FUSIONEX MEMPEROLEHI KONTRAK UNTUK MENINGKATKAN KECEKAPAN ALIRAN KERJA BAGI INSTITUSI KEWANGAN UTAMA

YUANA KING
SINGAPURA, 22 Nov (Bernama) -- Pakar teknologi data yang telah memenangi pelbagai anugerah Fusionex telah memperolehi sebuah kontrak berbilang tahun di mana mereka akan menggunakan teknologi pengurusan data, kerjasama dan integrasi terkini mereka untuk meningkatkan perkongsian maklumat dan menjanakan wawasan perniagaan yang lebih baik bagi sebuah penyedia perkhidmatan kewangan yang utama. Pelanggan itu adalah sebuah institusi kewangan yang sudah wujud beberapa dekad lamanya dengan lebih daripada 50 cawangan dan mempunyai lebih 1,500 orang pekerja. Sebuah penyedia bagi perkhidmatan perbankan penting kepada pelanggan individu dan korporat, pelanggan itu bersungguh-sungguh meneruskan penyatuan teknologi di dalam operasi mereka dan telah meminta Fusionex untuk memacukan perjalanan transformasi digital mereka. Fusionex akan menyediakan sebuah platform kerjasama yang didorong oleh data untuk membantu meningkatkan aliran kerja, pengurusan dokumen, dan aktiviti usaha sama bagi kakitangan pelanggan. Platform itu akan dapat dengan pantas dan selamat menyebarkan pandangan perniagaan dan operasi, data berasaskan prestasi, jumlah jualan dan kemas kini korporat kepada kakitangan di semua cawangan. Ia akan juga dapat mengelakkan penyebaran maklumat yang ketinggalan zaman atau mengelirukan di seluruh organisasi itu. Ini akan membolehkan pekerja untuk bekerja dengan mempunyai wawasan yang paling relevan dan terkini, meningkatkan kecekapan, membantu dalam membuat keputusan dan meminimumkan gangguan operasi. Ketelusan, keselamatan dan kebolehlihatan maklumat juga diutamakan memandangkan platform itu dapat mengesan siapa yang mengakses maklumat apa pada masa tertentu. Dengan menggunakan Kecerdasan Buatan dan Mesin Pembelajaran, penyelesaian itu juga dapat memahami penerimaan kakitangan terhadap maklumat tertentu dan menentukan sama ada sentimen mereka dilihat secara positif. Begitu juga, penerbitan dan penyebaran maklumat adalah lebih mudah kerana sesiapa sahaja dari pasukan-pasukan perniagaan akan dapat melakukannya hasil daripada antara muka dan automasi penyelesaian itu yang mesra pengguna. Penerbitan dan perkongsian pandangan dan kandungan, yang lazimnya mengambil masa beberapa hari memandangkan kelulusan berasaskan kertas diperlukan, kini boleh dicapai dalam masa kurang dari satu jam atau hanya dalam masa beberapa minit sahaja. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex, Dato' Seri Ivan Teh berkata, “Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan pelanggan untuk membantu meningkatkan aliran kerja, automasi dan platform data mereka melalui penggunaan teknologi digital secara efektif. Dalam dunia yang hiper bersambung ini yang tidak pernah tidur, adalah penting untuk melaksanakan sesuatu pada tahap kecekapan yang paling tinggi. Kami di Fusionex percaya bahawa dengan sistem ini, pelanggan akan dapat menemui dan memanfaatkan peluang-peluang baharu, mengenal pasti aliran pendapatan baharu dan berikutan itu meningkatkan keupayaan mereka untuk menawarkan perkhidmatan dan penawaran yang lebih besar kepada pelanggan mereka.” Maklumat mengenai Fusionex Fusionex adalah sebuah penyedia teknologi data yang telah mantap yang memenangi pelbagai anugerah yang mengkhususkan diri di dalam Analisis, Data Besar, IR 4.0, Mesin Pembelajaran dan Kecerdasan Buatan. Penawaran mereka adalah tertumpu kepada membantu pelanggan membuka nilai dan memperolehi wawasan daripada data. Dipaparkan di Forbes, Bloomberg, Gartner, IDC, Forrester, Edison dan Huffington Post, Fusionex adalah syarikat Analisis Data Besar yang terbesar dan pemimpin pasaran di ASEAN, dengan membawa platform paling ssyarikat-syarikat Fortune 500, syarikat-syarikat FTSE, konglomerat besar dan juga pelbagai perusahaan kecil dan sederhana (PKS)) yang merentasi Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Pasifik. Fusionex juga adalah merupakan sebuah syarikat MDEC GAIN serta sebuah penerima MGS. Laporan 2018 Gartner mengenai Analisis Moden dan Kecerdasan Perniagaan menyenarai pendek dan memuji platform teknologi data Fusionex. Di samping itu, Fusionex telah dikenal pasti sebagai sebuah Pemain Utama di dalam Laporan MarketScape IDC untuk Data Besar & Analisis. Fusionex adalah satu-satunya syarikat yang berpangkalan di ASEAN yang dipaparkan di dalam kedua-dua laporan tersebut, sekali gus mengesahkan kelayakan mereka di dalam pasaran teknologi data untuk rantau ini. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Fusionex, sila layari www.fusionex-international.com Hubungi Hubungan Media: Angie Lim angie@adv-fusionex.com Sumber: Fusionex Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. --BERNAMA