Gaji Rendah & Bujang Umur 35 Tahun, Rumah Apa Boleh Beli?

Percaya tak, mengikut Laporan Bancian Penduduk Tahun 2010, terdapat lebih 5.56 juta lelaki dan wanita berusia 30 tahun ke atas belum berkahwin di Malaysia?

Lebih mengejutkan adalah jumlah paling tinggi direkodkan di Selangor, Johor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang!

Selepas 10 tahun, nampaknya dilema bujang senja ni masih wujud apabila pakar sosiologi menjangkakan jumlah tersebut akan meningkat hampir sekali ganda dalam Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020.

Nota Editor: Ketika artikel ini ditulis setakat Oktober 2021, banci 2020 masih dijalankan kerana ditunda disebabkan pandemik COVID-19.

Fuh, tak sangka ramai betul orang bujang di Malaysia ni rupanya!

Bila hidup membujang ni, mungkin ramai yang lebih gemar sewa rumah sebab tak terikat untuk jangka masa panjang.

 bujang, gaji, gaji rendah, pinjaman perumahan, beli rumah, sewa rumah, rumah pertama
bujang, gaji, gaji rendah, pinjaman perumahan, beli rumah, sewa rumah, rumah pertama

Tapi, jika mampu, anda yang dah berumur lingkungan 35 tahun tu patut pertimbangkan untuk beli rumah pertama.

Kenapa? Sebab tempoh maksimum pinjaman perumahan adalah 35 tahun atau sehingga umur 70 tahun saja.

Maknanya, bagi mereka yang dah berumur 35 tahun, tu kiranya tahun terakhir untuk mendapatkan tempoh pembiayaan maksimum. Kecuali jika anda penjawat awam lah….

Selepas dari tu, tempoh pinjaman bertambah pendek dan bayaran bulanan pun akan menjadi tinggi.

Ada kemungkinan lagi susah nak dapatkan kelulusan bank! Dah lah bank pun makin strict sangat sekarang ni.

Mesti anda yang dah 35 tahun atau baru mencecah awal 30-an tu tak sabar nak tengok rumah apa boleh beli, kan?

Sebelum tu, antara benda paling penting bila nak beli rumah adalah pinjaman perumahan, jadi mari kita tengok dulu berapa anggaran pinjaman yang anda boleh dapat.

 bujang, gaji, gaji rendah, pinjaman perumahan, beli rumah, sewa rumah, rumah pertama
bujang, gaji, gaji rendah, pinjaman perumahan, beli rumah, sewa rumah, rumah pertama

Berapa Pinjaman Perumahan Boleh Dapat Dengan Gaji Median Umur 35 Tahun?

Berdasarkan Laporan Survei Gaji & Upah Tahun 2020 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, gaji median bagi umur 35 tahun adalah RM2,927.

Untuk mengetahui anggaran pinjaman perumahan yang boleh dimohon, kami gunakan kalkulator kelayakan pinjaman perumahan PropertyGuru.

Disebabkan kebanyakan yang berumur 35 tahun dah memiliki kereta, kita akan lihat jumlah pinjaman melalui 2 senario – tanpa dan dengan komitmen bulanan.

Gaji RM 2,927 (Pendapatan Tahunan Kasar RM35,124)

Tanpa Komitmen

Dengan komitmen (RM500/bulan)

Jumlah Pinjaman Maksimum

RM216,373

RM141,784

Bayaran Balik Bulanan Maksimum

RM1,024

RM671

PropertyGuru Tip

Jumlah pinjaman perumahan digunakan dalam artikel ini hanyalah sekadar rujukan berdasarkan gaji median rasmi. Anda boleh kira semula mengikut situasi sendiri, kerana kelayakan pinjaman ditetapkan bank berbeza-beza.

Hartanah Apa Sesuai Nak Beli Dengan Anggaran Pinjaman Tadi?

Di Malaysia semestinya ada pelbagai jenis rumah dan bila nak cari rumah kenalah bersesuaian dengan bilangan isi rumah dan bajet kita.

Bagi mereka yang bujang, saiz tak banyak main peranan, tak kira apartment atau rumah teres, yang penting dalam lingkungan pinjaman perumahan yang anda boleh dapat.

 bujang, gaji, gaji rendah, pinjaman perumahan, beli rumah, sewa rumah, rumah pertama
bujang, gaji, gaji rendah, pinjaman perumahan, beli rumah, sewa rumah, rumah pertama

Jenis hartanah yang boleh dibeli dengan pinjaman RM216,373 atau RM141,784 mungkin berbeza mengikut negeri dan kawasan.

