Cantiknya Rumah 8 Usahawan Wanita Malaysia Ni!

·6-min read

Dunia usahawan kini tak lagi dipelopori kaum adam. Sekarang, wanita juga sudah membuktikan diri mereka mampu diri sama tinggi, duduk sama rendah dengan golongan lelaki dalam bidang keusahawanan. Asalkan minat, semuanya jadi!

Buktinya? Lihat saja mahligai yang mereka diami hasil titik peluh dan usaha berniaga tanpa putus asa. Boleh terlopong kita tengok rumah-rumah mewah personaliti ini semua yang nyata tersergam indah bak istana di kayangan.

Setiap rumah mempunyai konsep yang tersendiri, belum lagi bercerita tentang apa yang ada di dalamnya. Jakuzi, kolam renang, gim, rooftop..semuanya ada!

Tanpa membuang masa, jom kita “ house tour” rumah mereka, dan manalah tahu suatu hari nanti, kita juga dapat hidup senang dan tinggal dalam rumah mewah.

 

1) Rozita Che Wan

vivy yusof, rozita che wan, leeyanarahman
vivy yusof, rozita che wan, leeyanarahman

Populariti dan kejayaan isteri kepada pelakon Zain Saidin ini sememangnya tak boleh disangkal lagi. Kejayaan demi kejayaan dikecapi Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta.

Tak kiralah dalam bidang seni mahupun perniagaan yang diusahakannya, sememangnya Che Ta boleh dijadikan sumber inspirasi buat semua wanita.

Atas usaha dan titik peluhnya, lihat saja banglo mewah yang didiami Che Ta bersama keluarga tercinta. Mahligai indah itu khabarnya terletak di Kota Damansara dan bernilai mencecah RM5 juta.

Fuh padanlah! Tersergam indah keanggunan dan binaan rumah agam 3 tingkat ini yang dilihat punya segalanya, seperti kolam mandi, taman yang luas dan lain-lain.

 

2) Hartini Sulaiman

Vivy Yusof, Rozita Che Wan, Leeyanarahman
Vivy Yusof, Rozita Che Wan, Leeyanarahman

Hartini Sulaiman adalah pengasas Karisma Cosmetic, salah satu jenama kosmetik yang semakin dikenali di Kelantan dan Malaysia, yang ditubuhkan sejak tahun 2015.

Bermula dari minat, kini Karisma Cosmetic mempunyai beribu stokis di seluruh Malaysia dan menjadi pilihan terutama sekali bagi mereka yang berada di Pantai Timur.

Hasil dari usaha dan doa, Hartini Sulaiman kini boleh tersenyum dengan kejayaan dikecapinya hari ini.

Buktinya, lihat saja mahligai indah miliknya yang diberi nama Villa Karisma yang dibina berdekatan Rantau Panjang berkonsepkan istana, dan ruang tamu berkonsepkan rona emas memenuhi segenap ruang.

Villa Karisma lengkap semuanya, termasuklah kolam renang, gimnasium dan ruang santai di roof top. Lawanya!

<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/01Y8PdPec0I" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; clipboard-write; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture" allowfullscreen></iframe>

3) Muabellaz

vivy yusof, rozita che wan, leeyanarahman
vivy yusof, rozita che wan, leeyanarahman

Jurusolek artis yang juga instafamous, Muabellaz atau nama sebenar Nabilah Zulyadaini kini juga seorang usahawan berjaya dek usaha kerasnya, melalui perniagaan kosmetiknya, Bellaz Beauty.

Kejayaan itu terbukti dengan memiliki sebuah rumah baru yang mewah menawan.

Berkonsepkan moden kontemporari dan serba putih, rumah Muabellaz ini juga mempunyai pelbagai ruangan istimewa seperti bilik mekap, ruang wardrobe, dan aksesori dilihat bersesuaian dengan kerjayanya. Memang cantik. Rekaan dalamannya juga tak menghampakan!

Lihatlah bagaimana Muabellaz menghias sudut rumahnya yang tampak kemas dan teratur. Malah ruang dapur makan juga cantik dan selesa, sesuai untuk seisi keluarga.

Vivy Yusof, Rozita Che Wan, Leeyanarahman
Vivy Yusof, Rozita Che Wan, Leeyanarahman

 

4) Asyalliee Ahmad

Vivy Yusof, Rozita Che Wan, Leeyanarahman
Vivy Yusof, Rozita Che Wan, Leeyanarahman

Baru berumur 23 tahun, Asyalliee atau nama sebenarnya Siti Syasya Rosaelmi Ahmad adalah seorang influencer dan usahawanita berjaya yang memiliki rangkaian perniagaan kosmetiknya sendiri, Loveliee yang kini dikenali seluruh Malaysia.

Mempunyai sebanyak 1.5 juta pengikut di laman Instagramnya, kejayaan dikecapi Asyalliee tak datang dengan mudah apatah lagi dia masih sangat muda. Memang mengagumkan!

Kini, dia mampu tersenyum bangga selepas impiannya untuk memiliki rumah sendiri tercapai pada tahun 2018. Rumah banglow 2 tingkat yang tersergam indah dengan konsep moden dan sedikit sentuhan Inggeris memang tak boleh dinafikan, cukup indah sekali.

Vivy Yusof, Rozita Che Wan, Leeyanarahman
Vivy Yusof, Rozita Che Wan, Leeyanarahman

 

5) Mila Jirin

Vivy YYusof, Rozita Che Wan, Leeyanarahman
Vivy YYusof, Rozita Che Wan, Leeyanarahman

Mila Jirin adalah salah seorang bekas peserta Akademi Fantasia dan seorang penyanyi yang cukup popular. Namun, populariti Mila tak berpanjangan dalam bidang seni suara sehinggalah Mila membuat keputusan untuk terjun ke dalam bidang perniagaan perusahaan majlis kahwin yang diberi nama Bizmilla Catering.

