PROGRAM MEMFAIL BORANG NYATA (BN) BAGI TAHUN 2020

HAIZATULZETY JAAFAR
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa Program Memfail Borang Nyata (BN) Bagi Tahun 2020 telah dimuat naik pada Portal Rasmi LHDNM sebagai rujukan dan panduan kepada pembayar cukai untuk mengemukakan Borang Nyata mereka pada tahun ini. Dokumen tersebut boleh diakses dan dimuat turun dengan mengikut langkah mudah seperti yang berikut : I. Layari laman Portal Rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my II. Klik menu Borang > submenu Program Memfail Borang Nyata (BN) Bagi Tahun 2020 III. Atau capaian pantas di pautan : http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2020_1.pdf (Bahasa Melayu) Orang ramai dan pembayar cukai yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai Program Memfail Borang Nyata Bagi Tahun 2020 ini boleh menghubungi Hasil Care Line (HCL) di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara) untuk penjelasan. Dikeluarkan Oleh: Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Tarikh: 02 Januari 2020 SUMBER: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Tel: 03-8313 8888 samb. 21658 / 21674 Faks: 03-8313 7873 Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara) Portal Rasmi : www.hasil.gov.my --BERNAMA