Penapis Air: Tips Beli & 7 Jenama Terbaik Ikut Bajet!

·10-min read

Zaman sekarang ni, kebanyakkan orang tidak lagi menjerang air menggunakan cerek kerana penapis air sudah menjadi pilihan utama rakyat Malaysia di rumah atau pejabat.

Secara amnya, air merupakan bahan kedua terpenting selepas oksigen. Oleh itu, tak hairanlah tubuh badan kita memerlukan sekurang-kurangnya dua liter atau lapan gelas setiap hari.

Tubuh badan kita tak mungkin boleh hidup tanpa kehadiran air kerana fungsinya adalah membantu penghadaman, penyerapan dan penyingkiran makanan yang dimakan serta membantu dalam sistem perkumuhan.

Menurut Unit Kawalan Mutu Air Minum Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sejak tahun 1986, air yang dibekalkan di Malaysia adalah 99.6% bebas bakteria dan selamat untuk diminum, tapi kena masak dulu.

Walaubagaimanapun, sejak kebelakangan ini, kualiti air di Malaysia semakin merosot akibat sistem rawatan air yang lama tidak lagi sesuai serta pencemaran sumber air dan sungai yang semakin tinggi.

Air yang anda dapat setiap hari mungkin mengandungi bahan cemar seperti pasir, karat, kotoran, rasa dan bau klorin, pepejal terlarut serta logam berat yang akan memberikan kesan buruk pada kesihatan kita.

Jadi, ramailah yang beralih kepada penapis air di rumah dan pejabat untuk kesihatan tubuh badan. Tapi, apa sebenarnya kebaikan dan kekurangan pasang penapis air ni? Jom tengok!

penapis air, penapis air cuckoo, penapis air coway, penapis air luar rumah, penapis air hijrah, penapis air murah, penapis air terbaik
penapis air, penapis air cuckoo, penapis air coway, penapis air luar rumah, penapis air hijrah, penapis air murah, penapis air terbaik

Kebaikan Penapis Air

Peraturan asas yang kita perlu guna dalam memilih peralatan elektrik di rumah adalah kena tahu kebaikan dan keburukan.

Tak boleh ikut trend semata-mata tau, jom tengok dulu kebaikan guna penapis air demi manfaat bersama.

1. Mudah guna dan jimat masa

Penapis air ni kita boleh letak dalam atau luar rumah, yang perlu buat hanya tekan butang atau buka paip je. Mudah dan jimat masa kan?

Jadi, tak perlu lah nak menyusahkan diri untuk menunggu masa lama jerang air. Cepat je nak guna untuk masak, minum atau keperluan lain.

2. Jimat kos

Anda juga boleh berjimat sebab tak perlu beli air bertapis atau air mineral dalam botol. Jimat banyak tau, sebab katakana anda beli 12 kotak air mineral sebulan. Kita kira mudah lah, sekotak RM12.00.

Jadi dalam tempoh sebulan, perbelanjaan anda untuk air mineral sahaja berjumlah RM144.00.

Dibandingkan dengan air penapis, anda boleh mendapatkannya dengan harga permulaan serendah RM65.00 sahaja sebulan (bergantung pada jenama dan jenis penapis air).

penapis air, penapis air cuckoo, penapis air coway, penapis air luar rumah, penapis air hijrah, penapis air murah, penapis air terbaik
penapis air, penapis air cuckoo, penapis air coway, penapis air luar rumah, penapis air hijrah, penapis air murah, penapis air terbaik

3. Jaga alam sekitar

Anda juga boleh jaga alam sekitar dengan penapis air. Apa kaitannya?

Ya lah, cuba kumpul botol plastik air mineral yang kita beli tiap-tiap bulan tu. Banyak kan? Botol ni ambil masa paling kurang 300 tahun nak terurai tau.

Jadi bila anda guna penapis air, tak perlu beli air mineral dalam botol, anda sebenarnya dah berbakti kepada alam sekitar.

