Bolehkah Suami Tuntut Harta Isteri Yang Meninggal?

·9-min read

Kematian adalah sesuatu yang tak boleh nak dielakkan. Tak ada siapa tahu bila, di mana dan macam mana akan berlaku. Semuanya kerja Tuhan dan kita hanya mampu bersedia sebaik mungkin.

Semua pasangan mestilah nak sehidup semati, kalau boleh hingga ke syurga, betul tak? Tapi, kadang-kala ada yang berakhir dengan perpisahan. Kalau berpisah hidup bolehlah tuntut harta sepencarian, tapi kalau dah berpisah mati, macam mana nak buat tu?

Sebenarnya bila berlaku kematian kepada salah seorang pasangan, suami atau isteri mempunyai hak untuk menuntut harta sepencarian dan juga harta pusaka mengikut cara yang dibenarkan undang-undang.

Ramai yang terlepas pandang kepentingan persediaan pembahagian harta ni, orang kata sediakan payung sebelum hujan tu penting. Jadi, jom baca untuk tahu dan faham!

Apakah Harta Sepencarian Dan Harta Pusaka?

Sebelum kita pergi ke kaedah tuntut harta, jom kenali dulu apa itu harta sepencarian dan harta pusaka. Dua harta ni sebenarnya agak berbeza maksudnya.

Menurut Jabatan Bantuan Guaman (JBG), harta sepencarian merangkumi harta alih dan tak alih yang diperolehi suami isteri semasa perkahwinan dan mereka menyumbang tenaga atau masa untuk dapatkan harta tu.

Contoh harta alih

Contoh harta tak alih

harta isteri selepas meninggal, faraid harta isteri, harta sepencarian, harta perkahwinan
harta isteri selepas meninggal, faraid harta isteri, harta sepencarian, harta perkahwinan

Harta pusaka pula kalau ikut definisi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), adalah harta benda, hak-hak dan pemilikan kepunyaan si mati ketika hidupnya yang ditinggalkan untuk warisnya.

Contoh harta pusaka

Contoh bukan harta pusaka

Tapi, yang kami beri ni semua contoh je. Anda perlu dapatkan pandangan pakar misalnya peguam hartanah atau peguam syarie untuk mendapatkan pendapat undang-undang yang sah ya.

Nampak tak contoh harta pusaka dan harta sepencarian ni sebenarnya lebih kurang sama. Apatah lagi zaman moden ni, macam-macam harta boleh dikumpul, sebab tu kena rujuk pakar nak tahu kategorinya.

Walaupun maksudnya sedikit berbeza, tapi selepas perkahwinan, ada kemungkinan yang status kedua-dua ni boleh jadi pertikaian.

Misalnya, katakan anda ada tanah pusaka. Tapi, lepas kahwin, anda dan pasangan sama-sama memajukan tanah itu dan harta pun bertambah banyak.

Nak dijadikan cerita, jodoh tak panjang dan perceraian atau kematian berlaku. Harta pusaka ke harta sepencarian sekarang ni?

harta isteri selepas meninggal, faraid harta isteri, harta sepencarian, harta perkahwinan
harta isteri selepas meninggal, faraid harta isteri, harta sepencarian, harta perkahwinan

Dalam kes itu, mahkamah menetapkan yang harta tersebut boleh dianggap sebagai harta sepencarian. Kiranya ia bergantung juga kepada keputusan mahkamah yang akan mengikut keadaan tertentu untuk kebaikan dan keadilan bersama.

Bidang Kuasa Harta Sepencarian

Harta sepencarian sebenarnya terletak di bawah tadbir undang-undang keluarga Islam yang dikuatkuasakan di seluruh Malaysia.

Oleh itu, ia hanya terpakai kepada orang Islam di negara ini dan sebarang tuntutan mestilah dibuat melalui Mahkamah Tinggi Syariah.

Tapi, untuk harta pusaka dan sepencarian ni ada had untuk dituntut di Mahkamah Syariah, seperti di jadual di bawah:

Institusi

Bidang Kuasa

Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG)

Amanah Raya Berhad (ARB)

Mahkamah Tinggi Sivil

Mahkamah Syariah

Jadi, macam kami kata, setiap kes istimewa, tapi ni asasnya, nak tahu lebih lanjut kena tanya peguam yang akan tunjukkan anda prosedurnya.

harta isteri selepas meninggal, faraid harta isteri, harta sepencarian, harta perkahwinan
harta isteri selepas meninggal, faraid harta isteri, harta sepencarian, harta perkahwinan

Tapi, asasnya dalam nak menentukan harta sepencarian ni, undang-undang mendefiniskan maksud sumbangan kepada dua, iaitu:

Sumbangan secara langsung – Suami isteri sama-sama menyumbang dan mengeluarkan modal untuk mendapatkan aset tersebut. Contohnya, kedua-duanya keluarkan duit untuk beli rumah.

Sumbangan tak langsung – Sumbangan bukan berbentuk wang, mungkin dari segi nasihat, idea, dorongan, semangat kepada pasangan untuk mendapatkan aset tersebut.

