Advertisement

COVID-19: Cara Kuarantin Di Rumah Untuk Pesakit & Penjaga!

Sejak pandemik COVID-19 melanda dunia, banyak dah berubah. Malaysia tak terkecuali dengan pelbagai sekatan dilaksanakan bagi mengelak penularan wabak.

Tapi nampaknya keadaan masih belum surut lagi. Masih ramai yang positif dan kena kuarantin. Kita sebenarnya pernah melalui masa selesa, kurang 100 kes sehari.

Tapi, sejak beberapa minggu lepas, varian Omicron yang melanda menyebabkan kes harian baharu COVID-19 naik mendadak! Pada 14 Februari 2022, sebanyak 21,315 kes baharu dilaporkan.

Walaupun begitu, majoriti kes baharu COVID-19 berada dalam kategori 1 dan 2, iaitu kes tidak bergejala atau kes gejala ringan.

Ini disebabkan kejayaan program vaksinasi COVID-19 yang dilakukan di Malaysia, jadi jangan lupa ambil dos penggalak ya!

PropertyGuru Tip

Virus Covid cepat bermutasi dan lebih banyak varian dijangka ditemui!WHO kemaskini <a href="https://www.who.int/en/activities/tracking-SARS-CoV-2-variants/" target="_blank" rel="noopener noreferrer">senarai varian terbaru ditemui di sini</a>.

Apa Beza Kuarantin Kontak Rapat & Kontak Kasual?

Sekarang ni boleh dikatakan setiap kita ada kenal orang yang dijangkiti atau menjadi kontak rapat dan kontak kasual kes COVID-19.

Tapi apa bezanya kontak rapat dan kontak kasual ni? Jangan bimbang, rujuk sahaja infografik dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ni!

kuarantin kontak rapat dan kasual covid-19
kuarantin kontak rapat dan kasual covid-19

Apa tempoh isolasi pesakit Covid-19 & kontak rapat yang sudah lengkap vaksin?

Disebabkan ramai kita sudah divaksin yang mengurangkan risiko jangkitan Covid-19, KKM juga sudah mengubah tempoh isolasi dan kuarantin yang kita perlu jalani.

Rujuk sahaja gambar di bawah mengikut situasi anda, pastikan ikut dan kita kena bertanggungjawab ke atas diri sendiri dan orang sekitar ya!

covid-19, tempoh kuarantin, kontak rapat, kontak kasual, vaksin
covid-19, tempoh kuarantin, kontak rapat, kontak kasual, vaksin

Malaysia Masuk Fasa Endemik, Apa Kesan Kepada Kuarantin COVID-19?

Bermula 1 April 2022, Malaysia akan memasuki fasa endemik COVID-19. Fasa ini melonggarkan banyak sekatan seperti had waktu operasi perniagaan dimansuhkan (kedai mamak boleh 24 jam balik!), aktiviti solat berjemaah boleh dilakukan tanpa penjarakan fizikal dan tiada lagi had 50% kapasiti untuk perhimpunan ramai.

Tapi...pelitup muka dan imbasan MySejahtera masih perlu dibuat ya! Kita masih perlu berhati-hati.

Jadi apa kesannya kepada kuarantin pesakit, kontak rapat dan kontak kasual?

Disebabkan SOP dan protokol sentiasa berubah, KKM telah membangunkan satu laman web untuk anda nilai sendiri tempoh masa kuarantin anda.

Sama ada anda pesakit, kontak rapat atau kontak kasual, semuanya boleh dirujuk di laman web https://covidprotocol.moh.gov.my/ dan pilih sahaja kategori anda dan penerangan setiap kategori serta tempoh kuarantin mengikut SOP terkini disediakan untuk rujukan.

covid-19, omicron, kuarantin, kontak rapat, kontak kasual
covid-19, omicron, kuarantin, kontak rapat, kontak kasual

SOP Ramadan & Hari Raya Aidilfitri 2022

Walaupun kes varian Omicron naik mendadak, kerajaan dah bagi jaminan sekurang-kurangnya Bazar Ramadan tahun ini tetap akan diteruskan tetapi dengan SOP lebih ketat.

