Macam Mana Nak Gunakan Duit KWSP Akaun 2 Untuk Beli Rumah?

·5-min read

Click here for the English version.

Bila ada rancangan nak beli rumah, kemampuan tu boleh jadi satu batu penghalang yang besar untuk anda memiliki rumah kat Malaysia ni.

Pinjaman bank tu kira macam wajib untuk diambil (lagi-lagi kalau dah tak ada duit yang banyak kan), tapi ada lagi satu sumber simpanan yang anda boleh korek sebagai wargenegara atau penduduk tetap kat Malaysia!

Apakah itu? Anda boleh keluarkan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP / EPF)! Terus rasa macam untungnya selama kerja ni carum duit KWSP kan?

Kalau rasa nak keluarkan duit KWSP tapi tak tahu macam mana caranya… kami akan jelaskan semuanya supaya anda boleh gunakan simpanan KWSP untuk biayai rumah dan bayar pinjaman rumah!

Langkah 1: Tentukan dulu macam mana nak guna duit KWSP

1.1) Faham dulu simpanan KWSP ni macam mana

Akaun 1

Akaun 2

% agihan dari sumbangan setiap bulan

70%

30%

Tujuan

Duit KWSP yang ada tu dibahagi pada dua akaun. Akaun 1 untuk masa bila anda bersara, tapi kalau nak guna untuk biayai rumah boleh la guna dari Akaun 2.

Duit dalam Akaun 2 tu boleh dikeluarkan untuk sebab tertentu, macam kat bawah ni:

  • Beli/bina rumah pertama (atau kedua; dengan syarat rumah yang pertama dah dijual, atau dalam proses nak dilupuskan). Kalau nak beli hartanah guna Akaun 2, anda kena tunjuk bukti yang dah bayar bayaran tempahan (booking fees) dan downpayment, sekali dengan yuran peguam dan duti setem untuk SPA.

  • Kurangkan atau tebus balik pinjaman untuk rumah pertama atau kedua.

  • Tolong pasangan kurangkan atau tebus balik pinjaman rumah si dia.

akaun-kwsp-1
akaun-kwsp-1

1.2) Lepas tu, apa amaun yang boleh dikeluarkan?

Pembelian Individu

Pembelian bersama dengan pasangan, ahli keluarga terdekat atau individu lain

(Harga SPA - Amaun Pinjaman) + (10% dari Harga SPA)

ATAU

Semua simpanan dari Akaun 2

(Harga SPA - Amaun Pinjaman) + (10% dari Harga SPA)

ATAU

Semua simpanan dari Akaun 2 pembeli-pembeli yang berkaitan, tertakluk pada jumlah pengeluaran maksimum yang ditetapkan

Pinjaman Perumahan Penuh Diluluskan

Pembiayaan Sendiri

10 % dari Harga SPA

ATAU

Semua simpanan dari Akaun 2

Harga pembelian ditambah lagi dengan 10% dari harga pembelian

ATAU

Semua simpanan ahli yang berkaitan dari Akaun 2

Langkah 2: Semak kelayakan anda

Ni kelayakan-kelayakan yang anda kena ada:

  • Warganegara Malaysia; atau

  • Warganegara Malaysia yang pernah membuat Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan dah pilih untuk menyumbang balik pada KWSP; atau

  • Bukan Warganegara Malaysia yang:

    • Dah jadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998.

    • Dah dapat status penduduk tetap (PR) Malaysia.

  • Belum sampai umur 55 tahun masa KWSP terima permohonan anda.

  • Kena ada baki simpanan minimum RM500 dalam Akaun 2.

  • Hartanah yang nak dibeli tu untuk kediaman je.

  • Permohonan kena buat dalam masa 3 tahun lepas tandatangan SPA.

Inginkan jaminan yang lebih tinggi untuk mendapat kelulusan pinjaman bagi rumah baru anda? Gunalah solusi PropertyGuru Loan Pre-Approval, dengan kadar ketepatan 99.9%!

Langkah 3: Sediakan semua dokumen

PGMY_No_1
PGMY_No_1

Ni semua yang anda kena pastikan ada, dan kesemua borang tu kena isi dengan lengkap:

  • Borang pengeluaran KWSP [Borang KWSP 9C(AHL)].

  • Salinan original SPA.

  • Salinan pengenalan (myKad atau passport).

  • Salinan surat kelulusan pinjaman dari pembiaya anda.

  • Info akaun bank, dalam bentuk buku simpanan atau penyata bank.

