KAPB: Cara Mohon Jadi Ahli & Prestasi Dividen Yang Anda Patut Tahu!

·8-min read

Ramai orang nak melabur dalam hartanah tapi takut menanggung kerugian. Benar, kebimbangan ini berasas kerana ianya tak mudah dan bukan semua orang mampu untuk membeli rumah sendiri tak kira lah untuk sendiri duduk mahupun disewakan.

Jadi, salah satu cara mudah untung melabur hartanah adalah untuk sertai koperasi pelaburan yang buat pelaburan hartanah. Sementara kumpul duit untuk beli rumah, boleh la makan dividen tahunan tu untuk perbelanjaan sendiri.

Konsep asas koperasi pelaburan adalah sebuah syarikat koperasi yang menjalankan aktiviti perniagaan bagi menjana pendapatan tambahan hanya untuk ahlinya sahaja.

Matlamat utama syarikat koperasi adalah untuk meningkatkan kepentingan ahlinya. Maksudnya, modal perniagaan syarikat koperasi akan diambil daripada dana yang dicarumkan oleh setiap ahli.

Kemudian, keuntungan daripada perniagaan yang dijalankan akan dibahagikan kepada setiap ahli dalam bentuk dividen tahunan.

Salah satu koperasi terkemuka negara sekarang ni adalah Koperasi Amanah Pelaburan Berhad.

Apa itu Koperasi Amanah Pelaburan Berhad?

Koperasi Amanah Pelaburan Berhad atau juga dikenali sebagai KAPB adalah sebuah syarikat koperasi pelaburan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

kapb, dividen kapb, pelaburan hartanah, koperasi, koperasi amanah pelaburan berhad
kapb, dividen kapb, pelaburan hartanah, koperasi, koperasi amanah pelaburan berhad

Ia ditubuhkan pada 14 November 2014 oleh Dato' Mohamed Ilyas sebagai Pengerusi Eksekutif.

Bukan je diketuai oleh ikon perniagaan korporat dan pakar pelaburan, malah KAPB juga dianggap antara koperasi yang menguntungkan, inovatif, pelbagai dan juga sustainable di Malaysia yang aktif melabur di peringkat global.

Anda boleh lihat bagaimana koperasi ini menggerakkan modal yang diperoleh daripada ahli dengan penuh integriti dan kepintaran melalui pelaburan dan juga inovasi perniagaan di dalam sektor strategik.

Tiada sebab lain melainkan untuk mewujudkan faedah yang berpanjangan buat semua ahli KAPB. Fuh, bila baca penyataan ini rasa teruja pula untuk nak tahu dengan lebih jelas mengenai KAPB ni kan? Jom teruskan membaca!

KAPB juga sama seperti platform pelaburan yang lain di mana dana atau modal yang dikumpulkan daripada ahli akan dilaburkan kepada beberapa portfolio. Dari sini anda akan tahu ke mana dana anda akan dilaburkan.

Antara portfolio korporat bagi dana pelaburan yang diuruskan oleh KAPB termasuklah Ar-Rahnu, The Exchange 106, hartanah, stesen TV (Awsome TV), perkhidmatan pemfaktoran (MFI Money), kereta sewa (Quick Ride), perdagangan automotif, pembiayaan automotif dan juga pembangunan tenaga boleh diperbaharui.

Peluang ini terbuka untuk semua rakyat Malaysia di kalangan umat Islam untuk memperoleh pulangan premium bagi modal yang dilaburkan.

kapb, dividen kapb, pelaburan hartanah, koperasi, koperasi amanah pelaburan berhad
kapb, dividen kapb, pelaburan hartanah, koperasi, koperasi amanah pelaburan berhad

KAPB Buka Saham RM2 Bilion!

Baru-baru ni, KAPB menawarkan RM 2 bilion saham baharu untuk dilanggan sama ada oleh ahli sedia ada dan juga ahli baru.

Sebahagian daripada dana yang terkumpul itu akan digunakan untuk pembelian 51% pegangan ekuiti pemilikan The Exchange 106 atau juga dikenali sebagai The Razak Exchange (TRX).