Contohnya, suami saja yang membeli dan membayar rumah, tapi isteri menjalankan tanggungjawab dalam menjaga rumahtangga, menjaga anak-anak dan sebagainya dalam tempoh perkahwinan.

Setiap negeri ada peruntukan tersendiri di dalam melaksanakan undang-undang harta sepencarian ni, jadi pada yang nak membuat tuntutan pastikan pergi bertanya pihak berkuasa ya.

PropertyGuru Tip

Harta sepencarian adalah terma digunakan untuk orang Islam di Malaysia, tapi kalau untuk bukan Islam, pembahagian harta suami isteri dipanggil harta perkahwinan.Sebarang tuntutan harta perkahwinan hendaklah dibuat di mahkamah sivil.

Secara kesimpulannya, orang yang berhak untuk menuntut harta sepencarian atau harta perkahwinan selepas kematian adalah si suami atau isteri kerana harta perkongsian tersebut adalah milik mereka berdua.

Namun begitu, dalam masa yang sama, waris si mati seperti anak atau ibu bapa juga boleh menuntut bahagian mereka dalam harta sepencarian yang dimiliki oleh si mati.

Baiklah, itu saja maklumat lanjut tentang harta sepencarian. Kalau harta pusaka pula katanya ada kaitan dengan Faraid, macam mana pula tu yer?

harta isteri selepas meninggal, faraid harta isteri, harta sepencarian, harta perkahwinan
harta isteri selepas meninggal, faraid harta isteri, harta sepencarian, harta perkahwinan

Apakah Faraid?

Ada beberapa istilah untuk Faraid ni – Pembahagian Faraid, Hukum Faraid, Faraid Harta atau Sistem Faraid.

Tak kisah yang mana satu pun anda panggil, ianya adalah konsep yang sama dan digunakan untuk pembahagian harta bagi orang Islam.

Sekiranya seseorang meninggal dunia tanpa wasiat, semua harta akan diagihkan mengikut Faraid, yang mana bermaksud “Ketetapan”.

Kalau ikut istilah Syarak, Faraid ni adalah undang-undang Islam berkaitan pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang untuk warisnya yang sah seperti anak, isteri, suami dan lain-lain.

Bukan semua harta boleh difaraidkan tau. Harta yang difaraidkan adalah baki harta yang masih ada setelah ditolak semua keperluan lain seperti kos urus jenazah, hutang manusia, zakat atau nazar atau wasiat yang dibenarkan Syarak.

Secara amnya harta yang boleh difaraidkan ialah tanah, bangunan, barang kemas, insurans, saham, bond, wang tunai, tanah, kebun dan binatang ternakan. Dalam kata lain, segala harta yang ditinggalkan oleh si mati yang mempunyai nilai walau pun satu sen.

harta isteri selepas meninggal, faraid harta isteri, harta sepencarian, harta perkahwinan
harta isteri selepas meninggal, faraid harta isteri, harta sepencarian, harta perkahwinan

Jadi, apa agaknya pembahagian faraid bila salah seorang pasangan meninggal dunia?

Katakan, isteri anda ada sebuah rumah yang dibelinya sebelum berkahwin dan menjadi harta pusaka selepas dia meninggal dunia. Selaku suami, adakah anda layak menerima rumah tersebut?

Layak, tapi bukanlah semua. Kerana ikut pembahagian faraid. Dalam kes ini, kita andaikan, ibu bapa isteri anda masih hidup dan anda mempunyai seorang anak lelaki dan perempuan.

Jadi, pembahagian faraid harta isteri akan dibuat berdasarkan pecahan berikut:

Waris

Bahagian asal

Bahagian sebenar

Suami

1/4

9/36

Ibu

1/6

6/36

Bapa

1/6

6/36

1 Anak Lelaki

Baki Harta (BH) berkongsi dengan anak perempuan dengan nisbah 2:1

10/36

1 Anak Perempuan

5/36

*Sumber: muftiwp.gov

Jadi, katakan, rumah yang dibeli isteri anda yang meninggal sebelum berkahwin tu bernilai RM800,000. Anda selaku suami hanya layak kepada 9/36 daripada RM800,000 tu.

Maknanya, hanya dapat RM200,00, bakinya akan dibahagikan kepada warisnya yang lain.

harta isteri selepas meninggal, faraid harta isteri, harta sepencarian, harta perkahwinan
harta isteri selepas meninggal, faraid harta isteri, harta sepencarian, harta perkahwinan

Ini adalah salah satu contoh pengiraan pembahagian faraid, semuanya mengikut kes tertentu dan perlu mendapatkan pandangan peguam syarie dan hartanah yang layak.

Tapi, ketetapan sudah ada, harta isteri anda yang meninggal tu, akan diberikan lebih banyak kepada anak-anaknya. Kasih sayang seorang ibu, sampai meninggal tetap dilebihkan untuk anak-anaknya.

PropertyGuru Tip

Tuntutan harta sepencarian perlu dibuat sebelum proses faraid harta dijalankan

Apakah Prosedur Tuntut Harta?

