Halau Cicak Dari Rumah Anda Dengan 9 Petua Menarik Ni!

·5-min read

Cicak ni kalau nampak memang ramai orang akan geli-geleman, sampai ada menjerit-jerit lah!

Memburukkan keadaan, kalau seekor cicak beranak pinak jadi keluarga dan berketurunan, memang rasa tak selesa.

Jadi, apa nak buat jika anda mengalami masalah cicak berkeliaran dalam rumah ni?

Sebelum kami beri petua menarik, jom tengok dulu beberapa fakta menarik reptilia berdarah sejuk ni.

Fakta Menarik Tentang Cicak

cicak, cara halau cicak, cicak di rumah, jenis cicak, petua halau cicak
cicak, cara halau cicak, cicak di rumah, jenis cicak, petua halau cicak

Walapun cicak ni kecil, tapi bila dah banyak sangat, memang menganggu keselesaan penghuni rumah.

Sebabnya, bila cicak banyak, banyaklah “pelaburan” yang mereka keluarkan merata-rata di lantai dan seluruh kawasan rumah.

Kalau anda nak tahu, cicak ni adalah sejenis reptilia berdarah sejuk yang boleh panjant dinding yang tegak dan licin.

Secara sainsnya, di telapak kaki cicak ada rerambut halus yang memberikannya daya lekatan yang sangat kuat. Sebab itulah, haiwan ni boleh memanjat tak kira tempat.

Ada beberapa jenis cicak yang biasa dilihat di sekitar rumah, tapi antara jenis cicak yang selalu disebut-sebut di Malaysia adalah:

Cicak rumah

Cicak kobeng/kubing

Cicak tokek

Yang membuatkan ramai geli dengan cicak selain “pelaburan” merata-rata, adalah kemampuannya memutuskan ekor untuk pertahanan diri. Tau-tau ada je ekor cicak di rumah, tapi badan tak nampak.

cicak, cara halau cicak, cicak di rumah, jenis cicak, petua halau cicak
cicak, cara halau cicak, cicak di rumah, jenis cicak, petua halau cicak

Macam Mana Rupa Telur Cicak?

Kalau anda tak tahu, cicak bertelur untuk melahirkan anak cucunya. Maklum lah, ia kan spesis reptilia daripada keluarga berdarah sejuk dan bertelur Gekonnidae.

Cicak betina akan bertelur selalunya di celah-celah kawasan sempit yang selamat seperti tepi dinding rumah, dalam soket suis lampu, dalam almari dan sebagainya.

Untuk kenal pasti rupa telur cicak, ingat ini je, rupanya sama macam telur ayam kampung yang putih, tapi jauh lebih kecil. Senang nak basmi cicak kalau dapat cari sarang telurnya.

Okay, dah berkenalan dengan cicak, sekarang kita tengok pula petua nak halau.

cicak, cara halau cicak, cicak di rumah, jenis cicak, petua halau cicak
cicak, cara halau cicak, cicak di rumah, jenis cicak, petua halau cicak

9 Petua Mudah Halau Cicak Dari Rumah

Ada macam-macam cara menghalau cicak yang anda boleh jumpa di luar sana, tetapi anda mungkin tak akan tahu bagaimana halau cicak yang sesuai jika tak cuba dulu.

Kami sertakan 9 petua yang sangat mudah untuk membanteras masalah cicak rumah:

1) Kulit telur

cicak, cara halau cicak, cicak di rumah, jenis cicak, petua halau cicak
cicak, cara halau cicak, cicak di rumah, jenis cicak, petua halau cicak

Cara ni memang tak asing lagi untuk menghalau serangga atau bintang perosak. Anda juga boleh halau cicak guna kulit telur kerana cicak tak suka dengan bau telur.

Letakkan kulit telur di ruang kosong yang menjadi laluan cicak seperti tepi tingkap atau pintu. Bau daripada telur itu dapat mengelakkan dari cicak masuk ke rumah.

*Gantikan kulit telur baru selepas tiga minggu.

2) Lada hitam

cicak, cara halau cicak, cicak di rumah, jenis cicak, petua halau cicak
cicak, cara halau cicak, cicak di rumah, jenis cicak, petua halau cicak

Masukkan serbuk lada hitam, serbuk cili, dan air ke dalam satu bekas dan kacau sebati.

Lepas tu, letakkan ke dalam botol spray untuk sembur di dinding, pintu dan tingkap supaya cicak tak dapat masuk dan merayap dalam rumah. Cicak memang tak tahan dengan rasa pedas!

3) Bulu ayam

cicak, cara halau cicak, cicak di rumah, jenis cicak, petua halau cicak
cicak, cara halau cicak, cicak di rumah, jenis cicak, petua halau cicak

Cicak memang sangat takut dengan burung. Jadi, sangkut atau letak bulu ayam di tempat cicak masuk dan di sekitar rumah.

Memang cicak akan pergi jauh kalau nampak bulu ayam tu. Kalau nak guna bulu pelepah burung pun boleh juga.

4) Perangkap tikus

cicak, cara halau cicak, cicak di rumah, jenis cicak, petua halau cicak
cicak, cara halau cicak, cicak di rumah, jenis cicak, petua halau cicak

Siapa sangka yang perangkap tikus pun boleh digunakan untuk perangkap cicak. Cuba letak makanan yang cicak suka dan tunggu je terjerat.

