Perjanjian Jual Beli, Duti Setem, Dan Yuran Guaman Hartanah Malaysia

·3-min read

Click here for English version.

 

Perasaan nak membeli rumah pertama tu sememangnya pengalaman yang sangat menarik dan mendebarkan. Antara sebab-sebabnya adalah:

  • Anda dah selidik dan mencari kawasan yang cukup sempurna, dikelilingi oleh pelbagai kemudahan (dan jiran-jiran pun baik-baik belaka, tak ada yang pelik).

  • Anda dah sediakan bajet yang terperinci untuk bayaran bulanan, simpanan, dan lain-lain perbelanjaan.

  • Anda juga telah memilih bank yang tepat untuk memberikan anda margin pembiayaan 90% dengan kadar faedah menarik.

Bila dah buat semua ni, rasa macam dah cukup bersedia untuk pergi beli rumah yang sentiasa dinantikan tu, tapi betul ke itu saja yang anda perlu?

"Jadi, apa lagi kena buat ni?," persoalan yang mungkin bermain di benak fikiran anda sekarang. Ermmm, BANYAK LAGI sebenarnya!

Sebelum anda teruskan langkah terakhir untuk memeterai perjanjian indah itu, anda akan mendapati terdapat beberapa ‘yuran atau bayaran tersembunyi’ yang anda mungkin terlepas pandang. Ya, selain bayaran pendahuluan, terdapat juga bayaran berikut:

• Yuran guaman untuk Perjanjian Jual Beli (SPA) and perjanjian pinjaman
Komisen ejen hartanah
Cukai duti setem

Nah, tiba-tiba bajet yang anda dah rancang dengan teliti tadi terus jadi huru-hara bila anda sedar yang hakikatnya wang yang ada tu belum cukup untuk membeli rumah impian anda. Aduhhh, parah!

Yuran_Guaman_Perjanjian_2
Yuran_Guaman_Perjanjian_2
PropertyGuru Loan Pre-Approval
PropertyGuru Loan Pre-Approval

Penyelesaian Relevan

PropertyGuru Loan Pre-Approval

 

Macam Mana Nak Tahu Kadar Sebenar?

Okay, kalau anda nak pastikan senario di atas tak berlaku kepada anda, lebih baik anda kaji senarai kadar bayaran yang telah kami sediakan di bawah (khas untuk rujukan anda tau!).

Senarai ni menunjukkan kos-kos lain yang perlu anda ketahui sebagai bayaran tambahan ketika membeli hartanah.

Mudah-mudahan, anda tak terperangkap dan bergelut bila mengumpul wang yang cukup dan tepat pada masanya. Sama-sama!

LegalFees_2020_BM
LegalFees_2020_BM

Sekiranya senarai di atas tak menggerunkan anda, baguslah, anda kini bersedia untuk mengorak langkah ke hadapan dan melabur dalam kewangan paling besar yang mungkin pernah anda lakukan sepanjang hidup ini.

 

Pengecualian Duti Setem Belanjawan 2021 Untuk Rumah Pertama

Ketika pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 November 2020 lalu, kerajaan Malaysia mengumumkan pengecualian duti setem untuk pembelian rumah kali pertama!

Pengecualian penuh duti setem ini diberikan kepada kedua-dua dokumen pertukaran hak milik dan perjanjian pinjaman untuk pembelian rumah pertama bernilai tidak lebih daripada RM500,000.

Pengecualian ini adalah untuk Perjanjian Jual Beli yang termeterai di antara Januari 2021 hingga 31 Disember 2025.

What Is Stamp Duty, And Its Exemptions In Malaysia?
What Is Stamp Duty, And Its Exemptions In Malaysia?

Baca Juga Ni!

What Is Stamp Duty, And Its Exemptions In Malaysia?

Yup, ini bermaksud pengecualian penuh duti setem untuk kedua-dua dokumen pertukaran hak milik dan perjanjian pinjaman sekiranya rumah anda berharga RM500,000 ke bawah!

Penjimatan maksimum sebanyak RM11,250! Memang berbaloi-baloi! Nah, pengiraan terperinci adalah seperti berikut:

  • Duti setem untuk pertukaran hak milik + Duti setem atas perjanjian pinjaman = Jumlah duti setem yang harus dibayar
    [(RM100,000 yang pertama x 1% ) + (RM400,000 yang seterusnya x 2% )] + 0.5% daripada jumlah pinjaman, dengan andaian 90% daripada harga rumah (RM450,000)
    = (RM1,000 + RM8,000) + (0.5% x RM450,000)
    = RM9,000 + RM2,250
    = RM11,250

Yuran_Guaman_Perjanjian_3
Yuran_Guaman_Perjanjian_3

Anda juga boleh menggunakan penyelesaian PropertyGuru Loan Pre-Approval untuk melihat sama ada anda akan berjaya mendapatkan kelulusan untuk jumlah pinjaman yang anda mahukan. Baru lah senang nak tahu berapa duit nak kena kumpul!

Psst, satu lagi rahsia untuk anda. Ia adalah percuma dan secara automatiknya, anda juga akan dipadankan dengan rumah idaman yang mampu anda miliki menerusi laman web kami!