Advertisement

Perlukah Kita Pilih Simpan Duit Untuk Bersara Atau Beli Rumah?

‘Lebih baik menyewa daripada beli rumah yang mahal sangat, memang sampai ke tua tak mampu beli!’

Kita memang akan dengar ramai orang kata begini. Itu lah hakikat kehidupan sekarang, memang ramai orang terpaksa hidup bak “kais bulan, makan bulan” sebab gaji bulanan cukup-cukup untuk hidup je.

Nak menyimpan? Memang tak boleh! Nak melabur? Jangan haraplah. Nak beli rumah? Nak beli kereta? Nak kumpul aset? Nak pencen senang? Memang boleh jadi angan-angan jerlah.

Realiti Kehidupan: KWSP, Gaji, Kos Sara Hidup & Harga Rumah

Dilaporkan yang 6.1 juta pencarum KWSP kini mempunyai simpanan kurang RM10,000 dan 3.6 juta orang lagi hanya mempunyai kurang RM1,000 di dalam akaun KWSP mereka.

Memburukkan keadaan, sasaran ditetapkan KWSP supaya setiap pencarum mempunyai minimum RM240,000 dalam akaun KWSP mereka pada usia 55 tahun, hanya 3% pencarum yang mampu bersara dan bertahan dengan simpanan mereka.

Walaupun unjuran data menunjukkan yang gaji pekerja di Malaysia akal bertambah sebanyak 4.5% secara median pada 2022, persoalannya adakah ini mencerminkan realiti sebenar kehidupan? Gaji dan sumber pendapatan memang berkait rapat dengan kos sara hidup.

persaraan, bersara, skim persaraan swasta, pencen, beli rumah, duit simpanan, caruman kwsp
persaraan, bersara, skim persaraan swasta, pencen, beli rumah, duit simpanan, caruman kwsp

Gaji pekerja Malaysia bertambah secara median sebanyak 4.1% pada 2021, tetapi kos sara hidup dirujuk kepada penggunaan isi rumah purata bulanan juga naik sehingga 4% pada tempoh 2016-2019. Hutang isi rumah di Malaysia juga tinggi iaitu -82.7% pada 2019.

Senang kata, berlaku masalah ketidakpadanan gaji dan kos sara hidup yang dialami ramai rakyat Malaysia sekarang.

Bercakap soal harga rumah yang sentiasa naik pula, ia menambah beban kepada rakyat Malaysia.

Menurut Laporan Tinjauan Pasaran Hartanah PropertyGuru Malaysia 2021, harga median keseluruhan pembelian hartanah dalam tempoh separuh kedua 2020 hingga separuh pertama 2021 naik sebanyak 8.5%, kenaikan tertinggi sejak separuh pertama 2016.

Walaupun ini membuktikan masih ramai orang yang mampu membeli rumah disebabkan persekitaran faedah pinjaman perumahan yang memberangsangkan, kita tidak boleh melupakan ramai juga orang yang tidak mampu membeli rumah disebabkan kenaikan harga ini.

Malah menurut kajian, berlaku peningkatan 100% harga rumah dalam tempoh 2010 hingga 2020, berbanding kenaikan gaji penengah sebanyak 5.5% untuk pekerja Malaysia.

persaraan, bersara, skim persaraan swasta, pencen, beli rumah, duit simpanan, caruman kwsp
persaraan, bersara, skim persaraan swasta, pencen, beli rumah, duit simpanan, caruman kwsp

Kesemua fakta yang berlaku ini menyebabkan ramai orang kini mempunyai pemikiran “lebih baik menyewa daripada beli rumah” dan terpaksa memilih duit antara “hidup sekarang atau hidup bersara”.

Walaupun begitu, ini antara pemikiran yang perlu dibetulkan. Kerana kenapa perlu memilih jika masih ada ruang untuk mendapatkan kedua-duanya?

Tidak dinafikan yang masalah kenaikan gaji, kenaikan kos sara hidup dan rumah memang memerlukan campur tangan dan usaha kerajaan bagi mengubah sistem, kita selaku pembeli dan rakyat masih boleh mengubah nasib sendiri.

Impak COVID-19 Memang Nyata

Tak dinafikan, sejak negara kita dilanda pandemik COVID-19 tahun 2020, impaknya terhadap ekonomi negara begitu terkesan terutamanya dari segi kemampuan kewangan bagi setiap lapisan masyarakat.

