PROGRAM HUBUNGAN PERSAHABATAN JEPUN JENESYS 2019 PROGRAM MASUK ASEAN KUMPULAN KE-13

HAIZATULZETY JAAFAR
Tema; Pertukaran Filem dan Seni Lukis -Festival Filem Kanak-kanak Antarabangsa Asia ke-13- Negara; Negara-negara ASEAN dan Timor-Leste TOKYO, 29 Nov (Bernama) -- 105 orang belia dari 11 buah negara, negara-negara ASEAN dan Timor-Leste, dijangka melawat Jepun dari 2 Disember hingga 9 Disember sebagai sebahagian daripada Program Hubungan Persahabatan Jepun, “JENESYS 2019” yang dipromosikan oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Jepun (MOFA). Mereka dijadual mengambil bahagian di dalam “Festival Filem Kanak-kanak Antarabangsa Asia ke-13” yang diadakan pada 7 Disember di Minamiawaji, wilayah Hyogo, dan berinteraksi dengan belia Jepun melalui menonton filem yang mereka buat sendiri. Sebagai sebahagian daripada pemerhatian yang berkaitan dengan tema, mereka akan melawat Kobe Kitano Ijinkan-gai dan Awaji Ningyo Joruri di Hyogo, dan muzium antarabangsa Otsuka di Tokushima, untuk melihat pelbagai gaya Seni Lukis di Jepun. Tambahan pula, mereka akan melawat Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) dan menghadiri satu kuliah mengenai Diplomasi Jepun di Asia, dan memerhatikan tempat-tempat bersejarah dan alam semula jadi menarik Jepun. Di Minamiawaji, mereka akan mengambil bahagian dalam Pertukaran Sekolah dan berinteraksi dengan pelajar-pelajar Jepun untuk memahami dengan lebih baik tentang Jepun dan memperdalam minat mereka di Jepun. Melalui program ini, kami berharap hubungan mesra di antara Jepun dan ASEAN, Timor-Leste akan diperkukuhkan, dan peserta secara proaktif berkongsi tarikan Jepun dan maklumat lain selepas pulang ke negara asal. [Untuk rujukan]: Program Pertukaran Jepun JENESYS 2019 Orang yang mempunyai keupayaan dan misi masa hadapan untuk menyampaikan mesej di antara Jepun dan negara-negara dan rantau Asia dan Oceania dijemput dan dihantar untuk mempromosikan pemahaman mengenai Jepun berhubung dengan politik, ekonomi, masyarakat, budaya, sejarah, dasar luar negeri dan sebagainya, dan orang yang pro-Jepun dan pakar-pakar mengenai Jepun dicungkil agar dapat mengukuhkan mesej Jepun ke negara-negara lain dan mengembangkan asas diplomatik Jepun dengan mempunyai tetamu dan pengirim mengambil inisiatif untuk menyebarkan maklumat tentang pendirian diplomatik, tarikan, dan aspek-aspek lain mengenai Jepun. (Jadual Perjalanan) Isnin, 2 Disember [Ketibaan] [Orientasi] Selasa, 3 Disember [Kuliah] Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA Kansai) [Pemerhatian berkaitan tema] Kobe Kitano Ijinkan-Gai Rabu, 4 Disember [Pemerhatian] Naruto Uzushio (Whirl Pools) [Pemerhatian berkaitan tema] Menonton Filem mengenai Festival Filem Khamis, 5 Disember [Majlis Sambutan] Bandar raya Minamiawaji [Pertukaran Sekolah] Minamiawaji/ Bandar raya Sumoto Kumiai, Hirota Junior High school, Minaiawaji Seidan Junior High school, Minamiawaji Nandan Junior High school, Minamiawaji Mihara Junior High School, Minamiawaji Shitoori Junior High School, Hyogo Wilayah Awaji Mihara High School. Jumaat, 6 Disember [Pemerhatian berkaitan tema] Awaji Ningyo-za [Pengalaman Budaya Jepun] Bengkel Matsuho Dotaku [Pra-Festival (Pertukaran)] Sabtu, 7 Disember [Pemerhatian berkaitan tema] Muzium Antarabangsa Otsuka [Pemerhatian berkaitan tema] Festival Filem Kanak-kanak Antarabangsa Asia ke-13 [Majlis Perpisahan] Ahad, 8 Disember [Bengkel] [Sesi Pelaporan] [Bergerak] Bergerak ke Osaka Isnin, 9 Disember [Berlepas pulang] Hubungi Pertanyaan mengenai program itu JENESYS 2019 ASEAN + Agensi Pelaksanaan Projek Timor-Leste Jabatan Operasi JTB Kasumigaseki Petugas yang dihubungi: Junji Mise, Yutaka Shintani, TEL: +81-3-6737-9447 Hari Bekerja: 9:00-18:00 (Ditutup pada hujung minggu dan hari cuti) E-mel: jenesys2019asean@jtb.com Sumber : JTB Corp. Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. --BERNAMA