Nampak remeh kan, tapi jangan tak tahu botol plastik adalah barangan pencemar alam utama yang wujud sekarang ni.

4. Tapis benda kotor dalam air

Walaupun air yang kita dapat di rumah sebenarnya dah melalui proses rawatan, masih ada bahan-bahan yang tak elok untuk badan.

Klorin misalnya, sebab tu di Malaysia, kita memang kena jerang air dulu sebelum nak minum.

Jadi, penapis air ni berfungsi untuk buat semua tu. Sistem penapisan yang ada di dalamnya akan menapis semua jenis unsur toksik yang mata kasar tak nampak. Bila tiada lagi unsur toksik, badan kita pun akan lebih sihat la kan?

penapis air, penapis air cuckoo, penapis air coway, penapis air luar rumah, penapis air hijrah, penapis air murah, penapis air terbaik
penapis air, penapis air cuckoo, penapis air coway, penapis air luar rumah, penapis air hijrah, penapis air murah, penapis air terbaik

5. Air lebih sedap

Bila dah tiada unsur toksik dalam air minuman tu, rasanya pun lebih sedap. Air sama je rasa mana ada sedap tak sedap, anda mungkin fikir.

Tapi cuba rasa air mineral yang mahal sikit macam Evian ke dengan air mineral murah, anda akan dapat rasa perbezaannya. Itulah namanya beza air yang ditapis dengan lebih baik dari sumber lebih baik.

6. Ada mineral

Jika anda lebih suka air mineral berbanding air minuman, anda boleh menambah penapis mineral ke dalam penapis air tersebut.

Selain dari menikmati air minum yang bersih, anda juga boleh mendapatkan mineral tambahan dari air tapisan ini. Semestinya air yang mengandungi mineral akan memberikan kesan yang baik pada kesihatan diri dan keluarga.

Kualiti air yang baik akan mempengaruhi kelembapan kulit, penyerapan nutrien dan rasa. Tak rugi belanja sikit untuk kesihatan diri dan keluarga!

Keburukan Penapis Air

Setiap benda mesti ada baik buruk, begitu juga penapis air. Kami senaraikan dua keburukan utama penapis air untuk kita hati-hati.

1. Bil elektrik naik

Menurut Ketua Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB) Selangor, Ismail Lathifi Teh peralatan elektrik yang mempunyai fungsi pemanas dan penyejuk termasuk penapis air banyak menggunakan tenaga elektrik untuk mengekalkan suhu terutamanya ketika cuaca panas.

penapis air, penapis air cuckoo, penapis air coway, penapis air luar rumah, penapis air hijrah, penapis air murah, penapis air terbaik
penapis air, penapis air cuckoo, penapis air coway, penapis air luar rumah, penapis air hijrah, penapis air murah, penapis air terbaik

Tapi, jika penapis air ini membawa lebih banyak kelebihan berbanding kelemahannya, apa salahnya anda laburkan duit untuk pastikan kualiti air terjamin kan?

Jangan tak tahu juga, kebanyak penapis air sekarang ada fungsi jimat elektrik. Kena pandai pilih.

2. Kena servis selalu

Disebabkan fungsinya menapis kotoran, mestilah kena servis selalu. Sebab tu, jenama-jenama besar ada tawarkan perkhidmatan servis bila anda beli. Tapi, jika anda tak beli pakej, anda kena pastikan anda servis penapis air anda selalu.

Kalau tak servis, ada risiko penapis air yang diharapkan menapis air tu pula yang mencemarkan air di rumah anda.

Selain tu, penjagaan berkala ni boleh meningkatkan jangka hayat mesin penapis air anda. Elok-elok boleh pakai 10 tahun, disebabkan jarang servis 2 tahun dah rosak. Bazir je!