Tapi, kena pandai-pandai juga lah, jangan gunakan perangkap yang ada lubang besar tau!

5) Bawang putih / merah

cicak, cara halau cicak, cicak di rumah, jenis cicak, petua halau cicak
cicak, cara halau cicak, cicak di rumah, jenis cicak, petua halau cicak

Anda boleh cuba halau cicak guna bawang putih ataupun merah sebab cicak memang sangat tak suka dengan bau bawang ni.

Caranya, gantung atau letak bawang di pintu atau tingkap cicak boleh lalu.

Lagi satu cara adalah kisar bawang dengan air, lepas tu masukkan dalam botol spray, dan sembur pada sekeliling rumah.

6) Cuka

cicak, cara halau cicak, cicak di rumah, jenis cicak, petua halau cicak
cicak, cara halau cicak, cicak di rumah, jenis cicak, petua halau cicak

Kalau nak halau cicak guna cuka, kena buat semburan campuran cuka dulu. Nak buat ni senang je.

Campurkan 1/3 cuka makan, 1/3 air, dengan 1/3 cecair pencuci pinggan dan masukkan kesemuanya dalam botol spray.

Lepas tu sembur pada semua kawasan yang selalu ada tahi cicak dan tempat cicak selalu sembunyi.

7) Tembakau

cicak, cara halau cicak, cicak di rumah, jenis cicak, petua halau cicak
cicak, cara halau cicak, cicak di rumah, jenis cicak, petua halau cicak

Halau cicak guna tembakau boleh jadi sangat berkesan sebab cicak kurang gemar dengan bau tembakau.

Letakkan tembakau pada tempat cicak selalu bersembunyi dan bau yang tajam dan pekat daripada tembakau tersebut akan membuatkan cicak tak selesa dan lari dari situ.

8) Perangkap melekat

cicak, cara halau cicak, cicak di rumah, jenis cicak, petua halau cicak
cicak, cara halau cicak, cicak di rumah, jenis cicak, petua halau cicak

Pelekat ni boleh beli yang memang dah siap ada penutup belah atas. Jadi, kalau ada cicak melekat kat gam tu takda la geli sangat nak ambil buang.

Cara untuk bagi cicak jalan kat situ, letakkan pada bahagian sudut dinding atau bucu siling. Ataupun letak je dekat tempat yang anda selalu nampak cicak lalu.

9) Serbuk Kopi & Tembakau

cicak, cara halau cicak, cicak di rumah, jenis cicak, petua halau cicak
cicak, cara halau cicak, cicak di rumah, jenis cicak, petua halau cicak

Campuran serbuk ni sebenarnya salah satu cara bunuh cicak. Letakkan sedikit kopi dalam bekas dan campur sekali dengan serbuk tembakau.

Lepas tu, sapukan gam pada hujung pencungkil gigi atau batang mancis dan lalukan pada serbuk yang telah dicampur tadi.

Pastikan serbuk tu melekat pada batang tersebut dan letakkan di tempat cicak masuk dan belakang almari. Cicak akan mati bila makan serbuk tu.

PropertyGuru Tip

Proses semburan ini perlulah dilakukan di celah ruang yang cicak selalu masuk.

Adakah Racun Cicak Berkesan?

Sekiranya semua petua di atas tak boleh nak bendung masalah cicak di rumah, anda boleh mencuba produk semburan penghalau cicak, atau ‘lizard repellent.’

Semburan penghalau ni mengandungi bahan toksik yang boleh membasmi cicak. Ia boleh didapati dengan mudah di kedai runcit, pasaraya, malah kedai online yang khas menjual barang hardware dan keselamatan rumah.

Sebelum anda sembur produk penghalau cicak ni, anda kena pastikan yang produk ini selamat digunakan oleh manusia.

cicak, cara halau cicak, cicak di rumah, jenis cicak, petua halau cicak
cicak, cara halau cicak, cicak di rumah, jenis cicak, petua halau cicak

Kalau anda tak berapa gemar nak guna produk semburan, anda juga boleh cuba alat penghalau cicak jenis elektronik yang menghalau cicak melalui cara frekuensi sonik (bunyi). Harga alat ni memang lagi mahal, tapi ia juga paling selamat untuk digunakan!

Jagalah Kebersihan!

cicak, cara halau cicak, cicak di rumah, jenis cicak, petua halau cicak
cicak, cara halau cicak, cicak di rumah, jenis cicak, petua halau cicak

Walaupun ada pelbagai cara untuk halau cicak rumah, sangatlah penting juga untuk kita memastikan yang rumah sentiasa bersih supaya tidak mengundang cicak untuk beranak pinak di rumah kita.

Pastikan semua pinggan mangkuk yang kotor terus dicuci dan jangan biarkan sisa makanan bersepah di kaunter dapur ataupun lantai.

Kalau tak, semua tu akan menyebabkan serangga datang, dan apabila ada serangga, ia akan terus menarik perhatian cicak untuk menangkap bekalan makan mereka itu.

Semoga anda terus mengamalkan kebersihan dan kami harap ada petua-petua di atas yang dapat membantu anda menyelesaikan masalah cicak di rumah anda. Selamat mencuba!

Panduan Relevan