Sebagai panduan, kita akan cari beberapa hartanah yang bersesuaian dengan jumlah tersebut di sekitar Kuala Lumpur.

Maksimum Pinjaman Perumahan: RM216,373

Projek & Lokasi

Jenis Hartanah & Keluasan

Harga (setakat Sept 2021)

Pangsapuri Waja Tun Perak, Cheras

Pangsapuri / 818kps

Harga bermula RM210,000

Teratai Mewah Apartment, Setapak

Pangsapuri / 650kps

Harga bermula RM200,000

Desa Tun Razak Apartment, Cheras

Pangsapuri / 660kps

Harga bermula RM195,000

Apartment Seri Endah, Seri Petaling

Pangsapuri / 650kps

Harga bermula RM190,000

Wangsa Maju Flat, Wangsa Maju

Rumah Flat / 530kps

Harga bermula RM190,000

Maksimum Pinjaman Perumahan: RM141,784

Projek & Lokasi

Keluasan

Harga (setakat Sept 2021)

Union Flat Sentul, Sentul

Rumah Flat / 517kps

Harga bermula RM138,000

Desa Satu, Kepong

Pangsapuri / 655kps

Harga bermula RM121,000

Puncak Desa Apartment, Kepong

Pangsapuri / 650kps

Harga bermula RM120,000

Segar Apartments, Cheras

Pangsapuri / 650kps

Harga bermula RM115,000

Kuchai Jaya Flat, Kuchai Lama

Rumah Flat / 500kps

Harga bermula RM110,000

Ada banyak lagi kediaman yang boleh dicari di PropertyGuru sebenarnya, baik untuk dijual atau disewa. Anda boleh mencari hartanah bersesuaian mengikut jumlah pinjaman yang layak bagi anda.

Ada persoalan lain? Tanya sahaja di AskGuru, ribuan ejen hartanah sedia membantu!

PGMY_PropSite_Guides_Banner_610x457px_BM (1)
PGMY_PropSite_Guides_Banner_610x457px_BM (1)

Komitmen Kewangan Yang Perlu Dipertimbangkan Bila Membeli Rumah

Seperti yang kita tahu, nak beli rumah ni ada macam-macam persediaan yang perlu dilakukan. Antara yang penting adalah:

1. Bayaran pendahuluan

Anda perlukan 10% daripada harga rumah yang hendak dibeli. Jika rumah berharga RM200,000, maknanya downpayment atau wang pendahuluan yang perlu anda sediakan adalah RM20,000.

Selalunya bayaran ni, ramai yang akan keluarkan duit KWSP Akaun 2 atau memang dah menabung.

Bagi yang nak membeli rumah pertama, boleh semak jika anda layak untuk mendapatkan Skim Rumah Pertamaku. Sekurang-kurangnya, anda tak perlu bebankan kepala fikir tetang downpayment ni.

2. Bayaran bulanan

Selepas selesai bayaran downpayment dan anda pun dah lulus dapatkan pinjaman perumahan, tibalah masa untuk membayar balik pinjaman setiap bulanan.

Pastikan anda rancang kewangan sebaiknya supaya dapat membayar ansuran bulanan tepat pada waktunya.

 bujang, gaji, gaji rendah, pinjaman perumahan, beli rumah, sewa rumah, rumah pertama
bujang, gaji, gaji rendah, pinjaman perumahan, beli rumah, sewa rumah, rumah pertama

Jika anda terlepas bayaran, anda mungkin akan dikenakan caj lewat bayar dan yang lebih menyakitkan ia boleh mengacau skor kredit anda.

Sebab tu anda perlu bersedia betul-betul sebelum membeli rumah kerana ia adalah komitmen yang sangat besar.

Kalau tersalah langkah, ada kemungkinan anda boleh kena blacklist! Adui…jangan sampai tahap tu ya.

3. Yuran penyelengaraan

Hartanah kategori strata macam kondominium, apartment, pangsapuri dan kediaman strata lain memang kena bayar yuran penyelenggaraan (maintenance fee).

Jumlahnya bergantung kepada jenis dan saiz kediaman. Makin besar rumah, makin tinggi lah bayaran selalunya.

Selain tu, ada juga kumpulan wang pelepas (sinking fund) yang perlu anda bayar setiap bulan. Bayaran semua ni penting sebab ia boleh menjejaskan penyelenggaraan kawasan kediaman anda.

 bujang, gaji, gaji rendah, pinjaman perumahan, beli rumah, sewa rumah, rumah pertama
bujang, gaji, gaji rendah, pinjaman perumahan, beli rumah, sewa rumah, rumah pertama

Sebab Kenapa Perlu Beli Rumah Walaupun Bujang?

