Advertisement

Kempen jawatan Ketua Armada, Wan Fayhsal janji 'surat sokongan' (VIDEO)

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal memberi jaminan menggunakan pengaruhnya dalam kerajaan untuk membantu Armada jika menang ketua sayap parti. — Foto oleh Miera Zulyana
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal memberi jaminan menggunakan pengaruhnya dalam kerajaan untuk membantu Armada jika menang ketua sayap parti. — Foto oleh Miera Zulyana

KUALA LUMPUR, 10 Julai — Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal memberi jaminan menggunakan pengaruhnya dalam kerajaan untuk membantu Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Armada) sekiranya menang bertanding jawatan ketua sayap parti.

Timbalan menteri belia dan sukan itu dipercayai berkata demikian ketika berkempen di Pahang baru-baru ini melalui rakaman video yang tular di media sosial sejak semalam.

Rakaman berdurasi 23 saat itu menunjukkan Wan Ahmad Fayhsal berdiri di hadapan ahli Armada di meja makan, berjanji untuk mengeluarkan surat sokongan bagi memudahkan ahlinya berurusan terus dengan kerajaan.

“Saya sebagai timbalan menteri, Insya Allah ketua armada nasional, akan permudahkan...dengan bagaimana? Saya keluarkan surat sokongan.

“Saya timbalan menteri, sebagai ketua Armada, dan saya akan membuat salinan kepada yang amat berhormat tan sri perdana menteri untuk perkukuhkan, itu guna jawatan,” katanya mendapat tepukan daripada ahli parti.

 

Perhimpunan Agung Tahunan PPBM yang sepatutnya berlangsung Jun ditangguh pada 27 September ini akibat Covid-19, manakala penganjuran Armada dan wanita (Srikandi) pada 26 September.

Wan Ahmad Fayhsal berdepan Exco Armada, Muzammil Ismail bagi merebut jawatan yang sebelumnya disandang Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Related Articles Report: Dr Mahathir’s new party set to announce Slim by-election candidate on Aug 12 Tubuh parti baru bawa lebih banyak perpecahan Melayu, kata Rais Yatim Warisan sedia kerjasama dengan parti baru Tun Mahathir