Mewahnya Seri Perdana & 12 Kediaman Rasmi Pemimpin Dunia Ini!

·16-min read

Jadi pemimpin ni untung, serba serbi percuma, gaji dapat, elaun dapat, rumah dapat, tinggal nak buat kerja je…

Rumah yang dapat pun bukan calang-calang, memang selesa, besar, cantik serta mewah dengan pelbagai kemudahan termasuklah kawalan keselamatan yang tip top!

Semuanya dibina dan dibiayai dengan duit rakyat. Jadi, janganlah lupa buat kerja ya…

Jom kita tengok kediaman rasmi pemimpin Malaysia dan dunia ni, mana tahu boleh ciduk sedikit inspirasi untuk kediaman sendiri nanti. Tak salah berangan kan!

1. Seri Perdana - PM Malaysia

sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson
sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson

Kos Pembinaan: RM24.17 juta

Seri Perdana yang terletak di Putrajaya adalah kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia.

Selain menjadi kediaman rasmi PM dan keluarganya, ia juga berfungsi sebagai tempat majlis keraian bersama ketua negara, ketua kerajaan, pembesar negeri dan orang ramai.

Terletak di Persiaran Seri Perdana, Presint 10 Putrajaya, tarikan utama kompleks ini adalah keunggulan seni bina, landskap dan reka bentuknya yang menggabungkan warisan sejagat reka bentuk Melayu, Islam dan Eropah. Memang cantik!

Selaras dengan prinsip Seri Perdana sebagai salah satu aset milik rakyat, bahagian tertentu di dalam Seri Perdana ini dibuka untuk kunjungan orang ramai.

sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson
sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson

Kompleks Sri Perdana ini merangkumi dua blok utama utama yang direka istimewa dari seri rekaan dalamannya. Antara yang menjadi perhatian adalah Bilik Tetamu Utama yang terletak di Blok Protokol, digunakan untuk menyambut dif kenamaan dan perbincangan tertutup.

Selain itu, di Blok Bankuet merangkumi dewan banquet rasmi dan galeri pameran, yang terbuka untuk orang awam. Memang cantik dan pasti memukau pandangan sesiapa yang melihatnya.

sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson
sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson

Seri Perdana ini dibina pada 1997 (siap pada 1999), di tapak seluas 42.5 ekar mengikut kontur anak bukit dengan mengekalkan struktur geografi alam semula jadi selaras dengan konsep perancangan Putrajaya sebagai Bandaraya Taman.

Dilaporkan juga yang kos ubah suai Seri Perdana sampai mencecah RM30 juta! Setakat Ogos 2021, sudah 60% kerja ubah suai disiapkan....

2. The Istana - Presiden Singapura

sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson
sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson

Nilai: SGD 18 bilion- SGD 25 bilion

The Istana ni ibarat White House Singapura, menjadi kediaman rasmi tujuh orang presiden republik itu sehingga kini.

Selain menjadi pejabat rasmi, ia juga turut digunakan Presiden untuk menerima dan menjamu para tetamu kenegaraan.

Seluas lebih 40 hektar, ia terletak di sepanjang Orchard Road dan dibina oleh kerajaan kolonial Britain pada tahun 1867 dan pembinaannya siap dua tahun kemudian.

The Istana merupakan kompleks yang luas dan terbuka di tengah-tengah lingkungan Jalan Orchard yang padat dengan penduduk.

sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson
sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson

Terdapat tiga lagi bangunan utama terdapat dalam pekarangan Istana iaitu: Sri Temasek, yang pada mulanya dibina sebagai kediaman setiausaha Gabenor Singapura tetapi kini menjadi kediaman rasmi Perdana Menteri Singapura.

Dua lagi bangunan ialah Istana Villa dan The Lodge. Pekarangan The Istana akan dibuka kepada orang ramai pada hari cuti umum seperti Tahun baru Cina, Deepavali, Hari Raya Puasa, Hari Pekerja dan Hari Kebangsaan.

