Kondominium Dwi Kunci: Kenali 6 Kelebihan & Kekurangannya!

Click here for English version

Anda mungkin pernah dengar istilah dwi kunci atau ‘dual key’ ketika nak beli rumah kan, khususnya jenis hartanah yang bertingkat-tingkat, tapi anda fahamkah apa maksudnya?

Teruskan membaca bagi mengetahui lebih lanjut tentang kondo dwi kunci ini, dan kenal pasti sama ada hartanah jenis ini sesuai atau tidak dengan gaya hidup anda!

Apa Itu Konsep Dwi Kunci?

Konsep dwi kunci menggabungkan dua unit dalam satu hartanah. Ideanya adalah anda akan mempunyai dua unit berbeza, di mana setiap satunya mempunyai bilik tidur dan bilik mandi berasingan untuk privasi anda.

Tetapi, terdapat juga ruang untuk dikongsi bersama seperti pintu masuk utama, dapur, dan ruang tamu.

Di Malaysia, terdapat ciri berbeza untuk kondo dwi kunci, bergantung pada pembangunnya.

Faktor pelaris hartanah jenis ini adalah kebebasan bagi pemilik memiliki unit sendiri tetapi boleh memilih untuk membahagikan penggunaannya, berdasarkan keperluan masing-masing.

 rumah dual key, kondo dwi kunci, kondo dual key, apartment, studio apartment, kondominium
rumah dual key, kondo dwi kunci, kondo dual key, apartment, studio apartment, kondominium

Bagaimana Konsep Dwi Kunci Ini Berfungsi?

Terdapat beberapa perkara yang menghalang pembangunan projek hartanah di atas sebidang tanah. Jadi jom kita tengok tiga faktor yang membolehkan konsep dwi kunci ini dilaksanakan di Malaysia:

1. Saiz tanah

Pembinaan hartanah di atas sebidang tanah berbentuk segi empat sama atau tepat bermaksud anda tak perlu risau jumlah unit yang boleh dibangunkan berbanding membinanya di atas sebidang tanah berbentuk pelik walaupun saiz keluasannya sama.

2. Nisbah plot

Nisbah plot menentukan kepadatan bangunan. Pihak berkuasa tempatan akan menimbang perkara tertentu seperti kepadatan dan infrastruktur yang ada, jalan masuk ke pembangunan tersebut, dan aliran lalu lintas.

3. Keperluan tempat letak kereta

Pemaju hartanah perlulah mengikut garis panduan Keperluan Tempat Letak Kereta Minimum (MPR), seperti yang ditentukan oleh majlis tempatan masing-masing.

Pemaju perlu membina bilangan tempat letak kereta minimum untuk setiap unit, dan tempat letak kenderaan tambahan untuk pelawat. MPR berbeza mengikut lokasi, projek, dan perkara lain yang berkaitan.

Semua faktor ini akan menentukan ukuran setiap unit dalam setiap pembangunan hartanah, dan ia salah satu faktor mengapa setiap projek mempunyai saiz unit yang berbeza selain memberi pilihan kepada bakal pembeli.

 rumah dual key, kondo dwi kunci, kondo dual key, apartment, studio apartment, kondominium
rumah dual key, kondo dwi kunci, kondo dual key, apartment, studio apartment, kondominium

Tetapi isu utama masih lagi ada, iaitu kewujudan MPR yang dianggap menjadi kos tambahan kepada pemaju.

Bagi mengatasi masalah ini, unit besar dibina dan dibahagi kepada dua unit kediaman.

Ini membolehkan pemaju memenuhi tuntutan MPR dan pada masa sama menawarkan pilihan gaya hidup dwi kunci kepada rakyat Malaysia.

Adakah Gaya Hidup Dwi Kunci Sesuai Dengan Anda?

Awalnya mungkin rasa pelik sikit, tapi memandangkan tiada interaksi sosial disebabkan PKP, mungkin konsep ini taklah seburuk yang disangka terutama sekali jika anda pernah merancang untuk tinggal bersama dengan rakan-rakan atau keluarga!

Sebelum kita pergi pada manfaatnya, ada beberapa perkara tentang kondo dwi kunci ini yang perlu anda teliti betul-betul:

1. Saiz memang penting!

Bergantung pada susun atur, salah satu bahagian mungkin lebih kecil saiznya, memungkinan wujud konflik antara dua pihak yang ingin tinggal bersama.

 rumah dual key, kondo dwi kunci, kondo dual key, apartment, studio apartment, kondominium
rumah dual key, kondo dwi kunci, kondo dual key, apartment, studio apartment, kondominium

2. Jarak dengan penyewa atau tuan tanah

Ada sesetengah pemilik hartanah yang menyewakan unit mungkin tidak berminat untuk tinggal dekat dengan penyewa mereka, dan begitulah sebaliknya.

3. Berkongsi bil

Jika tak dipersetujui awal-awal, pembahagian bayaran bil utiliti setiap bulan boleh menyebabkan masalah besar, terutamanya jika satu pihak menggunakan lebih banyak air atau elektrik berbanding yang lain.

