Gahnya Rumah 6 Pereka Fesyen Malaysia Ini!

·5-min read

Ada antara kita yang dikurniakan Tuhan dengan bakat sangat unik. Di tambah pula dengan kerja keras, semua hasil kerja tangan menjadi.

Dalam banyak-banyak bakat, seni rekaan antara yang paling susah hendak dinilai. Yerlah, seni ni subjektif, lawa untuk sesetengah orang, tak berapa lawa untuk orang lain.

Tapi, satu benda yang pasti, orang yang berseni ni memang hebat. Macam pereka fesyen, mereka ada kemampuan untuk bezakan warna, jahitan, jenis fabrik, jenis “silhouette” dan macam-macam lagi!

Bukan senang tahu, nak jadikan imaginasi dalam fikiran satu kenyataan. Kalau bagi kat kita yang tak berapa nak berbakat ni buat, memang Innalillah je lah.

Bakat dan kerja keras ni akhirnya mengubah kehidupan, dari tak berapa senang kepada lebih senang, dari bukan sesiapa menjadi orang yang dihormati kawan dan lawan.

Antara benda yang ramai orang akan ubah hasil kerja keras ni mestilah rumah kan? Jadi, jom lawat rumah pereka fesyen yang memang gah ni!

 

1) Fiziwoo

rumah idamanku, rumah pereka fesyen, Bernand Chandran, Rizalman, Ana Abu
rumah idamanku, rumah pereka fesyen, Bernand Chandran, Rizalman, Ana Abu

Kredit: Generationt.asia

Kalau anda memang ikut perkembangan fesyen Malaysia, satu jenama yang jadi tumpuan ramai dan disebut-sebut ialah Fiziwoo. Taukenya ada dua orang iaitu Hafizi Radzi Woo dan Izree Khai Hafiz.

Rumah Izree Khai Hafiz ni memang ringkas, tapi lihatlah gabungan warna yang digunakannya. Mungkin sebab mereka masih muda, cita rasanya pun lebih kontemporari dengan permainan warna terang yang menyeronokkan untuk ruang tamu.

rumah idamanku, rumah pereka fesyen, Bernand Chandran, Rizalman, Ana Abu
rumah idamanku, rumah pereka fesyen, Bernand Chandran, Rizalman, Ana Abu

Tapi, untuk bilik tidur pula, rona warna tanah digunakan, tengok pun memang buat nak tidur je!

rumah idamanku, rumah pereka fesyen, Bernand Chandran, Rizalman, Ana Abu
rumah idamanku, rumah pereka fesyen, Bernand Chandran, Rizalman, Ana Abu

Kondo mewah yang diduduki mereka ni pun boleh tahan damainya. Dengan rimbunan hijau menghiasi laman dan kolam renang besar untuk istirehat.

rumah idamanku, rumah pereka fesyen, Bernand Chandran, Rizalman, Ana Abu
rumah idamanku, rumah pereka fesyen, Bernand Chandran, Rizalman, Ana Abu

 

2) Ana Abu

rumah idamanku, rumah pereka fesyen, Bernand Chandran, Rizalman, Ana Abu
rumah idamanku, rumah pereka fesyen, Bernand Chandran, Rizalman, Ana Abu

Ana Abu adalah pereka fesyen muda Malaysia yang sedang meningkat naik. Wanita berasal dari Kelantan ni menggunakan pendekatan “gender neutral” dalam rekaan pakaiannya.

Rekaannya minimalis dengan jahitan dan potongan besar untuk keselesaan dengan rona warna neutral seperti putih, kelabu dan hitam.

rumah idamanku, rumah pereka fesyen, Bernand Chandran, Rizalman, Ana Abu
rumah idamanku, rumah pereka fesyen, Bernand Chandran, Rizalman, Ana Abu

Jadi, sudah tentulah rumahnya pun senada. Dengan warna putih dan coklat mendominasi ruang. Tapi minimalis Ana Abu ni pun bukanlah kosong sangat tau, setiap sudut macam “bercakap” kepada tetamu.

rumah idamanku, rumah pereka fesyen, Bernand Chandran, Rizalman, Ana Abu
rumah idamanku, rumah pereka fesyen, Bernand Chandran, Rizalman, Ana Abu

Pendek kata, ringkas tapi masih bermakna, rumah keluarga yang mendamaikan.

rumah idamanku, rumah pereka fesyen, Bernand Chandran, Rizalman, Ana Abu
rumah idamanku, rumah pereka fesyen, Bernand Chandran, Rizalman, Ana Abu

 

3) Yuna

rumah idamanku, rumah pereka fesyen, Bernand Chandran, Rizalman, Ana Abu
rumah idamanku, rumah pereka fesyen, Bernand Chandran, Rizalman, Ana Abu

Yuna ni bukan setakat penyanyi bertaraf antarabangsa tau, dia juga dikenali kerana pelbagai rekaan dan gaya fesyen tersendiri.

