Denggi Di Malaysia: Adakah Rumah Anda Dalam Zon Merah?

Di saat satu dunia sedang sibuk memerangi penularan wabak virus COVID-19, jangan lupa ada lagi satu virus bahaya iaitu virus denggi yang masih giat menyerang rakyat di negara kita ni.

Kalau COVID-19 pandemik, denggi ni masih endemik tau, kedua-duanya tetap bahaya!

Demam denggi tak boleh dipandang remeh kerana ia adalah penyakit sebaran nyamuk yang paling cepat merebak di dunia dengan lebih 50 juta kes dilaporkan di peringkat global setiap tahun.

Macam mana terjadinya denggi? Siapa lagi pembawa wabak ni kalau bukan nyamuk Aedes yang terkenal dengan belang putih pada tubuh hitamnya.

Tak cukup dengan denggi yang boleh membawa maut, ada juga penyakit lain yang dibawa oleh nyamuk aedes seperti:

  • Chikungunya

  • Zika

  • Demam kuning dewasa

Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Rozita Hod:

“Denggi seperti kita sedia maklum juga sangat berbahaya kerana berdasarkan rekod sebelum ini, ia turut meragut nyawa, tidak ada ubat dan langkah terbaik hanyalah melalui pencegahan dengan menjaga kebersihan persekitaran.”

zon merah demam denggi malaysia
zon merah demam denggi malaysia

Jangkitan demam denggi boleh jadi ringan atau sangat serius dan ada masa boleh menyebabkan kematian.

Demam denggi yang teruk berpotensi membawa maut, disebabkan oleh kebocoran plasma, pengumpulancairan, gangguan pernafasan, pendarahan teruk atau gangguan organ.

Sebab tu penting sangat untuk kita menghapuskan nyamuk aedes dan mengelakkan dari demam denggi merebak.

Pelbagai petua yang anda boleh jumpa untuk menghalau nyamuk aedes, selain menggunakan sembur racun serangga.

Anda boleh cuba 8 cara semulajadi ini untuk menghalau nyamuk supaya mereka tak dapat menyebarkan penyakit ke dalam rumah anda.

Ada Kaitan Tak Antara Denggi Dan Hartanah?

Bila kena gigit nyamuk, orang selalu kaitkan dengan ciri-ciri individu yang selalu digigit. Contohnya, ni antara 4 perkara yang membuatkan nyamuk tertarik kepada mangsanya:

  • Bernafas laju dan hembusan karbon dioksida yang lebih banyak

  • Kelembapan dan bau yang dihasilkan ketika berpeluh

  • Memakai pakaian gelap, terutama sekali warna hitam

  • Selepas seseorang mengambil minuman beralkohol

Itu kalau bercerita tentang orang, tapi untuk pengetahuan anda, sekarang dah ada yang mengkaji kaitan antara jenis / reka bentuk rumah dan nyamuk. Di sini kami kongsikan beberapa kajian dan penemuan saintifik kami jumpa.

1. Corak penyebaran denggi berdasarkan jenis perumahan

demam denggi, denggi, denggi malaysia, cara mencegah demam denggi
demam denggi, denggi, denggi malaysia, cara mencegah demam denggi

Berdasarkan data yang diperolehi, kajian tersebut mengatakan risiko penularan denggi di perumahan rendah (rumah atas tanah) adalah lebih tinggi berbanding rumah high-rise di Singapura.

Ini disebabkan ketumpatan saliran yang terletak berdekatan kediaman adalah rendah dan mempengaruhi penyebaran denggi.

Ia mencadangkan supaya rancangan perumahan awam menetapkan arahan dan garis panduan untuk mengawal denggi dan penyakit bawaan vektor lain di penempatan manusia. Sesuatu yang mungkin selari dengan apa yang terjadi di Malaysia.

2. Pengaruh ciri rumah pada taburan nyamuk dan penularan malaria

Kajian ini menemui bahawa ciri rumah yang tak dibina dengan elok meningkatkan penyebaran nyamuk dan risiko penularan malaria di bandar Yaoundé.

Mereka memberi penyelesaian / penambaikan untuk mengurangkan nyamuk untuk memasuki rumah seperti menutup atap, meletakkan siling di bawah bumbung, meletakkan skrin di tingkap atau membina dinding simen.

Berdasarkan kajian ni, kita boleh simpulkan yang keadaan rumah juga penting untuk mengelakkan nyamuk dari masuk ke rumah.

