Konsep Dan Pusat Kitar Semula Malaysia Anda Perlu Tahu!

·9-min read

Pernah tak terfikir kenapa banyak benda pelik berlaku sekarang? Dulu tak pernah banjir, sekarang banjir besar sampai rosak semua benda. Atau sekarang panas duduk rumah macam duduk dalam sauna! Dulu sampah sikit, sekarang tiap hari kena buang sampah!

Kita juga perlu tanya diri anda. Apa punca semua ni berlaku? Inikah alam sekitar yang bakal kita tinggalkan kepada anak cucu nanti? Siapakah yang harus dipersalahkan?

Jawapannya ada pada kita semua. Kita yang bertanggungjawab menjaga alam ini, tapi kita jugalah yang telah memusnahkannya dengan tangan sendiri. Jadi, apa yang kita perlu buat sekarang?

Banyak perubahan cuaca dan gaya hidup yang menjejaskan kualiti kehidupan kita, memang banyak kes salah kapitalis yang tak ingat dunia mahu raih untung tapi kita sebenarnya boleh juga membantu alam sekitar dari rumah sendiri.

Buat masa ini, salah satu cara yang semakin banyak diamalkan untuk cuba mengatasi masalah di atas ialah melalui aktiviti kitar semula.

Banyak Ke Sampah Orang Malaysia?

Kalau nak tahu, orang Malaysia ni adalah pengguna plastik ke-2 terbesar di Asia. Secara purata penggunaan seorang adalah sebanyak 16.78 kg setahun!

konsep dan takrifan kitar semula, langkah kitar semula, konsep kitar semula, pusat kitar semula
konsep dan takrifan kitar semula, langkah kitar semula, konsep kitar semula, pusat kitar semula

Walaupun kitar semula ni dah lama kita dengar, masih ramai yang tak faham konsep dan cara nak buat. Akibatnya, bahan kitar semula ini berpotensi terlepas masuk ke sungai dan lautan, dan dianggarkan 4.8 ke 12.7 juta tan plastik memasuki lautan setiap tahun.

Malah, kajian dijalankan Prof Madya Dr. Haliza Abdul Rahman dari UPM pula mendapati, pada tahun 2018 je, rakyat Malaysia membuang sumber kitar semula bernilai RM476 juta.

Buangan terbesar ialah bahan berasaskan kertas bernilai sebanyak RM205 juta, sisa buangan kedua terbesar ialah plastik bernilai sebanyak RM163 juta.

Kajian juga mendapati jumlah sisa pepejal negara telah mencecah lebih dari 33,000 tan sehari, tapi hanya 10.5% dikitar semula untuk dijadikan produk lain.

Bagaimana pula dengan sisa fabrik atau kain? Menurut satu kajian dalam jurnal Waste Management, 8% sisa pepejal Malaysia adalah sisa fabrik.

konsep dan takrifan kitar semula, langkah kitar semula, konsep kitar semula, pusat kitar semula
konsep dan takrifan kitar semula, langkah kitar semula, konsep kitar semula, pusat kitar semula

Malah, sebuah organisasi pemeliharaan alam sekitar, Kloth Cares berjaya mengumpul sisa tekstil seberat 608,000 kg pada Ogos 2018 hingga Mei 2020.

Bayangkan berapa besar kawasan yang diperlukan bagi melupuskan sebegini banyak sisa buangan fabrik? Berapa banyak tenaga yang diperlukan jika bahan sisa ini dibakar? Ini tidak termasuk sisa buangan fabrik di seluruh Malaysia! Sebab tulah, pentingnya kitar semula ni..

Apa Itu Konsep Bangunan Hijau Di Malaysia?
Apa Itu Konsep Bangunan Hijau Di Malaysia?

Panduan Relevan

Apa Itu Konsep Bangunan Hijau Di Malaysia?

Apakah Konsep Dan Takrifan Kitar Semula Di Malaysia?

Di negara kita ni, ramai lagi yang tak kisah dan ambil peduli tentang konsep kitar semula. Tanpa sedar, sisa sampah yang dibuang tanpa kawalan mempunyai kesan negatif yang besar terhadap alam sekitar kita.