Ini antara faktor utama yang telah mengubah cara pemikiran masyarakat kita sekarang tentang kesedaran untuk menguruskan kewangan dengan betul. Silap percaturan, tak pasal-pasal menyusahkan anak-anak pula nanti!

Sebab itulah warga pencen atau mereka yang sudah hampir bersara sudah mula dilema dalam memilih sama ada ingin menyimpan untuk kegunaan hari tua ataupun membeli rumah idaman yang sudah berbelas tahun diimpikan.

persaraan, bersara, skim persaraan swasta, pencen, beli rumah, duit simpanan, caruman kwsp
persaraan, bersara, skim persaraan swasta, pencen, beli rumah, duit simpanan, caruman kwsp

Dilema ini bukan sahaja dirasai oleh mereka yang mendapat pencen persaraan, malah pekerja swasta juga lebih terkesan dengan dilema ini semenjak i-Sinar dan i-Citra EPF diperkenalkan rentetan pandemik Covid-19.

Tak percaya? Pada Ogos 2021 sahaja, sebanyak 4.57 juta permohonan i-Citra telah diluluskan. Berapa banyak dana yang KWSP keluarkan? RM19.1 bilion! Nampaknya, dilema tersebut adalah nyata!

Adakah ini berkaitan dengan trend penurunan kadar dividen EPF agak ketara sejak 4 tahun lepas sehingga mencatat 5.20% kadar dividen simpanan konvensional pada tahun 2020?

Apa kata EPF?

Jangan risau, EPF sudah mempelbagaikan portfolio pelaburan mereka dan kini lebih fokus kepada pasaran antarabangsa yang lebih menguntungkan. Mereka juga jamin bahawa perlaksanaan i-Sinar dan i-Citra tidak akan menjejaskan prestasi pelaburan mereka.

Ini jelas menunjukkan pengurusan kewangan masyarakat kita tidak lagi cliché kerana kebanyakan mereka lebih memilih simpanan persaraan berbanding membeli rumah.

Persoalannya, perlu ke memilih salah satu sama ada simpanan hari bersara atau memiliki rumah impian? Kenapa pening-pening kalau anda boleh mendapat keduanya?

Jom kita tengok apa usaha sendiri boleh dibuat!

1. Tetapkan Matlamat Simpanan & Pelaburan

persaraan, bersara, skim persaraan swasta, pencen, beli rumah, duit simpanan, caruman kwsp
persaraan, bersara, skim persaraan swasta, pencen, beli rumah, duit simpanan, caruman kwsp

Kesilapan yang selalu orang buat adalah menyimpan setelah habis membayar komitmen bulanan daripada gaji. Hakikatnya, simpanan datang dahulu sebelum yang lain-lain!

Sebelum menyimpan, anda kena tahu untuk apa anda simpan. Contohnya, anda telahpun nekad untuk membuat simpanan sebagai wang pendahuluan membeli sebuah rumah.

Jangan tak tahu, faktor ketidakmampuan membayar wang pendahuluan ini adalah antara faktor utama ramai orang tidak mampu membeli rumah.

Mana tidaknya, jika harga rumah RM400,000, anda perlukan sekurang-kurangnya 10% sebagai wang pendahuluan. RM40,000 tu! Bukan semua orang ada jumlah sebanyak itu dalam tangan.

Anda perlu mula menyimpan sebanyak lebih kurang RM600 sebulan seawal 5-6 tahun.

Banyak teknik yang boleh digunakan untuk menyimpan wang pendahuluan dan pastikan anda tidak sentuh. Salah satunya sudah tentu menggunakan pelaburan, memastikan duit yang disimpan itu bertumbuh.

Pelaburan paling kurang risiko walaupun pulangan tidak banyak tentulah Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Tabung Haji.

persaraan, bersara, skim persaraan swasta, pencen, beli rumah, duit simpanan, caruman kwsp
persaraan, bersara, skim persaraan swasta, pencen, beli rumah, duit simpanan, caruman kwsp

Walaupun pulangan dividen ASB tidak semewah pelaburan lain, tetapi kedua-duanya masih berbaloi terutamanya adalah pulangan “paling selamat”, kurang risiko dan tidak memerlukan pengetahuan mendalam tentang pelaburan.

Simpan sahaja setiap bulan dan lepas beberapa tahun, pasti nampak hasilnya. Kena ingat yang pelaburan adalah kerja jangka masa panjang, tak boleh harapkan “jadi kaya” sekelip mata, semuanya kena sabar.

