Cara Mohon 15 Projek Mampu Milik Di eRumah Pulau Pinang

Pada tahun 2018, Pulau Pinang viral dengan kes rakyat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis terpaksa merempat di Komtar kerana diusir keluar dari kediaman mereka.

Kisahnya, mereka sudah tidak lagi tergolong dalam kategori layak PPR. Notis dah lama bagi tapi masih berdegil untuk keluar.

Tapi, nak tolong rakyat punya pasal, Jagdeep Singh Deo siap minta Kerajaan Pusat tambah projek perumahan khusus bagi rumah kos rendah dan sederhana rendah lagi tau!

Malah, dalam rekod laporan Sosio Ekonomi Pulau Pinang pada tahun 2019 ada sebut, sebanyak 43% sumbangan dalam sektor pembinaan adalah daripada aktiviti pembangunan kediaman sendiri!

Hartanah di Pulau Pinang Bukan Biasa-biasa

Selain lokasinya yang strategik, Pulau Pinang juga maju dalam sektor industri dan pelancongan. Kalau tak nak beli untuk tinggal sendiri pun, boleh ubah jadi Airbnb ke, mana tahu dapat pulangan pendapatan yang stabil.

Kos sara hidup di Pulau Pinang juga lebih rendah berbanding Kuala Lumpur. Jadi, tak hairanlah Pulau Pinang ini digelar sebagai Pulau Mutiara. Lubuk pelaburan hartanah rupanya!

Perumahan pulau pinang, rumah pulau pinang, beli rumah, rumah mampu milik penang, erumah penang, erumah pulau pinang
Perumahan pulau pinang, rumah pulau pinang, beli rumah, rumah mampu milik penang, erumah penang, erumah pulau pinang

Selain itu, Pulau Pinang juga tersenarai sebagai pulau ketiga di dunia yang menjadi pilihan ramai untuk bersara kerana kekayaan budaya dan tradisinya.

Butterworth? Georgetown? Bukit Mertajam? Merata-rata ada projek perumahan dari rumah kecil sampailah rumah besar! Jadi, orang penang tak perlulah sampai kena merempat di kaki lima lagi okay?

Meh kami nak habaq mai, ada banyak skim perumahan mampu milik selain PPR yang pihak kerajaan dah bagi pada hampa semua. Kebanyakannya semua untuk golongan B40 dan M40.

PropertyGuru Tip

Antara skim perumahan mampu milik tersedia di Malaysia adalah Rumah Mesra Rakyat (RMPLUS), PR1MA, Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP), Skim Rumah Pertamaku (SRP), Skim Perumahan Rumah Mesra Rakyat (SPNB), Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) dan Skim Perumahan Belia (SPB) BSN MyHome.

Sebenarnya proses jual beli rumah ini tak susah pun. Ramai yang anggap permohonan guna sistem ini melecehkan. Mereka lebih gemar berurusan secara manual bab-bab rumah ini.

Itu kata mereka. Lain pula dengan sistem eRumah Pulau Pinang ini! Lepas dah tahu fungsinya, kami nak tahu pula apa kata anda?

Apa Itu Sistem eRumah Pulau Pinang?

Zaman-zaman PKP ini semua benda dibuat atas talian saja termasuk pembelian rumah. Sebenarnya, setiap kerajaan negeri masing-masing memang ada sistem perumahan tersendiri.

Perumahan pulau pinang, rumah pulau pinang, beli rumah, rumah mampu milik penang, erumah penang, erumah pulau pinang
Perumahan pulau pinang, rumah pulau pinang, beli rumah, rumah mampu milik penang, erumah penang, erumah pulau pinang

Ia sebagai platform untuk rakyat memohon pelbagai projek perumahan yang ada melalui perkhidmatan menerusi internet.

Itulah gunanya sistem eRumah Pulau Pinang ini! Anda cuma perlukan ilmu, gadget dan internet untuk mohon.

Ia dicipta khas untuk rakyat Pulau Pinang bagi membuat permohonan jenis-jenis rumah tertentu seperti Rumah Kos Rendah, Kos Sederhana Rendah, Projek Perumahan Rakyat dan Rumah Mampu Milik

Maksudnya, kalau rasa-rasa nak beli rumah ala-ala kayangan, eRumah bukan untuk anda! Sasaran utama pengguna eRumah ini adalah majoriti daripada golongan B40 atau M40 yang belum memiliki rumah sendiri.