Mendapat sentuhan arkitek terkenal Mejar McNair, yang juga individu di sebalik bangunan Empress Place yang bersejarah, ia menggabungkan gaya seni bina yang berbeza seperti unsur Palladian klasik, Anglo-India dan tropika Melayu.

<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/ikh5V4LhVJs" title="YouTube video player" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; clipboard-write; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture" allowfullscreen></iframe>

Senibina The Istana ini mempunyai ciri yang sama seperti bangunan-bangunan gaya neo-Palladian lain yang direka bentuk oleh jurutera ketenteraan British di India pada kurun ke-18.

Antara fasiliti lain di dalamnya terdiri daripada taman yang luas, kolam angsa, padang golf sembilan lubang serta teres senjata.

3. Premier House - PM New Zealand

sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson
sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson

Nilai: NZ $23 juta

Premier House adalah kediaman rasmi Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern yang terletak di 260 Tinakori Road, Wellington, New Zealand. Jacinda kini tinggal di sini bersama suami, Clarke Gayford dan anak mereka, Neve.

Rumah agam mewah ini adalah rumah persendirian yang dibeli ketika pemerintah memindahkan markas pemerintahannya ke Wellington pada tahun 1865.

Ia didirikan di atas tanah seluas 1.5 hektar dan nilai anggaran (pada tahun 2020) sebanyak NZ$ 23.3 juta. Berfungsi sebagai salah satu bangunan warisan pemerintah New Zealand terdahulu, padanlah Premier House sentiasa dipelihara.

sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson
sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson

Kali terakhir di baik pulih pada 2018 menelan kos $3 juta termasuklah untuk menaik taraf sistem keselamatannya.

Mengintai hiasan dalaman Premier House ini, boleh dikatakan ianya banyak menampilkan ciri-ciri abad-ke 19, sementara keseluruhan reka bentuknya lebih terarah ke gaya serba moden.

sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson
sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson

Manakala dekorasi utamanya merangkumi koleksi seni New Zealand yang besar-besar, termasuk koleksi yang lama dan baru.

Premier House ini tampak sungguh menawan dengan padanan warna kelabu putih di fasad luarnya menjadikannya ia unik seperti vila mewah, dan skema warnanya memberikan beberapa bentuk kepada gabungan struktur yang berbeza.

4. Istana Merdeka – Presiden Indonesia

sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson
sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson

Nilai: AS$ 9 juta

Di negara jiran, kediaman rasmi presiden Indonesia dikenali sebagai Istana Merdeka, salah satu daripada 6 istana presiden di negara itu.

Ia terletak di Jalan Merdeka Utara menghadap Taman Monumen Nasional, di tengah-tengah Jakarta.

Terletak di atas tanah seluas 6.8 hektar dalam kawasan yang dikenali sebagai Kompleks Istana Presiden yang juga menempatkan Istana Negara, Wisma Negara, Sekretariat Negara dan Bina Graha, ia adalah pusat pentadbiran eksekutif Indonesia.

Sejarah Istana Merdeka ini panjang, wujud dalam catatan sejarah sejak 1796 lagi, ketika itu dikenali dengan nama Istana Risjwijk.

sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson
sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson

Pada 1873, Istana Risjwijk diperluaskan untuk pentadbiran Hindi Belanda, dan pada 1879 namanya ditukar kepada Istana Gambir kerana banyak pokok gambir tumbuh di situ.

Pada zaman penjajahan Jepun, ia menjadi kediaman panglima tertinggi Jepun, dan apabila Indonesia merdeka, ia menjadi saksi majlis penyerahan kedaulatan Indonesia dari penjajah Belanda pada 27 Disember 1949.