Pelaburan ini menjadikan KAPB menjadi sebahagian daripada bangunan tertinggi di Asia Tenggara dengan anggaran nilai pasaran semasa mencecah sehingga RM7 bilion. Menarik kan?

Manakala sebahagian lagi dana akan digunakan untuk membiayai projek pembinaan universiti perubatan yang menggunakan teknologi canggih dan terkini daripada Amerika Syarikat dan juga sebuah hospital baru berkapasiti 400 katil pada tanah seluas 141 ekar bertempat di Serdang, Selangor.

Seperti yang diberitahu oleh pengasas KAPB, tawaran ini akan ditutup sebaik saja saham sebanyak RM2 bilion ini habis dilanggan.

Jadi, tunggu apa lagi? Anda perlu segera bertindak sebelum terlambat kerana peluang seperti ini boleh dikatakan salah satu instrumen pelaburan favourite yang menjadi rebutan bagi mereka yang minat melabur. Bak kata orang, laku macam pisang goreng panas tau.

kapb, dividen kapb, pelaburan hartanah, koperasi, koperasi amanah pelaburan berhad
kapb, dividen kapb, pelaburan hartanah, koperasi, koperasi amanah pelaburan berhad

Apa Kelebihan Melabur Dengan KAPB?

1. Dana diuruskan oleh profesional berpengalaman

Kelebihan instrumen ini adalah dana anda akan diuruskan oleh pengurus dana yang profesional dan berpengalaman.

Pasti ramai dikalangan anda yang rasa ragu-ragu untuk melabur kerana takutkan risiko kerugian kan?

Namun begitu, dengan pelaburan ini anda tidak perlu risau kerana dana ini diuruskan oleh golongan yang profesional dan cukup pengalaman dalam mengendalikan isu hal ehwal pelaburan.

2. Pelaburan bijak patuh Syariah

Anda tak perlu risau kerana pelaburan ini dianggap sebagai patuh Syariah. Ini kerana semua koperasi di Malaysia dikawal-selia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Ini bermaksud setiap pelaburan yang dibuat mesti mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya. Jadi, kesemua pelaburan yang dilakukan tidak akan melanggar mana-mana prinsip Syariah dan juga undang-undang yang telah ditetapkan.

3. Sumbangan khairat kematian

Bukan itu sahaja, pihak KAPB turut menawarkan khairat kematian buat setiap ahli. Maksudnya, anda akan menerima sedikit sumbangan daripada pihak KAPB jika ada berlaku kematian dalam kalangan keluarga anda.

Tujuannya adalah sedikit sebanyak untuk mengurangkan beban serta kesedihan di atas kehilangan orang yang tersayang.

kapb, dividen kapb, pelaburan hartanah, koperasi, koperasi amanah pelaburan berhad
kapb, dividen kapb, pelaburan hartanah, koperasi, koperasi amanah pelaburan berhad

Yuran Kemasukan Serendah RM50.00

Sebagai yuran kemasukan, anda akan dikenakan sebanyak RM50.00 dan ianya tidak akan dikembalikan jika anda buat keputusan untuk berhenti daripada menjadi ahli biasa.

Anda boleh mula melabur sebagai ahli biasa dengan nilai minimum sebanyak RM1,000 sehingga nilai maksimum sebanyak RM500,000.

Mengambil kira nilai maksimum yang ditetapkan untuk setiap ahli, ia adalah kerana pihak KAPB mahu memberi peluang yang sama rata kepada semua warganegara Malaysia untuk terlibat dengan pelaburan ini.

Baru lah tiada istilah kroni atau sesetengah pihak sahaja yang mengawal pelaburan ini. Bukan itu sahaja, pelaburan ini juga membenarkan anda untuk mengeluarkan sebahagian daripada pelaburan yang dibuat pada bila-bila masa sahaja.

Namun begitu, anda perlu meninggalkan sekurang-kurangnya nilai pelaburan sebanyak RM1,000 di dalam dana KAPB jika masih ingin kekal sebagai ahli.

