Permohonan Pinjaman Rumah Ditolak? Dapatkan Bantuan MyKNP AKPK!

·6-min read

Macam-macam persediaan sudah anda lakukan demi mengejar impian memiliki rumah pertama.

Anda pergi ke institusi kewangan yang terdekat dengan penuh yakin bahawa permohonan pinjaman perumahan anda akan diluluskan.

Langit tak selalu cerah, awan tak selalu mendung. Selepas bersusah-payah membuat persediaan selama ini, tup-tup “Maaf, permohonan anda ditolak”.

Aduh, hancur berkecai semua impian anda dan keluarga selama ini!

Ketahuilah, anda tidak keseorangan. Kekecewaan ini turut dirasakan oleh kebanyakan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Berdasarkan laporan baru-baru ini, sebanyak 60.2% peniaga kecil gagal mendapatkan pinjaman.

Mengapa? Walaupun anda merasakan anda sudah 100% bersedia, hakikatnya, tak semudah itu nak peroleh keyakinan dari pihak bank. Ye lah, nak bagi pinjam beratus ribu kot!

myknp, akpk, akpk online, pinjaman perumahan
myknp, akpk, akpk online, pinjaman perumahan

Belum dikira tempoh bayaran balik yang makan masa bertahun. Sudah tentulah pihak bank akan meneliti segala syarat dan kelayakan. Tetapi, silapnya bila ramai yang terus putus asa sebab kecewa selepas permohonan ditolak.

Ada sesetengah yang cuba minta nasihat ejen tetapi lain pula ceritanya bila dikejar ejen untuk beli rumah. Jangan menyerah kalah dahulu! Masih ada pihak yang boleh bantu anda dapatkan pinjaman.

Siapa? Jom kami kongsikan dengan anda apa itu MyKNP AKPK!

Apakah MyKNP AKPK?

Penasihat pembiayaan, itulah MyKNP!

Khidmat Nasihat Pembiayaan (MyKNP) adalah inisiatif kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM), Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) berkuatkuasa pada 21 Ogos 2019, yang menyasarkan pembeli rumah dan usahawan kecil.

Objektifnya adalah untuk merapatkan jurang maklumat antara pengguna dan institusi kewangan. Bila jurang maklumat dirapatkan ia akan mewujudkan sektor kewangan yang utuh, progresif dan ringkas.

myknp, akpk, akpk online, pinjaman perumahan
myknp, akpk, akpk online, pinjaman perumahan

Jadi, MyKNP ini wujud untuk panduan dan nasihat kepada sesiapa yang gagal mendapatkan permohonan pembiayaan supaya mereka lebih jelas tentang faktor yang mempengaruhi kelayakan permohonan pembiayaan rumah atau PKS.

Kelebihan MyKNP adalah ia menggabungkan fungsi AKPK dan CGC.

AKPK boleh membantu anda menilai situasi kewangan serta teknik pengurusan kredit dengan betul dan CGC dapat menjamin perlindungan kredit kepada PKS terutamanya golongan tiada cagaran atau lemah rekod prestasi kredit.

Bagaimana MyKNP Boleh Membantu Anda?

Sebaik sahaja anda mendaftar untuk MyKNP, anda akan dibantu melalui 3 langkah yang boleh menaikkan peluang anda untuk berjaya mendapatkan pembiayaan institusi kewangan.

Pertama, MyKNP akan menjelaskan anda tentang faktor-faktor kenapa permohonan pembiayaan anda ditolak seperti status Nisbah Khidmat Hutang (DSR) anda dalam rekod Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS).

Kedua, anda akan diberi nasihat mengenai cara-cara untuk meningkatkan kelayakan bagi permohonan pembiayaan pada masa akan datang. Contohnya melalui simpanan rekod pengurusan kewangan yang lengkap.

myknp, akpk, akpk online, pinjaman perumahan
myknp, akpk, akpk online, pinjaman perumahan

Akhir sekali, MyKNP akan menyediakan penyelesaian alternatif bagi keperluan pembiayaan anda sama ada untuk pinjaman perumahan ataupun perniagaan.