3. Reka bentuk rumah mempengaruhi kepadatan nyamuk malaria, suhu, dan kelembapan relatif

demam denggi, denggi, denggi malaysia, cara mencegah demam denggi
demam denggi, denggi, denggi malaysia, cara mencegah demam denggi

Selepas menyelidik keadaan cucur atap dan ketumpatan nyamuk malaria, kajian ni melaporkan yang rumah berbumbung logam dengan cucur atap yang tertutup dan pintu yang elok mengurangkan kemasukan nyamuk sebanyak 96% (91–98).

Ini disebabkan pengudaraan rumah jerami dengan bumbung logam adalah lebih baik. Keadaan ini mungkin boleh disesuaikan dengan rumah-rumah di kampung, atau perkampungan orang asli.

Antara faktor lain yang kami rasa menyumbang kepada tarikan nyamuk adalah:

a. Rumah kayu / rumah batu

Nyamuk sukakan persekitaran yang lembap dan panas, jadi kemungkinan tinggi nyamuk akan lebih sukakan rumah kayu berbanding rumah batu.

Sebab tu, kalau anda perasan, balik kampung je mesti kena gigit nyamuk. Tips tak nak kena gigit ialah selubung satu badan masa tidur atau halakan kipas pada anda sorang saja.

b. Kawasan rumah lengang / banyak tanaman

Kalau anda memang dah pastikan kawasan rumah sentiasa bersih, jarang sekali akan ada serangan nyamuk.

Kecuali jika rumah anda penuh dengan tanaman sebab nyamuk memang boleh jadikan tanaman tu semua sebagai habitat mereka.

demam denggi, denggi, denggi malaysia, cara mencegah demam denggi
demam denggi, denggi, denggi malaysia, cara mencegah demam denggi

Macam pergi hutan kan banyak nyamuk, samalah konsep dengan kawasan rumah anda. Jadi, kena pastikan juga di kawasan tanaman anda bebas nyamuk dan jentik-jentik.

Kajian sebegini adalah penting kerana rumah kediaman lah yang paling kita risau kalau nyamuk aedes membiak. Ia bukan saja membahayakan tuan rumah dan ahli keluarga tetapi juga jiran tetangga.

Di Mana Wabak Denggi Malaysia Berlaku?

Bagi menyediakan maklumat terkini tentang wabak denggi kepada semua, kami kongsikan laporan kes dari portal rasmi iDengue.

Platform ini adalah Projek Kerjasama di antara Kementarian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) Kementerian Sains & Inovasi (MOSTI).

Setakat 29 Ogos 2021, jumlah kes denggi Malaysia sejak 29 Disember 2020 adalah 17,762! Berikut adalah pecahan jumlah kes mengikut negeri:

Negeri

Jumlah kes terkumpul (29 Dis ’20 - 29 Ogos ’21)

Johor

1,392

Kedah

363

Kelantan

140

Melaka

459

Negeri Sembilan

405

Pahang

327

Perak

417

Perlis

16

Pulau Pinang

287

Sabah

1,100

Sarawak

265

Selangor

10,483

Terengganu

31

WP Kuala Lumpur

1,984

WP Labuan

4

WP Putrajaya

89

Jumlah Seluruh Malaysia

17,762

Sumber: iDengue

Berdasarkan laporan tadi, Selangor ialah negeri dengan kes denggi paling tinggi. Ini mungkin kerana penduduk Selangor adalah paling ramai di Malaysia iaitu 6.54 juta (20% daripada 32.75 juta orang pada suku tahun pertama 2021).

PGMY_PropSite_Guides_Banner_610x457px_BM (1)
PGMY_PropSite_Guides_Banner_610x457px_BM (1)

Disebabkan populasi yang ramai dan jumlah kediaman yang tinggi di Selangor, tak mustahil negeri ni mencatat kes tertinggi di Malaysia.

Ini bermakna, banyak lagi kawasan perumahan di Selangor yang perlu mengambil langkah drastik bagi melawan penyakit denggi.

Sekarang anda dah tahu jumlah kes bagi setiap negeri, jom kita tengok pula berapa kawasan wabak denggi yang sedang aktif (setakat 30 Ogos 2021) bagi negeri-negeri yang mempunyai lebih daripada seribu kes.

Negeri

Daerah/Jumlah Lokaliti

Selangor

Gombak (44)

Hulu Langat (53)

Klang (6)

Kuala Selangor (1)

Petaling (51)

Jumlah Lokaliti: 155

Kuala Lumpur

Parlimen Bandar Tun Razak (1)

Parlimen Batu (1)

Parlimen Cheras (1)

Parlimen Lembah Pantai (1)

Parlimen Segambut (4)

Parlimen Setiawangsa (3)

Parlimen Wangsa Maju (2)

Jumlah Lokaliti: 13

Johor

Johor Bahru (1)

Jumlah Lokaliti: 1

Sabah

Penampang (2)

Tawau (2)

Jumlah Lokaliti: 4

Walaupun setiap negeri melaporkan kes denggi, Selangor ialah satu-satunya negeri yang termasuk di dalam senarai lokaliti hotspot* bagi minggu 35 pada tahun 2021.