Memang ramai orang bujang merasakan tidak perlu pun beli rumah, lebih-lebih jika memang tiada niat nak kahwin. Tapi anggap sahaja ini pelaburan anda apabila sudah tidak bekerja nanti. Jom tengok beberapa sebab mengapa anda patut pertimbangkan untuk beli.

1. Jadi aset

Walaupun anda masih bujang, tak salah untuk memiliki rumah jika mampu, sebab ia adalah aset tetap yang boleh membawa faedah kepada anda pada masa akan datang.

Satu lagi, yang bestnya, nanti dah berumur tak perlu lagi fikir tentang nak tinggal di mana sebab dah ada rumah sendiri.

2. Lebih privasi

Orang bujang ni selalunya akan tinggal dengan keluarga atau menyewa dengan kawan-kawan. Ia bukanlah satu masalah sebab pada masa yang sama, dapat juga berjimat kan?

Tapi, bagi mereka yang sukakan privasi dan lebih suka tinggal bersendirian, eloklah beli rumah sendiri. Kalau sewa rumah, anda masih kena berurusan dengan tuan rumah dan perasaannya tak sama dengan tinggal di rumah sendiri.

3. Tanda kestabilan

Bila anda dapat membeli dan memiliki rumah, ianya seakan-akan satu kejayaan besar dalam hidup. Sebab ia menandakan anda mampu dan telah peroleh kestabilan dari segi kerjaya, misalnya.

 bujang, gaji, gaji rendah, pinjaman perumahan, beli rumah, sewa rumah, rumah pertama
bujang, gaji, gaji rendah, pinjaman perumahan, beli rumah, sewa rumah, rumah pertama

Lagi-lagi, kalau anda memang selalu bayar ansuran bulanan tepat pada masanya dan siap boleh bayar lebih lagi setiap bulan. Untung-untung dapat selesaikan bayaran rumah lagi cepat dari tempoh 35 tahun!

4. Untuk pelaburan

Haaaa…beli rumah tak semestinya untuk duduk sendiri. Kalau anda memang dah selesa tinggal dengan keluarga atau suka menyewa sebab lagi dekat dengan tempat kerja, anda boleh pertimbangkan beli rumah untuk pelaburan.

Anda boleh cari rumah yang sesuai dengan bajet dan paling penting di lokasi strategik untuk disewakan atau dibuat homestay.

Jadi, bagi yang selalu tertanya-tanya, “bila masa sesuai nak beli rumah?” atau “umur berapa patut dah ada rumah sendiri?

Jawapannya adalah lagi awal lagi bagus sebab cepat dapat habis bayar pinjaman perumahan. Bayangkan kalau dapat beli rumah masa umur 25 tahun, umur 60 dah habis bayar tau. Dapat pencen dengan aman sebab tak ada lagi komitmen besar nak tanggung.

Tapi, kalau dah terlepas umur 20-an tu, tak bermakna anda dah terlambat. Masih ada ruang untuk anda jika terus berusaha dan pastikan jaga kewangan anda. Boleh mula dengan menyimpan duit supaya dapat membayar deposit rumah.

Selamat mencari rumah yang sesuai untuk anda yang umur 35 tahun!

Panduan Relevan

Penafian: Maklumat diberikan dalam laman web ini bersifat umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perancangan kewangan profesional.
PropertyGuru akan berusaha memperkemas maklumat di laman web ini apabila diperlukan. Bagaimanapun, maklumat boleh diubah tanpa notis dan kami tidak memberikan jaminan ketepatan maklumat dalam laman web ini, termasuklah maklumat diberikan oleh pihak ketiga, pada bila-bila masa.
Walaupun semua usaha telah diambil bagi memastikan maklumat yang diberikan adalah tepat ketika ia diterbitkan, individu tidak boleh bergantung kepada maklumat ini untuk membuat keputusan kewangan atau pelaburan. Sebelum membuat sebarang keputusan, kami mencadangkan anda supaya berunding dengan perancang kewangan atau bank anda serta mengambil kira situasi unik kewangan dan keperluan setiap individu.
PropertyGuru tidak memberikan jaminan berkaitan ketepatan, kebolehpercayaan dan kesempurnaan maklumat yang terkandung dalam laman web ini. Kecuali selagi mana sebarang liabiliti di bawah undang-undang yang tidak boleh dikecualikan, PropertyGuru, dan pekerjanya tidak ada sebarang liabiliti untuk apa sahaja kesilapan atau ralat di dalam laman web ini atau untuk apa sahaja kerugian atau kerosakan yang ditanggung pembaca atau mana-mana orang yang lain.