Hapuskan Semut Di Kediaman Anda!

·8-min read

Bengang je rasa kan, kalau tengok-tengok atas meja makan, tiba-tiba nampak semut elok je masuk ke dalam semua makanan, padahal baru tinggalkan kejap je!

Semut ni pulak memang kategori serangga sosial, sebab dia tak ada datang seorang-seorangnya; gerenti kaum kerabat semua datang sekali bila dah jumpa apa dorang nak.

Teamwork terbaik memang boleh bagi kat semut sebab dorang bekerjasama dengan jayanya untuk mencari bekalan nak bawa balik ke koloni dorang.

Sebelum kita tengok cara dan petua nak halau semut-semut yang ada tu, korang kenalah tau dulu spesies-spesies semut yang selalu ada kat rumah.

Kitorang siap dah letak sekali nama saintifik dengan ciri-cirinya kat bawah ni. Tanpa melengahkan masa, jom kita teruskan sesi perkenalan kita!

Jenis-jenis semut yang selalu ada kat kawasan perumahan

Semut, Cara halau semut, Petua halau semut, semut api, semut mayat, racun semut
Semut, Cara halau semut, Petua halau semut, semut api, semut mayat, racun semut

Kat dunia ni memang ada bermacam-macam jenis semut. Rupa-rupanya ada dalam 10 ribu spesies yang dah dijumpai okay!

Tapi korang janganlah risau sebab kat Malaysia ni, ada dalam 23 je kut spesies yang diketahui. Lepas itu, yang korang akan selalu jumpa pun berapa kerat je.

Okay, so ni antara semut-semut yang korang akan selalu jumpa kat dalam atau kat kawasan luar rumah:

Jenis Semut

Ciri-Ciri

Semut Api (Solenopsis invicta)

Senang je nak kenal semut api ni sebab dorang memang akan keluar masuk dari timbunan tanah yang selalunya di buat kat kawasan luar rumah.

Kat timbunan yang bentuk cam kawah tu, memang akan nampak lubang-lubang kecik yang pergi ke sarang koloni besar dorang. Siapa yang tak perasan masa berjalan pastu terpijak atau pergi berdiri atas tempat tinggal semut api tu, memang siaplah kena serang.

Berapi rasa kaki atau tangan bila tiba-tiba kena gigit dan sengat dengan semut api ni. Selalunya, bukan satu atau dua je yang datang, sampai sepuluh ekor pun boleh! Punya lah agresif semut api ni.

Semut Mayat (Tapinoma melanocephalum)

Ha semut ni memang sesuai sangat dengan namanya. Kalau tak percaya, cuba bau tangan lepas korang lenyek je semut mayat ni. Baunya memang busukkk!

Ada jugak orang yang panggil semut mayat ni semut air, sebab dorang memang suke tempat-tempat yang lembap, cam kat bawah batu atau kalau kat dalam rumah, area dapur tu. Kalau atas meja ada air pun kejap je semut mayat ni datang keliling kat air tu.

Semut Gatal (Monomorium pharaonis)

Yang ni gatal bukan sebarang gatal ye! Semut gatal ni memang semut paling femes kat Malaysia. Siapa yang tak pernah nampak or tak pernah kena gigit tu memang tipulah, lagi-lagi kalau tinggal kat kampung.

Saiznya kecik je, dan warnanya sama ada perang kemerahan atau kekuningan. Selalunya, semut gatal ni bersarang kat belakang dinding bangunan atau dalam perabot, lepas tu suka makanan yang tinggi protein cam daging, lemak, serangga mati, dan juge makanan yang bergula.

Semut Gila (Paratrechina longicomis)

Takut pulak dengar nama semut ni kan! Semut ni dapat nama ‘gila’ sebabkan cara jalan dorang yang tak tentu arah, so, nampak cam tak betul gitu.

Kaki ngan sesungut semut gila ni panjang, pastu makan hampir semua benda yang ada kat rumah, termasuklah buah, apa-apa yang bergula, dan serangga yang mati.

Semut Kepala Besar (Pheidole megacephala)

Kekadang, ada orang panggil semut ni semut gatal jugak, sebab warne macam sama skit, tapi sebenarnya lain spesies.

Kalau tengok betul-betul, memang nampak kepale semut ni lebih besar berbanding ngan badannya. Makanan kegemaran dorang lak ialah daging dan lemak.

