Advertisement

Cara Buat Bajet Renovation Rumah Di Malaysia!

Jiran buat renovation rumah, dia pun sibuk nak renovate juga tanpa tengok poket sendiri. Akhirnya, terpaksa berhutang keliling pinggang hanya sebab ikutkan nafsu semata-mata.

Ikut hati mati, ikut rasa binasa! Tak salah nak ubah suai rumah kalau kena dengan bajet. Lagipun, sekarang ada banyak pilihan barang-barang rumah dengan pelbagai harga. Mahal tak semestinya cantik, cantik tak semestinya berkualiti!

Minat saja tak cukup. Nak ubah suai rumah ini kena ada ilmu yang cukup untuk merancang bajet kewangan anda. Barulah puas hati!

Kali ini kami akan kongsikan panduan tentang cara yang betul membuat bajet untuk ubah suai rumah anda.

Pertimbangkan 7 Benda Ini Sebelum Renovate Rumah

Nak memandu pun kena start enjin dahulu, inikan pula nak renovate rumah! Tanya 6 soalan ini kepada diri anda untuk menguji kemahuan, citarasa dan kemampuan anda yang sebenar-benarnya sebelum ke langkah seterusnya.

Jadi, tak adalah masalah terlebih atau terkurang bajet!

  1. Kaji pelan rumah Ambil tahu ukuran setiap ruang yang ada dalam rumah seperti bilik, dapur dan ruang tamu.

  2. BIG WHY (?) Pastikan anda ada objektif kenapa nak ubah suai rumah. Adakah sebab anda nak menetap lama, buat sewa atau homestay?

  3. Pilih ruang yang mana anda nak ubah suai. Bilik tidur, dapur ataupun ruang tamu? Kena tetap pendirian!

  4. Senaraikan ciri-ciri yang anda mahu untuk ruang yang nak diubahsuai. Contohnya, lantai karpet untuk ruang tamu, katil dua tingkat dalam bilik tidur atau tab mandi yang mewah di tandas?

  5. Sediakan beberapa contoh gambar yang secocok dengan kemahuan anda sebagai rujukan kontraktor dan pereka dalaman. Ingat, mereka tak boleh baca pemikiran anda ya!

  6. Tentukan berapa jumlah bajet yang anda sanggup keluarkan untuk renovate rumah. Biasanya 10% daripada harga rumah, tetapi masih fleksibel. Kalau tak mampu kurangkan, kalau mampu, lebihkan. Jangan risau!

  7. Bagi yang baru berjinak-jinak, tanyalah pendapat kenalan yang dah berpengalaman untuk mendapatkan pandangan awal.

renovation rumah, bajet renovate, bajet rumah, renovate rumah, ubah suai rumah, renovate dapur
renovation rumah, bajet renovate, bajet rumah, renovate rumah, ubah suai rumah, renovate dapur

Beza Ruang, Bezalah Kos!

Masih tak yakin? Tak mengapa kalau anda masih ragu-ragu. Sebab itulah anda kena baca entri ini sampai habis! Kami pecahkan pula setiap ruangan dalam rumah dan bagaimana anda boleh buat bajet.

1. Bilik Tidur

renovation rumah, bajet renovate, bajet rumah, renovate rumah, ubah suai rumah, renovate dapur
renovation rumah, bajet renovate, bajet rumah, renovate rumah, ubah suai rumah, renovate dapur

Master bedroom perlukan belanja lebih sedikit sebab saiznya boleh jadi dua kali ganda lebih besar dari bedroom biasa. Bajet lebih kurang antara RM15,000.00 ke RM30,000.00 bergantung pada ukuran bilik.

Pilihan lantai yang tepat mampu memberikan style effect yang anda mahukan terhadap bilik tidur anda. Vinyl Floor antara yang trending sekarang! Selain murah dan senang dijaga, materialnya juga sesuai dengan suasana bilik tidur.

Beli online pun boleh! Kalau tak tahu pasang sendiri, boleh panggil pakar. Kena siap sedia kos pemasangan ya! Lebih kurang RM5.00/kaki persegi.

Ada juga pilihan lantai yang lain ikut citarasa anda. Harga berbeza bergantung pada ketebalan, corak dan kualiti lantai.

