Kebakaran Rumah: Punca, Tips Cegah & Cara Selamatkan Diri Wajib Ikut!

Bila terjadinya kebakaran, pasti meruntun jiwa mangsa sebab kebakaran ni bukan saja memusnahkan harta tapi boleh mengancam nyawa.

Melihat kepada Statistik Kebakaran 2019 yang disediakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), kebakaran paling tinggi di Malaysia adalah melibatkan hartanah kediaman.

Jumlah kebakaran mengikut jenis kediaman pada tahun 2019 adalah seperti berikut:

Rumah Teres

863

Rumah Flat

257

Apartment / Kondominium

234

Setinggan

116

Rumah Panjang / Tradisional

125

Jumlah

1,595

Nampak tak, kebakaran kediaman saja dah nak cecah 1,595 kes di seluruh negara! Kalau campur semua kebakaran bangunan untuk tahun 2019 termasuk kedai, kilang, gudang, pusat membeli-belah dan sebagainya ada 5,449 kes!

Kalau lihat pada nilai kerugian pula, lebih RM1.2 bilion kerugian direkodkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) dalam 9,182 kes kebakaran melibatkan peralatan elektrik di seluruh negara bagi tempoh 2018 hingga 2020.

kebakaran, kebakaran rumah, litar pintas, punca kebakaran, sistem penggera kebakaran, prosedur keselamatan semasa kebakaran
kebakaran, kebakaran rumah, litar pintas, punca kebakaran, sistem penggera kebakaran, prosedur keselamatan semasa kebakaran

Pada tempoh yang sama, JPBM melaporkan 64 kematian dan punca kebakaran tertinggi adalah disebabkan kabel sambungan (extension wire) membabitkan alat elektrik.

Bila tengok berita tentang kebakaran macam ni, kita nak kena pastikan semua orang sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga. Penting sangat untuk kita tahu ambil berat tentang keadaan di dalam dan sekeliling rumah supaya sama-sama dapat mencegah kebakaran.

Kami kumpulkan semua maklumat penting tentang punca kebakaran, prosedur kecemasan ketika kebakaran, dan lebih 10 tips untuk mencegah kebakaran rumah.

Apa Punca Kebakaran?

Kebanyakan kes kebakaran adalah disebabkan kecuaian manusia!

Bukan saja cuai, tapi sikap tak mengambil berat tentang bahaya kebakaran dan bagaimana untuk menghadapi situasi tersebut juga faktor utama yang menyumbang kepada insiden kebakaran.

Malah, bomba sendiri mengakui yang banyak kebakaran berlaku kerana penggunaan tenaga elektrik berlebihan dan kecuaian ketika mengendalikan perkakas elektrik.

kebakaran, kebakaran rumah, litar pintas, punca kebakaran, sistem penggera kebakaran, prosedur keselamatan semasa kebakaran
kebakaran, kebakaran rumah, litar pintas, punca kebakaran, sistem penggera kebakaran, prosedur keselamatan semasa kebakaran

Jadi, jom kita tengok apa kita boleh buat untuk elakkan kebakaran di rumah ni!

1. Tutup suis elektrik

Suis elektrik sentiasa mengalirkan elektrik dan boleh mengakibatkan kebakaran jika terjadi litar pintas.

Oleh itu, pastikan semua suis elektrik sentiasa ditutup bila tak digunakan dan cabut juga plug dari soket.

Ini sangat penting bila anda nak keluar rumah atau meninggalkan rumah untuk jangka masa yang panjang. Selain tu, anda juga dapat menjimatkan bil elektrik.

Satu lagi pesanan tentang suis eletrik yang anda mungkin pernah dengar sebelum ni – Jangan sentuh suis eletrik dengan tangan basah sebab boleh terkena renjatan elektrik!

2. Overload extension /plug

Overload ni maknanya kita letak beban lebih pada extension atau plug di rumah.

Contohnya, mengguna dua/tiga extension cords pada satu masa yang sama, atau mengguna litar yang sama untuk peralatan eletrik yang boleh menyebabkan over-heating.

Bila dah over-heat, peralatan boleh jadi panas dan mengakibatkan litar pintas. Tengok gambar dari Facebook Friends of Bomba Malaysia ni pun dah gerun! Jangan sesekali buat macam ni ya.

kebakaran, kebakaran rumah, litar pintas, punca kebakaran, sistem penggera kebakaran, prosedur keselamatan semasa kebakaran
kebakaran, kebakaran rumah, litar pintas, punca kebakaran, sistem penggera kebakaran, prosedur keselamatan semasa kebakaran

3. Peralatan elektrik

Kalau anda jenis yang ada pelbagai jenis peralatan elektrik, jangan letakkan pada satu tempat saja nanti tak ada ruang untuk peralatan tu semua membebaskan haba yang dijana.