Semuanya kerana bahan kimia berbahaya dan gas rumah hijau yang dibebaskan dari sisa sampah di tapak pelupusan sampah. Plasik pula boleh memakan masa beratus tahun untuk hancur sepenuhnya.

Sebab itulah adanya NGO untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang perlunya kitar semula. Susah atau senang, kita semua perlu memupuk kesedaran ini dan menjadikannya satu budaya yang perlu diamalkan bagi semua lapisan masyarakat di Malaysia.

Bukan saja dapat menjamin kehidupan yang lebih bersih, sihat dan selesa, kitar semula juga boleh mengurangkan kebergantungan dan mengelakkan pembaziran kepada keperluan bahan mentah yang semakin meningkat.

konsep dan takrifan kitar semula, langkah kitar semula, konsep kitar semula, pusat kitar semula
konsep dan takrifan kitar semula, langkah kitar semula, konsep kitar semula, pusat kitar semula

JAdi, di Malaysia ni, kerajaan menubuhkan satu jabatan khas bagi mengendalikan aktiviti kitar semula iaitu Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Kalau nak tahu, kitar semula ni kita boleh bahagikan kepada 3R, iaitu:

KONSEP

PENERANGAN

Reduce

Merujuk kepada pengurangan penghasilan sisa dan penggunaan sumber. Pendek kata, jangan membazir!

Reuse

Merujuk kepada penggunaan barangan berulang kali, selagi boleh pakai, kita pakai!

Recycle

Merujuk kepada proses meletakkan semula barangan terpakai dalam kitaran penghasilan. Kita hantar barang lama atau dah tak digunakan atau sisa ke organisasi atau syarikat yang akan menggunakannya untuk hasilkan produk baru.

Jangan tak tahu, kerajaan telah pun mewajibkan perlaksanaan pengasingan sisa pepejal bagi tujuan kitar semula bermula 1 september 2015.

Perlaksanaan ini berdasarkan Peraturan dibawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672). Mengikut akta ni, sisa pepejal jenis di bawah ni perlu diasingkan dan perlu dikitar semula.

JENIS

CONTOH

Kertas

Surat khabar, majalah, buku panduan, komik, katalog, kertas komputer, kertas A4, kertas berwarna, resit, bil, kotak kertas kadbod, kalendar, sampul surat, poskad, risalah dan bungkusan pos.

Plastik

Botol minumun ringan, botol jus, botol minuman air mineral, bekas makanan, bekas sabun cecair mandian, botol syampu, botol makanan kesihatan/vitamin, bekas pencuci pakaian/lantai, botol kicap, baldi, beg plastic, bekas aiskrim dan lain-lain jenis plastik.

Kaca/Seramik

Botol kicap, botol sos, botol jem, botol minuman ringan, botol vitamin, bekas kosmetik, pinggan kaca dan sebagainya

Tin aluminium/besi/logam lain

Tin aluminium ringan, tin makanan dan sos, tin biskut, tin makanan cecair, alatan dapur seperti sudu, periuk, senduk dan sebagainya.

Sisa elektik/barang elektrik kecil

Bateri, kalkulator, telefon bimbit, peralatan elektrik, lampu Kalimantan, lampu LED, cerek elektrik, dapur elektrik dan sebagainya.

Bahan fabrik/kasut/getah/kulit

Kasut, beg tangan, pakaian, sarung tangan dan sebagainya

Sisa berbahaya

Bekas penyembur ubat nyamuk, tin cat, bekas racun, bekas bahan pelarut, bekas ubat anai-anai dan sebagainya.

Sisa Kebun/Taman

Sisa halaman rumah seperti daun kering, ranting, pelepah pokok, batang pokok, rumput dan sebagainya

Sisa Pukal

Sisa peralatan rumah yang besar seperti peti sejuk, almari, katil, mesin basuh, sofa, perabot dan sebagai nya.