Jenis Lantai

RM/Kaki persegi

Vinyl

4.50 – 20.00

Karpet

4.50 – 25.00

Parquet

10.00 – 40.00

Tiles

9.00 – 70.00

Kalau ada bajet lebih, boleh buat built-in wardrobe sebab dapat banyak compartment dan pilihan reka bentuk. Basic lebih kurang RM4,000.00 manakala kalau fancy style, hampir mencecah RM15,000.00!

renovation rumah, bajet renovate, bajet rumah, renovate rumah, ubah suai rumah, renovate dapur
renovation rumah, bajet renovate, bajet rumah, renovate rumah, ubah suai rumah, renovate dapur

Ha. . . Bila benda asas dah mantap, barulah boleh tengok barang-barang lain pula! Bahagian ini yang memerlukan idea kreatif anda. Nak minta bantuan pereka dalaman pun boleh!

Senarai Barang

Harga Pasaran

Katil Saiz Queen / Katil Saiz King

RM200.00 – RM1,500.00

Lampu

RM30.00 – RM50.00

Kipas

RM100.00 – RM500.00

Aircond

RM1,000.00 – RM1,500.00

Almari Baju

RM200.00 – RM500.00

Meja Solek Ikea

RM300.00 – RM900.00

Ingat, pilih barang antara julat harga yang dalam bajet sahaja ya!

2. Dapur

renovation rumah, bajet renovate, bajet rumah, renovate rumah, ubah suai rumah, renovate dapur
renovation rumah, bajet renovate, bajet rumah, renovate rumah, ubah suai rumah, renovate dapur

Ada sesetengah orang memang sangat cerewet bab dapur! Mereka sanggup melabur semata-mata untuk mendapatkan dapur yang cantik dan kemas.

Tambahan pula waktu pandemik COVID-19 ini ramai yang sudah mula menceburi bidang masakan atau baking untuk berniaga. Banyak masa dihabiskan dekat dapur. Jadi, kalau dapat renovate dapur idaman, memang puas hati!

Bergantung pada jenis rumah juga, lebih kurang RM20,000.00 ke RM40,000.00 kos yang anda perlukan untuk ubah keseluruhan dapur anda termasuk peralatan dapur.

Pilih material lantai yang senang dijaga dan tahan lasak seperti Jubin Porselin. Harganya RM2.00/kaki persegi untuk saiz 30cmx30cm dan RM8.00 – RM12.00 per kaki persegi bagi kos pemasangan kerana ianya susah dipasang.

Kena ingat, makin besar saiz lantai, makin mahal kos pemasangannya!

renovation rumah, bajet renovate, bajet rumah, renovate rumah, ubah suai rumah, renovate dapur
renovation rumah, bajet renovate, bajet rumah, renovate rumah, ubah suai rumah, renovate dapur

Untuk dinding dapur, anda boleh memilih jenis batu-bata, Jubin seramik atau PVC. Batu semulajadi antara yang mahal, RM 75.00 - RM150.00 per meter persegi kerana ia berketahanan tinggi dan ada nilai estetika tersendiri.

Kalau nak jimat, tak salah pun nak pilih material yang kurang sedikit seperti PVC atau logam. Janji cantik! Ataupun anda lebih sanggup berbelanja untuk kabinet dapur?

Lebih kurang RM8,000.00 kos yang diperlukan untuk sebuah built-in kabinet dapur biasa jenis Melamine. Selain material itu sendiri, anda perlu ambil kira kos-kos di bawah: -

Bahagian

Kos/unit/Kaki Persegi

Jumlah

Base Unit

12ft (L)XRM210.00 /ft run

RM2,520.00

Wall Unit

8ft (L) x 4ft (H) = 32sqft x RM45.00/sqft

RM1,440.00

Fridge Unit

3ft (L) x 3ft (H) = 9sqft x RM65.00/sqf

RM585.00

Tall Unit

2ft x RM400.00/ft run

RM800.00

Quartz Stone

12ft x 160.00/ft run

RM1,920.00

Laci

RM180.00 /set

RM180.00

Paip Sinki

RM100.00 /LS

RM200.00

Wiring

2 unit 13AMP x RM75.00/unit

RM150.00

Coring

RM250.00/LS

RM250.00

EP Fridge & Tall Unit

2 pcs x RM180.00/pcs

RM360.00

Kos Pemasangan

RM200.00/LS

RM200.00

Harga kabinet ini bergantung pada saiz ruang dan peralatan dapur juga. Jadi, kalau tak nak bayar lebih untuk kabinet dapur, bersederhanalah membeli peralatan dapur. Risau nanti tiada ruang nak simpan pula!

3. Ruang Tamu

renovation rumah, bajet renovate, bajet rumah, renovate rumah, ubah suai rumah, renovate dapur
renovation rumah, bajet renovate, bajet rumah, renovate rumah, ubah suai rumah, renovate dapur

Ruang tamu adalah ruang tumpuan sebaik sahaja masuk ke dalam rumah. Tak hairanlah ramai yang sanggup berbelanja antara RM10,000.00 – RM30,000.00 untuk ubah suai ruang tamu berbanding bilik tidur atau dapur.

