PASUKAN PENYELIDIKAN NTHU MENGAJAR DRON UNTUK TERBANG SEPERTI SEEKOR SERANGGA

YUANA KING
HSINCHU, Taiwan, 4 Mac (Bernama) -- Walaupun kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) lazim digunakan di dalam bidang seperti komunikasi dan pertanian, penggunaannya adalah terhalang oleh saiz mereka yang kecil dan kapasiti bateri yang terhad. Walau bagaimanapun, sebuah pasukan pelbagai disiplin di Universiti Nasional Tsing Hua yang diketuai oleh profesor Tang Kea-tiong dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Lo Chung-chuan dari Jabatan Sains Hayat baru-baru ini telah membangunkan sebuah cip kecerdasan buatan (AI) yang meniru optik saraf bagi lalat buah, yang membolehkan dron untuk mengelakkan halangan secara automatik sambil kekal dalam mod penjimatan kuasa ultra. Kebanyakan daripada UAV yang digunakan pada masa ini bergantung pada penghantaran dan refleksi gelombang elektromagnetik untuk mengesan dan mengelakkan rintangan, tetapi ini menggunakan banyak kuasa. Satu pendekatan alternatif untuk mengelakkan rintangan adalah dengan menggunakan lensa optik untuk merakam dan menganalisis imej, tetapi jumlah maklumat yang akan diproses adalah terlalu besar untuk dilakukan dengan pantas, dan pendekatan ini juga menggunakan banyak kuasa. Tertarik dengan keupayaan luar biasa lalat buah itu untuk mengelakkan rintangan, Tang berpendapat ada kemungkinan untuk mereplikakan saraf optik serangga kecil ini dan menyesuaikannya dengan aplikasi AI. Tugas pertama adalah untuk menyelesaikan masalah berhubung beban lebih maklumat. Menurut Tang, sensor imej yang digunakan pada masa ini di dalam kamera dan telefon bimbit mempunyai berjuta-juta piksel, sedangkan mata bagi seekor lalat buah hanya mempunyai kira-kira 800 piksel. Apabila otak lalat buah memproses isyarat visual seperti kontur dan kontras, ia menggunakan sejenis mekanisme pengesanan yang secara automatik menyaring maklumat yang tidak penting, dan hanya memberi perhatian kepada objek bergerak yang ia mungkin berlanggar. Dengan meniru mekanisme pengesanan ini, pasukan penyelidikan itu telah membangunkan sebuah cip AI yang memungkinkan untuk menggunakan pergerakan tangan dan sebuah sensor imej untuk mengendalikan sebuah dron. Pertama dron itu diajar untuk memberi tumpuan kepada apa yang paling penting, dan kemudian ia diajar untuk bagaimana menilai jarak dan besar kemungkinan akan berlaku satu perlanggaran. Untuk tujuan ini, Lo menjalankan satu siasatan terperinci mengenai bagaimana lalat buah mengesan aliran optik, yang mana untuk tujuan itu beliau memanfaatkan penggunaan begitu banyak peta bagi laluan neural lalat buah yang dihasilkan oleh Pusat Penyelidikan Otak di NTHU. “Aliran optik adalah trajektori relatif yang ditinggalkan di dalam bidang penglihatan oleh objek bergerak yang berdekatan, dan yang digunakan oleh otak untuk menentukan jaraknya dan untuk mengelakkan rintangan,” jelas Lo. Tang berkata bahawa cip AI yang dibangunkan oleh pasukan penyelidikan beliau merupakan satu kejayaan besar di dalam bidang pengkomputeran dalam ingatan. Komputer dan telefon bimbit kali pertama memindahkan data dari ingatan kepada unit pemprosesan pusat CPU, dan setelah ia diproses, data tersebut dipindahkan kembali ke ingatan untuk penyimpanan, dan proses sedemikian menggunakan hingga 90% daripada tenaga dan waktu proses pembelajaran mendalam AI. Sebaliknya, cip AI yang dibangunkan oleh pasukan NTHU itu meniru sinaps neuron, membolehkan ia melakukan pengiraan di dalam ingatan, yang dapat meningkatkan kecekapan dengan ketara. Hubungi Holly Hsueh (886)3-5162006 hoyu@mx.nthu.edu.tw Sumber : Universiti Nasional Tsing Hua Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. --BERNAMA