Chop! Orang tua-tua kata, sebelum masuk rumah kena bagi salam dulu. Jadi, apa kata anda ambil tahu dahulu syarat-syarat untuk memohon eRumah ini. Tak adalah nanti penat mohon tapi tak dapat!

Syarat/Kelayakan Permohonan eRumah Pulau Pinang

1. Warganegara Malaysia

2. Anak kelahiran Pulau Pinang/Bermastautin di Negeri Pulau Pinang sekurang-kurangnya 5 tahun dari tarikh permohonan

3. Berumur 21 tahun ke atas dari tarikh permohonan

4. Pengundi berdaftar ni Negeri Pulau Pinang sahaja

5. Bekerja di Pulau Pinang.

6. Pastikan pendapatan suami/isteri tidak melebihi RM750.00 sebulan.

7. Pendapatan isi rumah tidak lebih daripada had yang ditetapkan antara RM1,500.00 – RM12,000.00.

8. Hanya SATU permohonan sahaja dibenarkan untuk satu unit rumah.

9. Tidak pernah memiliki rumah di Pulau Pinang dan di mana-mana negeri di Malaysia untuk beberapa jenis rumah.

10. Mempunyai had tanggungan 5 orang untuk Skim PPR.

Itu semua syarat asas permohonan saja tau! Sebenarnya ada banyak lagi syarat permohonan tambahan bergantung pada jenis skim perumahan yang anda nak mohon.

Dah semak semua syarat dan anda layak? Apa tunggu lagi, cepat-cepatlah mohon! Ikut cara di bawah. Kacang saja!

Perumahan pulau pinang, rumah pulau pinang, beli rumah, rumah mampu milik penang, erumah penang, erumah pulau pinang
Perumahan pulau pinang, rumah pulau pinang, beli rumah, rumah mampu milik penang, erumah penang, erumah pulau pinang

Cara Mohon eRumah Pulau Pinang

1. Layari laman web eRumah di sini.

2. Isi nombor kad pengenalan di ruangan Pendaftaran/Semak Permohonan dan klik semak.

3. Jika rekod anda tidak wujud, anda perlu membuat permohonan baru.

4. Buat semakan syarat-syarat sebelum meneruskan permohonan.

5. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan di 6 bahagian seperti di bawah:

• Semakan syarat

• Pilihan perumahan- pilih jenis rumah dan kawasan

• Maklumat pemohon

• Di sini akan terpapar Login ID anda secara automatik yang akan digunakan log masuk ke sistem eRumah.

• Anda perlu mencipta kata laluan dan menjawab soalan rahsia.

• Maklumat pasangan

• Maklumat pekerjaan pasangan

• Maklumat pendapatan pasangan

• Maklumat Tanggungan

• Maklumat Tambahan

6. Semak semula maklumat yang diisi dan klik seterusnya bagi setiap 6 bahagian tersebut.

7. Popup mesej akan terpapar menyatakan maklumat yang dimasukkan tidak boleh diubah sehingga selesai proses pendaftaran.

8. Klik OK untuk kebahagian seterusnya atau Cancel jika ingin kembali ke bahagian sebelumnya.

9. Isi semua maklumat dan tekan butang hantar.

10. Slip permohonan akan dipaparkan dan klik OK. Simpan slip tersebut untuk dibawa ke kaunter nanti.

11. Hantar slip permohonan berserta borang PN1/PN4/PN3 dan dokumen sokongan yang diperlukan di Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Setelah selesai memohon, anda boleh membuat semakan permohonan tentang status jenis rumah yang layak dimohon serta dokumen sokongan yang dihantar semasa permohonan di bahagian Pengesahan Permohonan.

Ha. . . kalau nak selamat, anda jangan lupa kemaskini permohonan setiap 3 tahun tau! Kalau tak, permohonan anda akan sangkut nanti. Masih tak jelas? Jangan risau, kami ada menyediakan tutorial lengkap untuk rujukan anda.

Lepas dah semak syarat-syarat kelayakan, mesti anda dah tak sabar-sabar nak mohon kan? Tambahan pula tengah banyak projek perumahan yang aktif di beberapa kawasan Pulau Pinang sekarang. Mari tengok sama-sama!

15 Projek Perumahan Mampu Milik Aktif di Pulau Pinang

Menariknya, dalam sistem eRumah ini, anda boleh tengok sendiri projek skim perumahan mampu milik yang tengah mencanak naik sekarang ini di sekitar Pulau Pinang.

PGMY_No_1
PGMY_No_1

Tetapi, tak mengapa, untuk memudahkan anda, jom lihat senarai projek baru di kawasan Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara, Daerah Timur Laut dan Daerah Barat Daya yang kami kongsikan!