Pertama sekali, tukar siling atau dinding! Itu tarikan utama yang akan mempengaruhi bukan sahaja ruang tamu, tetapi keseluruhan rumah anda. Selain faktor cantik, pilih siling yang sesuai dengan iklim Malaysia dan cara hidup anda!

Kedua, pendingin hawa sekarang boleh dikatakan wajib ada di setiap rumah. Apatah lagi kalau anda memilih siling yang serap haba! Harga kebanyakan jenama aircond di Malaysia ini berpatutan antara RM300.00 - RM700.00 sahaja.

renovation rumah, bajet renovate, bajet rumah, renovate rumah, ubah suai rumah, renovate dapur
renovation rumah, bajet renovate, bajet rumah, renovate rumah, ubah suai rumah, renovate dapur

Selain lantai rumah, perabot juga penyumbang penting untuk mewujudkan style ruang tamu impian anda. Sofa biasanya berharga antara RM1,499.00 – RM6,000.00 bergantung pada jenis, ketebalan dan fungsi. Tak mampu? Beli sahaja yang murah antara RM600.00 – RM800.00 di Shopee.

Nak ruang tamu yang perfect? Sudah tentu anda perlukan beberapa barang tambahan seperti lampu, TV, rak, meja, kipas dan karpet! Sebagai rujukan, Anda boleh tengok senarai kos anggaran berikut:-

Senarai Barang

Harga Pasaran

TV / Smart TV

RM2,000.00 – RM7,000.00

Rak TV Ikea

RM499.00 – RM1,697.00

Kipas Siling

RM150.00 – RM200.00

Karpet

RM400.00 – RM800.00

Kalau nak rumah nampak cantik dan moden, memang banyak kena guna peralatan elektrik. Jadi, sambil-sambil buat bajet tu, jangan lupa masukkan sekali kos wiring antara RM1,500.00 – RM2,000.00 untuk seluruh rumah!

4. Tandas / Bilik Air

renovation rumah, bajet renovate, bajet rumah, renovate rumah, ubah suai rumah, renovate dapur
renovation rumah, bajet renovate, bajet rumah, renovate rumah, ubah suai rumah, renovate dapur

Tip pertama, bahagikan bajet untuk semua tandas dalam rumah anda berserta pelan rangka kelengkapan tandas yang anda mahukan. Lebihkan bajet pada tandas di master bedroom sebab ruangnya lebih besar dan kos belanja mampu mencecah sehingga RM15,000.00.

Jika anda berniat nak renovate tandas di bilik selain master, sediakan bajet antara RM6,000.00 – RM7,000.00. Tetapi, dengan bajet sebegitu, tak dapatlah anda nak feeling-feeling macam dekat spa atau sauna!

PGMY_No_1
PGMY_No_1

Kalau macam itu, kenalah tambah tab mandi! Kosnya antara RM3,000.00 – RM6,500.00 bergantung pada saiz.

Material lantai dan dinding tandas juga memainkan peranan penting untuk nampak kesan lepas ubah suai nanti. Ehem! Bila tukar tiles ini, kos pun kena lebihkan juga.

NANTI DULU! Itu bukan kos akhir tau. Ada lagi kos-kos tepi yang wajib anda ambil kira untuk ubah suai tandas ini. Nak tahu apa? Boleh rujuk senarai di bawah:-

Perbelanjaan

Kos Anggaran

Upah pemasangan

RM2,000.00 – RM4,500.00

Tiles Lantai

RM9.00 – RM70.00/kaki persegi

Mangkuk tandas (berbeza ikut jenis piece)

RM300.00 – RM700.00

Kabinet Sinki Biasa / IKEA

RM300.00 – RM1,819.00

Kabinet Cermin IKEA / Jenama Lain

RM195.00 – RM400.00

Pintu Tandas BI FOLD

RM150.00 – RM680.00

Penyangkut

RM8.00 – RM23.50

Rak 3 Tingkat / IKEA

RM39.90 – RM100.00

Paip Tandas / Shower

RM37.00 – RM899.00

Tip Persediaan Untuk Ubah Suai Rumah

Sekarang anda sudah dapat gambaran tentang bajet yang mungkin diperlukan untuk merealisasikan plan ubah suai rumah anda. Jadi, dah boleh mula renovate ke? Jangan terburu-buru!

