Panduan Lengkap PRS Malaysia Dan Pengeluaran Perumahan PRS

·6-min read

Click here for English version.

 

Semua orang memang berharap akan bersara satu hari nanti. Mestilah, kan? Sebab itulah perancangan persaraan yang bijak harus dibuat secepat mungkin.

Bagi banyak pihak, Skim Persaraan Swasta (PRS) Malaysia adalah satu aspek penting dalam perancangan itu.

Jadi, apa itu sebenarnya PRS?

PRS adalah skim simpanan dan pelaburan jangka panjang sukarela, yang ditadbir oleh Pentadbir Pencen Swasta Malaysia (PPA).

Ia direka khas untuk menyediakan akses kepada skim persaraan bagi membantu individu menabung untuk memenuhi keperluan persaraan.

Supaya pada masa persaraan nanti, impian anda untuk bersenang lenang bersantai di kondominium indah tepi pantai sambil memancing sepanjang hari akan jadi kenyataan!

PRS Malaysia, pengeluaran perumahan, persaraan sektor swasta
PRS Malaysia, pengeluaran perumahan, persaraan sektor swasta

PPA menawarkan penyeliaan dan pentadbiran pusat skim ini, memastikan persekitaran simpanan yang tersusun dan selamat untuk simpanan seumur hidup anda.

Skim ini dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Ini bermakna anda menyerahkan wang kepada dana yang dipercayai dan dikawal rapi.

Jangan bimbang, anda tak beri wang hasil titik peluh kepada syarikat entah apa-apa yang mungkin songlap wang anda dan lesap tak dapat dikesan.

Terdapat pelbagai dana PRS di Malaysia ditawarkan lapan penyedia PRS bertauliah, yang menawarkan peluang persaraan untuk pekerja makan gaji mahupun yang bekerja sendiri.

Dana yang berlainan memberikan pelbagai pilihan untuk pencarum, dengan mengambil kira keperluan simpanan, tujuan, dan profil risiko anda.

Individu boleh mencarum dalam satu atau beberapa penyedia PRS yang berlainan.

PRS juga dilengkapi insentif pelepasan cukai sehingga RM3,000 setahun.

PRS Malaysia, pengeluaran perumahan, persaraan sektor swasta
PRS Malaysia, pengeluaran perumahan, persaraan sektor swasta

 

Apa Yang Saya Patut Tahu Tentang PRS?

PRS direka bagi menyediakan dana untuk kehidupan persaraan anda nanti, namun pengeluaran PRS juga boleh dilakukan dalam beberapa situasi:

  • Selepas sehari ahli mencapai usia persaraannya (atau pada usia lain seperti yang ditentukan Suruhanjaya Sekuriti dari semasa ke semasa), pengeluaran sebahagian atau sepenuhnya boleh dilakukan.

  • Pengeluaran penuh hanya boleh dibuat jika ahli yang mencarum meninggal dunia.

  • Sebelum ahli mencapai usia persaraan, pengeluaran sebahagian atau sepenuhnya boleh dibuat dari sub-akaun B.

  • Untuk ahli yang melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia untuk berhijrah ke negara lain, hanya pengeluaran penuh boleh dibuat.

  • Untuk tujuan penjagaan kesihatan.

  • Untuk tujuan perumahan.

  • Situasi tertentu (jom baca perkembangan terkini Covid-19 di bawah).

Perlu difahami yang dana PRS dipecahkan dan disimpan dalam dua akaun berasingan: sub akaun A, dan sub akaun B.

Akaun

Pecahan Dana

Syarat Pengeluaran

Implikasi Cukai

Sub akaun A

70% daripada dana

Pada usia persaraan

0%

Sub akaun B

30% daripada dana

Sekali setahun

8% (dalam keadaan biasa)

Pengeluaran pra persaraan hanya boleh dibuat dari sub akaun B yang merupakan sebahagian daripada Skim Persaraan Swasta anda.

Bayaran dan caj mungkin berbeza bergantung pada penyedia PRS pilihan anda yang dikenakan dalam tiga bentuk:

  • Caj jualan – untuk membayar perkhidmatan pemasaran dan servis

  • Yuran pengurusan tahunan – untuk membayar perkhidmatan pengurusan pelaburan

  • Yuran transaksi seperti yuran penukaran, yuran pemindahan dan caj penebusan.