Selepas dah selesa dengan ASB, barulah boleh menceburi pelaburan lain sama ada saham, kripto, ekuiti dan lain-lain. Semua pelaburan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi kerana risikonya tinggi, dan jangan lupa penuhkan tabung simpanan dan kecemasan juga!

Anda juga boleh mulakan pelaburan robo advisor dengan jumlah kecil bulanan tetapi konsisten, banyak platform yang diluluskan Suruhanjaya Sekuriti seperti Stash Away, Wahed Invest, Raiz.

Jangan lupa, pastikan robo advisor yang anda gunakan itu diluluskan Suruhanjaya Sekuriti ya!

<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/oxcSTUi-ju0" title="YouTube video player" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; clipboard-write; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture" allowfullscreen></iframe>

2. Pelbagaikan Caruman Persaraan

persaraan, bersara, skim persaraan swasta, pencen, beli rumah, duit simpanan, caruman kwsp
persaraan, bersara, skim persaraan swasta, pencen, beli rumah, duit simpanan, caruman kwsp

Ramai yang takut melabur kerana keuntungannya tak nampak dengan mata kasar. Tak macam rumah yang kita boleh nampak secara fizikal betul tak?

Kebanyakan pakar kewangan juga berpendapat bahawa anda perlu mengasingkan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan bersih anda setiap bulan.

Risau kena tipu kalau melabur? Jangan risau, ada banyak platform pelaburan yang meyakinkan dan telah bertahan selama berpuluh tahun! Antaranya adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Skim Persaraan Swasta (PRS), stok, bond, unit amanah dan banyak lagi.

Kalau harapkan caruman KWSP je memang tak cukup untuk tampung kos hidup lepas pencen. Sebab itu anda kena cuba pelbagaikan simpanan di Skim Persaraan Swasta!

Apa itu PRS? Ia adalah skim pelaburan dan simpanan sukarela yang diuruskan oleh syarikat-syarikat swasta yang lain seperti Kenanga Investors Bhd, Public Mutual Bhd, RHB Asset Management Sdn. Bhd, AmFunds Management Bhd dan lain-lain di sini.

Kenapa perlu memilih PRS sebagai duit simpanan persaraan selain dari caruman KWSP? Inilah sebab-sebabnya yang dijamin dapat memberikan kehidupan bersara yang selesa untuk anda!

  • Rangka kerja yang direka khas untuk persaraan

  • Boleh menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji bulanan sebagai lebihan duit simpanan persaraan.

  • Banyak pilihan penyedia PRS dan Dana PRS sama ada dana berasaskan umur atau dana pilihan peribadi.

  • Berpeluang menikmati pelepasan cukai sebanyak RM3,000 setahun bergantung pada terma dan syarat.

  • PRS menyediakan pentadbir pusat yang menguruskan akaun anda seumur hidup serta perkhidmatan ahli secara berterusan demi melindungi kepentingan anda.

  • Dikawal oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan dilindungi oleh Pemegang Amanah Skim.

  • Tiada had umur untuk pengeluaran simpanan walaupun anda memasuki umur bersara.

3. Buat Duit Tambahan/Side Income

Zaman sekarang ini anda boleh tengok di mana-mana orang boleh berniaga. Tambahan pula, norma baharu ini banyak menggunakan digital untuk segala benda. Lagilah mudah nak buat duit!

PGMY_PropSite_Guides_Banner_610x457px_BM (1)
PGMY_PropSite_Guides_Banner_610x457px_BM (1)

Melihat pada keadaan ekonomi Malaysia yang terjejas akibat pendemik ini, pendapatan sampingan boleh dianggap sebagai keperluan. Paling mudah, jadikan hobi sebagai sumber duit simpanan kedua anda.

Contohnya, anda minat berniaga, mulakan langkah dengan mencari serba sedikit pengetahuan tentang bisnes, tingkatkan ilmu dan kemahiran diri sendiri terlebih dahulu sebelum terjun ke dunia usahawan.

Mengajar! Ini antara pekerjaan sampingan yang paling tinggi permintaan sekarang. Maklumlah, PdPR secara hibrid sekarang pun agak merisaukan ibu bapa sehingga memerlukan tutor luar.

Tunggu apa lagi, inilah masanya untuk cari duit tepi. Setidak-tidaknya, duit simpanan seperti ini boleh buat wang pendahuluan rumah setelah bersara nanti. Tak perlu keluarkan semua duit caruman KWSP anda!