*Hotspot ni merujuk kepada kawasan wabak berpanjangan melebihi 30 hari.

Dua daerah Selangor yang tersenarai adalah Petaling dan Hulu Langat di mana kedua-duanya sering dikaitkan dengan kes paling tinggi dalam Selangor.

demam denggi, denggi, denggi malaysia, cara mencegah demam denggi
demam denggi, denggi, denggi malaysia, cara mencegah demam denggi

Antara faktor utama kenapa negeri Selangor mempunyai kes denggi yang tinggi ada diberikan di portal rasmi Dewan Negeri Selangor, iaitu

  • Kepesatan pembangunan menjadikan banyak tapak pembinaan baru diwujudkan dan ianya berpotensi menjadi tempat pembiakan aedes.

  • Kepadatan penduduk menyumbang terhadap kes demam denggi yang tinggi terutama di kawasan perumahan.

  • Kebanjiran warga asing menyumbang kepada peningkatan kes denggi. Ini disebabkan sikap tak menjaga kebersihan dan tak memberi kerjasama yang memburukkan lagi keadaan.

  • Sikap dan tingkah laku masyarakat setempat juga menyumbang kepada kes denggi. Sikap sambil lewa dalam memastikan kawasan persekitaran adalah bebas dari takungan sama ada di dalam atau di luar rumah sukar

  • Premis terbiar atau kosong menjadi punca pembiakan denggi di sesuatu lokaliti wabak. Premis kosong ini dijadikan tempat pembuangan sampah oleh penduduk yang tidak bertanggungjawab.

Melihat pada kawasan Hulu Langat secara khusus pula, daerah tersebut berterusan mencatat kes-kes denggi tertinggi kerana

  • Kepadatan penduduk yang tinggi yang memudahkan penyakit Denggi merebak.

  • Kebersihan alam sekeliling yang kurang memuaskan di beberapa lokaliti yang meyumbang kepada pembiakan nyamuk aedes.

  • Kurang kerjasama daripada penduduk di beberapa kawasan dalam aktiviti pencegahan pembiakan nyamuk.

Jika anda tinggal di kawasan wabak denggi dan ingin mendapatkan maklumat terkini, kami sarankan anda lawati portal rasmi iDengue kerana maklumat dikemaskini setiap hari.

Apakah Inisiatif Malaysia Untuk Cuba Kawal Denggi?

Disebabkan wabak demam denggi berpunca daripada nyamuk Aedes, kebanyakan inisiatif atau program yang dijalankan berkait dengan membasmi pembiakan nyamuk itu sendiri. Kalau tak ada nyamuk, tak adalah kes penyakit yang dibawa oleh mereka, betul tak?

demam denggi, denggi, denggi malaysia, cara mencegah demam denggi
demam denggi, denggi, denggi malaysia, cara mencegah demam denggi

Pelbagai pelan telah dijalankan di Malaysia untuk mengawal denggi, baik oleh kerajaan atau organisasi kesihatan yang lain.

Mari kita lihat apakah cara yang telah dilakukan dan bagaimana kita boleh memainkan peranan dalam isu ini.

1. Kaedah Wolbachia

Wolbachia adalah sejenis bakteria yang terletak di dalam sel serangga dan wujud secara semula jadi pada 60% jenis spesies serangga dan invertebrata seperti lalat, labah-labah dan nematoda.

Wolbachia hanya dapat hidup di dalam sel induk dan diturunkan secara semula jadi ke anak-anak si ibu yang telah dijangkiti Wolbachia.

Jadi, kaedah Wolbachia dijalankan di Malaysia dengan menyuntik telur nyamuk dengan bakteria tersebut melalu suntikan mikro.

Telur nyamuk itu kemudiannya akan menghasilkan nyamuk yang membawa bakteria Wolbachia dan menyebarkan kepada nyamuk lain apabila mengawan.

demam denggi, denggi, denggi malaysia, cara mencegah demam denggi
demam denggi, denggi, denggi malaysia, cara mencegah demam denggi

Kaedah ini juga membantu menurunkan kes denggi kerana telur yang dihasilkan oleh nyamuk Aedes dengan bakteria Wolbachia tak akan menetas. Maknanya, populasi nyamuk pun akan berkurang.

