapan aluan daripada Pengerusi Majlis Bacaan Doa 3.30 Petang: Ucapan aluan daripada Pengurus Besar Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd, Encik Mohd Hasnul Redza Bin Abdul Rahim Ucapan balas daripada Ketua Pegawai Korporat PKNS, Puan Hajah Siti Zubaidah Binti Haji Abd Jabar 3.45 Petang: Sesi penyerahan: - Mock-up Cheque kepada Pengurus Besar TERAS Goodies kepada penerima bantuan Pakej Jahitan Sesi bergambar Minum Petang 4.30 Petang: Bersurai Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis penyerahan sumbangan tersebut. SUMBER: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: Nama: Ekin Tel: 016-245 6984 --BERNAMA