Internet memudahkan kita mencari pekerjaan sampingan yang boleh dibuat berdasarkan kemahiran masing-masing. Walaupun ini bukanlah situasi ideal-kami percaya tidak ada orang patut buat lebih satu kerja- ini adalah usaha sendiri yang kita boleh lakukan.

persaraan, bersara, skim persaraan swasta, pencen, beli rumah, duit simpanan, caruman kwsp
persaraan, bersara, skim persaraan swasta, pencen, beli rumah, duit simpanan, caruman kwsp

Banyak kursus percuma untuk tingkatkan kemahiran anda boleh hadiri dan platform untuk mencari kerja sampingan.

Antara platform yang menawarkan banyak kursus kemahiran percuma adalah e-latih dikendalikan Perbadanan Sumber Manusia Berhad dan portal kursus Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).

Jika anda golongan profesional atau mempunyai kemahiran tersendiri pula, banyak platform menawarkan kerja sambilan yang boleh dilakukan selepas waktu pejabat dan di rumah sendiri.

4. Berbelanja Dengan Bijak

Perasan tak, anda sering kali ikutkan nafsu dalam berbelanja sehingga terbeli benda-benda yang tidak perlu. Akhirnya, buat jadi penambah habuk dan sarang lelabah di rumah sahaja!

Bermula dari sekarang, senaraikan barang-barang yang betul-betul anda perlukan. Pangkah semua kehendak yang tidak menjejaskan 80% daripada kehidupan harian anda.

Contoh:-

  • Percutian bersama kawan-kawan = RM500

  • Membeli-belah pakaian baru = RM300

  • Makanan & Minuman hipster setiap minggu = RM200

Anda boleh menabung sebanyak RM500 setiap bulan atau mendapat pulangan sebanyak RM6,000 jika melabur pada kadar dividen 5% selama 12 bulan.

persaraan, bersara, skim persaraan swasta, pencen, beli rumah, duit simpanan, caruman kwsp
persaraan, bersara, skim persaraan swasta, pencen, beli rumah, duit simpanan, caruman kwsp

Ya, bukan mudah! Tetapi cuba lihat dalam konteks 10-20 tahun akan datang. Anda bukan sahaja dapat tinggal di rumah idaman anda selepas pencen, malah, duit simpanan anda juga lebih dari cukup untuk bercuti keliling dunia.

Tetapi, kita juga tak boleh nafikan yang “nikmat berbelanja” dalam kehidupan ini. Yerlah lepas penat bekerja, kenalah bagi reward untuk diri sendiri kan?

Tak perlu pun jadi extreme berjimat, anda juga boleh jadi bijak dalam berbelanja. Anda hanya perlu ambil kesempatan dengan pelbagai tawaran cashback dan kupon yang ditawarkan.

Aplikasi Raiz misalnya kini menawarkan ganjaran setiap kali anda berbelanja. Setiap kali anda membeli di platform yang disenaraikan, anda akan mendapat cashback yang dilaburkan semula.

Begitu juga dengan penggunaan kad kredit, kalau anda bijak merancang banyak sebenarnya kelebihan kad kredit dalam merancang perbelanjaan sendiri ni.

Apa nak buat jika terbelanja lebih sebelum ini? Cuba tengok stor anda, ada berapa banyak barangan yang tidak perlukan? Apa lagi, buatlah jualan barangan terpakai secara atas talian!

persaraan, bersara, skim persaraan swasta, pencen, beli rumah, duit simpanan, caruman kwsp
persaraan, bersara, skim persaraan swasta, pencen, beli rumah, duit simpanan, caruman kwsp

Benda dah mudah, semuanya di hujung jari. Selain shopee live, anda juga boleh gunakan media sosial seperti Instagram atau Facebook untuk mempromosikan barangan terpakai anda.

Walaupun tidak mendapat pulangan 100%, ada juga duit simpanan lebih atau paling kurang boleh tambah duit belanja bulanan.

Di Mana Ada Kemahuan Di Situ Ada Jalan

Hidup ini bukan mudah tetapi kita mempunyai pilihan untuk menguruskan kewangan dengan betul demi masa depan diri sendiri dan juga keluarga.

Bagi yang masih belum mampu untuk menyimpan dek kerana kesusahan hidup, jangan sesekali berputus asa.

Dapatkan bantuan atau khidmat nasihat dari pihak profesional seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Jangan lupa, peluang untuk perbaiki diri itu sentiasa ada sementara menunggu langkah lebih konkrit diambil kerajaan. Kerana diakhirnya kita jaga kita. Selamat mencuba!

Panduan Relevan