Pada Julai 2019, Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) melepaskan telur nyamuk yang disuntik bakteria Wolbachia di 11 lokaliti di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

Ia dibuat selepas kejayaan kajian rintis sejak Mac 2017 yang menyaksikan penurunan kes denggi hingga 80%.

2. Nyamuk Gajah

Penggunaan nyamuk gajah adalah salah satu alternatif paling berkesan untuk membasmi pembiakan nyamuk aedes. Nyamuk ni tak seperti nyamuk lain kerana ia tak menghinggap dan menghisap darah.

Saiznya pula besar daripada nyamuk biasa dan berfungsi sebagai pembunuh larva dengan memakan jejentik nyamuk aedes.

Kaedah ini telah dijalankan oleh pelajar dan kakitangannya Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi kempen 'Kampus Bebas Denggi', selain bergotong-royong untuk mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

3. Segitiga Epidemiologi (Epidemiological Triangle)

demam denggi, denggi, denggi malaysia, cara mencegah demam denggi
demam denggi, denggi, denggi malaysia, cara mencegah demam denggi

Tindakan pencegahan dan kawalan nyamuk aedes melalui pengurusan berasaskan Segitiga Epidemiologi seperti yang tertera di dalam Garis Panduan Kawalan Nyamuk Di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Pendekatan ini bertujuan mengawal pemerebakan demam denggi melalui tiga faktor utama: Persekitaran, Agen dan Perumah. Contohnya:

  • Mengawal persekitaran berisiko tinggi dengan memusnahkan tempat-tempat pembiakan.

  • Menyediakan pengkalan data bagi premis yang berisiko tinggi.

  • Meminta orang awam mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelak gigitan nyamuk.

  • Penggunaan racun serangga yang dibenarkan oleh pihak berkuasan kesihatan untuk memusnahkan nyamuk dewasa dan jentik-jentik menerusi aktiviti larvaciding atau fogging.

  • Tindakan pencegahan dan kawalan yang dijalankan PBT adalah berdasarkan tahap risiko sesuatu kawasan.

4. Promosi Kesihatan dan Penglibatan Komuniti

Aktiviti ini juga terkandung di dalam di dalam Garis Panduan Kawalan Nyamuk Di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebagai kaedah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai demam denggi serta langkah-langkah mencegah dan mengawalnya.

Antara caranya adalah:

  • Penglibatan masyarakat melalui Persatuan Penduduk / Joint Management Body (JMB) secara berkesan dan berterusan.

  • Peranan persatuan penduduk membantu mempergiatkan aktiviti bagi mencegah dan mengawal demam denggi seperti sukarelawan COMBI-LA.

  • Aktiviti yang membabitkan pemimpin dan masyarakat setempat seperti kempen, pameran denggi, gotong-royong, dan program COMBI-LA.

demam denggi, denggi, denggi malaysia, cara mencegah demam denggi
demam denggi, denggi, denggi malaysia, cara mencegah demam denggi

5. Kempen Bersama Melawan Denggi (Allied Against Dengue (AAD))

Kempen ini telah dilancarkan melalui kerjasama antara UCSI University Malaysia, Caring Pharmacy Group Berhad, Apex Pharmacy Marketing dan MIMS Health Today selain Persatuan Perubatan Malaysia, Persatuan Farmaseutikal Malaysia, Guardian Health & Beauty Malaysia Sdn Bhd serta GSK Consumer Healthcare.

Ia diasaskan pada 2015 di Indonesia sebelum dilancarkan di Malaysia dan Filipina melibatkan lebih 11,500 profesional kesihatan yang mendidik tentang pencegahan dan pengurusan denggi.

Semoga dengan semua kempen dan program yang ada dapat meningkatkan kesedaran lebih ramai rakyat Malaysia tentang pentingnya membasmi pembiakan nyamuk aedes.

Semua ni juga adalah cara mencegah demam denggi yang boleh menjadi sangat serius.

Kita pun dah tahu yang hartanah ada kaitan dengan nyamuk, jadi moga ada kajian yang serupa di atas bagi kediaman di Malaysia.

Selain inisiatif/program yang sedang berjalan, kita mungkin akan dapat menemui penyelesaian lain untuk membasmi pembiakan nyamuk aedes selama-lamanya.

Sentiasa ingat, walau di mana saja anda tinggal, tak kira jenis hartanah dan kawasan, pastikan kediaman anda sentiasa bersih dan bebas dari nyamuk aedes.

Panduan Relevan