PRS Malaysia, pengeluaran perumahan, persaraan sektor swasta
PRS Malaysia, pengeluaran perumahan, persaraan sektor swasta

Pengeluaran sebelum umur persaraan ditetapkan pada usia 55 tahun mungkin dikenakan cukai.

Kerana itu, anda perlu sentiasa bertanya kepada ahli profesional kewangan jika anda tak pasti tentang kesannya.

Pengeluaran lebih dari usia 55 tahun dianggap sebagai pengeluaran pada usia persaraan, tanpa mengira keadaan kerjaya anda sekarang, dan tak dikenakan sebarang penalti cukai.

 

Proses Pengeluaran PRS Untuk Perumahan

Mana-mana individu yang mempunyai simpanan lebih dari RM500 dalam sub akaun B layak untuk membuat pengeluaran berkaitan perumahan.

Pengeluaran ini dikecualikan dari penalti cukai lazim 8% yang dikenakan untuk pengeluaran PRS.

Pengeluaran perumahan hanya boleh dibuat sekali setiap tahun untuk salah satu dari tiga sebab ini:

  • Pengeluaran untuk membeli rumah

  • Pengeluaran untuk membina rumah

  • Pengeluaran untuk mengurangkan / tebus pinjaman perumahan

PRS Malaysia, pengeluaran perumahan, persaraan sektor swasta
PRS Malaysia, pengeluaran perumahan, persaraan sektor swasta

Permohonan untuk mengeluarkan dana untuk tujuan perumahan boleh dibuat dengan penyedia PRS menggunakan dokumen berikut:

Dana yang dikeluarkan untuk pinjaman perumahan akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang dinyatakan dalam masa 10 hari bekerja.

Pembelian Rumah

Membina Rumah

Kurangkan / Tebus Pinjaman Perumahan

Anda tak perlu menjadi pembeli atau penandatangan tunggal pembelian / pinjaman perumahan untuk mengeluarkan PRS.

Peminjam bersama / pembeli bersama juga layak untuk mengeluarkan dana tanpa cukai.

PRS Malaysia, pengeluaran perumahan, persaraan sektor swasta
PRS Malaysia, pengeluaran perumahan, persaraan sektor swasta

 

Situasi Covid-19 Dan Tindakan PRS

Sebagai maklum balas terhadap cabaran ekonomi berikutan pandemik Covid-19, Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

Menerusi pakej ekonomi ini, kerajaan akan membenarkan ahli skim PRS untuk mengeluarkan pengeluaran maksimum RM1,500 dari sub akaun B tanpa penalti cukai, selama 9 bulan bermula April 2020.

Ahli boleh mengeluarkan RM1,500 dari satu atau lebih dana, tetapi untuk setiap penyedia pengeluaran ditetapkan pada had maksimum RM1,500.

Sebarang pengeluaran melebihi RM1,500 akan dikenakan penalti cukai sebanyak 8%.

Tiada syarat ditetapkan yang ahli perlu memberikan sebab pengeluaran dana pra persaraan di bawah langkah pelepasan sementara ini.

 

Pengeluaran Bagi Penjagaan Kesihatan

Pengumuman kerajaan berkaitan Covid-19 juga mencerminkan kesedaran tentang kenaikan kos penjagaan kesihatan.

PRS Malaysia, pengeluaran perumahan, persaraan sektor swasta
PRS Malaysia, pengeluaran perumahan, persaraan sektor swasta

Ia juga satu pengakuan bahawa perlunya ada sokongan tambahan kepada ahli dan keluarga mereka untuk bertahan dalam masa sukar ini.

Pengeluaran untuk tujuan penjagaan kesihatan memang wujud dalam skim PRS ini dan meliputi keperluan individu serta ahli keluarga terdekat.

Ia membenarkan pengeluaran untuk situasi tertentu disebabkan masalah kesihatan berkaitan dengan 91 jenis penyakit, serta kos peralatan perubatan dan ubat untuk penyakit tersebut.