Apa yang menariknya, khidmat nasihat mereka adalah PERCUMA!

Saya Berminat! Apa Yang Perlu Saya Buat?

Sebenarnya tak susah pun nak dapatkan nasihat dari MyKNP AKPK ini bila semuanya di hujung jari. Anda cuma perlukan gajet, internet dan telefon, kemudian ikuti langkah-langkah di bawah. Kacang je!

Cara Mendaftar AKPK Online

Langkah 1 : Pastikan permohonan pembiayaan anda benar-benar ditolak oleh institusi kewangan.

Langkah 2 : Dapatkan penjelasan dari pihak bank di mana anda buat permohonan tentang kenapa permohonan pembiayaan anda ditolak.

Langkah 3 : Layari laman sesawang MyKNP di portal rasmi yang disediakan.

<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/_eWg913GXsw" title="YouTube video player" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; clipboard-write; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture" allowfullscreen></iframe>

Langkah 4 : Pilih jenis khidmat nasihat yang bersesuaian dengan pembiayaan anda iaitu AKPK online untuk pembiayaan pinjaman perumahan dan CGC bagi pembiayaan perniagaan PKS.

Langkah 5 : Tekan ‘klik untuk mendaftar’ untuk pendaftaran temujanji. Terdapat 4 bahagian yang perlu diisi seperti butiran peribadi, maklumat bank pinjaman perumahan yang dipohon, tarikh, tempat dan masa temujanji.

Langkah 6 : Baca terma dan syarat yang tertera. Klik pada bersetuju dengan kenyataan di bawahnya dan tekan butang hantar.

Langkah 7 : Anda akan mendapat khidmat nasihat dan mengetahui kemampuan anda melalui panduan portal RUMAHKU yang menyediakan aktiviti pembelajaran tentang topik pengurusan kewangan dan kelayakan.

Langkah 8 : Klik pada butang ‘You are Awesome’ untuk memuat turun sijil anda setelah berjaya menghabiskan topik tersebut.

Cara Mendaftar CGC

Langkah 1 : Hubungi pihak CGC di talian 03-7880 0088 atau emel kepada myknp@cgc.com.my

Langkah 2 : Sediakan semua dokumen yang diperlukan ini.

Dokumen Pendaftaran CGC

Langkah 3 : Pegawai CGC akan memberikan panduan tentang imSME.com.my untuk tujuan pendaftaran.

myknp, akpk, akpk online, pinjaman perumahan
myknp, akpk, akpk online, pinjaman perumahan

Langkah 4 : Dapatkan pengiraan kelayakan pembiayaan secara atas talian dengan memasukkan butiran pinjaman anda serta tempoh bayaran balik.

Langkah 5 : Beberapa produk kewangan yang bersesuaian dengan pengiraan anda akan terpapar di bawah.

Langkah 6 : Klik mohon sekarang dan isi segala butiran yang tertera seperti cawangan pilihan, tujuan pembiayaan, jenis perniagaan dan produk pinjaman pilihan.

Langkah 7 : Khidmat nasihat kewangan akan diberikan kepada anda melalui panggilan telefon atau membalas e-mel anda oleh penasihat kewangan yang diiktiraf.

Anda lebih gemar mendapatkan bantuan secara bersemuka? Tiada masalah! CGC mempunyai sebanyak 16 cawangan yang boleh anda pergi.

Mudah kan? Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih! Sekarang, anda boleh dapatkan nasihat pembiayaan secara menyeluruh dengan AKPK online dan CGC hanya melalui MyKNP!

Anda mesti nak tahu dengan lebih lanjut tentang apa sebenarnya jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh AKPK MyKNP ini kan? Jom kami kongsikan!