Tapi, kalau anda teringin nak jadi ahli kehormat, yurannya lain pula ya, iaitu RM100.00 dan nilai pelaburan awal sebanyak RM50,000 dan nilai tambahan setiap transaksi minimum RM10,000.

Dividen KAPB & Cara Agihan

Bila sebut mengenai pelaburan, sudah pasti perkara yang menjadi perhatian adalah dividen yang anda akan dapat.

PGMY_No_1
PGMY_No_1

Pelaburan seperti ini juga sama seperti kebanyakan pelaburan yang lain yang dividennya akan bergantung kepada prestasi perniagaan dan pelaburan KAPB.

Untuk pengetahuan anda, terdapat dua (2) cara untuk KAPB mengira dividen untuk ahlinya iaitu dividen bagi pelaburan yang anda lakukan pada satu haribulan, ia akan dikira bermula pada bulan tersebut. manakala bagi pelaburan yang anda lakukan pada dua haribulan, dividennya akan dikira bermula pada bulan seterusnya.

Cara agihan dividen ini akan dikreditkan ke akaun anda dalam tempoh 14 hari bekerja sebaik sahaja KAPB mengumumkan kadar dividen bagi tahun kewangan tersebut.

Berikut adalah prestasi agihan dividen bagi tahun berakhir 31 Disember untuk tahun 2015 sehingga 2020.

Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember

% Dividen Diterima

2015

10%

2016

15%

2017

10%

2018

10%

2019

8%

2020

8%

Sumber: Koperasi Amanah Pelaburan Berhad

Bagaimana Nak Mohon Jadi Ahli KAPB?

Terdapat beberapa kriteria untuk anda menjadi sebahagian daripada ahli KAPB iaitu pelaburan ini terbuka untuk anda yang berwarganegara Malaysia dan beragama Islam.

kapb, dividen kapb, pelaburan hartanah, koperasi, koperasi amanah pelaburan berhad
kapb, dividen kapb, pelaburan hartanah, koperasi, koperasi amanah pelaburan berhad

Anda juga perlu mematuhi syarat tambahan di bawah Akta Koperasi seperti berikut:

  • Telah mencapai umur lapan belas (18) tahun (tiada had umur maksimum dinyatakan di dalam Akta Koperasi dan ianya digunapakai oleh semua koperasi berdaftar di Malaysia termasuk KAPB).

  • Bermastautin ATAU bekerja ATAU mempunyai tanah dalam kawasan operasi koperasi

  • Bukan seorang yang tidak upaya dari segi mental

  • Bukan seorang yang bankrap yang belum dilepaskan

  • Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar

  • Bukan seorang yang telah dibuang daripada menjadi anggota di bawah Akta ini dan suatu tempoh selama satu (1) tahun belum lagi berlalu dari tarikh pembuangan itu

Untuk pengetahuan anda juga, tiada sebarang sekatan keanggotaan bagi ahli koperasi berdaftar lain untuk menjadi ahli KAPB selagi anda memenuhi syarat yang KAPB tetapkan berserta syarat tambahan di bawah Akta Koperasi.

Jadi tidak menjadi masalah jika anda mahu menjadi ahli KAPB walaupun anda telah berdaftar dengan koperasi berdaftar yang lain jika memenuhi syarat yang tertentu.

Bagi memohon keahlian KAPB pula, terdapat tiga (3) cara iaitu permohonan secara online di www.kapb.com.my ATAU email borang yang lengkap ke application@kapb.com.my ATAU anda juga boleh sahaja walk-in ke pejabat KAPB di Tingkat 2, Menara Kembar Bank Rakyat, No. 33, Jalan Rakyat 50470 Kuala Lumpur.

