MSI Memperkenalkan Komputer Gaming Baru

PC.com Team
Majalah Tech

MSI kini telah memperkenalkan beberapa model komputer gaming baru untuk pasaran Malaysia. Dengan kerjasama MSI dan rakan-rakan mereka seperti Intel dan SteelSeries, komputer riba gaming ini pasti akan memikat mata mereka yang serius mengenai gaming di mana sahaja.

Di antara model yang dilancarkan adalah GT70. Komputer riba ini adalah (setakat ini) komputer gaming paling berkuasa di pasaran. Dikuasakan oleh cip prosessor Intel Core generasi ke-empat (yang dahulunya diberi nama kod Haswell), dan juga cip grafik GTX 780M dari NVIDIA. Selain itu ianya juga datang dengan fungsi Super RAID 2, papan kekunci dari SteelSeries dan juga paparan Matrix – di mana tiga paparan tambahan boleh disambung sekaligus ke komputer ini.

GS70 pula adalah Ultrabook gaming dari MSI. Ianya hanya setebal 21.8mm dan seberat 2.6KG. Ianya juga datang dengan cip Intel Core generasi ke-empat, dan cip grafik NVIDIA GTX 765M.

Kalau anda mencari sebuah komputer riba gaming yang ringan GE40 adalah jawapan yang diberikan oleh MSI. Hanya seberat 1.9 Kg, ianya memberikan anda kuasa mutlak di mana sahaja anda berada, dengan prosessor Intel Core generasi ke-empat dan juga cip grafik GTX760M yang dimuatkan oleh MSI ke dalam badan komputer yang hanya setebal 23.5mm ini.