Dah sedia nak beli penapis air atau tengah window shopping lagi? Jom tengok tips nak beli ni.

penapis air, penapis air cuckoo, penapis air coway, penapis air luar rumah, penapis air hijrah, penapis air murah, penapis air terbaik
penapis air, penapis air cuckoo, penapis air coway, penapis air luar rumah, penapis air hijrah, penapis air murah, penapis air terbaik

6 Tips Sebelum Beli Penapis Air

Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli penapis air, ikuti dahulu tips ini:

1. Harga

Penapis air mempunyai pelbagai jenis harga daripada murah, sederhana sampailah ke premium.

Penapis air yang dijual pada harga rendah kebiasaannya mempunyai tapisan asas sahaja dan kualiti tapisan yang sangat minimum.

Namun begitu, kini terdapat beberapa syarikat penapis air menawarkan teknologi tapisan yang canggih dengan kaedah bayaran bulanan mampu milik.

Belilah ikut kemampuan kewangan anda ya.

2. Saiz tangki

Saiz tangki air memainkan peranan yang penting dalam pemilihan penapis air. Ini kerana jika saiz tangki itu kecil, maka penggunaan semasa sangat terhad dan terpaksa menunggu lebih lama sikit.

penapis air, penapis air cuckoo, penapis air coway, penapis air luar rumah, penapis air hijrah, penapis air murah, penapis air terbaik
penapis air, penapis air cuckoo, penapis air coway, penapis air luar rumah, penapis air hijrah, penapis air murah, penapis air terbaik

Pemilihan saiz tangki yang tepat juga dapat membantu jika ada masalah catuan air atau gangguan bekalan air di kawasan rumah anda.

3. Mesin diluluskan WQA dan SIRIM

Anda perlu pastikan mesin yang ingin dibeli mempunyai pengiktirafan daripada pihak yang berwajib terutamanya WQA dan SIRIM.

Elakkan beli penapis air yang tak diiktiraf hanya kerana murah, sebab ada risiko keselamatan. Jadi, tanya dulu penjual, mesin penapis air yang anda minat tu ada cop WQA dan SIRIM tak?

4. Ketahui kontrak jualan

Anda perlu tahu apakah kontrak dan syarat jika anda mengambil penapis air secara tunai ataupun secara sewa beli.

Hal ini kerana setiap jenama memberikan terma dan syarat yang berbeza. Baru lah tiada sebarang masalah timbul bila dah pasang nanti.

5. Jurujual boleh dipercayai

Paling penting adalah anda perlu memilih jurujual yang berpengalaman dan boleh dipercayai supaya mereka dapat memberi anda khidmat nasihat yang tepat dan dapat mengelakkan anda daripada ditipu.

6. Khidmat selepas jualan

Penting juga untuk tahu perkhidmatan selepas jualan. Syarikat tu ada sistem hantar juruteknik ke rumah anda tak untuk buat servis berkala.

PGMY_No_1
PGMY_No_1

Kalau ada, kena tambah bayar ke? Atau dah masuk sekali dalam bayaran ansurans bulanan. Penting sebab anda kena servis selalu mesin penapis air anda tu supaya ia boleh terus berfungsi dengan baik.

Okay dah panjang lebar semua benda anda kena tengok sebelum beli, jom kita tengok pilihan penapis air yang ada di pasaran!

7 Penapis Air Terbaik Untuk Anda Pilih

1. Panasonic TK-CS20

penapis air, penapis air cuckoo, penapis air coway, penapis air luar rumah, penapis air hijrah, penapis air murah, penapis air terbaik
penapis air, penapis air cuckoo, penapis air coway, penapis air luar rumah, penapis air hijrah, penapis air murah, penapis air terbaik

Model ini adalah antara penapis air yang mudah dipasang dan mampu menapis air sebanyak 6 liter dalam masa satu minit. Ini bermakna anda boleh mengisi botol 1 liter dalam 10 saat sahaja.

Bukan itu saja, model ini juga direka dengan bentuk yang menjimatkan ruang dan sesuai diletakkan di ruang yang sempit dan terhad di dapur.