Kita tunggulah ya SOP Ramadan dan Aidilfitri 2022 yang akan diumumkan bila tiba masanya.

Covid-19, COVID-19, covid, quarantine, kuarantin, kuarantin di rumah, tanda-tanda covid, gejala covid 19, kuarantin covid
Covid-19, COVID-19, covid, quarantine, kuarantin, kuarantin di rumah, tanda-tanda covid, gejala covid 19, kuarantin covid

Untuk rujukan bersama tentang SOP Hari Raya Aidilfitri tahun lepas yang berlaku ketika Arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan ke atas seluruh Malaysia bermula 10 Mei hingga 7 Jun 2021.

SOP Hari Raya Aidilfitri 2021 dan PKP adalah seperti berikut, jadi kenalah patuhi. Bersama kita putuskan rantaian jangkitan COVID-19!

sop raya, sop kuarantin di rumah, sop pkp 3.0
sop raya, sop kuarantin di rumah, sop pkp 3.0
20210511-PKP30-02-bernama (1)
20210511-PKP30-02-bernama (1)

Walaupun ramai antara kita geram sebab golongan kayangan macam selalu terlepas dari hukuman langgar SOP dan layanan dua darjat, janganlah pula memberontak tak tentu hala.

Kita masih perlu patuhi semua SOP seperti keluar rumah hanya untuk urusan kerja dan penting je. Ingat ya, ‘kayangan’ kalau sakit, ada duit…kita yang tak berduit ni kalau sakit….

Bantulah juga frontliners yang tak berhenti kerja sejak tahun lepas. Agak-agak bila kali terakhir mereka cuti ya?

Tindakan Perlu Buat Jika Positif COVID-19

Perkara pertama yang semua pesakit kena buat (jika diarahkan oleh pihak hospital) ialah untuk pulang dan kuarantin di rumah dulu sementara tunggu ambulan datang untuk bawa ke hospital atau pusat kuarantin.

Bila dah sampai giliran pesakit positif dibawa dan kena quarantine sampai keputusan Covid negatif bergantung pada tahap jangkitan dan simptom yang ada.

Namun, ada beberapa kes tertentu di mana pesakit Covid boleh kuarantin di rumah saja. Samada dapat kelulusan atau sistem kesihatan kita tak menang tangan nak angkut semua orang. Jadi kena sabar ya…

Covid-19, COVID-19, covid, quarantine, kuarantin, kuarantin di rumah, tanda-tanda covid, gejala covid 19, kuarantin covid
Covid-19, COVID-19, covid, quarantine, kuarantin, kuarantin di rumah, tanda-tanda covid, gejala covid 19, kuarantin covid

Antara kriteria ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia yang membolehkan anda kuarantin di rumah ialah:

  • Tak mengalami sebarang gejala atau bergejala ringan

  • Bukan golongan berisiko tinggi

  • Mempunyai penjaga yang sesuai

  • Kesesuaian rumah untuk pengasingan diri

  • Boleh dihubungi sepanjang masa melalui telefon

Apa Gejala COVID-19?

Memang betul ada yang kata tak ada gejala pun tapi positif Covid. Tapi, ramai sebenarnya yang dah menunjukkan tanda-tanda covid cuma mereka tak perasan.

Supaya anda dapat berjaga-jaga untuk diri sendiri dan juga orang yang anda berjumpa, ambil tahu gejala covid yang disenaraikan di bawah ni:

  1. Demam panas

  2. Batuk kering

  3. Sakit tekak

  4. Selsema

  5. Sukar bernafas

  6. Sakit badan

  7. Cirit birit

Anda boleh rujuk sini untuk maklumat lebih lanjut.

PGMY_No_1
PGMY_No_1

Saya Pesakit/Penjaga COVID-19, Apa Cara Kuarantin Di Rumah?

Penting juga untuk anda tahu apa nak buat bila positif atau mungkin ada orang serumah yang positif sebab secara automatiknya jadi kontak rapat.

Kalau ada yang positif quarantine kat rumah pula, anda mungkin akan jadi penjaga pesakit Covid.

Bagi membantu anda sebagai pesakit atau penjaga, kami kumpulkan beberapa tips supaya anda sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan situasi ni.