Nama Istana Gambir kemudiannya ditukar menjadi Istana Merdeka oleh Presiden Soekarno.Istana Merdeka digunakan untuk upacara rasmi seperti sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia, menyambut tetamu negara dan duta ke Indonesia.

sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson
sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson

Antara bilik terkenal dalam Istana Merdeka termasuklah Ruang Kredensial, Ruang Jepara, Ruang Raden Saleh, Ruang Resepsi dan Ruang Bender Pusaka.

Tapi, disebabkan rancangan Indonesia untuk memindahkan pusat pentadbiran dari Jakarta ke Kalimantan Timur, sebuah lagi Istana Merdeka dalam tahap perancangan untuk dibina.

5. Istana Nurul Iman - Sultan Brunei

sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson
sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson

Kos Pembinaan: AS$400 juta

Istana Nurul Iman adalah tempat persemayaman rasmi Sultan Brunei, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.

Menduduki tangga kedua dalam senarai hartanah termahal di dunia (selepas Istana Buckingham), istana ini terletak berdekatan dengan tebing Sungai Brunei dan pernah disenaraikan dalam Guiness Books of Records sebagai istana kediaman terbesar di dunia.

Menurut laman rasmi Guiness World Records, Istana Nurul Iman memiliki 1,788 bilik, 257 bilik bersiram serta sebuah dewan jamuan yang boleh menampung seramai 5,000 orang dan masjidnya sendiri yang boleh memuatkan seramai 1,500 jemaah pada satu-satu masa.

Selain itu, di istana ini juga terdapat 110 buah garaj kereta, kandang kuda berhawa dingin yang menempatkan 200 ekor anak kuda polo milik Sultan serta lima buah kolam renang.

sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson
sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson

Secara keseluruhan, Istana Nurul Iman mempunyai ruang lantai sebesar 2,152,782 kaki persegi (200,000 m2). Besar sungguh! Tak cukup kaki dibuatnya!

Terletak hanya beberapa kilometer saja dari ibu negara Brunei Darussalam, Bandar Seri Begawan, istana indah ini dapat dikenal pasti menerusi saiz bangunan putih yang besar dengan kubah emas dan menara yang menghiasinya.

Pembinaan Istana Nurul Iman siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun sebelum Brunei mencapai kemerdekaan dari Inggeris pada 1 Januari 1984. Istana ini mendapat sentuhan arkitek Filipina, Leandro V. Locsin sementara hiasan dalamannya direka khas oleh Khuan Chew.

sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson
sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson

Konsep hiasan dalaman istana ini menggabungkan tradisi seni bina Islam dan Melayu Brunei. Sementara seni bina tempat tinggal Sultan pula adalah gabungan Eropah dan Melayu tradisional. Boleh melopong mata dibuatnya!

6. 10 Downing Street - PM United Kingdom

sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson
sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson

Nilai: AS$ 86 juta

10 Downing Street, atau dikenali Number 10 di kalangan rakyat tempatan, adalah ibu pejabat Kerajaan United Kingdom serta kediaman dan pejabat rasmi bagi Perdana Menteri UK terkini iaitu Boris Johnson.

Kediaman ini menjadi tempat tinggal PM UK sejak dari tahun 1735 lagi termasuklah Winston Churchill dan Margaret Thatcher.

sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson
sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson

Berusia lebih dari 300 tahun, bangunan yang terletak di Downing Street, Kota Westminster, London ini mempunyai kira-kira 100 buah bilik.

Di tingkat tiga pula terdapat kediaman peribadi yang turut mempunyai dapur di ruang bawah tanah yang keseluruhannya menampilkan seni bina klasik Georgia.

sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson
sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson

Walaupun nampak kecil dari luar, namun ruang depannya yang berlantaikan corak dam hitam putih itu membawa kepada ratusan bilik dan tangga.

Di bahagian belakang bangunan pula adalah halaman dalaman serta teres yang menghadap ke taman seluas 0.5 ekar.

sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson
sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson

Tingkat yang lain pula menempatkan pejabat dan bilik persidangan serta bilik tetamu. Hari ini, 10 Downing Street adalah antara pintu ikonik yang paling dikenali dan di fotografi di dunia.