PGMY_No_1
PGMY_No_1

Apa Lagi Perkhidmatan Ditawarkan AKPK?

Bagi yang pertama kali dengar MyKNP AKPK ini tentu timbul sedikit kerisauan, betul tak? Biasalah, rasa was-was dengan benda baru itu normal. Jangan risau!

AKPK ada menyediakan bahan bacaan melalui e-panduan sebagai panduan awal kepada anda sebelum mendaftar sebarang temujanji tau. Menarik kan? Anda boleh pilih bahagian individu ataupun perniagaan.

Antara topik yang ada sesuai bagi indidivu adalah asas pinjaman perumahan seperti pertimbangan faktor sebelum membeli rumah, syarat kelayakan membuat pinjaman perumahan, kelebihan dan kekurangan membeli atau menyewa rumah serta kos-kos yuran dan caj pembelian rumah.

Selain itu, anda boleh dapatkan info kauseling dari mana-mana cawangan AKPK yang terdekat, produk dan perkhidmatan kewangan seperti fasiliti perbankan Islam serta Internet, Insurans & Takaful, Pelaburan dan Pengurusan Kewangan Peribadi berkaitan dengan aliran tunai serta bajet kewangan.

Bukan sahaja itu, selain dari portal CGC, APKP juga menyediakan taklimat mengenai Pendidikan Kewangan bagi peniaga mikro.

Ada 4 modul utama yang disediakan iaitu Modul Pengajian Tinggi, Modul Permulaan Kerjaya, Modul Kekeluargaan dan Modul Persaraan.

myknp, akpk, akpk online, pinjaman perumahan
myknp, akpk, akpk online, pinjaman perumahan

Tetapi, perkhidmatan ini berlainan sikit dengan CGC di mana kesemua modul ini bukan percuma ya! Anda perlu membayar serendah RM200.00 untuk setiap jam bagi setiap sesi program yang dijalankan. Berminat? Boleh daftar di sini!

“Ada yang percuma tak?” Sudah tentu! AKPK mempunyai pusat pembelajaran atas talian AKPK di ask.akpk.org.my.

Fuh, betul-betul perkhidmatan nasihat pembiayaan yang menyeluruh!

Tambahan lagi, pada tahun lepas, BNM memberikan kuasa kepada AKPK untuk menawarkan penyelesaian alternatif khas bagi golongan PKS iaitu Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil (SPPK).

SPPK bertindak sebagai agensi yang memberikan perkhidmatan penstrukturan hutang, pendidikan dan khidmat nasihat kewangan yang lebih cekap dan holistik.

Selain itu, seiring dengan inisiatif PEMULIH oleh pihak kerajaan, AKPK juga memberikan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman (BBBP) kepada individu dan PKS yang terjejas disebabkan pendemik COVID-19.

myknp, akpk, akpk online, pinjaman perumahan
myknp, akpk, akpk online, pinjaman perumahan

Nasihat & Bimbangan Percuma Di MyKNP AKPK!

Tak kisahlah apa pun impian anda sama ada membeli rumah pertama atau membuka perniagaan pertama anda, masing-masing boleh menjadi realiti jika anda mendapatkan khidmat nasihat dari saluran yang betul.

Kena ingat ya, AKPK tidak pernah melantik ejen atau pihak ketiga untuk beri rundingan kepada anda. Semuanya diuruskan sendiri oleh AKPK dan percuma!

Permohonan pembiayaan ditolak bukan bermakna anda gagal. Masih ada peluang untuk merealisasikan impian anda seperti mendapatkan bantuan MyKNP.

Satu-satunya inisiatif khidmat nasihat pembiayaan tanpa melibatkan ejen. Memang rugi siapa yang menyerah kalah awal-awal. Bak kata peribahasa Cina, menyimpang seinci, rugi seribu batu!

Panduan Relevan

Our goal is to create a safe and engaging place for users to connect over interests and passions. In order to improve our community experience, we are temporarily suspending article commenting