Rumah Pangsa Desa Wawasan (PPR)

• Di Sungai Rambai, Bukit Mertajam

• 20 tingkat dengan 907 unit

• 1 unit - 700 kaki persegi

• Berdekatan dengan akses kemudahan awam

• Harga mampu milik

PR1MA@Permatang Pauh (PPR)

• Di Permatang Pauh Seberang Perai

• Projek PR1MA

• Jenis rumah pangsa mampu milik C3

• 1014 unit dengan 900 kaki persegi/unit

• RM250,000 – RM300,000

• Siap dibina Mei 2021

Rumah Pangsa Ampang Jajar (PPR)

Ampang Jajar (MPSP) PPR

Jiran Residensi (RMM200k)

• Di Kampung Jawa Butterworth

• Jenis rumah pangsa mampu milik C2

• Harga maksimum RM200,000

• 150 unit dengan 850 kaki persegi/unit

• Berdekatan dengan akses pengangkutan awam

Jiran Residensi (RMM300k)

• Di Seksyen 4, Butterworth

• Jenis rumah pangsa mampu milik C3

• Harga maksimum RM300,000

• 204 unit dengan 1,000 kaki persegi/unit

• Berdekatan dengan akses pengangkutan

Taman Scientex Tasek Gelugor

• Ada 5 fasa

• Rumah mampu milik C3 jenis teres 2 tingkat

• Harga maksimum RM300,000

• 116 unit dengan 1123 kaki persegi/unit

• Sebanyak 50,000 dijangka siap pada tahun 2028

The Stone

• Di Paya Terubong 5

• Rumah mampu milik jenis C

• 1,000 unit untuk 2 block

• Keluasan 1,000 kaki persegi/unit

• Harga maksimum RM400,000

Grace Harmony (LMC)

• Di Jalan Jelutong, Seksyen 4

• Rumah mampu milik jenis B

• 44 tingkat dengan 310 unit

• Keluasan 700 kaki persegi/unit

• Harga maksimum RM72,500

Grace Harmony (RMMC3)

• Di Jalan Jelutong, Seksyen 4

• Rumah mampu milik Jenis C

• 44 tingkat dengan 444 unit

• Keluasan 850 kaki persegi/unit

• Harga maksimum RM300,000

Ramah Pavilion (RMM4A)

• Di Teluk Kumbar

• Rumah mampu milik jenis pangsa

• 38 tingkat dengan 759 unit

• Keluasan 1,355 kaki persegi

• Harga maksimum RM400,000

Quinton

Dua Residensi 2

• Di Teluk Kumbar

• Rumah mampu milik jenis C3

• 7 tingkat dengan 208 unit

• Keluasan 1,000 kaki persegi/unit

• Berdekatan dengan lapangan terbang dan Jambatan Pulau Pinang

• Harga maksimum RM300,000

Tree O

• Di Sungai Ara

• Rumah mampu milik jenis C

• Keluasan 900 kaki persegi/unit

• Pemandangan bukit dan laut.

• Harga maksimum RM300,000

Havana Beach Residences

• Di Bayan Lepas

• Rumah mampu milik Jenis C3

• 50 tingkat dengan 1342 unit

• Keluasan 850 kaki persegi/unit

• Harga maksimum RM300,000

Antara kesemua 15 projek ini, mesti ada yang melekat di hati kan?

Jadi terus saja hubungi pegawai atau pemaju yang terlibat di talian yang disediakan laman web eRumah.

Perumahan pulau pinang, rumah pulau pinang, beli rumah, rumah mampu milik penang, erumah penang, erumah pulau pinang
Perumahan pulau pinang, rumah pulau pinang, beli rumah, rumah mampu milik penang, erumah penang, erumah pulau pinang

Jangan Lepaskan Peluang Depan Mata

Bukan senang nak memiliki rumah sendiri kan? Macam-macam inisiatif yang pihak Kerajaan dah usahakan untuk bantu golongan miskin tegar, B40 dan M40 merasa duduk rumah sendiri.

Jadi, inilah masa untuk anda rebut peluang dengan skim yang wujud ini sebelum terlambat. Terus terang cakap, rumah mampu milik ini ibarat pisang goreng panas. Belum sempat bungkus dah kena sambar!

Apa-apa pun, jangan cepat putus asa sebelum cuba memohon. Manalah tahu ada rezeki anda nanti. Betul tak?

Panduan Relevan