Bolehkah Saya Saman Jika Cedera Ketika Melawat Bangunan Lain?

·5-min read

Click here for English version

Cuba bayangkan senario ini: Anda melawat sebuah bangunan tapi ketika naik tangga, anda tergelincir sampai jatuh! Rupa-rupanya tangga tu licin dan basah…

Siapa tak marah kan? Anda boleh cedera teruk atau lebih buruk lagi boleh meninggal dunia! Mintak simpang!

Jadi apa boleh anda buat selain menyumpah seranah. Nak saman? Boleh ke? Tapi…nak saman siapa, pemilik atau pengurusan? Jawapannya bergantung pada siapa yang lebih berkuasa terhadap bangunan tersebut.

Di bawah undang-undang am Inggeris (turut terpakai di Malaysia), ada peruntukan dikenali dipanggil “Liabiliti Penghuni".

Ia bermaksud penghuni tertakluk kepada kewajipan undang-undang (tugas penjaga) bagi mencegah sebarang kerosakan atau kecederaan pada pelawat atau orang yang diundang.

Ini boleh wujud kerana faktor bahaya bukan kelaziman dalam premis tersebut, yang diketahui, atau patut diketahui.

saman, cedera, kecederaan dalam bangunan, tetamu cedera, lantai licin, pengurusan bangunan
saman, cedera, kecederaan dalam bangunan, tetamu cedera, lantai licin, pengurusan bangunan

‘Bahaya bukan kelaziman’ ini merujuk kepada pelbagai jenis bahaya yang jarang berlaku dalam rutin biasa pelawat yang masuk ke dalam bangunan.

Persoalannya, siapa sebenarnya ‘penghuni’, dan apakah kriterianya? Undang-undang kes telah menentukan penghuni sebagai berikut:

“Seseorang yang memiliki tahap kawalan yang mencukupi terhadap premis tersebut, bahawa dia harus menyedari bahawa setiap kegagalan dari pihaknya dalam menguruskan penjagaan pelawat yang sewajarnya, boleh mengakibatkan kecederaan kepada seseorang yang hadir secara sah ke sana.”

Maksudnya, anda tak semestinya perlu mengamalkan pematuhan keselamatan menyeluruh dalam satu-satu premis bila kawan atau keluarga datang melawat. Cukuplah sedar kawalan keselamatan yang minima.

Jadi, mungkin ada lebih dari satu penghuni yang terlibat, sekiranya boleh dibuktikan yang mereka bertanggungjawab. Contohnya, pemilik dan pengurusan bangunan.

Sekiranya anda ingin menyaman penghuni atas kecederaan yang berlaku di dalam bangunan, apa yang perlu anda buat?

Anda perlu buktikan yang penghuni mengetahui atau seharusnya mengetahui tentang bahaya bukan kelaziman ini, TETAPI gagal berbuat apa-apa bagi mengelakkannya.

saman, cedera, kecederaan dalam bangunan, tetamu cedera, lantai licin, pengurusan bangunan
saman, cedera, kecederaan dalam bangunan, tetamu cedera, lantai licin, pengurusan bangunan

Walaubagaimanapun, jika penghuni dah pun meletakkan papan tanda amaran sebesar-besar alam, susahlah sikit.

Sebab mahkamah mungkin akan berpihak pada penghuni, beranggapan dia sudah mengambil tindakan sewajarnya dalam melaksanakan tugasnya mencegah sebarang kerosakan atau kecederaan.

Apa-apapun, semuanya berbalik kepada fakta dan bukti yang ada, untuk membuktikan siapa yang bersalah.

Proses Undang-Undang Yang Terlibat

Okay, misal kata anda dah ada cukup bukti untuk mendakwa pihak bertanggungjawab atas kecederaan yang dialami, apa langkah seterusnya?

Dalam tindakan sivil, individu yang menyaman dikenali sebagai ‘plaintif’ dan individu yang disaman dipanggil ‘defendan’.

Terdapat pelbagai proses pemula dalam tindakan sivil ini; antaranya penggunaan surat perintah mahkamah, saman pemula, atau petisyen.

PropertyGuru Tip

Proses pemula merujuk kepada prosedur formal yang anda ambil untuk memulakan proses undang-undang.

Bagi tuntutan yang melibatkan mana-mana pihak mempunyai perselisihan fakta kejadian, anda boleh memulakan tindakan sivil dengan memfailkan writ atau surat perintah di mahkamah.

saman, cedera, kecederaan dalam bangunan, tetamu cedera, lantai licin, pengurusan bangunan
saman, cedera, kecederaan dalam bangunan, tetamu cedera, lantai licin, pengurusan bangunan

Kami beri 7 langkah prosedur anda boleh ambil!

1. Memfailkan surat perintah mahkamah dan penyataan tuntutan

Plaintif memfailkan surat perintah mahkamah, bersama dengan pernyataan tuntutan dengan menyertakan fakta, dan apa yang dituntut.

Contohnya, pampasan wang, perintah untuk melakukan tindakan tertentu, dll.

Mahkamah akan memproses permohonan tersebut dan memberikan nombor saman pada surat perintah itu.

2. Notis dihantar kepada defendan

Plaintif kemudiannya mesti menyampaikan (iaitu) menghantar surat perintah mahkamah dan pernyataan tuntutan kepada semua defendan. Ini adalah bagi mendapatkan perhatian defendan.