Cara Mohon Jadi Ahli KAPB Secara Online

Namun dalam situasi sekarang akibat daripada pandemik COVID-19 ni, disarankan supaya anda memilih cara yang pertama iaitu mohon keahlian secara online.

kapb, dividen kapb, pelaburan hartanah, koperasi, koperasi amanah pelaburan berhad
kapb, dividen kapb, pelaburan hartanah, koperasi, koperasi amanah pelaburan berhad

Cara ini bukan sahaja mudah bahkan lebih selamat kerana tiada keperluan untuk anda keluar rumah sesuai dengan saranan kerajaan untuk #stayathome.

Dibawah ini kami kongsikan cara-cara untuk anda memohon keahlian secara online:

  1. Layari kapb.com.my untuk mendaftar permohonan.

  2. Kemudian, anda perlu lengkapkan borang permohonan yang disediakan dalam talian tersebut dan dikehendaki untuk memuat naik Salinan I/C

  3. Setelah selesai mengisi borang, anda boleh klik butang Apply

  4. Seterusnya, pihak KAPB akan memproses permohonan anda dalam masa tiga (3) hari bekerja di mana kakitangan pentadbiran mereka akan menghubungi anda terlebih dahulu untuk pengesahan

  5. Sebaik permohonan diluluskan dengan bersyarat, anda akan dihubungi oleh kakitangan pentadbiran mereka untuk membuat bayaran yuran kemasukan dan pelaburan permulaan sepertimana yang dimohon

  6. Pihak KAPB TIDAK MENGGALAKKAN anda menggunakan Mesin Deposit Tunai (CDM) kerana pihak KAPB akan menghadapi kesukaran untuk mengenalpasti transaksi anda. Jadi, sebagai alternatif lain yang boleh diguna pakai adalah:

    1. Anda boleh mendeposit yuran kemasukan dan pelaburan ke dalam akaun Bank Rakyat (jika anda pemegang akaun simpanan / semasa Bank Rakyat). Pihak KAPB akan memberi arahan kepada Bank Rakyat untuk mendebit jumlah tersebut dari akaun anda selepas anda menandatangani borang pengesahan ATAU;

    2. Bagi pemegang akaun bank lain, anda boleh lakukan pindahan dana Antara Bank Giro (IBG) ke nombor akaun semasa KAPB di Bank Rakyat iaitu 11-146-100033-4 dimana salinan slip transaksi hendaklah dilampirkan beserta dengan permohonan ATAU;

    3. Anda juga boleh membuat bayaran melalui JomPay dan Salinan slip transaksi hendaklah dilampirkan bersama permohonan ATAU;

    4. Anda juga boleh membuat bayaran melalui Kaunter Pejabat Pos.

  7. Selepas itu, anda akan menerima pengesahan keahlian bersama-sama dengan nama pengguna dan kata laluan melalui email.

Selesai, mudah saja kan?

Risiko Sentiasa Ada

Setiap pelaburan hartanah pasti akan ada risikonya yang tersendiri dan apa yang anda perlu fikirkan adalah bagaimana untuk uruskan risiko tersebut dengan sebaik mungkin.

Mungkin di antara anda ada yang baru nak mulakan hidup selepas habis belajar atau mungkin ada yang baru nak mula bekerja atau juga mungkin ada yang masih menyewa sampai sekarang.

kapb, dividen kapb, pelaburan hartanah, koperasi, koperasi amanah pelaburan berhad
kapb, dividen kapb, pelaburan hartanah, koperasi, koperasi amanah pelaburan berhad

Jadi, antara jalan penyelesaian yang terbaik untuk memiliki hartanah adalah untuk mula berjinak-jinak melabur dengan KAPB.

Tapi nak melabur tak boleh lah semborono gitu saja, anda perlu ada ilmu dan faham tentang sesuatu pelaburan.

Jika tersalah pilih jalan, boleh pening bertahun-tahun lamanya. Sebab itulah kena rajin membaca ataupun boleh je minta pendapat profesional kewangan terlebih dahulu.

Tak kisah lah jika anda kena ambil masa lebih sikit untuk faham pasal pelaburan, yang penting hasilnya berbaloi.

Selamat melabur!

Panduan Relevan

Our goal is to create a safe and engaging place for users to connect over interests and passions. In order to improve our community experience, we are temporarily suspending article commenting