JEMPUTAN KE MAJLIS SIDANG MEDIA FESTIVAL KRAF JOHOR 2019 DAN PREVIU PRODUK KRAF VM2020

YUANA KING
Dimaklumkan, Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia akan menganjurkan Festival Kraf Johor pada 20 hingga 31 Disember 2019 bertempat di Padang A, Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru. Melalui festival ini, pelbagai aktiviti akan diadakan seperti jualan, pameran kraf, demonstrasi pembuatan produk kraf, interaktif kraf serta persembahan kebudayaan. Sehubungan itu, satu Majlis Sidang Media dan Previu Produk Kraf VM2020 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut: Hari/Tarikh: Selasa 3 Disember 2019 Masa: 10.00 pagi Tempat: Kompleks Kraf Johor Bersama: Yang Berusaha Encik Ibrahim bin Ismail, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Sidang Media dan Previu Produk Kraf VM2020 tersebut. SUMBER: KRAFTANGAN MALAYSIA UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: Nama: Cik Noor Azima Mohd. Alwi Tel: 013-727 6672 Nama: Puan Norehan Tel: 012-657 8824 --BERNAMA