Bisingnya, 4 Cara Nak Kurangkan Pencemaran Bunyi!

·7-min read

‘Abang Sado ditetak jiran sebab buat bising’, itu bukan ayat tarik perhatian ye, tapi tajuk berita pada April 2020. Niatnya nak main gim je, nak jadi sado, tapi tak tahu main besi dia tu ganggu jiran, sampai tetak menetak. Menakutkan!

Masalah jiran bising ni bukan berlaku di Malaysia saja, dekat Filipina lagi dahsyat! Ada kes anggota polis menembak mati jirannya sebab bunyi bising dari aktiviti meletupkan meriam paip PVC buatan sendiri. Mula-mula berbalah biasa je, tapi jadi lebih serius sampai membawa maut.

Tak dapat dinafikan memang ada jiran yang tak tahu pun mereka dah melakukan pencemaran bunyi. Sebabnya, kebanyakan dari kita mungkin keliru aktiviti macam mana yang dikira sebagai pencemaran bunyi?

Adakah karaoke pun tergolong dalam senarai itu? Ha. . . jom teruskan membaca untuk tahu apa benda sebenarnya maksud pencemaran bunyi. Tak adalah nanti anda menuding jari dekat jiran tanpa usul periksa betul tak?

Apa Nak Buat Dengan Gangguan Jiran Dari Neraka!
Apa Nak Buat Dengan Gangguan Jiran Dari Neraka!

Panduan Relevan

Apa Nak Buat Dengan Gangguan Jiran Dari Neraka!

Apakah Pencemaran Bunyi?

Bunyi bising yang dikatakan sebagai pencemaran ni perlulah melebihi 80 desibel (dB). Pendek kata, sampai boleh ganggu pendengaran lah. Bunyi bising ini boleh datang dari perbuatan manusia ataupun dari alam semulajadi. Contohnya bunyi guruh, letupan gunung berapi dan binatang.

Kalau anda nak tahu, bacaan kadar bunyi yang normal untuk manusia adalah antara 15dB hingga 20dB je. Kiranya, 80 dB ke atas itu boleh buat jadi pekak. Kesannya pada bayi dan kanak-kanak pula boleh sampai hilang keupayaan untuk bercakap tau. Bahayanya!

pencemaran bunyi, kesan pencemaran bunyi, punca pencemaran bunyi, maksud pencemaran bunyi, karaoke, baby menangis, cara membuat bilik kalis bunyi
pencemaran bunyi, kesan pencemaran bunyi, punca pencemaran bunyi, maksud pencemaran bunyi, karaoke, baby menangis, cara membuat bilik kalis bunyi

Tak macam pencemaran air dan udara, pencemaran bunyi ni kita tak boleh nampak bentuk dan kesannya depan mata. Sebab itulah tak ramai yang sedar tentang kepentingan bunyi untuk persekitaran yang aman dan tenang.

Kena tahu yang pencemaran bunyi ni salah di sisi undang-undang. Menurut Seksyen 23 (1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, kita tak boleh keluarkan atau sebabkan atau benarkan bunyi bising yang melanggar syarat di bawah Seksyen 21, kecuali kalau ada lesen!

Dalam akta itu ada juga sebut anda boleh didenda sebanyak RM100,000.00 atau penjara tak lebih 5 tahun kalau perbuatan anda itu jatuh kategori pencemaran bunyi.

PropertyGuru Tip

Desibel adalah unit ukuran logaritma yang digunakan untuk menunjukkan tahap kekuatan sesuatu bunyi.

Punca Pencemaran Bunyi

Sebelum itu, ada empat kategori pencemaran bunyi yang anda kena tahu iaitu kebisingan selang-seli, kebisingan selenjar, kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan.

Kesemua kategori itu ada dalam kehidupan sekeliling kita ataupun aktiviti ekonomi semasa dalam Malaysia ini.

Contohnya, kenderaan yang lalu lalang setiap hari termasuklah kenderaan awam seperti keretapi, komuter dan kapal terbang yang juga menyumbang pada pencemaran udara.

pencemaran bunyi, kesan pencemaran bunyi, punca pencemaran bunyi, maksud pencemaran bunyi, karaoke, baby menangis, cara membuat bilik kalis bunyi
pencemaran bunyi, kesan pencemaran bunyi, punca pencemaran bunyi, maksud pencemaran bunyi, karaoke, baby menangis, cara membuat bilik kalis bunyi

Selain itu, industri komersial seperti perkilangan juga penyumbang utama. Ada juga syarikat kilang yang tetap menjalankan operasi di taman perumahan walaupun dilarang seperti yang berlaku pada Disember 2020 di kawasan Kuala Langat.

Ramai penduduk membuat aduan disebabkan bunyi bising kontena dari banyak kilang yang berada 50 meter dari kawasan perumahan mereka sehingga menggangu tahap kesihatan.

Kalau dibiarkan perkara ini, bukan sahaja kesihatan anda dan keluarga terjejas, alam persekitaran, kejiranan dan kehidupan sekeliling anda pun boleh terkesan tau!

