JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA MAJLIS GRADUASI PROGRAM ENLITE PPR DESA REJANG : LITERASI BAHASA INGGERIS KHAIRA PPZ

AIN FATIHA ABDUL KARIM
KHAIRA Pusat Pungutan Zakat (Khaira PPZ) dengan kerjasama Persatuan Penduduk PPR Desa Rejang akan mengadakan Majlis Graduasi Program Enlite : Literasi Bahasa Inggeris. Majlis graduasi ini merupakan penghargaan kepada 20 orang kanak-kanak yang menyertai kelas literasi bahasa inggeris yang diberikan percuma oleh Khaira PPZ selama 12 kali bagi pelajar berumur 10 hingga 12 tahun. Program ini bertujuan untuk menghasilkan anak-anak asnaf yang celik asas Bahasa Inggeris. Ini juga merupakan salah satu usaha bagi meningkatkan taraf pendidikan mereka. Majlis ini akan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff. Turut hadir Pengerusi Persatuan Penduduk Desa Rejang, Encik Mohd Noor Md Tahir. Majlis akan diadakan pada ketetapan seperti berikut: Hari/Tarikh: Rabu 4 Disember 2019 Masa: 8.15 malam Tempat: Surau PPR Desa Rejang, Setapak Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut. SUMBER: Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP) UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: Nama: Nur Haliza Abd Rahman Tel: 012-5003547 --BERNAMA