Peralatan elektrik utama seperti peti ais, mesin basuh dan microwave, seeloknya dipasang terus ke soket dinding.

Barangan elektrik lain yang perlu dielakkan diguna pada litar yang sama adalah:

  • Penghawa dingin/ aircond

  • Pemanas air/ water heater

  • Ketuhar

  • Pembakar roti

  • Periuk nasi elektrik

  • Air fryer

4. Dapur gas

Jika anda tiba-tiba terbau gas di dalam rumah, ada kemungkinan tong gas, paip gas atau dapur dah bocor.

Jangan buang masa dan terus buka semua pintu dan tingkap untuk pengaliran udara serta cabut kepala gas.

Tolonglah jangan cuba-cuba nak test buka dapur gas sebab kalau betul ada gas bocor boleh meletup dapur anda! Panggil terus bomba atau tukang gas.

kebakaran, kebakaran rumah, litar pintas, punca kebakaran, sistem penggera kebakaran, prosedur keselamatan semasa kebakaran
kebakaran, kebakaran rumah, litar pintas, punca kebakaran, sistem penggera kebakaran, prosedur keselamatan semasa kebakaran

5. Mancis

Sila berhati-hati bila menggunakan mancis, sama ada nak pasang api dapur, lilin atau lain-lain.

Apinya memang nampak kecil tapi sekali terpercik atau terjatuh dekat tempat yang mudah terbakar seperti atas alas kaki, apinya boleh merebak tanpa diduga.

6. Percikan api

Kalau ternampak percikan api di suis, soket atau mana-mana peralatan elektrik, jangan ambil mudah dan biarkan saja ia selesai sendiri.

Panggil juruelektrik untuk periksa keadaan percikan api dan baiki apa yang perlu.

7. Cecair mudah terbakar

Bekas mengandungi cecair mudah terbakar yang tak disimpan dengan elok dan selamat boleh jadi punca kebakaran.

Cecair tu kalau terkena api sikit saja mungkin boleh menjadi kebakaran yang besar.

8. Puntung rokok

Masih ramai yang buang puntung rokok di merata-rata tempat tanpa sedar atau tak peduli yang ia boleh mengakibatkan kebakaran.

kebakaran, kebakaran rumah, litar pintas, punca kebakaran, sistem penggera kebakaran, prosedur keselamatan semasa kebakaran
kebakaran, kebakaran rumah, litar pintas, punca kebakaran, sistem penggera kebakaran, prosedur keselamatan semasa kebakaran

Baca berita tentang bahaya buang puntung rokok merata ini. Tolong ingat yang punting rokok masih ada bara yang tak dipadam dan dibuang pada tempat yang disediakan sangat berbahaya.

9. Mercun

Boleh kata setiap kali tiba musim perayaan, mesti ada berita rumah terbakar sebab mercun meletup dan apinya merebak.

Kalau nak main sangat mercun pergilah main di tempat yang selamat dan tak membahayakan diri sendiri.

Nampak kecil ke mercun ni, tapi kalau tersilap langkah, kereta pun boleh meletup tau!

10. Pengecas telefon

Ni selalunya jadi bila telefon digunakan semasa tengah cas ataupun dibiarkan pada pengecas telefon semalaman.

Kalau bateri telefon yang dicas tu rosak, pengecas telefon boleh mengeluarkan percikan api seperti kes di Shah Alam ni dan menyebabkan kebakaran.

kebakaran, kebakaran rumah, litar pintas, punca kebakaran, sistem penggera kebakaran, prosedur keselamatan semasa kebakaran
kebakaran, kebakaran rumah, litar pintas, punca kebakaran, sistem penggera kebakaran, prosedur keselamatan semasa kebakaran

11. Ubat nyamuk & lilin

Ubat nyamuk dan lilin pun boleh menyebabkan kebakaran kalau tak diawasi dengan betul.

Lingkaran ubat nyamuk jangan dialas dengan bahan mudah terbakar dan padamkan lilin bila tak digunakan.

Nampak macam tak ada apa tapi kalau terkena kertas atau kain, boleh terbakar dengan cepat.

13 Tips Cegah Kebakaran

Bak kata pepatah Melayu, elok kita sediakan payung sebelum hujan yang bermaksud kita perlu berwaspada dulu sebelum ditimpa musibah.

Bagi memberikan kesedaran dan membantu orang ramai untuk mencegah kebakaran daripada berlaku di rumah, kami telah kumpulkan 13 tips daripada bomba dan beberapa agensi lain seperti di bawah.

