Kempen Pemilikan Rumah (HOC) Kembali Untuk Tahun 2021!

Click here for the English version.

Anda mungkin pernah mendengar tentang HOC yang telah dilancarkan pada Januari 2019, dan berakhir pada 31 Disember tahun yang sama.

Namun, disebabkan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah berkuatkuasa dan masih dilanjutkan, ekonomi Malaysia telah terkesan dengan teruk di semua sektor.

Untuk "menyokong perniagaan dan memperkukuhkan ekonomi negara", Perdana Menteri telah memperkenalkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) semasa beliau berucap pada 5 Jun 2020.

Antara inisiatif-inisiatif yang dikemukakan, HOC 2020 adalah salah satu yang telah diperkenalkan semula. Jadi, tanpa melengahkan masa, jom kita tengok macam mana skim ini boleh memberi manfaat kepada pembeli rumah serata negara!

Lihat senarai hartanah HOC di laman web kami
Lihat senarai hartanah HOC di laman web kami

Kempen Pemilikan Rumah 2020 - 2021

Lihat senarai hartanah HOC di laman web kami

Ada Apa Dengan HOC?

HOC adalah inisiatif kerajaan yang dirancang untuk menyokong pembeli rumah yang ingin membeli hartanah.

Pada masa yang sama, ia juga mendorong penjualan hartanah yang tak terjual dalam pasaran perumahan Malaysia.

Kempen ini pada asalnya hanya dilancarkan dari 1 Januari 2019 hingga 30 Jun 2019, tapi tarikh tu telah dilanjutkan hingga 31 Disember 2019 dalam pengumuman oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Dan sekarang, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula telah mengumumkan yang HOC telah kembali dan akan berkuat kuasa mulai Jun 2020.

Dengan meningkatnya keinginan untuk pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia, terutamanya di kawasan bandar yang popular, inisiatif HOC ini telah direka untuk memadankan pencari rumah yang dengan semua rumah-rumah kosong.

Kempen Pemilikan Rumah, hoc, rumah mampu milik, perumahan, perumahan mampu milik, hoc 2019
Kempen Pemilikan Rumah, hoc, rumah mampu milik, perumahan, perumahan mampu milik, hoc 2019

Nak tahu apa tu 'rumah kosong'? Rumah kosong adalah kediaman di Malaysia yang tak terjual dan menurut rekod Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), terdapat sebanyak 45,027 unit yang tak terjual pada akhir tahun 2018.

PropertyGuru Tip

Mengikut NAPIC, hartanah yang siap dibina tak dijual (<em>property overhang</em>) adalah kediaman yang telah siap tetapi tak terjual dalam tempoh sembilan bulan selepas tarikh ia dilancarkan dan telah disahkan oleh pihak berkuasa tempatan yang kediaman selamat diduduki.

HOC bekerjasama dengan beberapa pemaju-pemaju terkemuka untuk menghubungkan pembeli rumah dengan hartanah yang sesuai.

Tapi, benda yang paling bernilai untuk bakal pembeli adalah dari insentif kewangan yang ditawarkan di bawah skim ni.

Apakah Faedah Dari Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2021?

Tujuan utama Kempen Pemilikan Rumah adalah untuk mendorong pembelian hartanah tertentu dengan sokongan pada insentif kewangan. Insentif tersebut adalah:

1) Pengecualian duti setem penuh sehingga RM1 juta

Di bawah skim ini, pemohon yang berjaya akan menikmati pengecualian duti setem 100% pada instrumen pindah milik (Instrument of Transfer) untuk sebarang pembelian rumah kediaman yang bernilai sehingga RM1 juta.

2) Pengecualian duti setem separa sehingga RM2.5 juta

Untuk harta tanah bernilai lebih dari RM1 juta hingga RM2.5 juta, anda perlu membayar 3% duti setem untuk instrument pindah milik (Instrument of Transfer) untuk jumlah yang lebih RM1 juta.