  • Bukti perhubungan

    • Ini untuk pembelian bersama yang melibatkan pasangan anda atau keluarga terdekat, ibu bapa atau adik-beradik. Untuk pembelian bersama dengan saudara terdekat, anda kena hantar sekali surat penerangan untuk beritahu kenapa buat pembelian bersama tu.

PropertyGuru Loan Pre-Approval
PropertyGuru Loan Pre-Approval

Free tool

PropertyGuru Loan Pre-Approval

Langkah 4: Mohon pengeluaran melalui i-Akaun

Sekarang kan era digital, jadi pada yang suka buat semua benda online, nak mohon untuk pengeluaran ni pun boleh buat online juga, hanya gune i-Akaun dengan KWSP.

Kalau belum daftar lagi, sila ikut langkah-langkah di bawah ni:

  1. Daftar i-Akaun kat mana-mana kiosk atau kaunter KWSP yang berdekatan. Nanti anda akan dapat ID pengguna dan kata laluan sementara.

  2. Dalam masa 30 hari, pergi ke laman web http://www.kwsp.gov.my/ms/. Tekan pada “Log Masuk” kat sebelah atas kanan dan pilih “AHLI (I-AKAUN)”.

kwsp-beli-hartanah4
kwsp-beli-hartanah4
  1. Masukkan ID pengguna yang dapat masa daftar tu pada “ID PENGGUNA”. Lepas itu tekan “Teruskan”.

kwsp-beli-hartanah5
kwsp-beli-hartanah5
  1. Masukkan kata laluan yang dapat masa daftar pada “Kata Laluan”. Lepas itu tekan “Log Masuk”.

kwsp-beli-hartanah6
kwsp-beli-hartanah6
  1. Lepas tu anda akan nampak Terma & Syarat dia. Pilih “Setuju” dan tekan “Teruskan”.

  2. Page seterusnya ialah “Pengaktifan i-Akaun” yang mana kena letak kata laluan sendiri. Untuk tujuan keselamatan, kena juga pilih gambar dan ungkapan rahsia. Pastikan anda ingat dua-dua benda ni tau (sangat penting sebab nak pastikan yang anda login pada laman web yang betul, bukannya laman web KWSP yang palsu).

  3. i-Akaun anda sudah beres!

Bila dah daftar masuk, pergi ke page “Withdrawal” dan tekan pada “New Application” untuk memulakan proses permohonan.

Macam Mana Lagi Anda Boleh Guna Akaun 2 Untuk Hartanah

1) Bayar Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

Anda boleh juga guna Akaun 2 tu untuk bayar pinjaman rumah tiap-tiap bulan.

Bayaran ni akan ditolak secara automatik dan anda boleh pilih samada nak bayaran bulanan tu bayar terus pada bank, ataupun masuk dulu dalam akaun peribadi.

Untuk ansuran ni, kena hantar borang baki pinjaman rumah terkini dengan semua dokumen yang diperlukan.

Satu benda kena ingat, bila dah start bayar ansuran guna Akaun 2, lepas setahun baru anda boleh batalkan bayaran automatik tu.

2) Tingkatkan Kuasa Pinjaman Anda

akaun-kwsp-3
akaun-kwsp-3

Bab ni sangat membantu kalau nak kena tunjuk pada bank yang anda ada gaji yang tinggi, jadi boleh la dapatkan pinjaman hartanah yang lebih banyak.

Caranya adalah dengan menggunakan kemudahan Pengeluaran Perumahan Fleksibel.

Bolehlah mohon pada KWSP untuk tolak siap-siap berapa banyak yang anda nak daripada duit KWSP yang dapat setiap bulan ke dalam Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel tu.

Duit simpanan yang ada dalam akaun tu akan dikira sebagai gaji anda, dan akan membantu melayakkan anda untuk memohon pinjaman lebih tinggi.

Apa-apa pun anda nak buat dengan duit KWSP tu, pastikan dah fikir masak-masak ye. Jangan main guna je kalau tak perlu sebab duit tu akan membantu juga masa hari tua.

Kalau masih rasa macam ragu-ragu je dengan proses ni atau tak pasti macam mana anda nak keluarkan duit KWSP tu, boleh hubungi:

Maka dengan itu, selesai sudah panduan ringkas tentang cara anda nak keluarkan duit simpanan KWSP untuk beli rumah. Jadi, apa lagi, pergi semak terus berapa baki caruman anda dalam akaun tu. Cukup tak nak beli rumah?

Panduan Relevan