Pintu depan dengan gaya Georgian enam panel ikon ini direka oleh arkitek Kenton Couse, yang diperbuat daripada kayu oak hitam. Ia dipasang pada 1770-an dan menampilkan tombol pintu tengah, pintu besi besi kepala knocker dan plat tembaga.

Kali terakhir kerja tambah baik dan baik pulih bahagian bangunan yang usang dilakukan ketika pentadbiran Margaret Thatcher dengan nilai anggaran £500,000.

7. White House – Presiden Amerika Syarikat

sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson
sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson

Nilai: AS$ 550 juta

White House adalah bangunan ikonik kediaman rasmi presiden AS dan keluarga. Lagipun dah banyak filem menampilkan bangunan ikonik ini. Mustahilah tak tahu!

Tapi tahu tak yang ia mendapat nama White House pada 1901 yang diberikan Teddy Roosevelt...

Terletak di 1600 Pennsylvania Avenue di Washington, D.C, White House dibina dari batu pasir Aquia dicat putih dengan gaya seni bina George berdasarkan reka bentuk jurubina dari Ireland bernama James Hoban.

White House mempunyai enam tingkat merangkumi 132 bilik, 35 bilik mandi mewah, 28 ruang perapian diri,147 tingkap dan 412 pintu, menempatkan hampir 1700 orang pekerja.

Ia juga memiliki tiga buah dapur, iaitu dapur utama yang terletak di tingkat pertama, dapur (bakeri), dan dapur keluarga.

sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson
sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson

Antara ruangan tumpuan utama di dalam White House adalah Dewan Masuk di mana ianya ruang rasmi yang luas dan dilengkapi marmar merah jambu dan putih dengan hiasan termasuk meja dermaga Perancis yang dibeli oleh Monroe pada tahun 1817.

Selain itu, Bilik Timur adalah bilik terbesar di White House yang digunakan untuk perhimpunan besar, seperti jamuan, majlis, konsert, persembahan penghargaan dan persidangan akhbar. Manakala, Presiden akan menerima tetamu negara di Bilik Biru.

sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson
sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson

Dan tidak jauh dari Situation Room iaitu tempat presiden bertemu penasihat staf ketika krisis, terdapat pelbagai fasiliti termasuklah pusat membeli belah kecil yang lengkap dengan pelbagai kedai yang menjual barang keperluan residen.

Fuh memanglah untung siapa yang dapat tinggal di White House. Semua ada, sewa pun percuma namun tahukah anda setiap presiden yang tinggal di sini perlu membayar sendiri keperluan harian mereka termasuklah makanan, perkhidmatan mencuci baju, tata rias dan upah staf ketika keraian.

Difahamkan ramai presiden terdahulu meninggalkan White House dengan hutang yang masih banyak dan tertunggak, contohnya Bill Clinton.

8. The Blue House - Presiden Korea Selatan

sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson
sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson

Nilai: AS$ 2 bilion

Kalau di Amerika Syarikat kediaman rasmi presidennya dinamakan White House, di Korea Selatan pula ia disebut Blue House.

Blue House atau Cheongwadae (membawa maksud Rumah Beratap Biru) ialah pejabat dan kediaman rasmi presiden Korea Selatan terletak di Jongno-gu, Seoul.

Ia dibina di atas taman yang wujud sejak Dinasti Joseon (1392-1910) lagi dan dianggap kediaman rasmi ketiga paling bernilai di dunia selepas Buckingham Palace dan Istana Nurul Iman.

Cheongwadae adalah kompleks yang menggabungkan binaan moden dan tradisi. Kompleks ini terdiri dari pejabat utama (Bon-gwan), kediaman presiden, rumah tetamu (Yeongbin-gwan), taman hijau (Nokjiwon), dewan media dan pejabat pentadbiran, keluasan kompleks sekitar 62 hektar!

sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson
sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson

Antara ciri ikoniknya adalah atap biru yang direka melengkung melambangkan keamanan dan pemberontakan demokrasi pada 1960, berlatar belakangkan Gunung Bugaksan.