Bermula sebagai penyanyi yang keluarkan duit sendiri untuk buat album, sekarang ni dia bertapak di bawah jenama besar dunia. Dia membuktikan hijabster pun masih boleh berjaya tanpa mengorbankan kepercayaan peribadinya.

Tapi, anda mesti tertanya-tanya kenapa Yuna dalam senarai ni sebab dia ni penyanyi! Jangan tak tahu, Yuna pun aktif mereka bentuk dan membuat pelbagai aksesori fesyen. Malah, dia juga pernah ada butik November Culture yang menjual pelbagai rekaannya.

Jom kita tengok video “home tour” rumah Yuna di LA ni!

<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/WLc3Uu4LJOM" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; clipboard-write; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture" allowfullscreen></iframe>

 

4) Datuk Rizalman

rumah idamanku, rumah pereka fesyen, Bernand Chandran, Rizalman, Ana Abu
rumah idamanku, rumah pereka fesyen, Bernand Chandran, Rizalman, Ana Abu

Kredit: Glam.my

Siapa je yang tak kenal dengan Datuk Rizalman, salah seorang pereka fesyen terulung di Malaysia. Boleh kata semua artis Kelas A tempatan pernah menyarung baju hasil tangannya. Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, semua pernah!

Walaupun sudah bersara dari lapangan fesyen selepas 30 tahun membina jenama, Datuk Rizalman tetap aktif dalam dunia penyiaran dan perniagaan. Turut jadi perhatian adalah rumahnya yang bak istana!

rumah idamanku, rumah pereka fesyen, Bernand Chandran, Rizalman, Ana Abu
rumah idamanku, rumah pereka fesyen, Bernand Chandran, Rizalman, Ana Abu

Mana taknya, rumah milik Datuk Rizalman ini asalnya hanyalah rumah bersaiz sederhana, namun kerja keras 30 tahun berjaya mengubah rumah tersebut kepada sebuah istana.

rumah idamanku, rumah pereka fesyen, Bernand Chandran, Rizalman, Ana Abu
rumah idamanku, rumah pereka fesyen, Bernand Chandran, Rizalman, Ana Abu

Lihat saja dekorasi rumah Datuk Rizalman ini yang nyata mengagumkan! Ditambah pula dengan kebijaksanaan Datuk Rizalman sendiri menghias mahligainya.

<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/97e2GOZk4Fg" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; clipboard-write; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture" allowfullscreen></iframe>

Dengan setiap bahagian rumah dengan konsep berlainan dan tertentu, seperti bilik tetamu dengan konsep konsep Morraco, manakala dapur basah menciduk tema ala Inggeris, ternyata rumah Datuk Rizalman di kelasnya yang tersendiri.

 

5) Zang Toi

rumah idamanku, rumah pereka fesyen, Bernand Chandran, Rizalman, Ana Abu
rumah idamanku, rumah pereka fesyen, Bernand Chandran, Rizalman, Ana Abu

Zang Toi ni nama besar dalam dunia fesyen. Berasal dari sebuah kampung di Kuala Krai, Kelantan, dia kemudiannya melanjutkan pelajaran di Parsons School of Design, New York pada usia 20 tahun.

Pada 1989, dia buka jenama fesyennya sendiri dan pada 1990 Ketua Editor Vouge Anna Wintour memaparkan rekannya dalam majalah fesyen terkenal dunia tu. Bukan senang nak tembus pasaran antarabangsa, tapi Zang Toi ni boleh buat.

rumah idamanku, rumah pereka fesyen, Bernand Chandran, Rizalman, Ana Abu
rumah idamanku, rumah pereka fesyen, Bernand Chandran, Rizalman, Ana Abu

Sesuai dengan statusnya sebagai pereka fesyen yang pernah menggayakan bintang ternama Hollywood dan personaliti terkenal lain termasuklah Sharon Stone, Eva Langoria, Keluarga Diraja Saudi dan Melinda Gates, rumahnya pun mestilah gempak!

