KOMITMEN MENINGKATKAN PRODUKTIVITI DAN HASIL SAWIT BERBANDING PERLUASAN KAWASAN PENANAMAN

AIN FATIHA ABDUL KARIM
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Merujuk kepada sidang media pada 12 Mac 2020 oleh YB Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) mengenai perluasan kawasan tanaman kelapa sawit, adalah dimaklumkan bahawa YB Menteri komited terhadap fokus meningkatkan produktiviti serta hasil tanaman sawit negara berbanding meluaskan kawasan penanaman seperti yang dilaporkan beberapa media hari ini. Ini seiring dengan polisi yang diputuskan pada Mac 2019 di mana kawasan penanaman sawit seluruh negara dihadkan kepada 6.5 juta hektar sahaja. Polisi berkenaan bagi menghentikan penukaran kawasan hutan simpan kekal dan tanah gambut kepada kawasan penanaman kelapa sawit selain mengukuhkan lagi peraturan sedia ada mengenai kelapa sawit yang ditanam di tanah gambut. Justeru, MPIC mengharapkan agar kekeliruan maklumat yang disampaikan pada sidang media berkenaan telah diperjelaskan. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Putrajaya 13 Mac 2020 Sumber: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: Nama: MOHD HILMI BIN MOHD ALI Tel: +603-88803325 / +6016-2058311 E-mel: hilmihajiali@mpi.gov.my --BERNAMA