Tak semua orang memilih atau sempat untuk membuat wasiat sebelum pergi meninggalkan dunia ini. Oleh itu, cara menuntut dan pembahagian harta juga berbeza bergantung kepada si mati meninggalkan wasiat atau tak.

Kalau ada wasiat, semuanya akan dibahagikan mengikut wasiat. Selalunya setiap wasiat akan ada peguam yang menguruskannya, jadi apabila berlaku kematian, pasangan dan waris si mati hanya perlu menunggu sehingga wasiat dibaca.

Segala pembahagian akan dilakukan mengikut wasiat dan jika ada yang tak berlaku adil atau tak berpuas hati bolehlah membawa wasiat itu untuk dibicarakan di mahkamah.

harta isteri selepas meninggal, faraid harta isteri, harta sepencarian, harta perkahwinan
harta isteri selepas meninggal, faraid harta isteri, harta sepencarian, harta perkahwinan

Kalau tak ada wasiat pula, semua harta si mati akan terus dikira sebagai harta pusaka. Dalam kes ni, harta memang akan dibahagikan mengikut faraid seperti yang kami terangkan di atas tadi. Tapi, sebelum itu suami atau isteri si mati boleh menuntut dulu harta sepencarian.

Meninggal Dunia Tanpa Wasiat: Pembahagian Aset Mengikut Faraid
Meninggal Dunia Tanpa Wasiat: Pembahagian Aset Mengikut Faraid

Panduan Relevan

Meninggal Dunia Tanpa Wasiat: Pembahagian Aset Mengikut Faraid

Cara Tuntut Harta Sepencarian

Tuntutan harta sepencarian perlu dibuat sebelum pembahagian faraid dijalankan. Jadi, anda perlu ikuti langkah demi langkah ni:

  • Pergi ke Mahkamah Tinggi Syariah yang berkenaan dan isi borang permohonan tuntutan harta sepencarian

  • Pastikan semua perkara yang perlu dikemukakan semasa membuat tuntutan seperti:

    1. Jenis harta – harta alih atau tak alih

    2. Banyak mana sumbangan dalam pemilikan harta tu

    3. Dokumen pembelian atau pemilikan harta / aset seperti tanah, rumah, kereta atau syer

    4. Saksi yang boleh menerangkan bagaimana pemilikan harta / aset itu, sama ada berpunca daripada usaha bersama atau usaha satu pihak saja

    5. Bukti tanggungan salah satu pihak seperti hutang piutang atau anak dalam jagaan

  • Sediakan juga dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan seperti:

    1. Maklumat perkahwinan

    2. Maklumat pihak penuntut

    3. Nilai tafsiran harta tersebut oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)

    4. Sijil kematian

    5. Surat mentadbir harta pusaka dan probet

  • Selepas semua borang, dokumen dan butiran disediakan dan permohonan didaftarkan, pemohon perlu menunggu sehingga kes disebut oleh mahkamah.

  • Semasa perbicaraan mahkamah, pastikan semua yang diperlukan tersedia dengan lengkap. Semua keputusan akan dibuat berdasarkan bukti-bukti yang ada.

  • Apa saja urusan atau pertanyaan berkenaan permohonan, boleh berurusan terus dengan mahkamah.

Apakah Geran Probet (GP) Dan Surat Kuasa Mentadbir (LA) Harta Pusaka?
Apakah Geran Probet (GP) Dan Surat Kuasa Mentadbir (LA) Harta Pusaka?

Panduan Relevan

Apakah Geran Probet (GP) Dan Surat Kuasa Mentadbir (LA) Harta Pusaka?

Sediakan Payung Sebelum Hujan!

Ada yang rasa nak buat tuntutan ni agak rumit dan leceh. Bagi yang mampu bolehlah dapatkan khidmat peguam yang memang pakar dalam urusan tuntutan harta sepencarian atau pembahagian harta pusaka.

harta isteri selepas meninggal, faraid harta isteri, harta sepencarian, harta perkahwinan
harta isteri selepas meninggal, faraid harta isteri, harta sepencarian, harta perkahwinan

Apa pun tujuan tuntutan ni tak lain dan tak bukan adalah untuk menegakkan keadilan bagi semua pihak yang terlibat.

Untuk mengelakkan pertelingkahan atau sikap tidak adil dari ahli keluarga lain, seeloknya jaga hak pasangan masing-masing supaya suami atau isteri akan mendapat hak mereka selepas anda meninggal dunia.

Buat perancangan awal seperti masukkan di dalam wasiat atau hibah semua urusan pembahagian selepas kematian menjadi lebih mudah dan terurus. Cuba fikirkan kesukaran yang mungkin ditempuhi oleh pasangan yang masih hidup.

Seperti kami kata, kematian tak ada siapa tahu bila akan berlaku. Jadi, mudahkanlah proses pembahagian harta untuk waris anda, jangan sampai kerana harta, mereka bergaduh putus saudara.

Anda dapat harta sepencarian dan pusaka dan berkira-kira nak buat pelaburan hartanah? Boleh baca panduan asas pelaburan ni sebelum mulakan langkah pertama. Jenguk juga senarai hartanah untuk dijual di laman web BM kami ni!