Prinsip hiasannya mudah iaitu “less is more”, dia sukakan keringkasan yang disertakan sentuhan beberapa barangan mewah. Ringkas tapi menonjol.

rumah idamanku, rumah pereka fesyen, Bernand Chandran, Rizalman, Ana Abu
rumah idamanku, rumah pereka fesyen, Bernand Chandran, Rizalman, Ana Abu

Warna pilihannya pula lebih kepada rona warna neutral. Hasilnya memang menawan dan sejuk je mata memandang. Tengok pun tak serabut tapi masih rasa mewah dan mendamaikan.

 

6) Bernard Chandran

rumah idamanku, rumah pereka fesyen, Bernand Chandran, Rizalman, Ana Abu
rumah idamanku, rumah pereka fesyen, Bernand Chandran, Rizalman, Ana Abu

Dijulang sebagai Raja Fesyen Malaysia, perjalanan kerjaya Bernard Chandran tak mudah. Daripada susah hanya mampu makan maggi, kini rekaannya digayakan dan disarungkan oleh pelbagai personaliti antarabangsa, pernah dipakai untuk Anugerah Grammy, ok!

Dia juga adalah “family man” dikurniakan lima cahaya mata dan isterinya juga antara supermodel era 1980-an. Kalau ikut akaun Instagramnya, memang penuh dengan aktiviti keluarga mereka, wajarlah kerana keluarga adalah harta paling berharga.

rumah idamanku, rumah pereka fesyen, Bernand Chandran, Rizalman, Ana Abu
rumah idamanku, rumah pereka fesyen, Bernand Chandran, Rizalman, Ana Abu

Menyifatkan gayanya sebagai “regal” atau “diraja”, rumahnya pun memanglah tersangat mewah dan cantik. Dipenuhi dengan hiasan warna emas dan “over the top” tapi semuanya masih mengena.

Bukan senang tahu nak ubah “keserabutan” jadi “kecantikan”. Tapi, Bernard Chandran ni berjaya buat semua tu, siap ada hiasan ikan jerung dalam rumah lagi!

rumah idamanku, rumah pereka fesyen, Bernand Chandran, Rizalman, Ana Abu
rumah idamanku, rumah pereka fesyen, Bernand Chandran, Rizalman, Ana Abu

 

Bonus: Kunang-Kunang Heritage Villas oleh Radzuan Radziwill

Pereka fesyen ni selalunya juga orang yang bijak berniaga. Yerlah mereka mahukan kawalan sepenuhnya ke atas kreativiti mereka, orang seni memang tak suka dikawal!

Jadi, tak hairanlah ada antara mereka yang melabur dalam hartanah juga. Seperti pereka fesyen ternama tanah air, Radzuan Radziwill yang memulakan perniagaan dalam bidang perhotelan ni.

rumah idamanku, rumah pereka fesyen, Bernand Chandran, Rizalman, Ana Abu
rumah idamanku, rumah pereka fesyen, Bernand Chandran, Rizalman, Ana Abu

Kunang-Kunang Heritage Villas di Langkawi ni adalah kawasan hotel yang menempatkan pelbagai rumah kampung lama yang diubahsuai untuk menjadi hotel mewah.

rumah idamanku, rumah pereka fesyen, Bernand Chandran, Rizalman, Ana Abu
rumah idamanku, rumah pereka fesyen, Bernand Chandran, Rizalman, Ana Abu

Lihatlah betapa cantiknya kerja ubah suai yang dilakukan, memang boleh jadi inspirasi mereka yang tercari-cari idea untuk rumah kampung mereka.

rumah idamanku, rumah pereka fesyen, Bernand Chandran, Rizalman, Ana Abu
rumah idamanku, rumah pereka fesyen, Bernand Chandran, Rizalman, Ana Abu

Cantik dan gah betul rumah hasil kerja keras mereka ni. Itulah orang cakap, minat, bakat dan kerja keras memang boleh mengubah kehidupan seseorang. Semoga terinspirasi!

Selain pereka fesyen, jom tengok rumah usahawan wanita, selebriti terkenal dan pemimpin Malaysia ni. Boleh dijadikan semangat untuk terus bekerja keras mencapai impian rumah idaman!