Bagaimana Proses Kitar Semula Barangan Rumah Di Malaysia?

konsep dan takrifan kitar semula, langkah kitar semula, konsep kitar semula, pusat kitar semula
konsep dan takrifan kitar semula, langkah kitar semula, konsep kitar semula, pusat kitar semula

Seperti yang dianjurkan oleh pihak kerajaan, proses kitar semula perlu bermula dari rumah. Bahan yang boleh dikitar semula diletakkan ke dalam tong sampah kitar semula mengikut warna iaitu:

  • Biru untuk kertas,

  • Coklat untuk kaca, dan

  • Jingga untuk aluminium dan plastik.

Bahan lain biasanya dianggap sebagai sampah pukal. Pengutip sampah akan mengunjungi setiap rumah mengikut jadual dan membawa bahan ini ke pusat pengumpulan di mana pengasingan bahan akan dilakukan disini.

Proses untuk dijadikan produk kemudiannya dilakukan oleh pihak lain. Pihak pengumpulan yang terlibat termasuklah organisasi yang dikendalikan syarikat dan juga NGO yang terlibat dengan pengumpulan bahan kitar semula. Kumpulan NGO biasanya menjual bahan kitar semula bagi mendapatkan dana untuk tujuan kebajikan.

Orang awam juga digalakkan membuat pengasingan bahan kitar bermula dari rumah lagi dan kemudian menghantarnya ke pusat pengumpulan atau pusat kitar semula, dengan mengamalkan konsep 3R yang kami sebut kat atas tu.

Misalnya, di Selangor saja terdapat sebanyak 253 pusat kitar semula yang masih beroperasi. Kerjasama biasanya dilakukan dengan kerjasama antara PBT dengan universiti, sekolah, NGO dan persatuan penduduk.

konsep dan takrifan kitar semula, langkah kitar semula, konsep kitar semula, pusat kitar semula
konsep dan takrifan kitar semula, langkah kitar semula, konsep kitar semula, pusat kitar semula

Aktiviti kitar semula memberi banyak kebaikan seperti dapat mengurangkan jumlah sampah, menjimatkan kos pelupusan oleh PBT, dapat mengelakkan berlaku kejadian sampah longgok dan haram, serta mendidik masyarakat.

Pusat kitar semula pula akan membeli bahan ini dengan harga tertentu dan selalunya anda dapat duit tunai. Ini secara tak langsung dapat membantu memberi pendapatan tambahan kepada sama individu atau NGO yang terlibat.

Memang tak peliklah bila selalu nampak ada orang bermotorsikal roda tiga, van dan juga lori ke hulu ke hilir memeriksa dari satu tong sampah ke tong sampah yang lain mengutip bahan yang boleh dikitar semula.

Harga yang dibayar adalah mengikut kategori bahan yang dijual. Harga belian juga berbeza sedikit mengikut kadar yang ditetapkan oleh pusat pengumpulan terlibat. Berikut adalah kadar yang boleh dibuat sebagai rujukan.

JENIS BAHAN

HARGA (RM/kg)

Surat Khabar

0.33 – 0.40

Kotak Kadbod

0.26 – 0.30

Majalah

0.28 – 0.30

Kertas Campur

0.18 – 0.20

Tin / Besi

0.30 – 0.80

Tin Aluminum

2.50 – 4.00

Plastik

0.40 – 0.60

Bateri Kereta

1.00

Minyak Masak Terpakai

1.10

TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh

3.00 – 8.00

CPU yang masih ada komponen

10.00

Monitor

5.00

Di Manakah Pusat Kitar Semula?

Kehidupan zaman moden ni memang banyak guna peralatan elektronik, memang keperluan terutama telefon pintar dan komputer. Atau asyik beli banyak barang elektronik murah tapi pakai sekejap je lepas tu dah tak boleh pakai dah.

konsep dan takrifan kitar semula, langkah kitar semula, konsep kitar semula, pusat kitar semula
konsep dan takrifan kitar semula, langkah kitar semula, konsep kitar semula, pusat kitar semula

Pernah tak tertanya-tanya, bila semua barang ni dah rosak dan tak boleh digunakan lagi, apa nak buat?

Ada orang yang simpan sampai semak rumah, ada juga yang selamba je buang dalam tong sampah macam biasa. Tahu tak, barang elektronik tak boleh dibuang seperti sampah biasa sebab ada logam berat?

Sebenarnya, dalam bateri telefon ada logam berat seperti plumbum, kadmium dan merkuri yang bukan saja berbahaya kepada manusia tapi juga alam sekitar.