Kesan Pencemaran Bunyi

Nampak macam remeh, tapi bunyi bising yang keterlaluan ni boleh menyebabkan macam-macam masalah kesihatan. Contohnya gangguan ketika tidur, sakit jantung, gangguan psikologi, gangguan komunikasi, produktiviti dan menyebabkan pekak.

Telinga merupakan organ yang sensitif, kalau ada gangguan, ia boleh buatkan kita rasa tak tenang dan tertekan. Tambahan pula kalau anda ada penyakit migraine atau anxiety, denyutan jantung boleh jadi laju dan rasa nak pitam!

Mesti anda tertanya-tanya, macam mana pula kesan pencemaran bunyi terhadap alam sekitar? Ini termasuklah hidupan fauna. Sebenarnya, haiwan pun tak boleh dengar bunyi bising sebab ianya akan menggangu proses pembiakan dan habitat mereka.

pencemaran bunyi, kesan pencemaran bunyi, punca pencemaran bunyi, maksud pencemaran bunyi, karaoke, baby menangis, cara membuat bilik kalis bunyi
pencemaran bunyi, kesan pencemaran bunyi, punca pencemaran bunyi, maksud pencemaran bunyi, karaoke, baby menangis, cara membuat bilik kalis bunyi

Anda juga kena sedar, bukan kita sahaja yang hidup dalam bumi ini, orang lain pun berhak dapatkan hak mereka sebagai penduduk dan pengguna kan? Lagi-lagi sebagai jiran.

Jiran yang ada anak kecil juga antara yang paling terkesan sebabnya ia akan menggangu waktu tidur mereka selain dari menyebabkan masalah pendengaran.

Tapi, bayi kecil pun kadang-kadang boleh menyumbang pada bunyi bising juga. Siapa tak stress setiap malam dengar baby menangis meraung? Silap-silap, anda yang mamai pergi kerja esok harinya!

Bila adanya masalah macam ini, hubungan sosial sesama jiran pun akan terganggu. Tak ada lagi budaya bertegur sapa atau ambil berat antara satu sama lain. Bak kata pepatah jika sengaja hendak bercekak pinggang, tinggallah rebana beralih ke gelanggang.

4 Cara Nak Kurangkan Pencemaran Bunyi!

Siapa kata anda tak mampu nak kurangkan pencemaran bunyi? Ada banyak kaedah yang usahanya mungkin kecil tapi kesannya sangat besar tau! Jadi kami senaraikan beberapa tips ni.

1) Buat penebat bunyi

pencemaran bunyi, kesan pencemaran bunyi, punca pencemaran bunyi, maksud pencemaran bunyi, karaoke, baby menangis, cara membuat bilik kalis bunyi
pencemaran bunyi, kesan pencemaran bunyi, punca pencemaran bunyi, maksud pencemaran bunyi, karaoke, baby menangis, cara membuat bilik kalis bunyi

Biasanya orang buat penebat bunyi dalam bilik tidur supaya mereka boleh dapat tidur yang berkualiti tanpa diganggu sebarang bunyi bising. Melalui cara ini, dinding bilik anda akan dibina dengan lebih tebal.

Sekatan pelindung yang dibuat daripada bulu mineral atau tanah liat juga boleh dipasang di setiap dinding, lantai serta siling. Nak lagi senang, guna saja drywall, panel kayu, plat isoplat, plaster atau cork wallpaper yang kalis bunyi dengan cara lekatkannya pada dinding sedia ada.

Tapi, hati-hati, kadar penyerapan bunyinya akan bergantung pada jenis kualiti barangan tersebut ya! Kalau nak yang berbaloi, bolehlah cuba gunakan anti-getaran. Harganya agak mahal sikit sebab ianya dihasilkan dengan perlindungan kedap bunyi yang power. Memang berbaloi!

Kalau tak mampu, jangan risau. Anda boleh DIY je. Gunakan karton telur, bentuknya yang unik mampu mengurangkan kadar bunyi masuk dan keluar. Lebih jimat dan memuaskan!

pencemaran bunyi, kesan pencemaran bunyi, punca pencemaran bunyi, maksud pencemaran bunyi, karaoke, baby menangis, cara membuat bilik kalis bunyi
pencemaran bunyi, kesan pencemaran bunyi, punca pencemaran bunyi, maksud pencemaran bunyi, karaoke, baby menangis, cara membuat bilik kalis bunyi

Anda hanya perlu menampal beberapa karton telur ke dinding dengan tacks atau gam dan pasangkan barang berat kalis bunyi seperti kain atau plastik tebal untuk menutup karton telur tersebut.

Tapi, janganlah anggap kaedah ini boleh buat bilik anda betul-betul kedap tau! Cara DIY ini hanya mampu mengurangkan bunyi yang sederhana seperti televisyen dan radio.

2) Guna lebih banyak karpet, kusyen, permaidani dan langsir

pencemaran bunyi, kesan pencemaran bunyi, punca pencemaran bunyi, maksud pencemaran bunyi, karaoke, baby menangis, cara membuat bilik kalis bunyi
pencemaran bunyi, kesan pencemaran bunyi, punca pencemaran bunyi, maksud pencemaran bunyi, karaoke, baby menangis, cara membuat bilik kalis bunyi

Ramai yang tak tahu bahawa dengan memperbanyakkan perabot di rumah pun boleh mengurangkan bunyi yang terhasil daripada rumah tau!