RM100,000 pertama

Dikecualikan

RM100,001 hingga RM500,000

Dikecualikan

RM500,001 hingga RM1,000,000

Dikecualikan

RM1,000,001 hingga RM2,500,000

3% (berbanding 4% yang mula berkuatkuasa pada Julai 2019)

3) Instrumen untuk mendapatkan pengecualian bagi pinjaman

Kempen Pemilikan Rumah, hoc, rumah mampu milik, perumahan, perumahan mampu milik, hoc 2019
Kempen Pemilikan Rumah, hoc, rumah mampu milik, perumahan, perumahan mampu milik, hoc 2019

Semua hartanah dalam skim ini boleh menikmati pengecualian duti setem atas Instrumen Berkaitan Mendapatkan Pinjaman.

Sehingga RM2,500,000

Dikecualikan

4) 10% diskaun rumah

Selain pengecualian duti setem, anda juga boleh menikmati pengurangan minimum sebanyak 10% untuk harga pembelian hartanah yang disenaraikan di bawah skim ini.

PropertyGuru Tip

Berdasarkan <a href="https://www.propertyguru.com.my/property-guides/what-is-apdl-and-why-is-it-so-important-30199" target="_blank" rel="noopener noreferrer">harga APDL</a> yang diluluskan untuk sebuah pembangunan, diskaun 10% akan dikenakan pada jumlah tersebut. Manakala untuk hartanah yang tidak mempunyai APDL yang sah lagi (projek yang sudah <a href="https://www.propertyguru.com.my/property-guides/certificate-of-compliance-and-completion-15904" target="_blank" rel="noopener noreferrer">memperoleh CCC</a>), diskaun 10% akan dikenakan pada harga jualannya.

Apakah Faedah Dari Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2021 Pula?

HOC kali ini menawarkan faedah yang sama seperti sebelumnya, terutamanya:

  1. Pengecualian duti setem pada instrumen pindah milik (Instrument of Transfer) dan perjanjian pinjaman untuk pembelian rumah kediaman yang berharga antara RM300,000 hingga RM2.5 juta (tertakluk kepada sekurang-kurangnya 10% diskaun diberikan oleh pemaju).

  2. Pengecualian instrumen pindah milik (Instrument of Transfer) adalah terhad kepada RM1 juta pertama dari harga hartanah. Manakala, pengecualian duti setem penuh akan diberikan pada perjanjian pinjaman untuk Perjanjian Jual Beli (SPA) yang ditandatangani antara 1 Jun 2020 hingga 31 Disember 2021.

Sebagai sokongan kepada HOC ni, sila periksa kempen PropertyGuru EasyOwn. EasyOwn adalah koleksi projek pembangunan yang menawarkan tawaran menarik dan pakej-pakej diskaun! Milik rumah anda sendiri sekarang dengan tawaran hartanah yang terbaik di PropertyGuru EasyOwn.

Katakan Anda Membeli Hartanah Dengan Harga RM400,000...

Kempen Pemilikan Rumah, hoc, rumah mampu milik, perumahan, perumahan mampu milik, hoc 2019
Kempen Pemilikan Rumah, hoc, rumah mampu milik, perumahan, perumahan mampu milik, hoc 2019

Tanpa HOC, anda perlu membayar:

Bayaran Pendahuluan (RM400,000 x 10%)

RM40,000

Pinjaman Duti Setem (RM360,000 x 0.5%)

RM1,800

Duti Setem MOT (100,000 x 1% + 300,000 x 2%)

RM7,000

Bayaran Balik Bulanan (pinjaman 3.5% @ 35 tahun, 90% dari harga belian)

RM1,487.85

Jumlah Kos

RM50,287.85

Dengan HOC, anda hanya membayar:

*Bayaran Pendahuluan [(RM400,000 x 90%) x 10%]

RM36,000

Pinjaman Duti Setem

RM0

Duti Setem MOT

RM0

Bayaran Balik Bulanan (pinjaman 3.5% @ 35 tahun, 90% dari harga belian)

RM1,339.06

Jumlah Kos

RM37,339.06

*Hartanah di bawah HOC berhak mendapat diskaun minimum 10%, maka harga baru untuk hartanah di bawah HOC adalah RM400,000 x 90% (potongan 10%).