Selain itu, katrijnya adalah gabungan dua bahan iaitu non-woven fabric dan juga powdered activated carbon yang mampu menghilangkan 95% sisa klorin dan 90% kekeruhan air.

Model ini juga mempunyai jangka hayat katrij yang panjang, boleh bertahan sehingga 12,800 liter penggunaan.

Mengikut saranan KKM, setiap orang disyorkan minum air 2 liter sehari, jadi cuba kira berapa lama mesin ni boleh tahan. Kalau 6 orang sekeluarga, mesin ni boleh tahan 3 tahun.

Jadi, penapis ini adalah pilihan yang terbaik untuk anda yang berkeluarga besar ataupun untuk kegunaan di pejabat kecil.

Harga penapis air jenama ni seperti di bawah:

Shopee

RM199.00

Lazada

RM184.88

Senheng

RM202.00

2. AMGO 942

penapis air, penapis air cuckoo, penapis air coway, penapis air luar rumah, penapis air hijrah, penapis air murah, penapis air terbaik
penapis air, penapis air cuckoo, penapis air coway, penapis air luar rumah, penapis air hijrah, penapis air murah, penapis air terbaik

Model ini adalah penapis air luar untuk kegunaan rumah. Dengan 5 lapisan tapisan dengan sistem backwash, AMGO 942 ini sangat tahan lasak.

Penapisnya diperbuat daripada gelas fiber yang tahan lama. Model ini membekalkan air bersih untuk mencuci baju, mandi, minum, memasak dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, kos pengendaliannya dapat dikurangkan kerana ia menggunakan sistem filter yang tahan lama.

Bahan paip di dalamnya dilapisi dengan polyethylene yang tebal dan kuat serta tangkinya mampu menampung tekanan air yang tinggi, memang sesuai untuk letak luar rumah.

Harga penapis air ni seperti berikut:

Shopee

RM439.88

Lazada

RM317.88

3. Cuckoo Vivid (RM85.00/bulan)

penapis air, penapis air cuckoo, penapis air coway, penapis air luar rumah, penapis air hijrah, penapis air murah, penapis air terbaik
penapis air, penapis air cuckoo, penapis air coway, penapis air luar rumah, penapis air hijrah, penapis air murah, penapis air terbaik

Model ini direka khas bagi anda yang gemarkan air panas atau yang bersuhu bilik. Memang sesuai untuk mereka yang tak gemar minum air sejuk.

Jadi, tak hairanlah jika ramai yang memilih jenama Cuckoo yang menyediakan produk penapis air yang berkualiti tinggi ini untuk menjaga kesihatan ibu bapa serta keluarga mereka.

Penapis ini juga didatangi dengan tangki yang bersaiz 5 liter untuk air panas dan 1.3 liter air suhu bilik serta mempunyai Sistem Tapisan Nano yang mampu menghasilkan air yang bersih, selamat dan berkualiti untuk diminum.

Bukan itu sahaja, anda juga tak perlu risau jika ada anak kecil kerana ia mempunyai child safety lock bagi mencegah kanak-kanak menekan air panas tanpa sengaja.

4. Coway Glaze (RM119.00/bulan)

penapis air, penapis air cuckoo, penapis air coway, penapis air luar rumah, penapis air hijrah, penapis air murah, penapis air terbaik
penapis air, penapis air cuckoo, penapis air coway, penapis air luar rumah, penapis air hijrah, penapis air murah, penapis air terbaik

Penapis air jenama Coway memang tak asing lagi di Malaysia. Coway Glaze ini adalah model penapis air tulen terbaru keluaran Coway.

Ia menggunakan teknologi paparan digital yang mempunyai 4 suhu pilihan iaitu 1 suhu panas, 2 suhu sejuk dan 1 suhu bilik serta 3 pilihan kapasiti air iaitu 120ml, 250ml dan 500ml.

Jadi model ini sangat sesuai untuk anda yang mempunyai keluarga dari saiz kecil dan sederhana.