Sebab tu anda kena hantar semuanya ke pusat kitar semula yang berdaftar supaya boleh diproses dengan betul, jadi kami senaraikan beberapa pusat kitar semula yang anda boleh hantar semua barangan elektronik terpakai.

NEGERI

PUSAT KITAR SEMULA SISA ELEKTRONIK

Pulau Pinang

Johor

Kuala Lumpur

Selangor

Putrajaya

Untuk senarai penuh siap dengan masa operasi dan telefon nombor, anda boleh rujuk pusat kitar semula yang berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar ni.

Selain tu, banyak juga NGO yang terlibat dengan aktiviti kitar semula, kami senaraikan beberapa yang ada di Selangor dan Johor.

NGO

KAWASAN

Community Recycle for Charity

Kajang, Selangor

Pertubuhan Amal Seri Sinar

Hulu Langat, Selangor

Tzu Chi Recycling Point

Petaling Jaya, Selangor

Buddhist Tzu Chi Foundation Malaysia

Skudai, Johor

Kuru Kuru

Skudai, Johor

Tapi, sebenarnya banyak lagi NGO atau syarikat yang terlibat dengan kitar semula di seluruh negara. Google je ‘pusat kitar semula’ dan anda akan dapat tengok mana yang dekat dengan rumah anda. Siapa lagi nak bagi duit atau pahala bila anda buang sampah, ye tak?

10 Cara Untuk Menjadikan Rumah Dan Gaya Hidup Mesra Alam
10 Cara Untuk Menjadikan Rumah Dan Gaya Hidup Mesra Alam

Panduan Relevan

10 Cara Untuk Menjadikan Rumah Dan Gaya Hidup Mesra Alam

Kelebihan Kitar Semula!

Sekarang mari kita lihat apa yang boleh kita lakukan untuk memulakan langkah kitar semula di rumah.

Pernah tak anda mengemas rumah dan ada banyak barang terkumpul tapi dah tak digunakan lagi. Anda pun mungkin dah lupa yang anda ada barang tu semua. Jadi, tibalah masa untuk memilih barang yang boleh dikitar semula. Nanti rumah pun akan kembali ceria dan lebih terurus.

Kalau nak dikira memang banyak kebaikan dari aktiviti kitar semula kepada kita semua jika jadi amalan dan budaya masyarakat. Antara kelebihan kitar semula adalah:

  • Mengubah barang lama jadi barang baru dapat mengurangkan pengambilan sumber semula jadi dan boleh menyelamatkan habitat semula jadi di masa akan datang.

  • Menggunakan bahan kitar semula dalam proses pembuatan menggunakan tenaga yang jauh lebih sedikit berbanding dengan menghasilkan barangan daripada bahan mentah.

  • Mengurangkan keperluan pengekstrakan, penapisan dan pemprosesan bahan mentah yang boleh menyebabkan pencemaran udara dan air, sekali gus membantu menangani masalah perubahan cuaca yang semakin menjadi masalah global.

  • Boleh mengurangkan tempat pembuangan sampah seterusnya mengurangkan pelepasan gas metana atau gas rumah hijau yang menyebabkan pemanasan global.

  • Mampu menjana pendapatan kepada masyarakat dan berjimat.

Nampak tak banyak manfaat tu, kalaupun kita tak boleh nampak manfaat sekarang ni, harap-harapnya anak cucu kita dapat manfaat tu di masa depan.

konsep dan takrifan kitar semula, langkah kitar semula, konsep kitar semula, pusat kitar semula
konsep dan takrifan kitar semula, langkah kitar semula, konsep kitar semula, pusat kitar semula

Siapa lagi yang nak menjaga alam sekitar ini kalau bukan kita, betul tak? Memang tak salah untuk menyimpan barang banyak-banyak dalam rumah, tapi biarlah barangan yang penting dan 'sparks joy' je.

Selamat beramal kitar semula dan mari jadikan ia satu budaya kita!

Anda memang pencinta alam sekitar yang cari rumah mesra alam? Bolehlah tengok senarai 40 kondo hijau yang ada di Malaysia ni!