Jadi, Kenapa Anda Perlu Memilih Gaya Hidup Konsep Dwi Kunci Ini?

Kita sudah sampai ke kemuncak artikel ini iaitu sebab-sebab kenapa konsep kondo dwi kunci ini semakin popular dalam kalangan pembeli rumah. Jom tengok!

1. Subsidi sewa

Sekiranya anda tinggal di kondo jenis dwi kunci, anda boleh menyewakan unit anda yang satu lagi itu, jadi adalah pendapatan sampingan tanpa perlu pindah keluar!

2. Keluarga besar

Sekiranya anda mahukan privasi tetapi pada masa yang sama perlu menjaga ibu bapa (atau mertua) anda, kondo dwi kunci membolehkan anda buat kedua-duanya.

 rumah dual key, kondo dwi kunci, kondo dual key, apartment, studio apartment, kondominium
rumah dual key, kondo dwi kunci, kondo dual key, apartment, studio apartment, kondominium

Atau anak-anak anda yang dah besar panjang masih tinggal bersama? Dengan kondo dwi kunci, anda dan mereka boleh ada ruang dan privasi sendiri!

Atau boleh juga ubah unit kosong itu jadi pejabat di rumah, tak semak buat kerja di rumah sendiri. Pendek kata, banyak pilihan untuk anda dengan dwi kunci ni!

3. Pelabur

Tambah pulangan sewa anda dengan dua unit sekaligus! Walaupun seorang penyewa berpindah keluar, anda masih ada penyewa satu lagi unit sementara nak cari penyewa baru.

Sebaik saja sektor pelancongan dibuka semula di peringkat tempatan mahupun global, ramai orang akan kembali berjalan-jalan yang memberikan anda peluang sewa jangka pendek seperti Airbnb. Wah, betul-betul boleh buat duit ni!

4 Projek Kondo ‘Dual Key’ Untuk Anda Pilih!

Dah cakap panjang lebar tentang konsep, kelebihan dan kekurangan kondo dwi kunci ni, jom kita tengok empat projek yang boleh anda pertimbangkan:

1. Agile Mont Kiara, KL

 rumah dual key, kondo dwi kunci, kondo dual key, apartment, studio apartment, kondominium
rumah dual key, kondo dwi kunci, kondo dual key, apartment, studio apartment, kondominium

Dibina di atas tanah pegangan bebas seluas lebih kurang 10 ekar, pembangunan ini menawarkan tujuh susun atur yang berbeza yang merangkumi sejumlah 813 unit, merangkumi 11 blok.

Dua bloknya (juga dikenali sebagai zon Elite) dilengkapi dengan konsep dwi kunci, dan terdiri daripada 70 unit separa berperabot, dengan ukuran binaan 2,131 kaki persegi.

2. Expressionz Professional Suites, KL

 rumah dual key, kondo dwi kunci, kondo dual key, apartment, studio apartment, kondominium
rumah dual key, kondo dwi kunci, kondo dual key, apartment, studio apartment, kondominium

Dua blok dengan masing-masing setinggi 48 tingkat dan 38 tingkat pembangunan ini terletak di tengah-tengah KL, dan meliputi kawasan seluas 1.3 ekar.

Unit dwi kunci dilengkapi dengan susun atur versatil yang membolehkan pemilik fleksibiliti untuk membahagikannya menjadi dua ruang tamu utama untuk keperluan peribadi mereka sendiri.

3. 8th and Stellar, Sri Petaling

 rumah dual key, kondo dwi kunci, kondo dual key, apartment, studio apartment, kondominium
rumah dual key, kondo dwi kunci, kondo dual key, apartment, studio apartment, kondominium

8th & Stellar adalah projek penggunaan campuran yang terdiri daripada dua menara (dengan tiga tingkat kemudahan!) dan terbina di atas tanah seluas 2.2 ekar.

Terdapat enam lot kedai serta dua blok kediaman, yang mengandungi 138 loteng dupleks dan 522 kediaman servis. Ia juga merupakan projek pertama di kawasan ini yang menawarkan unit dwi kunci.

4. R&F Princess Cove, JB

 rumah dual key, kondo dwi kunci, kondo dual key, apartment, studio apartment, kondominium
rumah dual key, kondo dwi kunci, kondo dual key, apartment, studio apartment, kondominium

Pembangunan campuran ini dibina di atas tanah pegangan bebas seluas 12 ekar, dan terdiri daripada 15 menara, yang semuanya dengan ketinggian 35 tingkat.

Semua unit pangsapuri servis ini dilengkapi dengan separa perabot, dengan berbagai binaan ukuran, dari 469 hingga 1,386 kaki persegi (jenis dwi kunci adalah seluas 1,318 kaki persegi).

2021 adalah masa terbaik mencari rumah yang sesuai dengan keperluan dan gaya hidup anda.

Jangan lupa untuk mempertimbangkan keperluan masa depan anda dan keluarga semasa membuat sebarang keputusan. Manalah tahu, konsep dwi kunci mungkin yang anda cari selama ini!

Panduan Relevan