Menariknya tentang atap biru ini, ia diperbuat daripada 150 ribu jubin handmade dan boleh bertahan beratus tahun lamanya!

Cheongwadae juga mempunyai sistem keselamatan paling ketat dalam kalangan kediaman rasmi pemimpin Asia.

Selain itu, lokasinya juga menawan dikelilingi kawasan pergunungan Naksan dan Inwangsan. Didepannya pula mengalir Sungai Han yang sangat terkenal tu. Ia juga dibuka untuk lawatan awam pada waktu yang ditetapkan.

9. Rideau Cottage - PM Kanada

sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson
sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson

Nilai: AS$56 juta

Rideau Cottage adalah bangunan kediaman bersejarah yang terletak di perkarangan Dewan Rideau di Ottawa, Ontario.

Ia menjadi kediaman rasmi Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau, selepas bangunan yang sepatutnya menjadi kediaman rasminya, 24 Sussex Drive kini perlu menjalani proses baik pulih dan penyelenggaraan.

24 Sussex Drive ni dah bertahun menjadi kediaman rasmi PM Kanada, tapi memang teruk keadaannya, siap wiring, sistem perpaipan dan tingkap rosak teruk.

sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson
sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson

Jadi, Trudeau dan keluarga buat masa sekarang menetap di Rideau Cottage, rumah 2 tingkat jenis Georgia Revival yang ikonik ni. Rumah yang mempunyai 22 buah bilik termasuklah 4 bilik tidur utama dan 6 bilik mandi seluas 9,687 kaki persegi.

Ia mula dibina oleh F. P. Rubidge, Thomas Seaton Scott dan David Ewart sekitar tahun 1986 dan tamat setahun kemudian.

sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson
sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson

Rideau Cottage terkenal dek reka bentuknya yang estetik. Pada awalnya ia dibina sebagai rumah Victoria fasa pertengahan, kemudiannya diubahsuai mengikut stail Georgia, salah satu idea gaya paling popular untuk pengubahsuaian rumah jenis ini pada abad ke-20.

Menariknya, bangunan ini bercirikan simetri, bergaris sederhana, dengan beranda pintu masuk bertemakan klasik dan tingkap selendang diapit dengan penutup hiasan.

Antara tahun 1999 dan 2000, bangunan ini menjalani pengubahsuaian besar-besaran dari bahagian bawah tanah, bumbung dan dalaman, sehinggalah ke sistem mekanikal dan sumber elektriknya.

10. Kantei – PM Jepun

sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson
sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson

Nilai: AS$702 juta

Kantei atau biasanya disebut Sōri Daijin Kantei ialah pejabat dan kediaman utama Perdana Menteri Jepun yang terletak di 2-3-1 Nagata-chō, Chiyoda-ku, Tokyo 100-8968, bersebelahan Bangunan Diet Kebangsaan.

Ia mula dibina pada 1929, sebelum itu PM Jepun hanya tinggal di rumah kayu 2 tingkat. Bagaimanapun, PM Jepun sekarang, Yoshihide Suga tidak tinggal di sini dan memilih untuk terus menetap di apartment kuarters kerajaan di Akasaka, tidak jauh dari Kantei.

Kantei menjadi kediaman rasmi selama 73 tahun sebelum dirobohkan dan dibina semula pada 2002 dengan wajah baru dan bersaiz dua kali ganda besarnya.

sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson
sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson

Dibina dari dua material utama; batu dan buluh, seni reka Kantei dilihat lebih moden, dan jauh lebih glamor berbanding rumah pemimpin dunia yang lain. Reka bentuk ini bertujuan membangkitkan "keindahan estetik Jepun yang minimalis”.