Zaman sekarang ini, banyak kes kontraktor yang menipu. Disuruhnya bayar dahulu lepas tu kerja terbengkalai begitu saja!

renovation rumah, bajet renovate, bajet rumah, renovate rumah, ubah suai rumah, renovate dapur
renovation rumah, bajet renovate, bajet rumah, renovate rumah, ubah suai rumah, renovate dapur

Bayaran pula pula sudah 100% dibuat. Bila cuba hubungi, mereka sudah lesap melarikan diri. Aduhai! Elakkan ditipu hidup-hidup, jom ikuti tip ini!

1. Perlu Ada Rekod Cash Flow

Tak kisahlah nak guna buku manual atau apps di telefon pintar anda, TOLONG catat senarai kos anggaran anda dan duit keluar masuk dari sebesar-besar benda sehingga sekecil-kecil skru semasa proses ubah suai berjalan!

Ini penting untuk elakkan diri anda daripada ditipu kontraktor. Kadang-kadang, kontraktor ini suka mark-up harga gila-gila! Ada sesetengah barang yang anda boleh beli sendiri di kedai luar. Jauh lebih murah!

2. Upah Kontraktor Yang Berlainan Bagi Setiap Ruang Ubah Suai

Tips ini sebagai langkah bijak untuk anda mendapatkan idea dan harga upah yang berbeza-beza. Tak semua kontraktor rumah ada skill untuk renovate tandas. Itu yang timbulnya buat kerja ala kadar!

Selain itu, boleh kurangkan risiko juga. Kalau anda rugi pun, taklah hilang semua bajet, betul tak? Anda pun boleh untung jika dapat specialist untuk setiap ruang renovation tersebut!

3. Dapatkan Senarai Sebut Harga Dahulu

Senarai sebut harga atau quotation ini penting supaya anda boleh buat perbandingan dengan bajet asal yang anda buat sendiri.

Bukan itu sahaja, ia juga untuk perlindungan! Senang nak settle nanti kalau ada hitam putih ini. Asalkan, senarai sebut harga yang mereka sediakan itu ada maklumat terperinci.

renovation rumah, bajet renovate, bajet rumah, renovate rumah, ubah suai rumah, renovate dapur
renovation rumah, bajet renovate, bajet rumah, renovate rumah, ubah suai rumah, renovate dapur

4. Jangan Terlalu Percaya!

Lepas dah settle deposit, anda jangan serahkan semuanya pada kontraktor tanpa membuat pemantauan. Lagi senanglah mereka nak mengelat!

Pastikan mereka menggunakan barang-barang seperti yang disebutkan dalam quotation dan membuat pemasangan yang betul. Jangan lupa ambil gambar bagi setiap proses sebagai bukti!

Jangan main-main, silap yang sedikit boleh telan belanja yang banyak tau untuk kerja pembetulan nanti.

5. Selidik Dahulu Sebelum Setuju

Biasalah, result akhir renovation selalunya takkan sama dengan pelan asal anda. Kenapa? Sebab kontraktor ini banyak yang manis mulut! Mereka akan cadangkan peralatan atau konsep yang pelbagai kepada anda.

Jangan senang-senang termakan dengan ayat-ayat mereka ya! Buat research di internet atau tanya pendapat kenalan yang berpengalaman dahulu supaya anda tidak menyesal nanti.

Tak semua benda yang kontraktor cadangkan itu sesuai dengan rumah anda. Pertimbangkan kelebihan dan kekurangan sesuatu cadangan itu sebelum memberi kata putus.

renovation rumah, bajet renovate, bajet rumah, renovate rumah, ubah suai rumah, renovate dapur
renovation rumah, bajet renovate, bajet rumah, renovate rumah, ubah suai rumah, renovate dapur

Ada Perancangan, Baiklah Hasilnya

Tak dapat dinafikan kos ubah suai rumah di Malaysia ini berbeza-beza mengikut tempat. Kos renovation di Johor takkan sama dengan di Kuala Lumpur. Begitu juga dengan rumah banglo dengan rumah apartment.

Sebab itulah pentingnya membuat perancangan kewangan dengan teliti sebelum bertindak. Buat tabung khas untuk renovation sebaik sahaja anda mula menabung untuk membeli rumah. Itu lebih baik daripada berhutang!

Tak salah berbelanja untuk rumah sendiri asalkan anda berpijak di bumi yang nyata. Jadilah pengguna yang bijak dengan perancangan kewangan yang baik!

Semoga bermanfaat!

Notis: Semua harga yang disebut dalam artikel ini hanyalah anggaran. Ia boleh berbeza mengikut tahun, kontraktor, kualiti kerja, jenis bahan/barangan dan lokasi serta jenis rumah anda.

Panduan Relevan