JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA KHAIRA PPZ, SEBARKAN KEBAIKAN DI WANGSA MAJU BERSAMA 200 YANG KURANG BERKEMAMPUAN

YUANA KING
KHAIRA Pusat Pungutan Zakat (Khaira PPZ) bersama Persatuan Penduduk Zon 1 & 2 Wangsa Maju menganjurkan Program turun padang KHAIRA PPZ Sebarkan Kebaikan di Wangsa Maju dengan kerjasama TESCO, BERNAS dan DBKL dan BAITULMAL-MAIWP. Program ini mengumpulkan 200 orang penduduk Wangsa Maju yang kurang berkemampuan bagi menerima sumbangan dari KHAIRA PPZ, TESCO dan BERNAS sebagai tanggungjawab sosial syarikat. Selain penganjuran program ini sebagai satu CSR di masyarakat setempat, ianya juga bertujuan sebagai memperkenalkan jenama KHAIRA PPZ sebagai bahagian yang melaksanakan CSR PPZ dari segi filantropi bagi mengukuhkan keyakinan para pembayar zakat untuk membayar zakat di PPZ-MAIWP, sebagai pemungut zakat di Wilayah Persekutuan. Majlis ini akan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff. Turut hadir wakil Tesco, Bernas, Persatuan Penduduk Wangsa maju dan Baitulmal-MAIWP. Berikut adalah butirannya: Hari/Tarikh : Sabtu 14 Disember 2019 Masa : 10.00 pagi - 12.30 tengah hari Tempat : Dewan Masyarakat Taman Medan Idaman, Gombak Sila klik di sini untuk LAMPIRAN : http://mrem.bernama.com/mrembm/pdf/ppz(7443).pdf Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut. SUMBER : Pusat Pungutan Zakat - MAIWP UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: Nama : Nur Haliza Abd Rahman Pengurus Unit CSR & Hubungan Antarabangsa PPZ-MAIWP Tel : 012-5003547 --BERNAMA