Kantei setinggi lima tingkat dengan pintu masuk utama berkaca penuh terletak di sebelah timur bangunan, yang bila disinari matahari akan muncul garis pelangi nipis. Pasti cantik punya kalau dapat lihat depan-depan!

Manakala granit hitam digunakan pada lantai dewan masuk utama memberikan rona terang, menghasilkan kesinambungan antara dunia luar dan dalam.

Kayu American Cherry pula digunakan di dinding dan siling, serta tanaman buluh pasti menangkap mata semua yang memandang melalui tingkap kaca depannya.

sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson
sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson

Lengkap dengan panel solar dan sistem simpanan air hujan, bangunan ini telah dirancang untuk meminimumkan kesan persekitaran.

Kantei dengan keluasan 25,000 m² ini dibuka secara rasmi pada 2005 ini dengan nilai pembinaan dan penyelenggaraan sehingga 160 juta yen.

11. Palazzo del Quirinale – Presiden Itali

sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson
sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson

Nilai: AS$ 1.7 bilion

Palazzo del Quirinale adalah kediaman rasmi Presiden Republik Itali yang terletak di Bukit Quirinal, bukit tertinggi dari kesemua tujuh bukit di Rome. Ia telah menjadi kediaman kepada tiga puluh Paus, empat raja Itali dan dua belas Presiden Itali.

Istana dengan keluasan 110,500 meter persegi ini adalah istana ke sebelas terbesar di dunia dari segi kawasan, kira-kira dua puluh kali ganda lebih luas dari White House.

Asalnya ia dibina pada tahun 1583 sebagai rumah percutian bagi Pope Gregory XIII ketika musim tengkujuh. Dan pada tahun 1946, istana ini secara rasminya menjadi kediaman dan pejabat Presiden republik ini.

sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson
sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson

Istana ini terdiri dari bangunan utama yang dikelilingi halaman yang cantik, dengan dewan dan kompleks yang berfungsi sebagai perwakilan Republik.

Sementara pejabat dan pangsapuri ketua negara terletak di bangunan Fuga di hujung Manica lunga, bangunan panjang di pinggir jalan Quirinal.

sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson
sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson

Selain memiliki 1200 bilik tidur, antara bilik-bilik di dalam istana ini yang menjadi perhatian adalah Tangga Kehormatan yang berfungsi sebagai laluan peribadi kepausan.

Manakala Dewan Besar Cuirassiers pula adalah ruang takhta istana kepausan serta tempat bertemu wakil-wakil kenamaan, serta Bilik Negeri Pertama sebagai bilik pertemuan tidak rasmi.

sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson
sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson

Sehingga ke hari ini, istana ini sudah mendapat sentuhan dari ramai pereka dalaman dengan gaya tertentu; antaranya perpustakaan Rococo, salun dan pendiangan api yang dihiasi dengan mozek Rom kuno dari Hadrian's Villa di Tivoli.

Selain itu, Quirinal Gardens yang terletak di tengah-tengah juga menjadi salah satu tarikan utama istana ini.

Kebun seluas 4 hektar ini terletaknya organ air hidrolik yang dicipta pada tahun 1997 dan 1999 oleh Barthélemy Formentelli berdasarkan rekaan abad ke-19.

12. Rashtrapati Bhavan – Presiden India

sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson
sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson

Nilai: AS$ 654 juta

Rashtrapati Bhavan, atau sebelum ini digelar Viceroy House adalah kediaman rasmi Presiden India terkini, Ram Nath Kovind. Ianya terletak di hujung barat New Delhi, India.

Berkeluasan 320 hektar, Rashtrapati Bhavan menempatkan 340 bilik tidur yang merangkumi ruang tetamu, pejabat, rumah agam, dewan termasuklah taman presiden yang diberi nama Taman Mughal.