Siapa Yang Layak Untuk Kempen Pemilikan Rumah (HOC) Ini?

Berlainan dari skim-skim perumahan mampu milik di Malaysia yang mempunyai peraturan ketat, HOC mempunyai kriteria yang lebih relaks kerana ingin mendorong meningkatkan pembelian hartanah di Malaysia.

  • Hartanah berdaftar: Kelayakan hanya untuk hartanah berdaftar yang disenaraikan oleh pemaju di bawah skim ini.

  • Kediaman bertujuan: Pembeli mesti membeli hartanah dengan tujuan untuk tinggal di situ.

  • Warganegara Malaysia: Pembeli dan pembeli bersama mestilah warganegara Malaysia.

  • 1 Jun 2020 hingga 31 Disember 2021: Untuk layak menerima pengecualian dan diskaun, Perjanjian Jual Beli (SPA) mesti dicop antara 1 Jun 2020 dan 31 Disember 2021.

Hartanah Apakah Yang Ada Di Bawah HOC?

Kempen Pemilikan Rumah ini merangkumi hartanah kediaman berdaftar dengan nilai antara RM300,000 dan RM2.5 juta.

PGMY_No_1
PGMY_No_1

Hartanah tersebut mesti didaftarkan dengan pihak berkuasa yang berkenaan untuk setiap wilayah, seperti di bawah:

HOC 2021 ditubuhkan HANYA untuk menyokong pembelian rumah kediaman. Maksudnya semua hartanah yang layak mesti dibina dan dijadikan tempat kediaman. Hartanah tak boleh digunakan atau diubah menjadi tempat aktiviti komersial.

Lihat senarai hartanah HOC di laman web kami
Lihat senarai hartanah HOC di laman web kami

Kempen Pemilikan Rumah 2020 - 2021

Lihat senarai hartanah HOC di laman web kami

Apa Lagi Yang Perlu Anda Ketahui Tentang HOC 2021?

Okay, itulah sedikit sebanyak tentang Kempen Pemilikan Rumah 2021 ini. Jadi, tiba masanya untuk kita lihat pula soalan-soalan penting berkaitan HOC:

1) Adakah ia boleh digunakan untuk pasaran sekunder?

Tak, HOC 2021 hanya boleh digunakan untuk hartanah baru yang didaftarkan di bawah kempen ini dari pemaju-pemaju tertentu saja.

2) Bilakah kempen akan berakhir?

Kempen ini akan berakhir pada 31 Disember 2021. Semua perjanjian SPA yang layak mesti ditandatangani antara 1 Jun 2021 hingga 31 Disember 2021.

3) Adakah saya perlu membayar yuran untuk mengambil bahagian dalam kempen ini?

Tak, kempen ini percuma. Pemaju mesti membayar yuran pendaftaran tetapi ia tak dikenakan kepada pemilik rumah.

4) Bolehkah saya membeli beberapa hartanah di bawah kempen ini?

Boleh, kerana tak ada had untuk jumlah pembelian hartanah dan boleh mendapatkan pengecualian duti setem untuk setiap hartanah di bawah skim ini.

5) Adakah semua hartanah mendapat diskaun 10%?

Potongan minimum 10% dikenakan untuk semua hartanah dalam skim ini, kecuali yang tertakluk kepada kawalan harga kerajaan.

6) Berapakah jumlah pengecualian pada Instrumen Pinjaman?

Pengecualian dari jumlah Instrumen Pinjaman merangkumi 0.5% daripada perjanjian pinjaman. Jumlah itu termasuk sekali yuran setem standard untuk instrumen tersebut.

Panduan Relevan