Defendan kemudiannya harus memutuskan sama ada dia berhasrat untuk mencabar saman tersebut atau tidak.

saman, cedera, kecederaan dalam bangunan, tetamu cedera, lantai licin, pengurusan bangunan
saman, cedera, kecederaan dalam bangunan, tetamu cedera, lantai licin, pengurusan bangunan

3. Memfailkan memorandum kehadiran

Defendan akan memfailkan memorandum kehadiran (MOA) di mahkamah dalam 14 hari sebagai niat untuk mencabar saman tersebut. Salinan mesti diberikan kepada plaintif.

Sekiranya dia tidak berbuat demikian, plaintif boleh memohon penghakiman ingkar.

4. Memfailkan pembelaan dan tuntutan balas

Selepas memfailkan MOA, defendan perlu mengemukakan pembelaannya dalam masa 14 hari.

Selepas itu, plaintif berhak mengemukakan tuntutan balas kepada pihak pembelaan dalam masa 14 hari, jika perlu.

Pernyataan saman, pembelaan, dan maklum balas terhadap pembelaan semuanya dikenali sebagai ‘rayuan’.

5. Pengurusan kes pra-perbicaraan

Sebaik rayuan selesai, mahkamah kemudiannya akan memberi arahan kepada kedua-dua pihak agar bersiap sedia untuk perbicaraan penuh. Tarikh perbicaraan penuh akan ditetapkan sewajarnya.

PGMY_No_1
PGMY_No_1

Untuk tujuan perbicaraan penuh, pihak mahkamah akan meminta kedua-dua belah pihak untuk mengemukakan semua dokumen berkaitan, senarai saksi, pernyataan fakta yang dipersetujui, pernyataan masalah yang akan diadili, dan pernyataan saksi.

Proses ini biasanya memakan masa tidak kurang dari 2 bulan.

6. Perbicaraan penuh

Saksi akan hadir ke mahkamah untuk memberikan keterangan lisan bersumpah.

Peguam kedua-dua belah pihak akan mengemukakan soalan kepada saksi sama ada untuk mengetahui fakta atau mencabar kredibiliti, bergantung kepada siapa mereka wakili.

Perbicaraan boleh memakan masa sesingkat sehari atau berlanjutan beberapa hari untuk dimuktamadkan.

7. Penghujahan

Selepas perbicaraan penuh, mahkamah akan mendengar penghujahan dari peguam kedua-dua belah pihak, iaitu hujah dalam undang-undang yang merujuk kepada fakta.

Hakim akan meminta peguam kedua-dua pihak untuk mengemukakan hujah bertulis mereka.

saman, cedera, kecederaan dalam bangunan, tetamu cedera, lantai licin, pengurusan bangunan
saman, cedera, kecederaan dalam bangunan, tetamu cedera, lantai licin, pengurusan bangunan

8. Penghakiman

Selepas mendengar / membaca penghujahan kedua-dua pihak, mahkamah akan (akhirnya!) akan membuat keputusan.

Tapi kena ingat, langkah demi langkah yang kami bagi ni hanyalah gambaran umum apa yang akan berlaku bila kes masuk mahkamah.

Tindakan sivil yang dimulakan dengan surat perintah/writ (dalam kebanyakan kes) akan menjalani perbicaraan penuh, sebelum mahkamah menyampaikan keputusan atau ‘penghakiman’.

Berdasarkan trend semasa, mahkamah dapat menyelesaikan kebanyakan kes dalam masa 9 bulan.

Namun, ada juga yang memakan masa lama kerana ada pihak mengajukan rayuan interlokutori (mencelah) atau meminta penangguhan.

Rayuan interlokutori pada dasarnya adalah permintaan yang diajukan ketika tuntutan yang sedang berlangsung untuk mendapatkan arahan tertentu dari mahkamah, misalnya:

  • Pemindaan dokumen

  • Memindahkan saman ke mahkamah lain

  • Bagi menamatkan kes sembrono (tuntutan hukum yang berniat mengganggu, menyakitkan hati, atau mengganggu pihak lawan).

  • Melarang seseorang daripada melakukan perbuatan tertentu.

PropertyGuru Tip

Untuk menginjuksi atau 'memerintahkan' seseorang bermaksud anda mahu mahkamah mengeluarkan perintah undang-undang untuk menghalang dia daripada melakukan sesuatu.

Jadi, bagi sesiapa yang tidak berpuas hati dengan perintah atau keputusan diberikan, mereka juga boleh mengajukan kes ke mahkamah yang lebih tinggi, namun akan memakan masa dan kos.

Kesimpulannya, jika anda ingin menyaman atau mendakwa seseorang, pastikan anda mengupah peguam untuk mewakili anda di mahkamah.

Dapatkan nasihat terlebih dahulu dari profesional mengenai proses undang-undang yang terlibat, dan prosedur yang berkaitan dengan fakta anda.

-----

Allen Khor adalah peguam bela & peguam cara di Tetuan Allen Khor & Partners. Bidang amalannya termasuklah pemindahhakan, litigasi sivil, perceraian, dan pengurusan dan probet harta pusaka. Firma tersebut boleh dihubungi di talian 012-283 0656.

*Ruangan ini sekadar memberi maklumat dan ia bukanlah nasihat perundangan untuk keperluan khusus anda. Maklumat ini tak dapat mendedahkan semua risiko dan faktor lain yang diperlukan untuk menilai situasi tertentu. Sila dapatkan khidmat guaman atau nasihat profesional bebas untuk keperluan dan situasi spesifik anda.

Panduan Relevan