1. Jika Serumah Dengan Kes Positif Covid-19

Seperti saranan KKM, ini tips yang anda perlu ikut!

  1. Duduk di rumah untuk 10 hari

  2. Tak berkongsi bilik dengan kes positif

  3. Sentiasa pakai pelitup muka dan pastikan penjarakan 1 – 2 meter daripada kes positif

  4. Letak makanan dan minuman di luar pintu supaya boleh diambil sendiri oleh kes positif

  5. Sentiasa pakai sarung tangan bila menguruskan perkakas yang digunakan oleh kes positif

  6. Selalu cuci tangan dengan air dan sabun serta gunakan hand sanitizer

  7. Pantau diri setiap hari untuk gejala Covid menggunakan aplikasi mySejahtera

Inilah antara tips yang perlu diikuti oleh mereka yang serumah dengan kes positif. Kalau anda tiba-tiba rasa ada gejala covid, terus pergi ke klinik / hospital untuk melakukan ujian Covid dan mendapatkan rawatan.

Tapi, dah pergi klinik swasta atau hospital tu, kena lah berterus-terang dengan doktor dan jururawat ya. Jangan sembunyikan gejala anda, kesian mereka kalau terdedah kepada jangkitan disebabkan anda tak jujur.

Covid-19, COVID-19, covid, quarantine, kuarantin, kuarantin di rumah, tanda-tanda covid, gejala covid 19, kuarantin covid
Covid-19, COVID-19, covid, quarantine, kuarantin, kuarantin di rumah, tanda-tanda covid, gejala covid 19, kuarantin covid

2. Jika Anda Penjaga Kepada Pesakit COVID-19

Kalau anda dipertanggungjawabkan untuk menjaga pesakit Covid, ada beberapa perkara yang perlu lakukan. Selain mengurangkan kontak, anda perlu memberikan sokongan seperti:

  1. Bantu pesakit mengikuti arahan doktor dari segi penjagaan dan perubatan

  2. Pastikan pesakit minum air dan mendapatkan rehat yang cukup

  3. Sentiasa tanya apa yang diperlukan oleh pesakit

  4. Jangan berkongsi sebarang barangan dengan pesakit termasuk pinggan mangkuk, gelas, tuala, peralatan tempat tidur atau barang elektronik sekalipun.

  5. Sediakan tong sampah khas untuk pesakit saja dan basuh tangan dengan bersih selepas membuang sampah tersebut

  6. Pakaian kotor pesakit boleh dibasuh sekali dengan yang lain, tapi pastikan anda disinfek semua tempat yang terkena pakai kotor pesakit dan basuh tangan dengan kerap semasa menguruskan pakaian tersebut

  7. Jika gejala makin serius atau pesakit nampak tak bermaya terus hubungi 999

Anda kena tahu simptom yang berkait dengan COVID-19 dan ikuti semua nasihat diberikan pihak berkuasa ketika menjaga pesakit yang ada tanda-tanda atau tak ada gejala.

Semua ni penting untuk melindungi anda, pesakit dan juga mereka yang ada tinggal bersama.

3. Jika Anda Pesakit COVID-19 Yang Kuarantin Di Rumah

Seperti yang diberitahu di atas tadi, tak semua pesakit positif akan kuarantin Covid di hospital atau pusat kuarantin, tapi boleh kuarantin di rumah. Namun, ada yang perlu buat ialah:

  1. Duduk di dalam bilik berasingan. Paling elok yang ada bilik air

  2. Pantau gejala pada diri setiap hari dan hubungi 999 jika bertambah teruk

  3. Kalau kena kongsi bilik air dengan yang lain, pastikan bilik air dibersihkan dan disinfeksi setiap kali lepas guna

  4. Pakai pelitup muka dan pastikan penjarakan 1 – 2 meter bila berdepan ahli rumah lain

  5. Kerap cuci tangan dengan air dan sabun serta gunakan hand sanitizer

Kalau anda pesakit positif yang dibenarkan untuk quarantine di rumah, penting untuk anda ikuti semua langkah ni untuk menjaga diri sendiri dan juga orang sekililing yang tinggal serumah.