Apakah cara halau semut (komersil)?

Semut, Cara halau semut, Petua halau semut, semut api, semut mayat, racun semut
Semut, Cara halau semut, Petua halau semut, semut api, semut mayat, racun semut

Bila nampak semut sibuk berkawad ataupun bergegas nak hurung makanan, nak tepuk cam kesian, tapi bila nak biar rasa geram la pulak.

Nak biar je, kang bermaharajalela pulak semut-semut tu semua. So, nak tak nak, kenalah jugak cari jalan nak halau semut tu semua.

Paling senang kalau pilih yang komersil, tapi dah tentulah nak kena sedia bajet besar sikit sebab nak ambil servis orang profesional kan.

Kat Malaysia ni, ada je syarikat-syarikat perkhidmatan kawalan haiwan perosak, contoh cam Rentokil, Ridpest, Speedy Pest Control dan banyak lagi yang korang boleh cuba.

Kalau boleh dapatkan servis dari syarikat kawalan haiwan perosak, memang sangat bagus sebab dorang memang pro dalam menghapuskan semut, ataupun serangga lain.

Selain dari dapat kenal pasti masalah, dorang tau jugak pasal semut dari berlainan spesies, so boleh dorang bagi penyelesaian yang sesuai untuk rumah korang.

Lagi satu, bila dah ambil servis ni, memang pakar serangga yang ada tu akan sentiase check untuk pastikan semut semua dah tak ada, untuk pastikan perlindungan jangka panjang.

Memang efektif sangat cara dorang hapuskan semut, dan korang pun dah tak yah risau sangat kalau semut tu datang balik ke apa.

Cumanya, bila dah guna cara komersil ni, memang banyak pakai duit sebabnya tak bolehlah guna servisnya sekali je. Kena buat beberapa kali sampai betul-betul confirm dah tak ada semut kat rumah tu.

Semut, Cara halau semut, Petua halau semut, semut api, semut mayat, racun semut
Semut, Cara halau semut, Petua halau semut, semut api, semut mayat, racun semut

Pernah dengar tak, semut-semut ni bekerja keras untuk permaisuri mereka, so kalau selagi pemaisuri tu ada, selagi tu semut-semut lain akan ada.

Jadi, penting sangat untuk pakar pengawal serangga perosak ni untuk cari puncanya dan dapatkan hapuskan semua semut.

Apakah cara halau semut (tradisional)?

Kadang-kadang kalau nak senang, spray je racun aerosol untuk bunuh serangga perosak. Cuma nak guna kat area dapur ke kat tempat selalu ada budak-budak bahaya la kan.

Nak letak racun semut yang biji-biji putih tu pun bahaya jugak bila ada anak kecik; kang ada pulak yang merangkak kutip makan racun semut tu.

Nak guna profesional mahal, nak guna racun semut bahaya, macam mana ni? So, seperti zaman dulu, ada lah petua-petua tradisional yang boleh diguna pakai oleh sesiapa yang nak halau semut kat rumah.

Kalau tengokkan petua nak halau semut ni, memang banyak betul sampai tak tau nak pilih yang mana satu.

Untuk tidak membuang masa korang, kat sini kitorang kongsikan beberapa petua yang dijumpai online.

Petua nak halau semut ni tak susah nak buat sebab guna benda-benda yang memang selalu ada kat rumah, kalau tak ada pun, senang sangat nak pergi beli kat mana-mana pasaraya atau kedai runcit.

1) Kulit Telur

Semut, Cara halau semut, Petua halau semut, semut api, semut mayat, racun semut
Semut, Cara halau semut, Petua halau semut, semut api, semut mayat, racun semut

Lepas dah pecahkan telur ayam, jangan buang kulitnya sebab boleh guna untuk halau semut. Caranya senang je, hancurkan kulit telur pastu bakar sampai jadi abu.

Abu tu guna untuk tabur pada tempat semut selalu berkerumun, laluan semut, atau nak tabur terus pada sarang semut pun boleh.

2) Dauh Sirih

Semut, Cara halau semut, Petua halau semut, semut api, semut mayat, racun semut
Semut, Cara halau semut, Petua halau semut, semut api, semut mayat, racun semut

Semut memang tak suka dengan bau daun sirih. Potong kecik-kecik beberapa daun sirih, pastu tabur kat laluan semut atau tempat dorang berkerumun. Bila dah bau daun sirih ni, gerenti semut akan pergi main jauh-jauh.