Taman Mughal terletak di belakangnya, yang menggabungkan ciri Mughal dan landskap Inggeris yang dipenuhi dengan pokok-pokok bunga yang mekar.

sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson
sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson

Dari segi keluasan kawasan, ia merupakan kediaman terbesar untuk mana-mana ketua negara di dunia. Rekaannya dipengaruhi seni bina Inggeris, hasil latar belakang zaman kolonial negara itu.

Mendapat sentuhan dari Sir Edwin Lutyens sekitar 1929, gabungan gaya seni reka Eropah dan Mughal dilihat mendominasi seluruh bangunan ini dengan menggunakan warna dan perincian seni bina khas India.

sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson
sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson

Dibina menggunakan 1 bilion batu bata dan 3.000.000 kaki persegi dengan keluli kecil, reka bentuk keseluruhan mengikut konsep waktu Edwardian Baroque, di mana penekanan diberikan pada penggunaan motif klasik untuk penekanan kekuasaan dan empayar.

Kediaman rasmi Presiden India ini diimbangi oleh dua struktur bangunan megah, dikenali sebagai Parliament House atau disebut Sansad Bhavan.

Projek pemulihan pertama di Rashtrapati Bhavan adalah tahun 1985 dan berakhir pada tahun 1989, kemudiannya disambung pada fasa pemulihan kedua, yang dimulakan pada tahun 2010.

13. Grand Kremlin – Presiden Rusia

sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson
sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson

Nilai: AS$ 1.8 bilion

Terletak di kaki Bukit Borovitsky berdiri megahnya Grand Kremlin, kediaman rasmi Presiden Rusia, siapa lagi kalau bukan Vladimir Putin, walaupun Putin tidak menetap di sini sekarang.

Kompleks yang terletak di tengah-tengah bandar Moscow itu cukup dikenali ramai, bila melihat kubah-kubahnya seakan seperti masjid.

Grand Kremlin dibina hanya dalam tempoh dua belas tahun, dari tahun 1837 hingga 1849. Ia direka khas oleh Konstantin Thon, yang mengetuai sepasukan jurutera yang dilantik khas.

sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson
sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson

Pembangunan istana besar ini menekankan kehebatan autokrasi Rusia dan dijadikan kediaman ‘tsar’ (pemerintah tertinggi Eropah Timur) di Moscow.

Kremlin bermaksud ‘kubu dalam sebuah bandar’, sepanjang 125 meter, setinggi 47 meter, dan berkeluasan keseluruhan sekitar 25,000 meter persegi.

Ianya merangkumi Istana Terem yang penuh bersejarah, sembilan gereja yang berasal dari abad ke 14 hingga ke 17 serta tempat suci.

sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson
sri perdana, white house, tan sri muhyiddin yassin, joe biden, jacinda ardern, jokowi, boris johnson

Jika dapat lihat, sudah pasti kita akan terpesona dengan arca dan lukisan yang tertera di dinding dan siling istana ini. Sungguh mengasyikkan sekali.

Terdapat kesemua 700 bilik di dalamnya, bangunan di bahagian barat Grand Kremlin berfungsi sebagai ruang peribadi keluarga imperialis dan dewan penerimaan negara. Hari ini, Grand Kremlin menjadi tuan rumah kepada pelantikan presiden dan lawatan negara.

<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/JZtJHYdBpGE" title="YouTube video player" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; clipboard-write; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture" allowfullscreen></iframe>

Kompleks ini secara umumnya tidak dapat diakses oleh orang ramai, kerana ia adalah kediaman rasmi Presiden Rusia; namun, pelancong yang berkunjung dengan Exeter International dapat mengunjungi muzium dan gereja di dalamnya secara eksklusif.

Cantik tak semua kediaman rasmi ni? Sesuai la dengan tanggungjawab mentadbir sebuah negara yang diamanahkan kepada mereka!

Panduan Relevan

Our goal is to create a safe and engaging place for users to connect over interests and passions. In order to improve our community experience, we are temporarily suspending article commenting