1. Pasang sistem penggera kebakaran

Kalau boleh pasang di setiap ruangan rumah (dapur, bilik tidur, ruang tamu) dan ia selalunya diletak pada siling. Jika ada asap kebakaran, ia akan terus berbunyi dan memberi amaran kepada orang dalam rumah.

kebakaran, kebakaran rumah, litar pintas, punca kebakaran, sistem penggera kebakaran, prosedur keselamatan semasa kebakaran
kebakaran, kebakaran rumah, litar pintas, punca kebakaran, sistem penggera kebakaran, prosedur keselamatan semasa kebakaran

2. Pastikan ada laluan kecemasan

Jangan penuhkan ruang dengan barangan dan pastikan ada laluan yang boleh digunakan untuk sebarang kecemasan. Semua penghuni juga perlu tahu tentang laluan ini.

3. Jangan merokok sambil baring di tempat mudah terbakar

Nampak simple, tapi bila anda merokok di tempat mudah terbakar seperti di atas katil, bara api itu boleh jatuh ke atas katil dan menyebabkan kebakaran.

4. Buang rokok dengan selamat

Gunakan bekas abu rokok yang besar dan berat supaya tak mudah terbalik. Pastikan juga puntung rokok dipadamkan sepenuhnya sebelum dibuang.

5. Elak overload litar elektrik

Bila menggunakan extension atau soket elektrik jangan membuat penyambungan atau pemasangan yang membebankan litar elektrik.

6. Simpan mancis, pemetik api & cecair mudah bakar di tempat selamat

Semua benda yang mudah terbakar di dalam rumah perlu disimpan di tempat yang selamat dan susah untuk dicapai oleh anak-anak kecil.

7. Guna lilin yang betul

Ada masa mungkin anda perlu menggunakan lilin atau anda suka memasang lilin pewangi. Apa pun pastikan api lilin dipadam bila anda tiada berdekatan dan taka da pengawasan.

8. Letak alat pemadam api

Sangat praktikal untuk anda meletakkan satu unit alat pemadam api jenis debu kering atau jenis gas di rumah. Anda boleh gunakan untuk memadam dan mengawal kebakaran kecil supaya tak merebak.

PGMY_No_1
PGMY_No_1

9. Guna perkakas / peralatan elektrik SIRIM

Apa saja barangan elektrik yang anda beli pastikan ada cap SIRIM. Ini bermakna barangan tersebut telah lulus piawaian SIRIM dan selamat untuk digunakan.

10. Tahu barang mudah terbakar

Sangat penting untuk anda ambil tahu barang elektrik mana dengan mudah menyebabkan kebakaran.

Jika ada sebarang kerosakan, terus perbaiki atau buang saja barang itu.

PropertyGuru Tip

Anda juga boleh buat Perancangan Melepaskan Diri Semasa Kebakaran untuk rumah anda. Buat lakaran laluan, pintu, tingkap dan lokasi alat pemadam api. Latih juga anak-anak anda dengan apa mereka patut buat semasa kebakaran berlaku.

11. Cabut plug / mati suis bila tak guna

Cara ni bukan saja membantu anda menjimatkan bil elektrik, tapi dapat mencegah dari kebakaran. Dah banyak kes kebakaran jadi kerana ada percikan api dari plug atau soket yang terpasang dan tak terjaga.

12. Keselamatan dapur

Dapurlah jantung rumah anda, tetapi di sini jugalah ruang utama kebakaran berlaku.

Beri tumpuan sepenuhnya apabila memasak di dapur dan elakkan memasak jika mengantuk atau pening. Anda boleh baca panduan penuh tentang mencegah kebakaran di dapur di sini.

13. Periksa & selenggara pendawaian elektrik

Kami nak tekankan yang sangat penting untuk anda sentiasa periksa dan selenggara pendawaian elektrik.

kebakaran, kebakaran rumah, litar pintas, punca kebakaran, sistem penggera kebakaran, prosedur keselamatan semasa kebakaran
kebakaran, kebakaran rumah, litar pintas, punca kebakaran, sistem penggera kebakaran, prosedur keselamatan semasa kebakaran

Jika tak pasti macam mana, dapatkan khidmat pakar. Wiring rumah kena selalu dalam keadaan baik dan selamat.

Apa Nak Buat Jika Berlaku Kebakaran Rumah?

Kita mungkin dah cukup berjaga-jaga, tapi ada masa mungkin terlepas pandang atau disebabkan faktor lain seperti panahan petir.

Penting untuk anda tahu prosedur keselamatan semasa kebakaran supaya dapat bertindak dengan sewajarnya.

Apa yang perlu anda lakukan untuk menghadapi detik-detik cemas insiden kebakaran adalah:

1. Jangan panik!

Seperti semua situasi kecemasan, anda perlu hadapinya dengan tenang.