3) Cuka

Semut, Cara halau semut, Petua halau semut, semut api, semut mayat, racun semut
Semut, Cara halau semut, Petua halau semut, semut api, semut mayat, racun semut

Cuka putih ni salah satu petua yang sangat berkesan sebab semut paling pantang dengan baunya yang kuat, dan kandungan cuka yang berasid tu.

Larutkan cuka dalam air, pastu masukkan dalam botol yang boleh spray tu. Dah siap, sembur je kat mana-mana pintu masuk atau tempat selalu ada semut.

Ulang beberapa kali lepas semburan tu dah kering, dan kesannya boleh nampak dalam beberapa hari camtu.

4) Soda Bikarbonat

Semut, Cara halau semut, Petua halau semut, semut api, semut mayat, racun semut
Semut, Cara halau semut, Petua halau semut, semut api, semut mayat, racun semut

Soda bikarbonat ni dah tak payah campur apa-apa. Tabur je serbuk soda bikarbonat kat tempat yang korang tak nak semut datang.

Disebabkan bau dari soda bikarbonat tu akan mengganggu deria bau semut, semut tu tak akan datang dah.

5) Serbuk Kopi

Semut, Cara halau semut, Petua halau semut, semut api, semut mayat, racun semut
Semut, Cara halau semut, Petua halau semut, semut api, semut mayat, racun semut

Yang ni, kena pastikan guna serbuk kopi yang asli, sebab baunya yang kuat boleh menghalau semut dari menghurung makanan yang ada kat rumah korang.

Caranya, ambil sikit serbuk kopi pastu letak kat tempat laluan masuk semut. Biar je serbuk tu kat situ beberapa hari dan korang akan perasan yang semut tak pergi lagi kat kawasan tu.

6) Air Limau Nipis

Semut, Cara halau semut, Petua halau semut, semut api, semut mayat, racun semut
Semut, Cara halau semut, Petua halau semut, semut api, semut mayat, racun semut

Perah limau nipis pada laluan semut untuk mengacau deria bau dorang. Perahan jus limau nipis pun dapat jugak membunuh semut, dan sambil tu, rumah korang pun bau segar je. Masalah semut hilang, aroma dalam rumah pun harum!

Tips-tips untuk elakkan semut dari kembali

Okeh, tadi kita tengok petua-petua camne nak hapuskan semut, sekarang kita tengok camne pulak nak elak daripada semut tu datang balik.

Antare banyak-banyak tips untuk mencegah semut ni dari masuk ke dalam rumah, ni kire yang paling banyak diguna pakai dan paling berkesan yang kitorang pernah nampak. Lagi-lagi kalau rumah-rumah kat kawasan kampung.

Caranya adalah dengan letak bunga cengkih, tu je! Bila dah guna ni memang tak ada langsung semut datang... kalau tak, gerenti ada semut dalam makanan, masuk celah mana pun tak tau kan.

Semut, Cara halau semut, Petua halau semut, semut api, semut mayat, racun semut
Semut, Cara halau semut, Petua halau semut, semut api, semut mayat, racun semut

Satu lagi produk yang ramai jugak pakai, lagi-lagi kalau kat kedai makan, adalah spray serai wangi. Nak cari serai wangi memang susah lah kalau duduk kat bandar ni, so boleh je sembur serai wangi cam kat dalam gambar bawah ni.

Boleh juga buat lap-lap meja dengan air serai wangi ni untuk elak semut daripada naik atas meja. Selain tu, serangga-serangga lain seperti lalat, lipas pun semua akan lari bila bau serai wangi ni.

Semut, Cara halau semut, Petua halau semut, semut api, semut mayat, racun semut
Semut, Cara halau semut, Petua halau semut, semut api, semut mayat, racun semut

Fuh, panjang lebar bercakap pasal semut ni ye. Dah macam-macam petua dan tips ada kat atas ni. Harap-harap lepas ni, rumah korang akan bebas dari dihurung semut lagi.

Oh, lagi satu, korang kena pastikan jugak yang rumah sentiasa bersih dan tak ada sisa-sisa makanan terbiar, baru lah semut dan serangga lain pun tak menyerang rumah korang!

Selamat mencuba semua!