Anda juga kena pastikan yang anda boleh dihubungi setiap masa!

PropertyGuru Tip

COVID-19 merebak di antara mereka yang mempunyai kontak rapat (dalam 6 kaki) melalui titisan pernafasan semasa individu positif bercakap, batuk atau bersin. Ia juga boleh berjangkit melalui sentuhan. Salah satu cara terbaik untuk menghentikan penyebaran COVID-19 ialah menjauhkan diri dari orang ramai.

4. Jika Anda Kuarantin Di Rumah Kecil

Virus Covid ni tak mengenal siapa dan boleh menjangkiti hampir semua orang. Kuarantin di rumah sangat berisiko jika tak dipantau dengan teliti, jadi seeloknya pesakit Covid perlu duduk di bilik seorang diri.

Covid-19, COVID-19, covid, quarantine, kuarantin, kuarantin di rumah, tanda-tanda covid, gejala covid 19, kuarantin covid
Covid-19, COVID-19, covid, quarantine, kuarantin, kuarantin di rumah, tanda-tanda covid, gejala covid 19, kuarantin covid

Tapi, bukan semua orang ada bilik sendiri! Jadi, kalau anda tinggal di rumah kecil dan terpaksa berkongsi ruang dengan penghuni lain, ikuti tips di bawah ini:

  1. Tidur berasingan menggunakan katil berlainan atau ruangan berasingan dari penghuni lain

  2. Kekalkan penjarakan 1 – 2 meter dengan semua penghuni lain

  3. Bersihkan bilik air selepas setiap penggunaan dengan pembasmi kuman. Kalau yang sakit tak boleh nak bersihkan, mereka yang sihat perlu tunggu selama boleh dan pakai pelitup muka sebelum masuk dan membersihkan bilik air.

  4. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air serta amalkan penggunaan hand sanitizer

  5. Kalau anda mampu, masak dan makan sendiri, jauh dari mereka yang tinggal di rumah yang sama. Selepas selesai disinfeksi semua tempat dan peralatan yang telah anda pegang dan gunakan

COVID-19 Kita Jaga Kita!

Walaupun anda mungkin terasa seperti terpinggir dan kena quarantine sendiri, jangan putus asa dan kuatkan diri untuk melawan penyakit ini.

Dapatkan sokongan moral daripada ahli keluarga dan kawan-kawan yang rapat dengan anda. Ingat yang anda tidak keseorangan.

Musim wabak juga menyebabkan kesihatan mental terjejas, jika anda rasa tertekan kerana apa juga masalah tapi tak nak cakap dengan kawan-kawan atau ahli keluarga, anda boleh hubungi perkhidmatan kaunseling seperti kami jumpa ni.

Talian Kasih

  • Hotline: 15999

  • WhatsApp: 019-2615999

Befrienders Malaysia

No Telefon: 03-76272929 (24 jam)

Jangan bimbang, mereka kaunselor terlatih dan rahsia anda dilindungi sepenuhnya!

Covid-19, COVID-19, covid, quarantine, kuarantin, kuarantin di rumah, tanda-tanda covid, gejala covid 19, kuarantin covid
Covid-19, COVID-19, covid, quarantine, kuarantin, kuarantin di rumah, tanda-tanda covid, gejala covid 19, kuarantin covid

Bila dah positif Covid atau ada ahli keluarga atau kenalan rapat yang positif, akan ada rasa sedih dan risau kerana kita tak tahu sejauh mana penyakit ni boleh menjangkiti seseorang.

Oleh itu, kita semua kena sentiasa peka dan beringat bila berada di luar atau berjumpa sesiapa. Jangan leka!

Seperti yang anda lihat di atas, kebanyakan tips, tak kisah untuk pesakit, penjaga, yang kuarantin di rumah atau tak, semuanya melibatkan SOP yang ketat.

KKM sentiasa mengingatkan semua untuk patuh SOP, elak 3C (crowded, confined, close/ sesak, tertutup,rapat) dan amal 3W (wash, wear, warn/basuh, pakai, hati-hati). Jadi, amalkan lah benda ni, mudah je.

#staysafe dan #kitajagakita!

Panduan Relevan