Ketebalan bahan yang digunakan dalam penghasilan karpet, kusyen, permaidani dan langsir dalam rumah anda pun berpotensi untuk menyerap bunyi.

Seperti yang kita tahu, bunyi akan terpantul dari permukaan yang keras. Jadi, fungsi bahan seperti karpet adalah untuk merendam semula pantulan tersebut supaya tak bergema yang menyebabkan kebisingan.

Boleh buat alasan untuk beli barang lagi banyak ni!

3) Perbaiki pintu dan tingkap

pencemaran bunyi, kesan pencemaran bunyi, punca pencemaran bunyi, maksud pencemaran bunyi, karaoke, baby menangis, cara membuat bilik kalis bunyi
pencemaran bunyi, kesan pencemaran bunyi, punca pencemaran bunyi, maksud pencemaran bunyi, karaoke, baby menangis, cara membuat bilik kalis bunyi

Bunyi bising masih boleh tembus melalui ruang pintu dan tingkap. Apa yang anda boleh buat adalah dengan memasang door draft protector atau weatherstrips untuk menutup celah pintu dan tingkap.

Dua benda ini boleh juga kurangkan bunyi bising yang terhasil apabila kita buka dan tutup pintu tersebut.

Tak nak belanja lebih? Anda boleh guna kain tebal yang kalis bunyi untuk menutup semua lubang yang ada dekat pintu atau gunakannya sebagai langsir pada bahagian tingkap.

Cara lainnya, tukar saja tingkap kaca anda tu kepada tingkap plastik dan pintu anda yang berukir tu kepada pintu dengan permukaan biasa je sebab bunyi lebih mudah untuk tembus pada ruang yang nipis seperti lekukan.

4) Penguatkuasaan undang-undang

pencemaran bunyi, kesan pencemaran bunyi, punca pencemaran bunyi, maksud pencemaran bunyi, karaoke, baby menangis, cara membuat bilik kalis bunyi
pencemaran bunyi, kesan pencemaran bunyi, punca pencemaran bunyi, maksud pencemaran bunyi, karaoke, baby menangis, cara membuat bilik kalis bunyi

Ni cara terakhir la, kalau sesama jiran, dah tegur banyak kali pun masih degil kan. Bukan kita tak nak faham, tapi kalau tidur terganggu sampai kesihatan terjejas, dah melampau ni!

Jadi, perumahan berstrata, isu macam ini boleh juga dimasukkan dalam Surat Ikatan Perjanjian Bersama (DMC) sebagai peraturan tambahan asalkan tak langar mana-mana syarat yang termaktub dalam Akta Pengurusan Strata (SMA) 2013.

Selain tu, kalau tiba-tiba anda sedar rumah jiran anda bising macam tak masuk akal, anda juga boleh hubungi polis untuk datang periksa. Sebab, banyak je kes, bila polis datang, rupa-rupanya, rumah tu ramai orang tengah bersakan berparti liar!

Akta Kawalan Kebisingan mungkin boleh digunapakai untuk masalah bunyi disebabkan oleh peralatan rumah atau aktiviti yang berlaku di kawasan kejiranan, tapi ni melibatkan penguatkuasaan undang-undang, jadi kena hubungi wakil rakyat kawasan anda, desak mereka bertindak!

Semua ni anda boleh buat untuk pastikan yang suasana kejiranan pun lebih tenang dan damai tanpa bunyi bising yang menggangu kehidupan.

Jangan Jadi Buta Perut, Buang Tabiat Buruk!

pencemaran bunyi, kesan pencemaran bunyi, punca pencemaran bunyi, maksud pencemaran bunyi, karaoke, baby menangis, cara membuat bilik kalis bunyi
pencemaran bunyi, kesan pencemaran bunyi, punca pencemaran bunyi, maksud pencemaran bunyi, karaoke, baby menangis, cara membuat bilik kalis bunyi

Kita hidup saling memerlukan antara satu sama lain. Siapa lagi orang terdekat yang boleh bantu anda dalam kesusahan kalau bukan jiran kan? Jadi, penting untuk kita hormat hak masing-masing sebagai pemilik rumah dan hak bersama.

Bunyi bising yang melampau tu satu kesalahan, jadi kenalah puluk sikap bertimbang rasa. Kalau sebelum ini anda suka karaoke kuat-kuat dalam rumah, cubalah buang tabiat tersebut dan fikirkan kesusahan jiran yang ada anak kecil, jiran yang nak berehat atau melakukan ibadat.

Tak salah nak karaoke bagai nak rak, buatlah bilik khas yang kedap bunyi. Nak main alat muzik kuat-kuat pun tiada siapa yang marah. Bukannya susah nak penuhi hak masing-masing kalau semua sedar akan tanggungjawab sendiri betul tak?

Nak kejiranan yang baik dan tak kacau hidup? Bolehlah layari senarai projek hartanah terbaru di laman web BM kami ni!