Memang susah, tapi nak tak nak anda kena juga cuba bertenang supaya dapat berfikir dengan baik.

Kalau anda panik, susah nak fikir apa yang patut dibuat dan ada kemungkinan anda lagi cepat lemas dalam asap kebakaran.

kebakaran, kebakaran rumah, litar pintas, punca kebakaran, sistem penggera kebakaran, prosedur keselamatan semasa kebakaran
kebakaran, kebakaran rumah, litar pintas, punca kebakaran, sistem penggera kebakaran, prosedur keselamatan semasa kebakaran

2. Cari peluang selamatkan diri

Benda pertama yang perlu anda buat ialah cuba lihat kalau ada mana-mana laluan yang boleh anda lalu untuk selamatkan diri.

3. Telefon pihak penyelamat

Antara benda pertama yang patut anda buat bila rumah terbakar adalah telefon bomba atau 991 untuk melaporkan insiden. Beritahu lokasi anda dan berapa orang yang ada dalam rumah tersebut.

4. Berkumpul sama-sama

Cari tempat yang lebih selamat untuk berkumpul dengan ahli keluarga atau kawan-kawan yang mungkin ada semasa kebakaran.

Ini penting sebab nak pastikan semua orang berada di tempat yang sama dan menyenangkan proses menyelamatkan diri.

5. Merangkak atas lantai

Bila terjadi kebakaran, asap toksik akan berkumpul dengan banyak di bahagian siling. Asap ni sangat bahaya dan boleh menyebabkan kematian.

Tutup hidung dan mulut menggunakan kain atau tuala basah dan merangkak di atas lantai untuk ke tempat yang lebih selamat.

6. Jauhi dinding

Ada kemungkinan dinding rumah boleh roboh dan menghempap anda semasa kebakaran. Jadi, pastikan anda tak bersandar dan duduk jauh dari mana-mana dinding.

kebakaran, kebakaran rumah, litar pintas, punca kebakaran, sistem penggera kebakaran, prosedur keselamatan semasa kebakaran
kebakaran, kebakaran rumah, litar pintas, punca kebakaran, sistem penggera kebakaran, prosedur keselamatan semasa kebakaran

7. Tutup celah terbuka

Jika anda terperangkap di dalam bilik yang tak terbakar, tutup semua pintu dan gunakan selimut atau kain untuk menutup ruang bawah pintu bagi menghalang asap.

Tutup juga semua ruangan terbuka lain yang asap boleh tembus masuk.

8. Tarik perhatian orang di luar

Kalau anda tak dapat nak keluar daripada kebakaran, cuba pergi ke tingkap yang berdekatan supaya orang di luar boleh nampak.

Buang semua barang yang mudah terbakar melalui tingkap tersebut dan lambaikan kain atau apa saja yang boleh menarik perhatian.

9. Jangan guna lif

Memandangkan kebanyakan kita tinggal di hartanah berstrata, sekiranya berlaku kebakaran di bangunan anda, jangan sesekali menggunakan lif untuk turun ke bawah.

Walaupun rumah anda di tingkat 20, jangan guna lif, gunalah tangga untuk selamatkan diri.

10. Jangan patah balik ke tempat kebakaran

Katakan anda dah berjaya selamatkan diri dan keluar daripada rumah, jangan sesekali cuba untuk masuk semula ke dalam rumah yang sedang terbakar.

Jangan membahayakan diri dan serahkan tugas menyelamat kepada pegawai bomba.

11. Berhenti, jatuh dan guling

Sekiranya pakaian anda terbakar, jangan berlari kerana api akan lagi marak. Ingat, berhenti, jatuh dan guling!

kebakaran, kebakaran rumah, litar pintas, punca kebakaran, sistem penggera kebakaran, prosedur keselamatan semasa kebakaran
kebakaran, kebakaran rumah, litar pintas, punca kebakaran, sistem penggera kebakaran, prosedur keselamatan semasa kebakaran

Maknanya berhenti bergerak, rebahkan diri sambal tutup muka dengan kedua belah tangan dan berguling sehingga api pada.

Boleh juga gunakan selimut atau guni basah untuk memadamkan kebakaran.

PropertyGuru Tip

Jika mampu anda boleh sediakan Kotak Penyimpanan Tahan Api untuk simpan dokumen dan barangan berharga di rumah anda.

Api boleh merebak dalam masa sangat pantas, jangan main-main.

Jadi, sentiasalah pastikan anda berjaga-jaga bila berada di rumah dan amalkan sebanyak tips cegah kebakaran yang boleh (kalau semua lagi bagus!).

Jaga rumah, jaga diri dan elakkan bencana kebakaran.

Panduan Relevan