Design model ini adalah minimalis dan berkonsepkan design digital dilengkapi dengan warna putih matte, sangat sesuai dipadankan dengan pelbagai kombinasi warna di ruang dapur.

Selain itu, model ini juga dilengkapi dengan ciri jimat elektrik iaitu fungsi Eco Mode. Ini bermakna penapis ini secara automatik akan mengurangkan tahap operasi motor dan pemanas menjelang waktu malam untuk jimat bil elektrik.

Kelebihan memasang penapis air Coway adalah pendaftaran dan pemasangan percuma seluruh Malaysia serta service akan diadakan setiap 2 bulan sekali secara percuma.

5. Hijrah Maya (RM2250.00)

penapis air, penapis air cuckoo, penapis air coway, penapis air luar rumah, penapis air hijrah, penapis air murah, penapis air terbaik
penapis air, penapis air cuckoo, penapis air coway, penapis air luar rumah, penapis air hijrah, penapis air murah, penapis air terbaik

Model penapis air ini adalah antara yang terbaik dan disahkan halal. Bagi orang Islam yang mencari penapis air yang halal, Hijrah Maya ini mendapat pensijilan JAKIM serta disahkan halal.

Penapis ini ada teknologi terbaru dengan penggunaan sisik ikan tilapia untuk menapis supaya dapat berfungsi dengan efisien dan dijamin selamat buat anda dan keluarga.

Bukan itu saja, penapis ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan child-lock dan LED sebagai penanda. Model ini juga mempunyai 6 peringkat penapisan dan mesra alam serta menjimatkan.

6. Bio Ultra 3C Tyara (RM899.00)

penapis air, penapis air cuckoo, penapis air coway, penapis air luar rumah, penapis air hijrah, penapis air murah, penapis air terbaik
penapis air, penapis air cuckoo, penapis air coway, penapis air luar rumah, penapis air hijrah, penapis air murah, penapis air terbaik

Bagi anda yang mementingkan penjimatan elektrik sebagai ciri utama dalam memilih penapis air, bolehlah cuba untuk memilih penapis air Bio Ultra ini.

Model ini sangat menjimatkan elektrik dalam penggunaannya dan menghasilkan air beralkali dengan kadar pH9 dan dilengkapi dengan alka-bio.

Model ini juga diyakini lebih bersih kerana mempunyai 4 filter utama dan 1 filter seramik tambahan serta dilengkapi dengan keselamatan child-lock.

Air yang dihasilkan daripada penapis ini adalah air mineral alkali yang sihat, selamat serta bersih untuk terus digunakan.

7. Joven JP200 (RM139.00)

penapis air, penapis air cuckoo, penapis air coway, penapis air luar rumah, penapis air hijrah, penapis air murah, penapis air terbaik
penapis air, penapis air cuckoo, penapis air coway, penapis air luar rumah, penapis air hijrah, penapis air murah, penapis air terbaik

Bagi anda yang mencari penapis air biasa dan tak terlalu mahal, model ini menawarkan ciri penapisan dan pembersihan air yang hampir sama dengan produk penapis air yang lain.

Penapis ini mempunya 3 lapisan tapisan yang mampu menyingkirkan 99.9% klorin daripada air paip serta bahan pencemar yang lain.

Bukan itu saja, penapis ini juga mempunyai reka bentuk yang cantik dan bersaiz kecil menjadikannya tidak memerlukan ruang yang luas untuk dipasang.

Penapis ini turut mempunyai 2 fungsi injap pilihan iaitu air yang ditapis dan tak ditapis. Jadi, anda boleh memilih untuk menggunakan air yang ditapis untuk minum dan memasak manakala air yang tidak ditapis untuk mandi dan mencuci.

Dah lah comel, fungsi pun pelbagai dan ditambah dengan harga yang berpatutan, siapa yang tak nak kan?

Pendek kata, memang banyak penapis air dalam pasaran, pilih lah ikut bajet dan keperluan anda.

Semuanya untuk kesihatan anda dan keluarga!

Panduan Relevan