‘Pakcik’ beli iPhone11 disindir suruh pergi umrah, rupanya doktor pakar KPJ

Seorang pelanggan membeli iPhone 11 di Kota Baru Trade Centre, dikatakan seorang doktor pakar di sebuah hospital swasta. — Foto ihsan Twitter/Switch Apple Mac
Seorang pelanggan membeli iPhone 11 di Kota Baru Trade Centre, dikatakan seorang doktor pakar di sebuah hospital swasta. — Foto ihsan Twitter/Switch Apple Mac

KUALA LUMPUR, 28 Sept — Jangan menghukum sesuatu perkara atau seseorang berdasarkan rupa atau penampilan luaran.

Begitulah kes yang berlaku terhadap seorang pelanggan terawal yang membeli iPhone 11 di Kota Baru Trade Centre, Kelantan semalam.

Hanya kerana berpakaian kasual dan berkopiah, lelaki yang kelihatan agak berusia disindir warga maya supaya menunaikan umrah daripada berhabisan wang membeli telefon pintar.

Namun ‘pakcik’ itu bukanlah calang-calang orang apabila seorang pengguna Twitter mendedahkan individu itu sebenarnya adalah doktor pakar di sebuah hospital swasta.

“Beliau adalah pakar terbaik di KPJ Medical Centre, Kota Baru. Secara moralnya, jangan menghakimi individu berdasarkan penampilannya,” coret Nik Nazwan.

Hantaran itu sehingga kini diulang kicau hampir 20,000 kali dan mendapat lebih 14,000 tanda ‘suka’.

Beberapa pengguna dalam respons kepada hantaran Nik Nazwan mendedahkan individu itu bernama Dr Awang Nila Ismail, dan terkenal dengan kebaikannya menolong pesakit yang memerlukan rawatan.

Encik Fakhrul: Beliau doktor yang sambut kelahiran abang sulung saya masa mama nak melahirkan anak sulung dia pada 4/10/1991 di HUSM Kubang Kerian dulu. Sampai sekarang Dr Awang dan keluarga masih lagi berhubung dengan keluarga saya.

@M4dyyyy: Pakcik ni la aku jumpa masa pi Kelantan hari tu. Sepupu aku terlanggar kereta dia sikit, dia kata ‘takpa ni kereta ja dunia ja semua ni jangan kita sesama islam gaduh sebab kecik macam ni’. Allahu terlanggar tu sebenarnya bukan sikit banyak gak aku rasa.

Miss Mayy: kebanyakan anaknya al-hafizah dan alhafiz (menghafal al-Quran), dan hampir kesemuanya juga sambung perubatan dan pergigian di luar negara. Mulut netizen yang mengata ni anak hafaz quran ke? Umrah dah berapa kali?.

Asyranazme: Nampak orang beli iPhone 11 Pro Max ada saja kata baik gi umrah, padahal entah orang tu dah pergi umrah sepuluh kali dah.

Related Articles Apple’s iPhone 11, 11 Pro and 11 Pro Max now officially available in Malaysia Cef Wan guna foto ’tersuntik buah dada’ seru doktor lanjut usia bersara Apple applies to trademark the term ‘slofie’