Pendek kata, dia tak putus asa. Akhirnya, Mila berjaya mengemudi perniagaan bersama suami tersayang sehingga dikhabarkan memiliki 10 aset utama hasil usaha kerasnya.

Terbaru, Mila berkongsi yang dia baru je membeli sebuah banglow (aset ke-10!) di Johor Bharu yang dibangunkan EcoWorld Malaysia.

Dari luar, ternyata banglow 2 tingkat milik ini tampak mewah sekali! Kami pasti rekaan dalamannya juga pasti tak kurang hebatnya!

 

6) Leeyana Rahman

Vivy Yusof, Rozita Che Wan, Leeyanarahman
Vivy Yusof, Rozita Che Wan, Leeyanarahman

Leeyana Rahman, atau nama sebenar Nur Liyana Abdul Rahman adalah pengusaha dan usahawan jenama fesyen Muslimah popular, Leeyanarahman.

Ia bermula pada tahun 2012, diusahakan bersama dengan suami tercinta, impian untuk membina empayar perniagaan akhirnya menjadi kenyataan.

Vivy Yusof, Rozita Che Wan, Leeyanarahman
Vivy Yusof, Rozita Che Wan, Leeyanarahman

Dan kini, sebelum usia mencecah 30 tahun, mereka berdua sudah memiliki mahligai impian sendiri yang didiami pada bulan Jun tahun lepas. Tersergam indah dan mewah dari luar, di dalamnya pula tak kurang hebatnya.

Mengambil konsep gabungan moden dan majestic, ternyata rumah agam dua tingkat tampak anggun sekali. Tak berkelip mata kami melihatnya.

Vivy Yusof, Rozita Che Wan, Leeyanarahman
Vivy Yusof, Rozita Che Wan, Leeyanarahman

7) Tya Ariffin

Vivy Yusof, Rozita Che Wan, Leeyanarahman
Vivy Yusof, Rozita Che Wan, Leeyanarahman

Tya Ariffn, pelakon berbakat besar di seberang kini bermaustautin di Malaysia selepas mengahwini usahawan, Ashraf Khalid, anak tiri kepada penyanyi nombor 1 di Malaysia.

Selain aktif dalam bidang seni di kedua-dua negara, Tya juga berbakat besar dalam bidang keusahawanan menerusi perniagaan produk kecantikan MuTYAra Beauty.

Hasil usaha kerasnya itu, Tya dan suami kini tinggal di sebuah kediaman dua tingkat di Kuala Lumpur, di mana konsep dan dekorasi 100% hasil kreativiti dirinya sendiri. Tya memilih konsep “bumi” berunsurkan semula jadi yang nyata mengagumkan.

Untuk kediaman dengan 5 bilik tidur ini, Tya juga menggabungkan rona alam seperti putih, hijau dan kelabu untuk menceriakan suasana. Serius, memang cantik!

<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/R1vHzG3hpIo" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; clipboard-write; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture" allowfullscreen></iframe>

 

8) Datin Vivy Yusof

Rasanya siapa di Malaysia ni yang tak kenal Vivy Yusof. Pengasas dan pemilik The dUck Group dan FashionValet ni memang jadi tumpuan ramai.

Tak kisahlah apa isu atau kontroversi melanda, satu perkara yang rasanya mesti ramai setuju, Vivy adalah nama besar usahawan wanita Malaysia yang berjaya.

Tapi, setelah puas kami godek Google, Vivy rupa-rupanya sangat menjaga kawasan rumah yang merupakan ruang peribadinya. Tak banyak gambar atau berita mengenai rumahnya.

Nasib baiklah, di saluran YouTube miliknya, ada beberapa video memaparkan sekilas pandang keadaan dalam rumahnya.

Terutama sekali bila PKP dikuatkuasa, banyak berkurung dalam rumah, dia pun memuat naik beberapa video yang tunjukkan beberapa ruangan seperti ruang tamu dan bilik tidur.

<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/LD8agUwZhBc" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; clipboard-write; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture" allowfullscreen></iframe>

Kalau tengok betul-betul, hiasannya ringkas dan tak berlebihan, walaupun untuk kita, dah mewah dah ni. Rumah keluarga mestilah sedikit semak dan nampak tak terurus, apatah lagi dengan anak-anak kecil dan ia juga dijadikan ruang buat kerja.

Ruang tamu rumah Vivy saiznya memang besar, dengan lekapan putih dihiasi beberapa lampu jurai kaca. Tengok pula rak yang penuh dengan kasut di bilik mekapnya. Mesti mahal, kan?

<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/FZOg5qwv-Qg" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; clipboard-write; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture" allowfullscreen></iframe>

 

Rumah Idaman Adalah Hasil Kerja Keras

Tak kisahlah apa pekerjaan anda (asalkan bukan hasil duit haram dan langgar undang-undang), semua orang pastinya mahu keluarkan duit untuk bina rumah idaman. Rumahku, syurgaku, orang kata.

Sama ada anda berkongsi inspirasi tata hias rumah anda atau memang menjaga ruang peribadi sendiri, juga bukanlah satu masalah. Hak masing-masing, kan?

Usahawan wanita yang kami senaraikan ini boleh dijadikan teladan. Bak kata orang, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan!

Rumah orang terkenal ni memang seronok ditengok. Boleh jadi pendorong untuk berusaha lebih keras capai rumah idamanku. Boleh juga tengok 10 Banglow Mewah Selebriti Malaysia dan 10 Rumah Mewah Pemimpin Malaysia yang kami buat ni!