Anda boleh memohon pengeluaran penjagaan kesihatan menggunakan Borang Pengeluaran PRS untuk Penjagaan Kesihatan dan Panduan untuk Melengkapkan Borang Pengeluaran Penjagaan Kesihatan.

Pengeluaran untuk tujuan penjagaan kesihatan boleh dilakukan sekali setiap tahun dan dikecualikan dari penalti cukai 8%.

 

Soalan Lazim PRS

1) Berapa banyak pencen saya perlu simpan?

PPA mencadangkan agar anda menyimpan satu pertiga daripada gaji bulanan untuk persaraan.

PRS Malaysia, pengeluaran perumahan, persaraan sektor swasta
PRS Malaysia, pengeluaran perumahan, persaraan sektor swasta

Mengikut undang-undang, pekerja sektor swasta di Malaysia wajib didaftarkan dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pekerja akan mencarum 11% daripada gaji bulanan mereka dan majikan akan menambah 12% lagi caruman untuk pekerja terbabit dalam skim KWSP.

Maka, wujud potensi pelaburan minimum sekitar 10% yang boleh anda pertimbangkan untuk mencarum dalam dana PRS.

2) Bagaimana hendak tahu berapa saya perlu simpan?

Sekiranya anda tak pasti berapa banyak simpanan perlu dibuat berdasarkan keperluan semasa, anda boleh gunakan kalkulator persaraan PPA ini.

Pertimbangan simpanan persaraan adalah sangat penting, jadi berbincanglah dengan ahli profesional kewangan jika anda tak pasti tentang pilihan terbaik anda.

PRS Malaysia, pengeluaran perumahan, persaraan sektor swasta
PRS Malaysia, pengeluaran perumahan, persaraan sektor swasta

3) Adakah wang saya dilindungi daripada pemiutang?

Ya, PRS anda dilindungi sebagai aset daripada pemiutang, sekiranya berlaku kemuflisan.

Anda masih boleh terus mencarum kepada PRS sekiranya anda diisytiharkan muflis, tetapi pengeluaran yang anda buat mungkin tertakluk kepada syarat ditentukan Ketua Pengarah Insolvensi (DGI).

4) Bagaimana nak tahu jika permohonan pengeluaran pinjaman perumahan saya diluluskan?

Anda boleh menghubungi penyedia PRS masing-masing. Sebagai alternatif, anda juga boleh menghubungi PPA di talian 1300-131-772 untuk berbincang.

5) Bilakah saya boleh terima wang yang dikeluarkan?

Wang akan dikreditkan ke dalam akaun bank dalam masa 10 hari bekerja selepas permohonan dihantar dan diluluskan.

PRS Malaysia, pengeluaran perumahan, persaraan sektor swasta
PRS Malaysia, pengeluaran perumahan, persaraan sektor swasta

6) Bolehkah saya mengeluarkan lebih daripada satu dana PRS pada tahun tertentu?

Ya. Anda boleh mengeluarkan dari semua penyedia PRS dan dana yang mempunyai akaun anda.

Anda hanya boleh melakukan satu pengeluaran pra-persaraan bagi setiap penyedia untuk setiap tahun.

7) Adakah saya mesti berumur lebih dari 18 tahun untuk memohon PRS?

Ya, anda hanya boleh memohon Skim Persaraan Swasta setelah anda mencapai usia 18 tahun.

8) Adakah terdapat caruman minimum untuk dana PRS?

Ya, walaupun caruman minimum berbeza bergantung kepada penyedia.

PRS Malaysia, pengeluaran perumahan, persaraan sektor swasta
PRS Malaysia, pengeluaran perumahan, persaraan sektor swasta

Tidak ada jumlah maksimum yang tetap, atau kekerapan yang ditetapkan untuk caruman anda.

9) Di mana boleh saya mengetahui lebih lanjut mengenai PRS?

Ketahui lebih lanjut di laman web PPA, atau terokai soalan lazim PRS ini.

Nak tahu lebih lanjut tentang hartanah dan kewangan? Bolehlah layari panduan lengkap Pembiayaan Hartanah kami ni!